CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 13-6-2009 06:44 PM | Show all posts
alahai nazrin..xkan dh tgkp cintan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 06:11 PM | Show all posts
tak kesampaian nak dating dgn hani...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 11:06 PM | Show all posts
AH NAK LAGIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 08:27 AM | Show all posts
agaknya si aina tue bekas kekasih Nazrin kut.., ]
betul tak???????
smbung lg ek......
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 12:11 PM | Show all posts
HEHEHEH ...BEST CITER NI
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 08:46 PM | Show all posts
  next...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2009 11:56 AM | Show all posts
erkkkkkkk.....
xde g ker?
sambung g erkkkkkk....
plsssssss..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:00 PM | Show all posts
apa suda jadi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 02:45 PM | Show all posts
emm... xde n3 lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 05:21 PM | Show all posts
takde next lagi ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:23 PM | Show all posts
xde sambungan g ker??????????
da rindu sgt kat hani nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 05:24 PM | Show all posts
nak n3 lagi... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:28 PM | Show all posts
nak n3 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 06:06 AM | Show all posts
tak de sambung lagi ke arjuna..
tak sabar nak tahu ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:31 AM | Show all posts
arjuna, sambung lagi ya..cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 03:21 PM | Show all posts
salam smiley....

juliet nak n3 ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2009 06:34 PM | Show all posts
adehhh... seksanya nak masuk forum

tgk tgk dah berubah wajah
..................................................................................

Teksi hitam kuning berhenti di depan rumah banglo setingkat di Taman Ria. Rumah yang bercat kuning air  di diami Mak Tok dan Tok Bah sejak rumah pusaka Tok Bah di ambil kerajaan untuk membina lebuhraya. Pampasan yang diterima Tok Bah boleh tahan juga. Cukup untuk membeli dua biji rumah banglo dan  mengerjakan fardhu haji.  

Hati Hani di sambar rasa cuak bila Acik Mah mengetuk pintu. Sudah  setahun dia tidak bersua muka dengan Mak Tok. Kali terakhir masa Along berkahwin dengan Kak Ina.  Hari Raya Puasa yang lalu dia ikut abangnya beraya dengan keluarga Kak Ina di Kulim. Gasaklah kalau Mak Tok kecil hati pun. Ada aku kisah.

Tak lama kemudian pembantu rumah Mak Tok yang di panggil Mek membuka pintu. Wajah wanita Pattani yang sudah lebih dua puluh tahun bekerja dengan Mak Tok semakin di mamah usia. Mana tak nya, mesti tensi bekerja dengan majikan yang garang dan cerewet macam Mak Tok. Aku tabik 'spring' dengan kecekalan Mek yang mengalahkan srikandi Fa Mu Lan. Sejak Tok Bah meninggal dunia dua tahun lalu, Mek lah teman setia Mak Tok. Acik Mah pun dah " surrender".

" Cik Mah, Cik Hani! Masuk lah. Awat naik teksi? Pak Tam boleh ambil kat stesen" kata Mek  sambil mencium tangan Acik Mah. Hani bersalaman dengan Mek  yang kemudian mengangkat beg mereka ke bilik.

Acik Mah terus ke bilik Mak Tok. Mata Hani meliar sekeliling; rumah Mak Tok sikit pun tak berubah. Kerusi dengan kusyen bermotif bunga memenuhi ruang tamu. Jambangan bunga kristal dalam vas di atas meja. Di satu sudut terdapat almari kayu jati yang mempamerkan pelbagai hiasan kaca, dari loceng hingga teko dan pinggan cenderahati dari luar negara. Hani melangkah ke dapur untuk membasah tekak yang kering. Sejak demam panas nya dulu, Doktor berpesan supaya banyak minum air kosong. Juga untuk menguatkan semangat sebelum berjumpa  Mak Tok. Belum habis segelas air,  kepala Acik Mah tersembul di pintu.

