CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 28-5-2009 12:17 PM | Show all posts
alamak..., cam ader 2 hero jer nie............ ,
menarik cter nie...hehehhehe

sambung lg yer...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2009 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by sueh2306 at 28-5-2009 12:17
alamak..., cam ader 2 hero jer nie............ ,
menarik cter nie...hehehhehe

sambung lg yer...........



a'ah ler..2 hero nih..

kalau free sambung lagi ye arjuna..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #61 sueh2306's post

best cite nih...

iyelah kan, cam ada 2 hero. nanti mesti ada adegan rebut2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 05:03 PM | Show all posts

Balas #63 hh_hs\ catat

adegan rebut2 ?? adesss ni yg tak keruan juliet  dbuatnye nanti ni


nmpak shamil tu cam ok wlwpun sblm ni dia mmng playboy.....nmpak la daya usaha dia dlm nak mngenali hani tu......cuma mnkin akn ade konflik sikit dari kawan hani si aina tu sbb nmpak mcm dia pun minat dgn shamil tu jgk....

nazrin ni pun mesti ok gak ni sbb dah adiknye nadia tu pun ok dan sporting......rasanya nazrin ni mcm ade kisah silam yg mnkin akn mbuatkan dia ttarik dgn hani nanti tu.......

[ Last edited by  juliet80 at 28-5-2009 17:06 ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 01:18 PM | Show all posts
sempoi citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 01:22 PM | Show all posts
best...

kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2009 10:55 AM | Show all posts

Balas #59 qimi08\ catat

hensem macam ayahanda Raja Nazrin boleh?
masa muda dulu la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 11:00 AM | Show all posts

Balas #51 qimi08\ catat

ekceli citer lama lama smiley esp Kali Kedua tak ada copy kat smiley
komp lama kena virus pastu tak wat bekap.... amatur la katakan

pastu bnyk gak citer smiley yg di " adjust" masa dah letak kat TS & CARI jadi copy yg smiley save tak sama mcm yg kat sini

anyway... apepun tenkiu la sbb masih ada yg sudi baca citer lama lama..... terharu sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by sang_arjuna at 1-6-2009 10:55
hensem macam ayahanda Raja Nazrin boleh?
masa muda dulu la

Boleh no hal punyer sbb tgk baginda sultan masa muda sebiji cam Raja Nazrin  he he he
Sekarang pun ayahanda Raja Nazrin masih hensen walaupun rambut semua dah putih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 11:04 AM | Show all posts

Reply #68 sang_arjuna's post

emmm... klu aku, cite lama ker cite baru ker.. aku x kisah. asalkan jalan cite menarik mmg konpem berkali-kali aku baca tanpa jemu. klu dah jemu baru aku x baca (cuma buat sementara waktu ler) peh tu bila2 boring akan aku baca balik

taruk n3 lagi ye... tq
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by sang_arjuna at 1-6-2009 11:00
ekceli citer lama lama smiley esp Kali Kedua tak ada copy kat smiley
komp lama kena virus pastu tak wat bekap.... amatur la katakan

pastu bnyk gak citer smiley yg di " adjust" masa ...


He he he memandangkan Kali Kedua ada cite fav saya berulang kali membaca jadi saya ada simpan dlm folder......
Bila rasa2 boring x ada cite nak baca saya akan ulang baca he he he klu smiley mahu saya blh email kali kedua saya ambil dari TS....ha ha ha for my eyes only tak publish kat mana2 pun  dunt worry
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by qimi08 at 1-6-2009 11:03

Boleh no hal punyer sbb tgk baginda sultan masa muda sebiji cam Raja Nazrin  he he he
Sekarang pun ayahanda Raja Nazrin masih hensen walaupun rambut semua dah putih...


mmg hensem Sultan ni...maintain macho..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 01:22 PM | Show all posts
Sudah dua hari Hani berada di Rumah Tok Ali. Seronok ada, penat pun ada. Masanya banyak di habiskan dengan membantu Acik Mah memasak dan mengemas. Kebetulan salah seorang pekerja, Kak Salmi demam jadi Hani mengambil alih tugasnya. Semalam dia dan Nadia sempat menemani Frank dan Sarah ke kolam air panas.  Enjoyss habis! Tiga hari lagi  pasangan itu akan menamatkan percutian mereka. Hani di ajak menemani  mereka membeli belah di KL sebelum pulang ke US. Yeay... boleh ronda ronda jamu mata. Dia tersenyum sendirian sambil mengelap perabot di ruang tamu.

" Ini family Nadia?" Hani membelek gambar 8" x10" yang di letak di sudut kabinet TV . Puan Nuraishah dan suami mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Gambar di ambil masa Hari Raya agaknya, mereka  berbaju kurung dan berbaju Melayu warna ungu cair. Cantik dan segak, semua sedondon. Bahagia nya keluarga mereka , masing masing tersenyum lebar.

