CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 23-6-2009 04:22 PM | Show all posts
suka..suka... ni mesti shamil muncul...

karang dok kalut sangat pengapit nk kejar hani.. jgn ler plak ada adegan kejar mengejar . dah ler hani ayu2 jer ngan bertumit tinggi, takut ada plak yg jatuh berdebuk..hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 05:06 PM | Show all posts
140# sang_arjuna


katil tembaga bertiang empat dan berkelambu kita tau katil sbb dolu2 masa kecil2 rmh opah kita guna katil sampai skrang masih ada di kampung jadi katil antik....tinggi weh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 05:10 PM | Show all posts
sapekah pengapit lelaki itu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 05:30 PM | Show all posts
143# nallepooh

shamil kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 07:30 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:24 PM | Show all posts
Timekasih..timekasih.. Sang Arjuna utk N3 terbaru.. Ketawa dpn PC dgn telatah Hani ni...Hani..oohh..Hani...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2009 08:03 AM | Show all posts
suke...suke.... nak n3 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:55 AM | Show all posts
syokkkkkkkkkkkk.....
thanks la smiley na.....
nak n3 g bole?
{:2_76:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 10:33 AM | Show all posts
hmmm..besssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:46 AM | Show all posts
suke...suke....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:09 PM | Show all posts
akhirnya dpt gak baca abis..
best la..bila nk smbg lagi..
nak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 03:26 PM | Show all posts
akhirnya  ada   n3
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 07:46 AM | Show all posts
masih menanti entri yg seterusnya......
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 11:15 AM | Show all posts
SAPA EK PENGAPIT LELAKI TUE.., HEHEHHE
TAK SABARNYA NAK TAU....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2009 11:09 AM | Show all posts
" Hi... ada orang duduk tempat ni?" Suara lelaki yang tiba tiba menyapa  membantutkan seleranya.
Tanpa menoleh Hani dapat mengagak siapa tuan punya suara. Wajahnya merona. Hampir sama warna dengan air sirap. Mulutnya berhenti mengunyah. Ini semua Acik Mah punya pasal. Sibuk beramah mesra dengan jiran tetangga macam ahli politik yang sedang berkempen. Kalau tak dah selesai makan dan boleh balik rumah.

" Duduklah. Tempat tu kosong" jawab Acik Mah dengan ramah

" Telan dulu makanan dalam mulut you tu. Tersembur nanti" bisik Shamil sambil melabuhkan duduk di sebelah Hani. Tanpa sedar Hani menurut. Nasi minyak berlauk dalca dan ayam masak merah yang cukup sedap terasa pahit macam ubat.

" Anak ni pengapit pengantin lelaki kan?" tanya Acik Mah

" Ya Auntie. Saya Shamil, kawan satu university dengan Hani" Tangannya di hulurkan pada Acik Mah. Hani membatu bagai kena sumpah dengan Sang Kelembai.

" Oh... kawan Hani rupanya." Acik Mah tersengih melihat Hani terkulat kulat. " Hani, letaklah nasi kat Shamil "
Aikkk... lebih lebih pula Acik Mah ni. Hani mengetap bibir sambil menceduk nasi minyak untuk Shamil.

" Tak sangka pula jumpa you kat sini. Hari tu you kata tak balik Kedah"

" Memang  saya tak ada plan nak balik sini. Tapi nenek  saya sakit." jelas Hani. Matanya melirik ke arah Shamil yang sedang enak menjamu selera. Tak di nafikan, Shamil cukup segak berbaju Melayu. Macam model dalam majalah untuk edisi fesyen Hari Raya. Kalah pengantin lelaki. Beberapa pasang mata anak gadis menjeling nakal ke arahnya.  Tapi entah kenapa , naluri perempuan Hani tidak terusik. Ketampanan Shamil bagai pemandangan yang indah.  Cantik di jadikan habuan mata tapi tidak menggetarkan jiwa, tak mendebarkan dada.  Tak macam .... oh, tidak! Hani menebas bibit bibit rindu yang tiba tiba muncul.

" Shamil orang mana?" tanya Acik Mah

" Mak saya orang Alor Star tapi dah lama tinggal di KL. Pengantin lelaki tu sepupu saya. Rumah nenek Hani kat mana?"

" Dekat sini saja" balas Hani sambil mencapai kendi untuk membasuh tangan. Seleranya tertutup bila teringat insiden dia tersembur kopi. Aku nak minum air sirap pun rasa cuak.

