CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 26-11-2009 02:31 PM | Show all posts
1100# alifinara

Sori, tak sempat lah hari ni

bnyk kerja menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2009 03:41 PM | Show all posts
Smiley.. nak wat ending hani ni sempena raya haji ke?? hee..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA korang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 07:54 PM | Show all posts
salam aidil adha smiley....rindunya nak baca lagi dan lagi .......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 12:09 AM | Show all posts
salam aidiladha,

smiley dah free nti bg n3 lebih2 skit... dah ujung taun ni.. kira bonus utk kami kat sni la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 05:36 PM | Show all posts
tak sabar nak tahu apa tindakkan mengajak nazrin kahwin
hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 05:29 PM | Show all posts
seronok beraya?

................................................................................................................................
Selesai kelas mengaji Quran dengan Ustazah Hamidah, Hani sengaja berlengah. Di lipat nya telekung wakaf dan di simpan kemas. Al Quran dan kitab di susun di rak. Seorang demi seorang staff meninggalkan surau.

“ Hani tak makan? “ Ustazah Hamidah membuka bicara
.
‘ Kenyang lagi Ustazah.”  Hani memandang wanita berjubah biru gelap yang membaca kitab Pancaran Nur. Ada sesuatu yang aku perlu tanya. Tapi seganlah.

“ Er … Ustazah, ada masa tak? Saya ada masaalah sikit lah. “

Ustazah Hamidah membetulkan sila di permaidani biru cair yang menutup seluruh lantai surau.   Sudah lebih sebulan Hani mengaji dengannya dan dia dapat meneka yang gadis itu sentiasa di landa resah. Apa pula kali ini?

“ Apa masaalah Hani? Ceritalah. Mungkin Ustazah boleh bantu Hani. Kalau saya tak boleh bantu pun , mungkin awak rasa lega kalau cerita kat saya”

“ Ermm… macam ni, Ustazah” Hani meluahkan dilemanya. Suara di perlahankan, takut kalau ada yang mendengar. Sejak Tuan Marzuki menceritakan tentang hajat Safura ingin menyatukan dia dengan Shamil, Hani tak senang duduk langsung.

Ustazah Hamidah tersenyum lebar sebaik Hani habis bercerita. Bahu Hani di tepuk.

“ Ini bukan masaalah besar. Hani dah tahu siapa pilihan Hani. Tujuan dia dengan Hani serupa, ingin hubungan ini di ikat dengan pernikahan. Yang penting Hani berterus terang yang Hani nak kahwin sekarang.”

“ Tapi saya malu nak ajak Nazrin kahwin cepat. Nanti orang kata saya perempuan gatal. Hidung tak mancung , pipi tersorong sorong pula. “ Jarinya bermain dengan bucu tudung.

“ Hani, kenapa nak malu? Ini yang saya tak faham perangai orang Melayu.  Pernikahan tu antara 3 perkara yang wajib di percepatkan. Hani dapat pahala besar.  Lagipun Nazrin memang tunang Hani. Bukannya Hani jumpa lelaki tengah jalan tiba tiba ajak kahwin. Insyaallah, kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan. Buatlah sembahyang hajat, banyak berdoa.” usul Ustazah Hamidah

Hani mengangguk. Tapi fikirannya menerawang. Macam macam skrip bermain di kepala. Yang pasti dia terbayang muka Nazrin yang tersenyum sinis. Mesti mamat tu buat jual mahal. Sengaja nak balas dendam. Tapi aku tak ada pilihan lain. Kalau aku tak kahwin , masaalah akan melanda. Tuan Marzuki akan terus melobi bagi pihak Shamil. Wasiat orang ini lah, amanah orang itu lah….pening kepala. Macamlah aku ni patung cendana , keras dan kaku, tak ada hati dan perasaan, tak ada otak nak buat pilihan sendiri.
………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2009 05:33 PM | Show all posts
Balik dari surau, Hani terus menghidupkan computernya. Kadang kadang Nazrin rajin juga ber YM. Tapi kali ini  naz_rain81 tak online. Ada hati nak jadi hero Korea konon! Kalau letak nick Jin Afrit atau Jin Notti lagi ngam. Hani mencebik. Fokus..Hani, fokus. Jin tak Jin. Aku yang terhegeh hegeh nak kahwin dengan dia. Macam mana cara nak pujuk Nazrin? Aku blur habis kalau bab bab macam ni. Kena refer kat Aina tapi makcik tu pun tak online. Hani menopang dagu sambil memandang kosong ke skrin computer.