" Hani, Mak Tok nak jumpa Hani. Cepatlah" gesanya.
Hani melepaskan keluhan  sambil membontoti Acik Mah ke bilik utama di sebelah ruang tamu. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat Kursi. Pintu di kuak perlahan. Mak Tok terbaring di katil tembaga bertiang empat dan berkelambu. Wajahnya pucat dan cengkung. Jauh beza dengan Mak Tok waktu majlis kahwin Along dengan sanggul cekang dan muka yang sentiasa berbedak. Bau minyak attar Seribu Bunga yang sinonim dengan Mak Tok  di ganti dengan aroma minyak cap kapak.

" Ha.. Hani" suaranya perlahan dan tersekat sekat. " Duduklah sebelah Mak Tok"
Hani melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangan neneknya yang berkedut dan berurat di capai. Lalu di kucup lembut. Hani menjadi kaget bila rambut nya di usap perlahan. Mak Tok dah buang tabiat kah? Menurut cerita Mek, Mak Tok pitam dan terpaksa di kejarkan ke hospital. Sebaik saja pulih, mulutnya mula " berkicau" memaksa doktor membenarkan dia pulang. Lagipun doktor kata penyakitnya tidak serius.  Cuma perlu pantau pemakanan kerana darah tinggi yang di hidapnya.

" Hani.. kenapa lama tak pulang tengok Mak Tok? Mak Tok rindu dengan Hani dan Haris"

" Hani sibuk dengan kuliah.  Along pula sibuk dengan kerja. Sekarang dia ada di luar negara" balas Hani.

Hati nya di jentik rasa bersalah. Adakah aku mengelak berjumpa dengan Mak Tok sebab ingin membalas dendam atas perbuatannya pada arwah Mak? Padahal Mak sendiri ketika hidup tak pernah memburukkan ibunya. Biarpun dia pernah di halau oleh Mak Tok.  Sampai sekarang Hani masih ingat Hari Raya Yang Paling Tragis dalam hidupnya. Ketika itu bapanya sudah meninggal dunia dan umurnya tujuh tahun. Baru bersekolah dalam Darjah Satu. Hari Raya lah perayan yang paling gah dalam dunia bagi kanak kanak sebaya dengannya. Buat pertama kali mereka bertiga balik ke Sungai Petani untuk beraya dengan Mak Tok dan Tok Bah. Cadangan Mak nak tinggal di sana selama 2 hari. Dari waktu mereka sampai pada malam Raya , sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Mak Tok. Pandang pun tak sudi. Selesai sembahyang Raya, mereka anak beranak bersalaman memohon maaf dari Tok Bah. Mak Tok keluar dari dapur dengan Tupperware berisi kuih muih, ketupat dan rendang yang di suakan pada Along lalu memanggil Pak Tam, pemandu Tok Bah.
" Pak Tam, hantaq depa pi stesen bas. Depa nak balik. "
Sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar dimana Mak mengajar waktu itu, airmata Mak bertakung. Sekali dua dia menyeka airmata yang meleleh. Hani dan Haris nanar. Rasa bersalah sebab beria ria mengajak Mak balik kampung sebab teruja mendengar cerita rakan rakan. Hingga sekarang luka di hati masih bersisa. Manalah aku tak trauma kalau berdepan dengan Mak Tok.

" Besar sangat kah dosa Mak pada Mak Tok? Jahat sangat kah emak Hani?" Tanpa disedari kata kata itu terlepas dari mulut nya. Alamak! Hani cepat mengesot. Jauh dari jangkauan Mak Tok. Takut kena cubit walaupun Mak Tok sedang sakit. Tak mustahil. Cubitan Mak Tok macam kena ketip dengan ketam hidup... sakit.

Airmata Mak Tok mula bergenang. Jari tuanya mengesat tubir mata. Suasana dalam bilik jadi hening. Hani dan Acik Mah saling bertukar pandang.

