CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 6-8-2009 11:10 PM | Show all posts
tq...
jangan lupa... wasiat kena tunai...
hehehe.. suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 11:29 PM | Show all posts
smiley sambung lg ye...
dah best dah part Nazrin ngan Hani tu...
tp mesti ada konflik lg kan?..si Shamil ngan family dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:06 AM | Show all posts
mak ai..lama doh xmsk umah ni...
bukak2 dh berpage2 la...
tggl ketepi
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 08:28 AM | Show all posts
yeyeye...diorg kawen akhirnya...
kalu free letak lagi k...best...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 08:40 AM | Show all posts
tq...
jangan lupa... wasiat kena tunai...
hehehe.. suka
amandaatika Post at 6-8-2009 23:10

betul tue..., aku pun suka............
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 09:44 AM | Show all posts
sian hani                    

ye ye hani ngan nazrin :pompom: ye ye hani ngan nazrin :pompom: ye ye hani ngan nazrin :pompom: ye ye hani ngan nazrin :pompom: ye ye hani ngan nazrin :pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2009 09:45 AM | Show all posts
makcik dah agak dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 10:53 AM | Show all posts
sukanyer hani ngan nazrin... :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2009 12:01 PM | Show all posts
sedeynya...sambung lg k...mesti best nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:54 PM | Show all posts
hehehehe...suka hani dengan nazrin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 02:52 PM | Show all posts
.... sedey..tapi best...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 03:59 PM | Show all posts
skrg ni x sabar nak tgk camne la nanti syamil ngorat hani plak......nazri pun akan mula keje dkt kl jgk sng nak jenguk2 hani slalu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 09:08 PM | Show all posts
wahahahah... best best.. tak sabar nk tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 10:45 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2009 04:57 PM | Show all posts
" Assalamualaikum" Hani memberi salam sekaligus mengetuk pintu bilik No 3-3 Asrama Orkid. Pintu serta merta dibuka.

"Welcome backkkkk. I missed you." jerit Aina. Bau harum semerbak Gucci Flora menusuk hidung Hani bila mereka berpelukan. Tengok gayanya mesti Aina ada hot date malam ini, teka Hani. Some things never change.

" Cantiklah hairstyle baru kau." puji Hani. Rambut pendek stail Victoria Beckham sesuai dengan wajah Aina. Siap dengan highlights lagi. Aina tersenyum lebar sambil membetulkan rambutnya yang menutup dahi.

Hani meletakkan beg pakaian dan beg tangan ke atas katil yang belum bercadar. Bilik baru mereka lebih luas dan mengadap taman dan trek jogging. Betul kata Aina, berbaloi masuk OC sebab dapat pilih bilik yang best. Lagipun bilik ini di Tingkat 3, taklah setengah mati kalau terpaksa menapak naik tangga bila lif rosak.

" Kenapa lambat sangat? Kata pukul 4  sampai"

" Ada accident sebelum sampai Ipoh. Lenguh aku, duduk berjam jam dalam bas.  Sampai stesyen bas Ipoh, kena beli tiket lain sebab bas yang aku nak naik dah terlepas.  Is there anything to eat? Perut aku  masuk angin." Hani menekan perutnya. Matanya meliar sekeliling bilik mencari Tupperware yang selalu di isi stock kudapan. Tiba tiba matanya mengecil.

" Eh... itu beg aku kan? Macam mana boleh ada di sini?"  Beg galas yang di tinggal di Rumah Tok Ali berada di satu sudut. Kepalanya di garu.

" Itulah .... aku pun hairan. Tiga hari sudah Matron Hamidah hantarkan. Mati mati aku ingat kau dah balik. Rupanya beg saja, orangnya belum. Apa cer?"

" Mana aku tahu? Pelik lah." Hani menjungkit bahu. Dia terus menarik zip beg. Matanya terpaku pada satu kotak kecil yang di balut rapi. Apa pula ni? Kotak itu di ketepikan sementara dia menyelak satu persatu pakaiannya. Memang semua bajunya ada. Tapi hairan, siapa yang hantar beg aku dari Ulu Langat nun? Acik Mah tak cakap apa apa pun. Misteriaaaa....

" Nah , biskut" Tupperware di hulurkan. " Kejap lagi aku nak keluar. Jom ikut sekali. Kita nak ke restoran yang baru buka dekat Taman Sri Bayu. Sedap gila dia punya Yong Tau Foo"

" Ni mesti nak "pakto" . Tak nak lah menyibuk" kata Hani sambil mengunyah biskut Jacob Cream Crackers. " Kau pergi dengan siapa?"

" Shamil...."

" Wah... kau dah couple lah dengan Shamil. Congrats." potong Hani sambil tersengih. Patutlah bergaya sakan. Haruskah aku cerita tentang konflik keluarga Shamil dengan arwah mak aku? Tak payah lah, itu semua cerita lama. Bukan ada kena mengena dengan Aina pun.

Aina mencebik " Tak adalah. Pergi ramai ramai. Shamil macam tu juga. Ramai freshies perempuan dok terhegeh hegeh, makin melambung lah saham dia. Eh... Hani, kau beruntung tau. Ada lecturer baru kat Business Fakulti. Very charming and charismatic. Muda pula tu - baru late twenties. "

" Ya ker? " tanya Hani tanpa minat.  Aku tak hairan lah. Lecturer handsome pun buat apa, kalau subject susah, tetap susah juga. Mungkin rajin sikit pergi kuliah saja lah. Dia terus memasang cadar dan sarung bantal. Tak sabar nak melelapkan mata.

