CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 22-11-2009 01:00 PM | Show all posts
.......xpe ...kite orang tunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 09:59 AM | Show all posts
n3 xda?posa ler kita jwabnyer....
nanti jgn lupa smbng blk ekk smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:33 AM | Show all posts
1060# sang_arjuna
Alaaa, meroyan ler aku dua tiga ari nih, dah ada n3 kena buat panjang2 ler ekk, baru berbaloi penantian:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 07:39 AM | Show all posts
la rindu la kat nazrin & hani, ni lepas raya baru sambung ker........
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 08:55 AM | Show all posts
still x de n3 rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:01 AM | Show all posts
Hi jaza lama ko menghilang......kawasan terlibat dgn banjir ke.....
Tak tahu mana gi kawan2 lama tu...
qimi08 Post at 20-11-2009 15:37


aku hilang2 tu dah biasa le...Qimi...
Kg ku x banjir tapi tersekat tgh2...
kiri x leh kanan pun x leh kuar...
sib baik x balik kg... kalau tak stuck le...

JB x banjir... clear je walau hujan je...

lama x nmpak Kay... mana pegi ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2009 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 12:17 PM | Show all posts
hmm... awat la tak bawak balik laptop tu.  adeh, letih nunggu.  bl la nak kahwinkan budak berdua tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 12:17 PM | Show all posts
xpe smiley...... janji n3 pas ni byk2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 12:54 PM | Show all posts
kalu camtue...next week jelah n3nya erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 01:18 PM | Show all posts
1066# Jaza2008

Jaza..aku ada ni ha..cuma sesaja meng-hibernating-kan diri ni..almaklum ler..cuaca sojuk skrg ni...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 01:35 PM | Show all posts
uwaaaaa belum ada sambungan lagi ker....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:14 PM | Show all posts
xda n3 lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 06:03 PM | Show all posts
laa...mana hani ngan nazrin mengilang nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:20 PM | Show all posts
maduh pak arjuna biler mau sambung..
pg jengok2 tread detox ok  jer...
cari ilham yer...
anyway..jgn lupa csambung k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 09:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 24-11-2009 21:41

Assalamualaikum

I'm baaaaaaack
...............................................................................................................

Sebaik saja terbongkar misteri serangan asid, Fifi menghembuskan nafas terakhir. Hani di landa rasa  bersalah. Kalau aku berterus terang dengan Shamil yang aku dah tunang dengan Nazrin, mungkin Safura tak akan menyerang “aku”. Tapi manalah aku tahu Shamil betul betul suka aku. Ingatkan player kampus tu saja test power dengan semua perempuan.
Ironinya, Safura juga berada di ICU hospital yang sama. Masih tak sedarkan diri. Padan  muka. Sorrylah makcik, tiada langsung simpati dalam hati aku. Tak payah lah aku nak berlakun sedih, Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati umatnya.

Melihat wajah ibubapa Fifi yang datang dari kampung di Sik, airmata Hani tak dapat di bendung. Dia mengelap airmata dengan bucu selendangnya. Jarinya sudah mula berdenyut menghiris daun pandan untuk di tabur di kubur Fifi. Nadia di sisinya mericik kelopak bunga mawar. Dua  orang khairiah masjid mencari tikar dan kendi air.

“ Alaa… Kak Hani tak usah lah sedih sedih. Nadia rasa Kak Fifi lebih rela mati dari hidup dengan muka dia yang dah cacat. Kalau buat plastic surgery pun tak boleh dapat rupa asal. Doktor kata kotak suara dia pun dah rosak teruk. Mesti seksa kalau hidup pun. “ Nadia meluahkan apa yang tersimpan di hati.

Ada betulnya kata kata Nadia. Moga di akhirat nanti roh nya di limpahi rahmat., doa Hani.

“ Dah cukuplah daun pandan dengan bunga tu. Letak dalam bakul ni” Bakul rotan di hulur oleh seorang wanita sebaya Puan Nuraishah. Mereka mengangkat semua perkakas untuk di bawa ke kubur. Mayat Fifi di bawa terus dari hospital ke masjid untuk di mandi dan di kafankan. Hani menyibukkan diri dengan mengagihkan barangan ke dalam dua tiga kereta yang menunggu. Sekali sekala air matanya tiris jua.

“ Hani, don’t be sad. Tak ada apa yang you boleh buat untuk ubah apa yang dah berlaku. Semuanya takdir Tuhan. Jangan salahkan diri you, okay?” Tiba tiba Nazrin berada di sisinya.