" Mak Tok..... Mak Tok minta maaf. Mak Tok tak patut halau mak Hani. Tapi Mak Tok sakit hati bila mak Hani tak nak ikut cakap Mak Tok. Ramai orang yang baik baik masuk meminang, semua di tolak. Akhirnya dia setuju untuk bertunang dengan anak kawan baik Mak Tok. Tapi sebulan sebelum kahwin dia minta putus. Mana Mak Tok nak letak muka Mak Tok? Mak Tok cukup marah. Bila dia kahwin dengan suami orang, Mak Tok dengan Tok Bah bukan main malu lagi dengan saudara mara dan kawan kawan. Kami jadi buah mulut orang kampung. Tapi sekarang Mak Tok sedar, jodoh ketentuan Illahi. Begitu juga ajal maut.  Mak Tok dah insaf. Mak Tok dah banyak buat salah. Hani dan Haris waris Mak Tok selain Acik Mah.  Mak Tok tak nak kehilangan cucu cucu  Mak Tok macam mana Mak Tok hilang mak kamu. Maafkanlah Mak Tok, sayang." Sebak suara Mak Tok.

Hmm... macam Cerekarama pula, fikir Hani. Aku pun tak tahu yang Mak pernah bertunang. Dengan siapa? Tapi itu semua kisah silam. Yang aku tak sangka, Mak Tok sanggup mengakui kekhilafan nya. Tapi tak semudah itu aku nak maafkan. Entah esok esok bila dia dah sembuh, dia mula mengungkit balik kisah seolah olah Mak penjenayah perang paling kejam macam Slobodan Milosevic. Setahunya Mak dan bapanya bercinta masa di universiti tetapi Abah di jodohkan dengan pilihan keluarga. Abah tidak mempunyai zuriat setelah lima tahun berkahwin lalu  Abah berkahwin dengan Mak , dengan restu isteri pertamanya. Tapi Tuhan telah menentukan jodoh Mak dengan Abah tak panjang. Nyawa Abah di ragut dalam kemalangan jalanraya ketika berkursus di UK. Sudahlah aku tak banyak kenangan dengan Abah, kuburnya pun tak pernah ku lihat. Menurut cerita Mak , Abah di kebumikan di sana. Kaum keluarga Abah  yang menguruskan semuanya. Mak di anggap persona non grata, pendapatnya tidak perlu di ambil kira. Keluarga kami bagaikan tak wujud. Biasalah , keluarga isteri kedua. Hati Hani berlagu sayu.

" Cik Mah, ini makan tengahari untuk Puan" Suara Mek mengejutkan Hani dari lamunan. Mangkuk berisi bubur nasi bertukar tangan. Hani mengambil peluang untuk melarikan diri. Silap haribulan Mak Tok suruh aku suapkan dia.

" Hani keluar dulu. Nak solat" katanya pada Acik Mah. Dia ingin bersendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 11:06 AM | Show all posts
sedih la n3 kali ni.....

pening la ngan wajah baru CARI.COM ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 03:58 PM | Show all posts
fieza pening? smiley pun fenin
smlm rasanya dah paste lagi satu n3 tp hilang plak
.......................................................
Mak Tok sudah berada di meja makan sebaik saja Hani keluar dari dapur. Kening Hani terangkat. Siang tadi sakit teruk, malam sudah segar bugar. Rasa syak mula bertenggek di tangkai hati. Entah entah Mak Tok pura pura sakit semata mata sebab nak aku dan Acik Mah balik menjenguknya. Cepat dia beristighfar. Tak baik berprasangka buruk.

" Mak Tok dah sihat?" sapa Hani sambil menarik kerusi sebelah Acik Mah walaupun ada tempat kosong sebelah Mak Tok.

" Mak Tok rasa sihat sedikit. Baru ada selera nak makan. Dah dua hari Mak Tok tak lalu makan." Tuturnya berselang seli dengan deheman. Dada nya di urut.

Hani meletak sesenduk nasi ke pinggan neneknya. " Mak Tok nak lauk apa?"

" Ikan kukus saja. Doktor suruh Mak Tok jaga makan. Takut darah tinggi naik lagi" balasnya. Bibirnya menguntum senyum melihat cucunya yang semakin lawa dan dewasa. Mudah mudahan dia bertemu jodoh yang sesuai. Janganlah dia ulang kesilapan ibunya. Mata tuanya berkaca bila Hani mengasingkan tulang sebelum meletak isi ikan ke pinggannya. Hatinya tersentuh dengan layanan cucu yang sering jadi sasaran amarahnya.