“ Hani, Amanda kat HR cuti panjang. I nak you  check e payment file untuk salary.” Cik Suzailin memberi arahan menerusi telefon. “ Kalau ada discrepancy bagi tahu I a.s.a.p. Takut gaji lambat bulan ni.”

“ Okay, Cik Suzi”

Ha! Aku dah dapat idea. Nombor Nazrin di tekan. Cuma satu deringan Nazrin sudah menjawab.

“ Hi Hani. Apa hal call I ni?” Suara Nazrin macam orang mengantuk.

“ I mengacau kah? Are you busy?”

“ Tak. I tengah baca buku. I boring gila sampai I pinjam buku Twilight si Yaya. Ni pun rasa nak tertidur. You kat mana?”

Hani menelan airliur. Come on Hani, you  can do it. “ Kat ofis lah., mana lagi. Er… Nazrin, I.. nak ajak ..  er…, nak ajak you keluar.” Lepas tu nak ajak you kahwin.
Mak aihh… tak malu betul aku ni.

Nazrin menenyeh telinga. Henfonnya di pindahkan ke telinga lain. Betul ke apa yang aku dengar? Atau aku kena Panggilan Hangit HotFM?  “ Betul ni? What’s the occasion?”

“ Sejak I jadi intern, I tak pernah belanja you. Hari ini I dapat gaji. Jadi I ingat nak belanja you dinner malam ni sebab minggu depan you dah nak balik UDR. Are you busy tonite?”

Nazrin mengorak senyuman.
“ Kalau busy pun, I akan buat tak busy. Ni hari bersejarah. Tak pernah pun you ajak I keluar. I kena beli nombor ekor ni.”

Belum apa apa lagi dah nak kenakan aku. Sabar aje lah. “Janganlah perli. You tak sudi kah?  ”

“ Just kidding. Of course I sudi. Kecil tapak tangan, satelit I tadahkan. “

“ After Maghrib okay tak? You nak pergi mana?”

“ Hmmm…. One Utama? I nak cari some books kat MPH. Pukul berapa you nak I jemput you?“

“ You tak payah jemput I. I’ll see you there. Kita jumpa kat MPH dalam pukul 8. “

Hah.. ini sudah bagus. One Utama tak jauh dari rumah Aina. Sempatlah aku  pergi tutorial dengan Aina tentang kaedah menggoda lelaki.

…………………………………………………………………………

Sepanjang perjalanan dari kondo Aina ke One Utama yang tak sampai 15 minit, perasaan Hani tak menentu. Tak pernah aku ajak Nazrin keluar, ini pula nak ajak kahwin cepat. Memanglah tak masuk akal. Macam mana nak mulakan topic? Dia memintal hujung rambut nya sambil memikir dalam dalam.

“ Hani , jangan usik rambut you. Penat saja  I curl tadi.” Selar Aina

Hani ketawa kecil. Dia menggosok kedua belah tangan yang berpeluh. “ Sorry I tak sedar. I nervous ni ”

“ Tak payah lah buat muka macam anak kambing hilang emak. You keluar dinner saja. Makan , minum, borak macam biasa. Pastu you pandai pandailah selit topic kahwin. Jangan lupa petua petua I. You tak payah risau lah makcik, instinct I kata everything will be okay.” Aina menepuk peha Hani.

“ Kalau tak okay?”

“ Kalau dia tak nak kawin sekarang? Kahwin sajalah dengan orang lain. Biar padan muka Nazrin… kah kah kah!” tawa Aina terbahak bahak.

“ Tak nak lah” balas Hani. Aku nak Nazrin juga. Tak kira…

Kereta Aina berhenti di tepi taxi stand One Utama. Hani membetulkan rambutnya. Dia menjilat bibirnya yang berkilat di oles dengan MAC Lipglass.

“ Hani, cuba relaks. You look great.”

“ Betul? Tak over? Aku takut nanti Nazrin tak suka aku macam ni” Muka Hani herot. Sudahlah kena mekap. Baju pun Aina suruh pakai baju dia. Semacam je. Nasib baiklah tak sexy.

“ Trust me lah. Kalau Nazrin tu lelaki sejati, mesti dia suka . Kalau dia tak suka, baik kau toksah kahwin dengan dia. Merana batin kau nanti” usik Aina sambil ketawa mengekek.