“ I tahu. Tapi bila tengok mak dengan bapa Fifi, I tak boleh tahan. Rasa kesian sangat. Tapi I’m okay. Ada apa apa yang lagi yang nak I tolong?”

“Semua dah settle. Hani nak ikut ke masjid? Kereta I kosong.” tanya Nazrin. Hani kagum dengan Nazrin, Dr Mirzan dan rakan yang lain. Merekalah yang menguruskan semua hal pengkebumian.  

Alamak, aku uzur. Tak boleh solat. Tapi seganlah nak cakap. Hani cuba mencari alasan yang logik. Hari ini hari Sabtu, kalau tak boleh cakap yang aku kena balik ofis. Kalau aku kata tak nak ikut ke masjid, nanti dia ingat aku masih berdendam dengan Fifi.

“ Nak ke tak? Cepatlah. Kita dah bagi tahu Pak Imam nak solat jenazah lepas solat Asar. Takut tak sempat kebumi sebelum Maghrib.”

“ Er.. er.. you pergi lah dulu” Muka Hani merona. Bibir bawahnya di gigit. Tawa Nazrin terletus tiba tiba.

“ Oh… I faham. Ya Allah, kenapa itu pun malu nak cakap. Oi sayang, I ada  adik perempuan.  I tahu lah yang setiap bulan orang perempuan kena kibar bendera Jepun. Tak payah nak sorok sorok. Hadoilah…” Nazrin menepuk dahi.

“ Diamlah. Nak bagi semua orang tahu ke?” desis Hani

“  Kalau macam tu, you tinggal di sini saja.  Lepas Isya’ nanti Papa nak buat tahlil untuk arwah. You tolong lah apa yang patut. Sambil sambil tu boleh Mama ajar masak masakan yang I suka.Senang bila kita kahwin nanti” Mereka bersaing menuju kereta Nazrin yang terpakir di tepi bangunan. Hani mengangkat tikar mengkuang dan payung. Langkah Nazrin masih perlahan walaupun dia sudah tidak menggunakan tongkat. Bengkak di lututnya sudah mula surut. Cuma dahinya masih berplaster dan tangannya berbalut. Tapi doctor tetap tak membenarkan Nazrin terbang ke US. Bimbang penerbangan yang panjang akan menyebabkan bengkak kaki dan masaalah peredaran darah. Ada juga hikmah, tak payah kahwin bulan ini.  Boleh tunggu hujung tahun. Yesssss! Lega nya.

“ Kalau I masak tak sedap, macam mana?” tanya Hani dengan cuak. Teringat pepatah Inggeris; the way to a man’s heart is through his stomach. Kalau aku masak, silap haribulan stomach ache terus.

“ I tak kisah. Tapi you kena bagi I kahwin lain…. Ha ha ha!”

“ Gatal! Silambam kang!” Cubitan hinggap ke bahu Nazrin

“ Mama! Tengok Hani buli Ajin” laung Nazrin kepada Puan Nuraishah yang sedang menunggu di luar kereta CRVnya.

“ Elelelele…tak malu. Repot kat mak dia. Macam pondan”

“ Pondan you kata? Nak test?” Pipi Hani yang menyala di cubit

“ Eeee….Tak senonoh!!”

“ Ajin! Hani! Apa dok cubit cubit tu? Haram ! Kawinlah cepat. Senang nak cubit cubit, nak bertepuk tampar” sampuk Puan Nuraishah.

Adeh… malunya aku! Hani terus masuk ke rumah.

………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 09:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 24-11-2009 21:49

sori sebab lama tunggu
.................................................................

Muka Mrs Sally Chew mencuka sebaik  Hani muncul di ruang pejabat CEO. Gadis inilah punca segala masaalah yang melanda  Puan Wan Safura, boss no. 1 Persada Construction.  Bertahun  dia mengikut perintah boss no.1 untuk menjauhkan semua perempuan yang cun dan sexy dari boss no.2, Tuan Marzuki. Tak sangka pula Hani yang nampak innocent boleh menghuru harakan keluarga boss. Betul lah orang kata, Don’t judge a book by its cover. Paling menyakitkan, dia mungkin hilang pendapatan sampingan sebagai “ spy” boss No 1.

“ Mrs Chew, may I go in?” Soalannya di balas dengan anggukan dari muka yang masam.

Hani sempat berdoa sebelum menguak pintu bilik Tuan Marzuki. “ Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku”

“ Good morning Tuan Marzuki. Sebab apa Tuan nak jumpa saya?”

Wajah Tuan Marzuki cengkung dan tak bermaya. Gelung hitam melingkari matanya. Dia nampak begitu tua berbanding beberapa hari lalu sewaktu berjumpa di balai polis. Kesian.