" Aku suka lah guys macam dia. Matang dan cool. Nak kata handsome sangat tu , taklah. Tapi sedap mata memandang... sweet smile." Aina tersenyum sendirian.

Hani menyambung kerjanya. Senario yang biasa baginya, setiap awal semester Aina mesti ada bahan " angau" baru. Yang" angau"kan dia pun ramai juga. Jambangan bunga carnations di dalam vas atas meja studi mesti dari peminat Aina, Hani menebak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2009 05:01 PM | Show all posts
Sambil mengemas katil dan menyangkut baju dalam almari, Hani mendengar celoteh Aina pasal minggu Orientasi, Shamil, freshies yang lorat, pensyarah baru yang cute.... macam macam lagilah. Otaknya pun dah mula tune- off . Keletihan mental dan fizikal melanda. Nasib baik lah aku balik hari ini, boleh berehat sehari sebelum kelas bermula.

" Jom. Shamil dengan Rashdan dah tunggu" gesa Aina sambil mencalit gincu ke bibir mungilnya. Beg tangan DKNY warna hitam di capainya.

" Aku betul betul tak laratlah Aina. Nak buka mata pun payah, nak buka mulut lagi susah. Karang aku telukup dalam Yong Tau Foo , kau tak nak mengaku kawan."

Sebaik Aina keluar, Hani terus memakai pyjama dan merebahkan tubuh ke atas katil. Cuti  yang sepatutnya waktu untuk berehat dan mengecas semula bateri rupa rupanya cukup menguji. Dari Ulu Langat ke Sungai Petani dan Langkawi. Bekerja di Rumah Tok Ali, berjumpa dengan pelancong berbagai bangsa, keluarga Puan Nuraishah dan Nazrin yang sengal, bertemu Shamil di kenduri kahwin lalu terbongkar rahsia keluarga, berdamai dengan Mak Tok sebelum dia pergi untuk selama lamanya....banyaknya yang berlaku dalam masa yang begitu singkat. Dan paling menggerunkan, di pinang orang. Perbualan nya dengan Tok Putih terngiang ngiang di telinganya.

" Sepatutnya Hani dan Nazrin bertunang sebelum Hani balik ke university tapi sebab arwah baru meninggal, rasanya tak manis nak buat majlis pertunangan. Jadi Tok serahkan cincin ini pada Hani. Arwah Mak Tok berharap sangat Hani dengan Nazrin kahwin lepas Hani habis belajar.  Auntie Nuraishah, Acik Mah semua pun setuju. Hani terimalah , ya. Ini wasiat Mak Tok. Tentang persiapannya , jangan risau. Biar kami orang tua tua yang buat. Hani tumpukan perhatian pada pelajaran. " Dia termangu bila cincin emas putih di sarungkan ke jari manisnya. Macam lembu kena cucuk hidung.

" Tapi Hani dengan Nazrin tak bercinta. Berkawan rapat pun tidak. Hani rasa pelik. Takkan nak kahwin macam tu saja."

" Apa salahnya ikut cara orang tua tua dulu. Bernikah dulu, bercinta kemudian. Lagipun Tok Putih tahu Nazrin memang suka kat Hani. Hani belajarlah terima dia. Nazrin tu nampak saja nakal, tapi hati dia baik"

Yalah, yalah.. nenek mana tak sayang cucu. Cucu lelaki sulung pula tu.  Perfect tahap dewa lah serba serbi. Hani terus bermonolog.

Bukan hati aku tak pernah berdondang sayang bila berdepan dengan Nazrin, tapi nak kahwin? Tak ada logika. Macam mana aku nak boloskan diri dari wasiat Mak Tok ni?
Nak cari boyfriend? Hmm... susah. Tahun ini aku senior, lelaki batch aku ramai dah ada awek. Yang single akan cari junior.Lagipun aku bukannya masuk kategori gadis rebutan  yang sentiasa laku macam Aina.

Matanya makin berat. Tiba tiba dia teringat tentang bungkusan yang di balut cantik tadi. Hani terus bangun dan membuka laci. Kertas pembalut warna pink bercorak bintang di koyak.

Wow..... Ralph Lauren Romance.... walauwei. Siapa yang tahu aku target perfume ni? Otaknya mengimbau sejenak kenangan di Langkawi. Cuma Nadia seorang saja rasanya.  Kad kecil yang di lekatkan pada pembalut di buka

"  Scent your days and nights with love.
My love"

Madah pujangga omputih sesat mana plak ni. Aah..tak larat nak berteka teki.  Hani terus menyembamkan diri ke katil dan tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 06:42 PM | Show all posts
316# sang_arjuna
Wah...tergezutt Hani...gitu... TK bagi N3 baru... Terus maju..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 10:13 PM | Show all posts
lecturer baru tu mesti Nazrinnnn...kannnn!!???
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 11:01 PM | Show all posts
wahh lecturer tu mesti nazrin....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:22 AM | Show all posts
hehehe, mesti pensyarah baru tu nazrin...,betul tak.., cinta akan berputik tak lama lagi la...
cepat2....., smbung.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064941 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list