" Aah. Gambar tu dah lama. Masa itu Nadia baru 10 tahun" Nadia menjenguk dari belakang. Tawa kecil terlepas " Kelakar lah muka Nadia masa tu. Itulah kali terakhir keluarga kami beraya bersama. Lepas tu Kak Tasha kahwin dan pindah ke New Zealand ikut suaminya. Kalau dia balik bercuti pun bukannya waktu Raya "

Nak tanya pasal abang abangnya malu pula. Nanti Nadia salah faham, ingat aku berkenan.  Tapi ada seorang yang mukanya iras pelakon fevret aku, Farid Kamil. Dia kah yang " bertapa " di chalet sebelah pokok rambutan itu? Sehingga hari ini, tak pernah pun aku bersua muka dengannya. Hish... tak sedar diri betul aku ni. Itu anak boss merangkap tuan punya rumah. Jangan jadi macam bibik berangan nak tackle anak tuan besar. Bingkai gambar di letak  ke tempat asalnya dan Hani terus menyambung kerja mengelap meja.

" Kak Hani ada abang kan? Abang Kak Hani tinggal di mana?" Nadia menyoal. Tangannya mengupas buah rambutan yang baru di kait dari pokok belakang rumah. Matanya tertancap pada DVD Gossip Girl.

" Dia kerja di KL tapi company dia hantar dia ke Qatar. Bulan April nanti baru balik" jawab Hani sambil menghitung dalam hati. Sudah hampir sebulan Along dan Kak Ina di sana. Ada juga sekali sekala mereka menghantar email. Kak Ina pun dah buka Facebook.

" Oh, sebab itu Kak Hani tinggal sini, ya? Auntie Rosmah cakap, parents Kak Hani dah meninggal. Kesian akak. Akak jadi anak angkat mak Nadia nak? Sejak Kak Tasha kahwin Nadia rasa sunyi lah. Mama dengan Papa selalu sibuk." Walaupun baru beberapa hari berkenalan, Nadia sudah mula rapat dengan Hani. Sementelahan Hani  tidak mempunyai adik perempuan, seronok dia melayan si Nadia. Ada " chemistry" di antara mereka. Walaupun Hani jauh lebih tua tapi citarasa muzik, filem dan artis  mereka ada persamaan. Aku ni kan remaja lestari, kawan kawan sebaya dah jatuh cinta dengan lelaki di alam nyata tapi aku masih "bercinta" dengan artis yang tak pernah jumpa.Hani tersengih sendirian.

" Abang abang Nadia kan ada? Kenapa nak rasa sunyi pula?"

Soalan Hani di jawab dengan cebikkan. " Abang Ajin tu dah 27 tahun, Nadia dengan dia tak berapa ngam. Abang Mi di UK, masih belajar"

" Jadi Nadia anak manja lah. Mesti macam princess kat rumah. Semua Nadia minta mesti dapat." usik Hani.

" Eee... tak adalah. Kalau princess, takkanlah Mama dengan Papa tinggal Nadia" dengusnya sambil jarinya sibuk berSMS dengan telefon N90. Itulah hobinya, berSMS, bergayut, berchating. Gadis remaja urban lah , katakan.

Puan Nuraishah menghadiri seminar perniagaan di Langkawi selama seminggu. Suaminya Haji Ariff pula ke luar negara untuk urusan perniagaan. Terpaksalah Nadia di tinggalkan di Rumah Tok Ali kerana tak ada sesiapa di rumah mereka di KL.

Selesai tugas mengelap, Hani menyapu lantai ruang makan. Ruang makan di biar kosong, cuma di alas tikar mengkuang. Tetamu lebih suka makan sambil duduk bersila. Barulah betul betul menjiwai suasana kampung, kata mereka. Ada sesetengah yang minta  kain pelikat dan T shirt pagoda untuk di pakai waktu makan, cerita Acik Mah.

" Best apa , tinggal kat sini. Boleh mandi sungai, makan buah buahan. " kata Hani.

" Tahulah.  Tapi I miss my friends. Cuti ni mesti dia orang hang out kat Hartamas Square, 1 Utama, Curve."

Sambil tersengih sumbing dia bercerita tentang kawan sekolah yang di minati nya dalam diam. Cinta monyet lah tu. Patutlah tak senang duduk , takut jejaka idaman di rebut orang. Hai.... kecil kecil dah pandai. Aku yang tua ni pun tak reti bercinta, fikir Hani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 01:51 PM | Show all posts
" Kak Hani ada boyfriend?"

Hani menggeleng." Tak ada. Kenapa? Nadia nak carikan untuk akak?"

" Boleh. Tak susah pun. Abang Ajin tu single. Dia dah break up dengan tunang dia. Nanti Nadia introduce kat Kak Hani" balasnya dengan girang. Hani terkedu. Alamak , tersilap cakap. Malu nya kalau  dia kenenkan aku dengan abangnya. Sudahlah menumpang, ada hati nak mengorat anak teruna orang pula.