“ Duduklah Hani. Uncle nak cakap sikit.”

Hani cuba mengukir senyuman tapi bibirnya enggan menurut arahan dari otak. Nalurinya kuat mengatakan ada berita buruk yang akan di sampaikan.

“ Uncle minta maaf banyak banyak bagi pihak Auntie Safura.” Tuan Marzuki melepaskan keluhan

Auntie Safura? Eee.. geli telinga aku dengar. Hani diam. Kelu untuk memberi respons yang sepatutnya

“ Uncle pun tak boleh terima apa yang dia buat. Uncle tak sangka dia begitu marah pada Hani. Rupanya dendam dia pada mak Hani masih kuat. Uncle ingat bila dah tua, dia berubah.  ” Sayu nada Tuan Marzuki. Kepala nya di geleng perlahan.

Sepi beraja di antara mereka buat beberapa detik. “ Apa khabar Puan Safura?” Soalan wajib akhirnya keluar dari mulut Hani.

“ Dia dah sedar tapi separuh badannya lumpuh. Doktor masih tak tahu kalau dia boleh pulih’

“ Oh…” balas Hani tanpa simpati.

“ Sebenarnya ada satu hajat yang Auntie Safura suruh sampaikan pada Hani.”

“ Ha? Apa?” celah Hani, terkejut. Suruh aku terjun bangunan? Atau baring di landasan keretapi?

“ Dia berhajat nak tengok Hani kahwin dengan Shamil. Dia dah insaf sekarang. Mujur Tuhan bagi dia peluang untuk bertaubat. Inilah satu satu permintaan Auntie.  Dulu arwah Abah Hani pun selalu cakap yang dia suka kalau Hani dengan Shamil dikahwinkan bila besar.Tak sangka yang Shamil dan Hani boleh jumpa di Universiti. Dah takdir agaknya.”

“ WHAT???!!!”  Jantung Hani hampir terlucut dari posisinya. Peluh dingin mula merecik. Gila ke haper? Silap haribulan aku sasau terus. Arwah Abah aku pun satu, ada ke nak jodohkan budak budak umur lima tahun?

“ Betul Hani. Uncle tak paksa Hani bagi jawapan sekarang. Fikirlah dulu. One thing I’m very sure of, Shamil really loves you. Uncle dah lama tahu, sejak tahun lepas lagi. “

Hani menarik nafas. “ I’m sorry Uncle. I have to say No. Hani tak boleh nak tunaikan. “ Tegas dan jelas jawapannya. Muktamad. Tak payah  buang masa nak fikir lagi. Jawapan tetap sama. Sorry Abah. Mak Tok dengan Tok Yam dah chop Hani dulu.

“ Why? Boleh Uncle tahu sebab apa Hani tolak? Shamil tu baik orangnya. Walaupun ramai kata dia playboy tapi Uncle tahu perangai sebenar dia. He will be a loyal and good husband to the girl he loves. Uncle tahu Hani dan Shamil masih muda. Uncle pun tak paksa korang kahwin sekarang. Tunang dulu. Lepas dah graduate, dah kerja, baru kahwin. Tolonglah Hani. Jangan hampakan Uncle, Auntie dan arwah Abah, and most of all, Shamil. Kesian Shamil, he has been through so much.”

Hujah Tuan Marzuki yang panjang tidak di hiraukan. Sikit pun tak dapat mengubah pendirian Hani.

“I’m in love with someone else. Hani nak kahwin dengan dia tak lama lagi, Uncle ” Tanpa berfikir panjang Hani menjawab. Tuan Marzuki memandang tepat padanya. Perasaan Hani jelas tercermin di matanya yang bersinar. Yes, she is in love. Tuan Marzuki menelan air liur. Hampa.

Nazrin kahwinlah aku cepat, doa nya.  Dulu aku yang buat helah nak lambatkan perkahwinan kami. Nampaknya, terpaksalah  aku jadi perigi cari timba kali ni. Susah…. Susah…..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:49 PM | Show all posts
Salam kembali smiley ... rindu awak ha ha ha

Inalillah... Fifi meninggal....kesian juga.

Ha ha ha betul tu cepat2 lah kawin hani & nazrin.....jgn lupe jemput ek
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:25 PM | Show all posts
best.....best.......kawinkan ajer smiley si hani ngan ayin nie cepat2...hehhehe....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:57 PM | Show all posts
1077# sang_arjuna

wah tak sabar nak tunggu hani lak ajak ajin kawen cecepat....tq tq smiley.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.080769 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list