“ Eh, mulut tu jangan capoi. Betul betul lah Aina, aku nampak okay tak?” ulang Hani

“ Turunlah cepat, kereta kat belakang dah hon.”


………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 05:41 PM | Show all posts
“ Assalamualaikum”

Nazrin mengangkat muka dari buku di tangan. Matanya terbeliak sejenak. Wow! Bisik hatinya. Salam di balas.

“ Buku apa you baca tu?” tanya Hani sambil menjenguk di sisi bahu Nazrin. Petua No 1 dari Aina. Dekati diri nya tapi jangan terlalu hampir sampai menyondol. Bau haruman Romance by Ralph Lauren mencecah hidung Nazrin.

“ Fundamentals of Islamic Financing. I kena mengajar paper ni semester depan. Buku teks dah ada tapi I kena cari buku sesuai untuk supplementary reading”

“I teringin juga nak ambil course ni. Demand untuk Islamic financing makin tinggi.”

“ UDR offer kursus ni untuk students tahun satu saja. Tapi kalau you nak, I boleh bagi private tuition” Nazrin tersengih. Matanya terpaku. Hani nampak lain malam ni. Blaus stail gypsy yang labuh menutup pinggul dan skinny jeans menyerlahkan kewanitaannya.

“ Kalau you ada masa , I don’t mind.” Hani tersenyum sambil membiarkan matanya bertarung dengan mata Nazrin. Aina punya Rule No 2. Maintain eye contact. Rugi calit mascara Lancome kalau kau tak guna mata yang memikat. Beberapa detik berlalu tanpa di sedari. Nazrin berdehem.

“Eh,  Jom lah makan. You dah lama tunggu kan?” tanya Hani

“ I saja datang awal sebab nak cari buku. So, mana you nak belanja I?”

“ Anywhere. Ikut suka you lah. You’re my guest” Mata Hani melirik

Adoyai Hani, jangan pandang aku macam tu. Tergugat iman abang..

“ I rasa nak makan salad. Kita pergi Delicious, nak?”

Makan salad?. Wah, very the orang putih.  Ada ke makanan lain kat sana? Harus aku kelaparan kalau makan salad saja. Tapi demi masa depan, aku sanggup.

“ Hmmm…Sounds good” Hani membiarkan Nazrin memegang tangannya menuju ke restoran di aras bawah

……………………………………………………………………………….

Restoran yang menyajikan makanan barat dan tempatan berkonsepkan pemakanan sihat dan berkalori rendah agak lengang malam itu. Booth di sudut yang agak tersorok di tuju Nazrin. Salad Caesar dengan salmon menjadi pilihan Nazrin. Hani memilih spicy seafood pasta. Pencuci mulut strawberry shortcake juga sudah di pesan. Petua Aina yang ke tiga, mesti kongsi dessert bersama. Ni yang leceh, aku rasa macam nak makan sorang. Dessert yang di meja sebelah nampak best sangat.

“ You diet kah?” soal Hani sambil menggulung spaghetti dengan garfu.

“ I dah gemuklah. Asyik tengok TV, makan, tidur. Baju dengan seluar pun dah sendat. You tak perasan kah perut I dah boroi?”

“ Ala.. boroi pun ramai juga yang minat” usik Hani. Apa lagi petua Aina? Bila duduk bertentangan, jangan sandar ke belakang. Badan kena condong ke arahnya seolah dia ada kuasa tarikan magnet.

“ Jealous?” duga Nazrin.

“Hmmm? Jealous tu biasalah. Tapi I dah lama terima kenyataan. You pensyarah paling hot kat kampus”  Puji Hani, jangan tak puji. Biar dia cair.

“ Puji lebih lebih ni ada apa apa kah? You dah janji nak belanja malam ni  kan? Jangan nak bodek suruh I belanja . I bawa duit RM10 saja”

Hadoilah pakcik ni… tak ikut skrip punya jenis.

“ Tak adalah. I ikhlas.” Hani tersenyum simpul. Matanya di kerdip. Nazrin menatapnya tekun. Pinggan salad yang hampir kosong di tolak ke tepi.

“ You ni kenapa? Pelik lah. Nak kata you demam, you nampak extra cantik malam ni. Tapi I rasa macam alien dah masuk dalam badan Hani yang I kenal” Wajah Nazrin sarat dengan tanda tanya.

