CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 30-7-2009 01:05 PM | Show all posts
rin...sambung laa lagik..kasi panjang2..ehehhe,dh lama kan x sambung...ehehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2009 01:33 PM | Show all posts
betul tu lailies...hari2 rindu kat Hani ngan Nazrin
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 02:56 PM | Show all posts
dh lama tak masuk sini...rupa pn dh berubah

best la citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 04:33 PM | Show all posts
Thank you arjuna... love you!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 04:52 PM | Show all posts
thanks...lastly ada jugak n3nya...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 05:20 PM | Show all posts
tq..sMILEy..:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2009 10:47 PM | Show all posts
best la ..sambung lagi yer bila free..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 08:19 AM | Show all posts
best la ..sambung lagi yer bila free..
suria8782 Post at 30-7-2009 22:47


betul tu........., smbg lg yer..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 08:36 AM | Show all posts
mrning nak lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 11:15 AM | Show all posts
sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 03:02 PM | Show all posts
nak lg ...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 07:38 AM | Show all posts
wah... best..
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 09:55 AM | Show all posts
huhuhu...belum ada n3 lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:52 AM | Show all posts
lama tak masuk sini..
terus dapat baca panjang-panjang;
terima kasih siti arjuna..
sambung lagi ya...  
nak tahu cara Nazrin pikat Hani ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:27 PM | Show all posts
arini xde N3 ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:21 PM | Show all posts
huhuhuhu...mana n3 baru nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 08:56 PM | Show all posts
mn n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 09:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 3-8-2009 23:11

Celik saja mata, Hani dan Nadia sudah begitu teruja. Best woo... nak naik bot ke pulau pulau.  Nadia memerosok baju mandi dan tuala ke dalam backpack. Satu tiub sunblock lotion juga di sumbat sekali.

" Kak Hani bawa swimsuit? Meh sini. Letak dalam satu beg lagi senang"

Hani menggeleng. Tak pernah terlintas di hati nak memakai baju mandi macam minah salih yang memuja matahari sampai kulit merah macam udang bakar. Malu sehh! Hani membawa sepersalinan t shirt berwarna gelap dan seluar paras lutut. Biarlah orang kata aku kuno.

Pintu bilik di ketuk. Nazrin melangkah masuk sebaik pintu di kuak.

" Dah siap ?" Dengan selamba dia mengambil buah epal di meja sisi dan mula mengunyah. Dia memerhati sekeliling bilik. Kemasnya! Mesti kerja Hani sebab bilik Nadia di rumah macam tempat kucing beranak. Tambah lagi markah... setakat ini markah purata masih A. Nanti bila mandi manda boleh buat analisa topografi fizikal pula.... idea nakal yang melayari minda membuatnya tersengih sendirian.

" Jomlah. Kita janji pukul 8.30 pagi , kan?" tanya Hani sambil mengenakan topi putih berlogo universitinya. Jam menunjukkan pukul 8.20.

" Amboi ,beria nya nak ke Pulau Dayang Bunting, cik adik ni. Dah berapa lama kahwin tak dapat anak?"

" Hamboi.. mulottt! Nak kena cili? " desis Hani dengan muka merona. Dompet dan kunci bilik di masukkan ke poket seluar cargo sebelum bergegas keluar. Nadia dan Nazrin terpisat pisat mengikuti langkahnya.

" Marah ke Hani? I was just kiddinglah"  

Hani menjungkit bahu. Langkahnya di percepatkan ke arah lif. Buat spoil mood layan mamat ni.

" Padan muka abang.Kalau nak usik pun agak agak lah sikit. " Nadia menegur abangnya. He he.. pucat juga abang aku ni. Tahu pun takut!

Bunyi dentuman guruh menggusarkan mereka. Alamak , janganlah hujan. Silap timing betul.
Rintik hujan menyambut mereka ketika sampai di pantai. Kekecewaan terpancar di wajah Hani dan Nadia. Nampak gayanya tak sampai lah hajat untuk menaiki bot menuju Pulau Dayang Bunting yang menjadi bualan ramai. Tasik yang mempunyai " kuasa ajaib" itu seolah olah memanggil manggil dari jauh.

Nadia tak berputus asa. Masih cuba mengecek pemandu bot yang di panggil Jo.