Berselera Hani dengan Acik Mah mengadap hidangan makan malam. Hidangan  telur bungkus,  kailan goreng dan ikan kukus setanding dengan masakan restoran Thai. Mek memang handal. Sama handal dengan Acik Mah. Hai... gemuklah aku macam ni, bisik hati Hani.

" Mah dengan Hani berapa lama di sini? Duduklah lama sikit" pinta Mak Tok

" Mah tak boleh cuti lama sangat , Mak. Minggu depan resort Kak Chah dah mula sibuk." Cepat Acik Mah menjawab.

" Hani cuti berapa lama?"

" Tinggal lebih kurang sebulan lagi." Hani mula tak senang duduk.

" Tinggal lah dengan Mak Tok sampai habis cuti. Mak Tok sunyi, duduk sorang sorang. Hani bukan selalu balik sini" Mata tua Mak Tok merenung sayu. Hani mendiamkan diri. Apa alasan aku nak bagi? Acik Mah pun tak nak tolong back up ni apahal?

" Macam mana Hani? Boleh?" rayu Mak Tok.

" Atau Hani rindu kat orang di Ulu Langat." bisik Acik Mah dengan senyum nakal. Muka Hani berubah. Wajah Nazrin yang tiba tiba muncul di kepala pantas di lenyapkan. Rindu ? Pleeese.... malam sikit.

" Tak adalah. Mengarut saja Acik Mah  ni tau. Hani tak kisah tinggal di sini. " jawabnya pantas. Alamak aku dah masuk perangkap. Acik Mah ni saja nak kenakan aku. Matilah aku kat sini....

Mak Tok tersenyum lega." Terimakasih Hani. Hani temankan Mak Tok ya. Nanti bila Mak Tok dah sihat, boleh kita pergi jalan jalan, ziarah saudara mara kat sini. "

Hani memberi senyuman hambar. Menziarah saudara mara bukanlah agenda kegemarannya. Cepatlah semester bermula... aku lagi rela buat assignment sampai tak tidur malam dari kena ikut Mak Tok ke hulu ke hilir.

"Besok anak Sharifah Johara kahwin. Mak tak larat nak pergi. Mak wakilkan Mah dengan Hani, boleh ya?" usul Mak Tok setelah selesai makan.

Patutlah  banyak kereta di depan rumah Sharifah Johara semasa aku ke pasar mini dengan Mek tadi, detik hati Hani.  Kanopi warna putih sudah siap di pasang. Hani tidak mengenali anak anak jiran Mak Toknya itu dengan rapat. Setakat berbalas senyum bila terserempak. Mereka lebih tua dan agak sombong. Maklumlah mixed blood, berdarah Arab.

" Hani tak nak pergilah. Hani bukannya  kenal. Baju kurung pun tak bawa."

" Pakai saja baju Acik Mah. Kita pergi sekejap lah, Hani. Dah lama tak jumpa jiran jiran kita. Nanti kalau dia tahu kita balik tapi tak pergi, depa kata kita sombong pula." Acik Mah memujuknya. Kad jemputan berwarna merah jambu yang di suakan Mak Tok di belek. Di depannya gambar sepasang burung merpati putih. Cute! Mesti pasangan pengantin berjiwa romantis. Merpati dua sejoli. Sharifah Madihah bt Syed Mahadzir Al- Shahab dan  Wan Ahmad Hisham bin Wan Ahmad Tajudin.

