CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 16-11-2009 08:38 AM | Show all posts
alah...takde lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 09:49 AM | Show all posts
belum ada sambungan lagi ker....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 09:53 AM | Show all posts
n3 xda lg ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 10:38 AM | Show all posts
nak lagi, pls............
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:54 PM | Show all posts
ala......ingat dah ade n3
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 01:46 PM | Show all posts
mana sambungnya ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2009 03:48 PM | Show all posts
laaa....x de n3 lagi ker????
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 05:10 PM | Show all posts
cepatlah sambung....ingat dah ada.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 09:29 PM | Show all posts
cerita2 yg arjuna tulis..mmg best..
jgn lupa sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:49 PM | Show all posts
kelakar btl la time slh katil 2, berdekah2 gelak...,nyaris kat opis ni ramai yg g kursus,,tak der la org menanya...
smbung lg yer......
tak sabar nak tau kisah seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:11 PM | Show all posts
masih sepi tanpa berita lagi ker???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:25 PM | Show all posts
hani where are u?.......hehehhe nak n3 lagi smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:28 PM | Show all posts
rindunyaaaaaaaaaaaaaa.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:19 PM | Show all posts
sepi tanpa n3.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:25 PM | Show all posts
ha ha ha cik smiley Or aban arjun...mana menghilang ni ehem ehem ehem
betul ke firasat kita ni ...ahaks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:12 PM | Show all posts
995# qimi08

firasat apa tu?

hehehe... doa doakanlah

tp sebenarnya smiley tengah kehausan idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 05:14 PM | Show all posts
waaaaaaaaa ingatkan dah bersambung... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 17-11-2009 17:53

“Hani! Lamanya you cuti. You pergi mana?” Shamil menyapa sebaik Hani melangkah masuk lif yang  dipenuhi staf Persada. Dia mengenjak untuk memberi ruang. Senyuman melebar di wajah Shamil. Hampir seminggu tak jumpa.  Wajah gadis idamannya nampak lebih berseri dari biasa.

“ Er… I balik kampus. Dr Mirzan ada assignment untuk I.” Selagi kes Fifi masih dalam siasatan,  itulah jawapan yang harus di beri. Begitu pesanan pegawai polis selepas dia di soal siasat semalam. Polis masih lagi buntu. Tiada saspek mahupun motif dalam kes ini.

“ I call you banyak kali tapi you tak jawab”

“ Telefon saya  tertinggal di rumah abang. ”

“ Oh…patutlah. I ingat you sengaja tak nak layan I. Sedih I” gurau Shamil. Hani menundukkan muka. Apalah mamat ni. Nak bergurau pun tengoklah kiri kanan. Tak sedar kah yang staf lain sedang memasang telinga. Gadis gadis muda menjeling dengan rasa iri. Yang lainnya tak sabar nak bergosip. Hubungan Shamil dan Hani sering menjadi bahan spekulasi staf di Persada.

“ To make up for it, you kena temankan I lunch”

“ Sorry, I dah janji dengan Kak Siti nak keluar makan sama sama” pantas  Hani menjawab seraya menoleh pada  Siti yang berdiri di sebelahnya. Siti  serba salah. Anak boss punya pasal, terpaksa aku beralah. Lagipun semenjak Hani cuti , sudah beberapa kali Shamil mencarinya di Finance Department. Dah rindu sangat agaknya .

“  Hani, Kak Siti sakit perut lah . Hani pergilah dengan Shamil.”  Siti mengerutkan muka berkerut sambil menekan perut. Hani menjegil. Lousy actress! Kalau masuk Anak Wayang, audition pun tak lepas.

Pintu lif terbuka. Siti terus ke bilik air di lobi. Nak tak nak, terpaksalah Hani mengikut Shamil yang menuju laluan ke tempat parkir kereta di basement.

“ I nak ke Bangsar Shopping Centre. Nak beli buku kat Times. Kita makan kat sana , okay?”

Alamak! Nazrin dibenarkan keluar hospital semalam dan sedang berehat di rumah. Rumah Nazrin dalam kawasan Bangsar juga. Macam mana kalau terserempak dengan dia? Matilah mak kalau dia ingat aku ada skandal. Bagus sangatlah perangai bakal isteri dia, hari pertama kembali bekerja dah  “pak to” dengan lelaki lain.

“ I banyak kerja lah Shamil. Banyak backlog sebab I cuti panjang.  Pukul 3 nanti kena pergi meeting di luar dengan Cik Suzi. I tak sempat nak prepare lagi. Boleh tak kalau kita makan dekat sini saja?”

“ BSC tu bukan jauh sangat. Tak sampai 10 minit dah sampai. I janji hantar you balik sebelum pukul 2. Don’t worry.” pujuk Shamil.