" Bolehlah Jo. Nampak  saja macam gelap tapi tak hujan. Kesian kita orang . Kita datang dari jauh nak pergi ke sana " rayu Nadia

Lelaki hitam manis itu menggeleng." Sori dik. Bot kami semua kecil kecil. Kalau ribut tengah laut, susah. "

" Betul tu. Abang yang boleh berenang ni pun takut. Tak apalah Yaya. Kalau ada rezeki, besok pagi kita pergi. Tasik tu tak lari mana mana" pujuk Nazrin. Pipi Nadia di cuit nya.
Muka Nadia yang kelat masih tak berubah. Bukan kamu saja yang terkilan, abang pun. Tak dapat tengok Hani....dot dot dot.  Hish!  Mesti Tuhan marah, patutlah langsung tak dapat pergi. Padan muka aku!

" Sabar lah Nadia. Kak Hani pun takut nak pergi. Tengok tu .... angin dah makin kuat, ombak  makin besar" Hani menuding ke arah laut yang bergelombang. Bot kepunyaan Jo yang mereka tempah semalam terumbang ambing mengikut rentak ombak.  Belum naik bot pun, dia sudah mula rasa pening.

" Hmm... tahu pun. Siapa yang dekat dekat nak muntah hijau dalam feri semalam? " usik Nazrin

" Habis tu, apa kita nak buat hari ni? Boringlah kalau asyik ikut Tok pergi shopping. " gerutu Nadia sambil memeluk tubuh. Muncungnya mengalahkan Donald Duck.

" Kita pergi sightseeinglah.  Jom kita pergi Underwater World, Book Village,Galeri Perdana.... mana mana saja yang Nadia nak. Kak Hani ikut saja. "

" Haa... kat Underwater World tu ada kedai duty free. Ada jual perfume, kosmetik, handbag. Ada juga brand macam Guess, Kipling. Semua lawa lawa , ada yang lagi murah dari KL" Nazrin cuba menceriakan adiknya.

Wah, tak sangka Nazrin pandai pula bab bab barang kesukaan perempuan ni . Oops, lupa pula... orang pernah bertunang. Mesti banyak experience membeli belah barangan wanita. Hani tersenyum sendiri. Nazrin menjeling ke arahnya, seolah dapat membaca apa yang terlintas di fikiran gadis itu.
" Apa senyum senyum? "

" Nak senyum pun kena bayar ke? Ada langgar undang undang Pulau Langkawi ke? Tunjuk lah kat mana ada tulis"
Nazrin terkedu sebentar. Aiiikkk... dah pandai menjawab.

" Ha! ha! Padan muka abang. Dulu asyik buli Kak Hani. Sekarang Kak Hani dah berani lawan. Go Girl Power!" Nadia ketawa sambil  menumbuk angin. Mood nya berubah." Okay, jom kita pergi Underwater World"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 09:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 3-8-2009 23:15

Penat memusing hampir seluruh pulau dan melawat tempat bersejarah dan juga yang kurang bersejarah, akhirnya mereka singgah di sebuah cafe di Pantai Cenang. Nadia terus membuka beg plastic dan membelek barangan yang di belinya, dari T shirt ke dompet dan minyak wangi. Dia tersenyum puas. Berasap kad kredit Nazrin di buatnya! Nazrin pun shopping sakan , membeli kemeja, tali leher dan seluar. Orang nak mula kerja lah katakan. Mesti bergaya hebat, nak menarik perhatian gadis gadis sepejabat.

Hani cuma membeli sehelai T shirt untuk dirinya dan novel  di kedai buku di  Book Village. Hati terdetik juga ingin membeli perfume Ralph Lauren di kedai Zon Duty Free tapi bila tengok harga, baik tak payah. Membazir nak bayar RM200 , walaupun lagi murah dari tempat lain. Cenderahati di Kompleks Kraf  juga memikat tapi harganya terlalu mahal, mungkin lebih untuk pelancong asing. Tiba tiba dia teringatkan Frank dan Sarah. Apa khabar mereka agaknya? Lama sungguh tak jenguk email.

" Kak Hani nak try?" Hani tersedar dari lamunan bila Nadia menghulur  Juicy tubes Lancome yang baru di beli. Bibirnya  di oles lipgloss warna jingga lembut. Hani menggeleng.

"Tak payahlah, nanti lepas makan dah hilang" tukas Hani. Harga lipgloss saja dah RM79. Mak oi... banyak duit betul budak  ni. Aina pun tak pakai jenama secanggih  ini.