" Eh... tak nak lah. Tak sesuailah. Lagipun Kak Hani memang tak mainlah boyfriend, boyfriend ni semua. Buat pening saja. Tak pasal pasal nanti kantoi study." kata Hani dengan tegas. Secara tak langsung menegur Nadia.

" Kenapa tak sesuai?" suara lelaki menyampuk dari arah pintu.

Terpelanting penyapu di tangan Hani. " Oh mak engkau...Erkkk..." Dia menoleh. Matanya membulat. Ini mesti Abang Ajin. Kalau tak silap.... dia  lah mat rempit yang buat aku mandi air lopak tempoh hari. Oh- oh... macam bagus aku maki hamun dia. Matilah.....

" Muda muda dah melatah"  komen Nazrin. Dia  mengutip penyapu yang terjatuh dan menghulurkannya  pada Hani yang masih tergamam. Betul kata Nadia, muka Hani seiras bekas tunangnya. Cuma lebih muda dan polos. Seperti Fifi zaman dia masih dikenali sebagai Afifah. Amarah melanda Nazrin dengan tiba tiba. Luka yang sudah sembuh bagai di guris semula. Rasa macam nak tempeleng si Fifi look- alike di depannya. Dia mengepal jari jemari. Rahangnya di ketap.  Ya Allah! Kenapa aku jadi begini, keluh Nazrin.

Hani menelan airliur. Jantungnya berkocak kencang. Perasaan nya tak keruan. Rasa macam sistem pernafasan nya kena bius.  Dia terpaku. Wajah Nazrin di renungnya. Aku dibius cintaaaaaa... lirik lagu tema Cicakman 2 berlagu di telinganya. Hisshhhh... merepek lah.

" Buatlah kerja tu. Takkan nak berdiri macam kena sumpah jadi batu. Apa punya pekerja.... huh!" Nazrin bersuara dengan kasar. Hani seolah tersedar dari mimpi. Mukanya memerah. Penyapu di genggam ketat. Rasa nak pelangkung jer mamat ni. Dia melangkah keluar ke beranda sebelum berlaku sesuatu yang tak di ingini.

" Abang Ajin, kenapa cakap macam tu kat Kak Hani? Tak boleh cakap elok elok sikit?" selar Nadia. Dia bingkas bangun dari sofa dan meluru ke arah abangnya. " Abang nak cari apa kat sini?"

" Abang nak guna internet. Ada something urgent. Boleh tak korang jangan kacau" Tanpa kata maaf, Nazrin terus mengambil tempat duduk di meja resepsi. Tangan nya mengetuk keyboard Sony VAIO.

"Kak, jangan ambil hati dengan Abang Ajin tu. Dia memang moody. " pujuk Nadia yang mengikutnya ke beranda. Hani mengetap bibir. Di kerdip kelopak matanya agar airmata yang bertakung tidak menitis. Tangannya tangkas menyapu beranda yang tidak berabuk pun. Sakit hatinya tak terkata.  Seumur hidupnya cuma Mak Tok saja yang pernah menengking nya begitu.

" Kak Hani... Kak Hani" ulang Nadia sambil menggoncang tangannya. " Janganlah macam ni. Abang Ajin tu memang nak kena. Nadia bagi tahu Mama nanti "

Hani menghela nafas. Dia memaksa dirinya untuk senyum. " Its okay. Benda kecik saja. Kak Hani faham" Apa yang aku faham? Sikit pun aku tak faham kenapa dia marah sangat dekat aku?  Takkan sebab aku marah dia bila dia " simbah" air lopak kat aku hari tu? Ek eleh... patut aku yang marah kat dia. Aahh... pedulikanlah. Yang aku tahu aku perlu jauhkan diri dari dia. Takut aku terjatuh cinta. Aduuuuh... Kenapa perasaan lain macam ini menjelma tiba tiba?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:55 PM | Show all posts
hehehehe...,nak lagi.........,   nak lagi..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 02:26 PM | Show all posts

Balas #75 sueh2306\ catat

mak ai garangnya nazrin tu tak macho arr marah hani camtu pssttt smiley ko minat Farid Kamil...
Ha ha ha mula2 dulu tak minat dgn mamat ni lepas tgk drama kat astro LU LU tu minat pula sbb naturul je watak dia CEO kena tangkap basah dgn lu lu kat lake garden
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 03:05 PM | Show all posts
nak lagiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 09:06 AM | Show all posts
best...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 09:24 AM | Show all posts
garang2 nazrin tu pun hampir2 buat hani dbius cinta kann
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 09:44 AM | Show all posts
BEST CITER NI... DAH LAMA LIN TAK MASUK FORUM... TUP  ... TUP DAH ADA CITER BARU... TIMA KASIH YE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064121 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list