Hani mengangguk malas. Manalah tahu kot kot boleh jumpa kawan kawan lama. Lagipun dah lama tak makan nasi minyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 04:06 PM | Show all posts
" Acik Mah, jalan slow sikit. Hani susah nak jalan ni" rungut Hani dengan muka mencuka.
Kasut bertumit tinggi yang terpaksa di pinjam dari Acik Mah  menyukarkan langkahnya. Eee...tak biasa lah aku jalan macam aksi kucing ni. Nak sampai rumah pengantin yang letaknya cuma selang tiga rumah dari rumah Mak Tok pun makan masa lebih 15 minit. Nasib baik tak pakai kebaya dengan kain ketat yang Acik Mah cadangkan. Entah entah entah bila sampai kenduri pun dah habis, sempat tolong basuh pinggan saja.

" Eh... Rosmah! Lama nya tak nampak. Bila balik sini?" Mereka berdua di sapa oleh seorang wanita berbaju kebaya labuh warna merah hati. Wanita yang sebaya Acik Mah itu memandang Hani dengan riak keliru.

"I balik kelmarin. Jenguk Mak, dia tak berapa sihat. Ini Hani, anak saudara I. Hani, ini Sharifah Raudzah, mak menakan pengantin" terang Acik Mah sambil menghulurkan kotak hadiah dan juga sampul berisi wang dari Mak Tok.

" Oh... anak Rohana rupanya" Matanya meneliti Hani dari atas ke bawah sambil bersalaman. Senyuman nya bertukar sinis.
Inilah yang buat aku malas nak pergi kenduri kendara. Tengok muka dia pun aku tahu, tak sabar sabar nak mengata. Bila lah stigma ini nak hilang? Aku seorang saja kah dalam dunia ni yang beribukan wanita yang  menjadi isteri kedua?

" Sila..sila Rosmah. Kenapa berborak dalam panas tu? Masuklah dalam rumah. Pengantin tengah bersanding. Kalau you nak makan dulu pun boleh. Ada banyak tempat kat khemah. Free seating" Seorang lagi wanita mendekati Acik Mak dengan senyuman lebar. Dia juga berbaju warna senada dengan Sharifah Raudzah. Warna tema majlis agaknya.

" Terimakasih Mona. Jom Hani, kita masuk dalam tengok pengantin" Acik Mah menarik lengan Hani.

Ruang tamu yang agak sesak membuat Hani dan Acik Mah terpaksa duduk di tepi pintu masuk. Mata Hani terpaku melihat pengantin yang sama cantik sama padan duduk bersanding di atas kerusi berangkai dua. Hidung sama mancung, kulit sama putih kemerahan.  Pelamin gabungan warna putih dan merah hati di hias dengan kuntuman bunga ros putih dan merah. Tiba tiba matanya tertancap pada satu wajah yang pernah di lihat. Mukanya merona. Hatinya di palu keresahan. Alamak!  Apasal lah dia ada kat sini?  Hani mengenjak ke belakang Acik Mah, cuba menyembunyikan diri. Matanya menukur ke lantai.

" Acik Mah, lama lagi kah nak duduk sini? Jom kita makan, pastu balik" bisiknya

" Tunggu lah dulu. Baru sampai dah nak balik. Apa kata tuan rumah nanti?" Hani mengeluh mendengar jawapan Acik Mah.

Pengapit pengantin lelaki  secara spontan mengukir senyuman. Sebaik saja sedar kehadiran gadis manis berbaju kurung ungu cair itu , hatinya berlagu riang. Tak disangka, bertemu juga aku dan dia.Ek eleh...tengok tu, nak sembunyi konon. Dia meneleng untuk mencuri pandang gadis berwajah Melayu jati di antara spesis Sharifah yang berhidung mancung. Kipas di tangan makin laju.

" Psst... awat laju sangat" bisik Mak Andam dari tepi pelamin dengan garang. "Hang ingat kipas pengantin macam kipas satay?"

Ooops... ! Kena maintain cool. Jangan gabra sangat. Tak kan lari gunung di kejar. Tapi hatinya tetap berdebar. Apasal ramai sangat merenjis? Tok, Nenek, Pak Long, Pak Su, Walid, Umi .... Sudah sudahlah tu. Nanti cik adik baju ungu balik awal, melepas lah aku. Peluh mula merenik di celah anak rambut di dahi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.114435 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list