" Hani dengan Nadia nak makan apa? Dah decide?" tanya Nazrin sambil menggamit ke arah pelayan restoran itu. " Cepatlah sikit. Tok dah telefon, suruh kita ambil dia orang kat Padang Matsirat setengah jam lagi."

" Tuna sandwich and  iced lemon tea " pesan Hani pada pelayan berbangsa Filipina

" Make that two" tambah Nadia.  Nazrin memesan spaghetti carbonara dan Nescafe. Kena celikkan balik mata yang dah mula mengantuk.

Sebaik pelayan berlalu Nazrin meminta diri untuk ke bilik air. Hani dan Nadia mengelamun sambil menopang dagu di meja. Masing masing keletihan. Mata Hani menala sekeliling cafe dan terhenti pada sekumpulan pelanggan yang baru masuk. Nampak macam Melayu tapi masing masing bertutur dalam Bahasa Inggeris.  Bila berselisih dengan Nazrin , salah seorang daripada mereka menarik lengannya. Mereka berbual mesra. Dari gerak tubuh macam dah lama kenal. Hati Hani menggumam, siapakah si gadis cantik itu?

" Itulah Shazlin yang Tok nak matchmake dengan abang Ajin" tutur Nadia perlahan. " Tapi Abang tak berkenan. Dia kata Shazlin tu perasan bagus"

Shazlin? Hani tersentak. Oh my God! Lawa nya! Macam Maya Karin. Hatinya merudum. Gadis itu menoleh ke arahnya sekali dua. Hani memaksa diri menghulurkan senyum bila mata mereka berpapasan. Gadis itu merenung tajam sebelum mengatur langkah ke arah kawan kawan nya. Ayunan pinggul yang menggoda dan seluar pendek denim yang ketat membuat berpasang pasang mata mengikuti jejaknya. Fuyooo... kenyanglah pelanggan lelaki.

" Wah, cantiklah Shazlin tu. Pandai Tok Putih pilih." puji Hani sebaik Nazrin kembali ke meja.

Nazrin cuma menjungkitkan kening.  Tanpa sepatah kata dia mengadap makanan yang baru sampai ke meja.

" Apa pasal Shazlin tu pandang pandang kat sini? Jeling  kat Kak Hani pula tu. Apa abang cerita kat dia? " tanya  Nadia.  Nazrin meneguk air sebelum menjawab.

" Abang kata Hani bakal isteri abang"

Bola mata Hani hampir terkeluar dari soket. Mamat ni... aku sekeh kang! Nadia menekup mulut menahan tawa.  Perang dunia akan meletus kejap lagi....

" HAA?!! Apasal you cakap macam tu? Buat malu orang saja!  " sembur Hani. Nasib baik isi mulutnya tak tersembur sekali. Sandwic masih tinggal separuh di tolak tepi. Dia bersiap siaga untuk melancarkan peluru berpandu.

" Kenapa nak malu pula? I bukan kata you gundik I"

" Kalau you tak  nak kawin dengan pilihan Tok you, janganlah buat I jadi scapegoat. Tak pasal pasal I yang kena. Nanti I tak laku sebab orang ingat..... ." Garfunya di capai. Silap haribulan mamat ni jadi Kassim Selamat aku kerjakan.

" Oh.. jadi you takut tak laku lah" potong Nazrin. Hani mengetap bibir." Tak pe, jangan takut. Kalau tak ada orang nak kat you, I janji I kawin dengan you. "

" Yeay! " Nadia menepuk tangan. Amin, Ya Robbul alamin, di pohon dalam hati.

" Mesti hantaran murah sebab tak laku... ha! ha! ha!" sambung Nazrin

" I tak hingin lah! Bagi rumah banglo dengan kereta Ferrari pun I tak nak" getus Hani. Jelingan tajam di lemparkan pada Nazrin.  

Nazrin membuka mulut untuk membalas bila henfonnya berdering. Aiyaaa... kacaulah Tok Ki ni. Apa pula dia orang nak?

" Assalamualaikum Tok Ki"

Selang beberapa saat, muka Nazrin terus pucat. " Ya Allah! Tok Ki dah call ambulans? Call ambulans cepat. Kita orang masih kat cafe. Paling cepat pun 15 minit baru sampai"

Nazrin melepas keluhan sebaik saja panggilan di putuskan. Wajah Hani di tenung tepat.

" Hani, Mak Tok awak....  dia... dia .... terjatuh ... terus tak sedarkan diri."
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:22 PM | Show all posts
thanks smiley..

kalau free post n3 lg ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063452 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list