Alamak?! Teruk sangat kah lakunan aku? Aina… TOLOOOONNNGGGG! Aku ni fail lah bab bab menggoda ni. Senyuman membeku di bibir Hani.

“ Hah! I tahu. Oh My God!”  Serta merta Nazrin meraup wajahnya. Kepalanya di topang. “ You nak minta putus, kan? You want to break up with me? Sebab tu you terlebih baik. Takut I mengamuk. Its okay, you boleh cakap terus terang.” bisiknya keras.

Hani berhenti mengunyah spaghetti. Rasa macam duri dalam mulut. Di paksa juga kerongkong nya menelan. Kepala nya di geleng berkali kali.

“ Tak… tak. Sumpah tak. I tak ada niat langsung nak break up. I nak ajak you kahwin masa semester break nanti.” Pergghhh…. Tak payah berbasa basi lagi. Straight to the point.

“ Ha? I tak faham. Bila I ajak kahwin sebelum I pergi US, you bagi macam macam alasan. Bila trip I kena cancel, you punyalah happy sebab tak payah kahwin. Sekarang you nak kawin cepat pula? Nak kata you pregnant, mustahil. Kenapa you ni? Make up your mind”

Hani mula mericik napkin kertas. Bibirnya di ketap. Hai,  susahnya. Baik aku berterus terang

“ I nak kita kahwin cepat sebab.... sebab I taknak orang lain ganggu hubungan kita. Uncle Marzuki nak I kahwin dengan Shamil. Jadi I cakap yang I dah ada tunang, I nak kahwin tak lama lagi.” Suaranya terketar ketar. Matanya tunduk ke pinggan. Segala petua Aina melayang pergi.

“ Oh… so you want to use me to get out of marrying him? Apa pasal you tak boleh tolak permintaan Tuan Marzuki dan anak kesayangan dia tu? Just say no. Hani,  I ada ego , ada perasaan juga. You ingat you boleh buat I macam balaci? Kejap tak nak, kejap nak. You jangan ingat I nak turut segala kerenah you. Grow up , please” Suara dan ekspresi wajah Nazrin tenang tapi meruntun perasaan.

Hati Hani bagai di toreh belati. Matanya jadi kolam yang hampir melimpah. Dia menekup mulut. I have to get out of here. Sikit lagi nak terburai airmata aku. Langkah nya laju menuju pintu keluar. Tiba tiba pergelangan tangannya di rentap. Dia menoleh dan hampir tersembam ke dada Nazrin.

“ I bagi  chance. Kita kahwin hujung bulan ni, ikut original plan. Bil dinner jangan lupa bayar, ya sayang.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 06:36 PM | Show all posts
chait... wat suspend je nazrin ni,.... igt dia nk wat perangai xnak kawin slmat just test hani  je.. hampir2 nk jatuh jantung ni tadi....anyway smiley thanks... best sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 09:45 PM | Show all posts
thanks smileyyy... adeh.. naper stop sini.. wat sakit jantung je nak tunggu.. uwaaa...
anyway... tak sabar nak tggu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 11:44 PM | Show all posts
best sangat smiley..... dah sentap jap baca ayat nazrin......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 05:25 PM | Show all posts
huhu,...saspen jer..
tp i like
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:25 PM | Show all posts
cepatlah hani kawin dgn nazrin
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 10:10 PM | Show all posts
nazrin ni buat jantung aku gugurla...
seb bek ko jd nk kawin dgn hani...
yabedabedu akulah manusia yg plg gembira
next...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 08:54 AM | Show all posts
aduhai, berdebar makcik membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 09:09 AM | Show all posts
n3 yg buat aku tersengih2 depan lappy, best2, nak lagiiiii:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 10:38 AM | Show all posts
ek eleh kerek semacam le c nazrin... betul hani terima pinangan si shamil putih mete . Time tu x dapet den nak tlg:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 11:31 AM | Show all posts
perghhh....tak sangka hani wat cam tuh. juna cepat2 post new n3 k...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 12:39 PM | Show all posts
hampeh tol nazrin nih.......

buat terkejut je.....

cepat sambungye smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 01:05 PM | Show all posts
1108# sang_arjuna

ajin ajin..pandai hang ya...kasi suspend dulu...jgn hani lak buat 180deg change dah ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068105 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list