Hani menelan airliur. Apa lagi alasan aku nak bagi? Hmm… tawakkal sajalah.  Shamil melambai pada seseorang dan sejurus kemudian kereta BMW 5 series kepunyaan Tuan Marzuki berhenti di depan mereka. Shamil membuka pintu belakang .

“ Sila naik, Cik Hani”

Hani memandang Shamil dengan pelik. “ Kenapa naik kereta ini? Tuan Marzuki tak marah kah?”

“ My father puasa hari ni jadi dia tak pakai kereta masa lunch. Anyway, dia sayang kat Hani. So, no problem lah kalau I bawa you keluar naik kereta dia. Kalau Samy yang drive  lagi cepat sebab tak payah buang masa nak cari tempat parking.”

Apa apa jerlah. Aku tak kisah, janji cepat balik. Hani melabuhkan punggung ke tempat duduk kulit yang lembut dan selesa. Aircond yang mengeluarkan angin sejuk dan  penyegar udara aroma lavender benar benar menyamankan. Kalau macam ni duduk berjam jam dalam traffic jam pun tak rimas. Syok juga sekali sekala dapat tumpang kereta orang kaya.
……………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:47 PM | Show all posts
“ So , Datin, mana kita nak pergi cuti lepas ni? “ tanya Wan Safura sambil membelek menu Dome. Macam biasa , dia dengan teman rapatnya Datin Sakinah akan menjamu selera di Bangsar Shopping Centre selepas membeli belah dan mendandan rambut. Aktiviti lazim mereka seminggu sekali.

“ I ingat nak pergi Dubai.”

“ Mm..sounds good.  I pun tak pernah pergi lagi ke Dubai. Syurga membeli belah kan? I suka pergi cuti dengan you, Datin. Kalau dengan Marzuki, bosan sangat. Orang lelaki bukannya suka shopping.” cebik Safura.

“ Memanglah orang lelaki macam itu. Kalau cuti, nak main golf. Kalau tak main golf, tidur. Boring! Tapi who cares? Janji dia bagi kita credit card. Tak payah ikut pun tak apa” Tawa Datin Sakinah bersambut.

“ Betul tu Datin. Tak payah tengok muka masam dia. Lagi bagus”

“By the way, apa khabar Shamil? Lama tak nampak dia.”

“ Ala…. Shamil kan tengah buat praktikal dengan Daddy dia. Sibuk sangat anak I tu. Selalu kena pergi tempat projek. Kenapa? Zehan nak jumpa dengan dia kah?” tanya Safura penuh minat. Hani tak akan ganggu Shamil lagi. Puas hati aku! Rancangan aku nak jodohkan Shamil dengan Zehan pasti berjalan lancar.

“ Tak adalah. I tanya saja. Zehan pun tengah sibuk.”

“ Datin… I rasa Shamil tu memang suka Zehan. Dia orang nampak serasi kan?”

Datin Sakinah melepas tawa. “ Memang serasi. Tapi soal jodoh ni, baik tanya tuan punya badan. Kalau ikut hati I, memang I suka sangat kat Shamil. Cuma I tak boleh nak paksa anak I. Zehan belum  ready to settle down.”

“ Ya, betul Datin. Dia orang muda lagi. Tapi seronoklah, kalau kita berbesan” Safura sudah mula berangan tentang konsep majlis perkahwinan Shamil dan Zehan.

“ Eh.. Safura, itu bukan Shamil kah?” Datin Sakinah menuding jari ke arah pasangan muda yang berjalan ke Chili’s restaurant. Si jejaka rancak bercerita siap dengan mimik muka lagi. Gadis bersamanya tersenyum simpul.

Safura mengangkat muka dari menu. Matanya di pincing. Ya, memang betul itu Shamil. Tapi siapa perempuan dengannya? Tidak! Tak mungkin! Jantung Safura berdegup kencang bagai tak cukup oksigen.

“ Siapa perempuan dengan dia tu? You tak cakap pun kat I yang Shamil ada girlfriend. Hmm… melepaslah kita nak berbesan nampaknya.”

Sindiran Datin Sakinah tidak di hiraukan. Safura meneleng kepala , cuba melihat dengan lebih jelas wajah gadis bersama anak kesayangan nya. Mata aku ni dah kero kah? Dia mengerdip berkali kali. Betulkah itu Hani? Dia mengetap rahang menahan amarah. Jarinya di kepal. Takkanlah aku kena kencing dengan si Atan?

“ Eh, you ni kenapa? You tak sihat kah? Muka you pucat macam nampak hantu. “ Datin Sakinah memandang aneh pada teman baiknya.

Ya , memang aku nampak hantu. Aku ingat minah tu dah mampus. Kalau tak mampus pun, mesti dah tak ada rupa macam orang. Tapi kenapa dia masih sihat walafiat, seronok bercanda dengan anak aku. Hati Safura jadi tak menentu. Habis tu siapa yang jadi mangsa Atan?

“ Eh,  I okay. Sesak nafas sikit.” Safura mengurut dadanya yang mula terasa ketat. Beg tangan Louis Vuitton nya di capai. Dia menggagau mencari nebulizer. Doktor sudah nasihatkan supaya jangan stress, takut penyakit darah tinggi menyerang. Penyakit asthma nya juga makin teruk. Macam mana aku tak stress? Kalau Datin Sakinah tak ada dengan aku, harus aku pergi serang Hani sekarang. Eh, mana nebulizer aku ni? Dia mengorek setiap celah beg. Nafas nya makin semput. Dadanya bagai di hempap batu berat.

“ Safura, are you all right? You don’t look good. Baik kita pulang.”  Datin Sakinah bangun dan memimpin rakannya ke arah  kereta yang terparkir. Sangkanya pasti kawannya yang sudah pucat lesi dan terhungap hungap itu akan menurut tanpa banyak cerita. Namun jangkaan nya meleset.

“ N.n ..no! I nak jumpa Shamil dengan betina jalang tu!” Safura merentap tangannya dan merempuh masuk ke Restoran Chili’s
…………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:50 PM | Show all posts
“ You order lah. I tak pernah makan di sini.” Pinta Hani. Semua makanan di menu nampak  sedap  walaupun aku tak reti sebut nama sesetengah hidangan.

“ Okay,  I order pastu kita kongsi. One  Fajitas and  one Triple Play. Two Cokes” kata Shamil pada pelayan bangsa Filipina. Dia kembali menumpukan perhatian pada Hani.

“ My father kata dia offer you kerja di Persada bila you graduate nanti. So, macam mana? You dah buat keputusan?” Shamil menopang dagu sambil merenung tepat pada Hani

“ Ermm.. belum.  Final exam pun belum lagi.  “ Hani menebar pandang pada pengunjung pusat membeli belah yang berlegar. Macam macam fesyen dan gaya. Dia terleka seketika.

“ You tau tak? I dah lama simpan satu rahsia.” Shamil cuba menarik perhatian Hani.

Hani menaikkan kening. “ Rahsia apa?”

“ I dah lama suka you. Masa I ajak Aina keluar tahun lepas, sebenarnya I nak berkenalan dengan you. I really really like you. I tak pernah rasa macam ini.  “Lembut dan romantis suara Shamil. Iman mana mana perempuan pasti tergugat.

Tapi aku bukan mana mana perempuan. Hani terkedu. Tak sangka Shamil akan meluahkan perasaan. Selama ini aku ingat dia mempergunakan aku untuk membuat Aina cemburu. Adehhh…! Macam mana aku nak cakap? Apa pun, baik aku berterus terang.

“ Shamil, I dah ada ……” Kata katanya tergantung bila seorang wanita separuh umur tiba tiba merempuh pelayan yang sedang membawa hidangan dan menjerit ke arahnya.

“ HEY BETINA!!  Kau tak mampus lagi rupanya! “ Mata perempuan itu mencerlang dengan api kemarahan.

Hani terpisat pisat. Dia terperangkap di tempat duduknya. Ini macam déjà vu. Siapa perempuan ini? Roh Fifi dah transfer ke tubuh orang lain kah? Kenapa aku ni selalu kena serang di restoran? Meja mereka menjadi tumpuan para pengunjung restoran.

“ Betina tak sedar diri. Ada hati nak menggoda anak aku. Engkau sama jalang macam mak engkau.” Safura cuba mencekau rambut Hani tapi di tahan Shamil.

“ Kenapa Mummy cakap macam tu? Apa pasal Mummy mengamuk? Shamil yang suka Hani. Bukan Hani yang goda Shamil” balas Shamil sambil memaut tubuh ibunya.

Ha?! Perempuan  ini mak Shamil?  Adik kepada madu Mak dan musuh Mak. Kata kata Acik Mah di imbas kembali. Safura membenci Mak dan keluarga kami. Hani menelan airliur. Tubuhnya kaku.

“Aku dah bayar orang suruh curah asid kat muka kau! Biar kau mampus. Biar muka kau hangus sampai tak ada lelaki nakkan kau….. ADUHHHH!” Bagai badai berlalu, ribut kemarahan Safura lenyap.  Safura mengerang  sambil memegang dadanya. Dia terkulai dalam pelukan Shamil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.106553 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list