" Selang tiga buah rumah.  No 19. Singgahlah rumah  kalau senang. " pelawa Acik Mah. Hani menjegilkan mata. Overlah Acik Mah ni. Biarnya betul betul mamat ni datang.... habis aku. Mesti kena belasah dengan Mak Tok.  Acik Mah tak tahu aku pernah kena " basuh" dengan Mak Tok bila kawan Along menelefon aku dulu. Tiga hari tiga malam tak habis habis berleter... macamlah aku mengatur rancangan nak kahwin lari kat Siam.

" Termenung jauh nampak. Teringat siapa? Hero tepi you pun buat tak peduli" usik Shamil. Hani tersentak. Senyum sumbing terukir di bibir bergincu merah jambu. Kepalanya di geleng. Perasaan, desisnya dalam hati. Tangannya membelek bekas bunga telur berbentuk bakul yang di buat dari ceramic. Otaknya cuba mencari bahan untuk di bualkan.

" You tak contact Aina?" Hani membuka topik. Kali terakhir dia berbual dengan Aina, sahabatnya itu mengadu pasal  Shamil. Sombong, katanya. Langsung tak ada khabar berita.

Shamil menggeleng." Tak ada. Apa cerita dia?" tanya Shamil dengan selamba. Topik berkaitan Aina tak menjanakan mindanya. Nasi di tambah.  Lauk pauk hasil tangan tuan rumah memang enak. Tak macam kenduri kahwin kat KL. Semua dah komersial,  pakai caterer.

" Dia boring tinggal di rumah kakak dia. Tak ada member katanya. Kalau Shamil ada masa, singgahlah di Penang. Bukan jauh pun dari sini" Hani memberi cadangan. Apalah Shamil ni, kalau nak mengurat buatlah betul betul. Ini lembab semacam.  Tapi mengaku hero konon.

Shamil menatap wajah Hani. Blur sungguh lah cik adik ni. Tak faham faham lagi. Aku bukannya ada hati kat Aina.

" Er... Kalau Hani nak ikut sekali, bolehlah kita pergi. Kalau I pergi seorang, seganlah."

" Tak boleh. Saya kena jaga Mak Tok.. er.. nenek saya yang sakit" tukas Hani. Nanti tak pasal pasal, Aina tuduh aku nak cilok. Tak faham lah aku dengan taktik Shamil. Kenapa dia  baik dengan aku tapi  tak layan Aina? . Kitab Kasanova jilid berapa yang dia guna? Kalau nak buat Aina jeles pun , agak agaklah sikit.

Acik Mah yang tadi rancak berbual dengan tetamu lain di meja tiba tiba menumpukan perhatian pada Shamil semula.

" Shamil ni saudara pengantin atau kawan?

"  Saya sepupu Hisham. Mak saya dengan bapak dia adik beradik. Dengan keluarga pengantin perempuan pun ada bau bau bacang juga.”

" Oh." Acik Mah mengangguk perlahan sambil mencerna maklumat  " Mana satu mak bapak Shamil? "

Shamil menuding ibu jari ke arah meja pengantin di bawah porch rumah Sharifah Johara. " Mak saya  pakai baju biru, duduk di hujung. Bapak saya yang pakai baju Melayu kelabu"

Jemputan yang sibuk lalu lalang dan jurugambar menghalang pandangan . Mata Hani dan Acik Mah masing masing  tercari cari hadirin  yang di maksudkan.  Wah.. boleh tahan emak Shamil ni, detik hati Hani. Berambut pendek warna perang. Masih bergaya  walaupun umur sudah mengenjak senja. Begitu juga bapa nya. Segak dan berkarisma. Patutlah Shamil pun ada aura.  Kemana  tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

" Cantik your mother. Nampak muda" Pujian Hani di balas dengan senyuman Shamil. Kalau Mummy dengar mesti dia kembang.  Tentu dia sayang kat Hani. Sesuai sangat kalau jadi calon menantu dia..... he! he! he!

Acik Mah mengecilkan mata seolah cuba menerobos kotak memori yang di kunci rapi. Dahinya berkerut. Sesaat kemudian wajahnya berubah kelat. Hani meneka ada sesuatu yang tak kena.  Apa kaitan ibubapa Shamil dengan Acik Mah? Boss lama yang tak ngam dengan dia? Atau bekas pakwe?

" Hani, kita dah lama kat sini. Jom balik."Nada Acik Mah tegang. Setegang wajahnya. Walaupun dah bertahun tak berjumpa tapi wajah Marzuki dan Safura tak mungkin luput dari ingatan, getus hatinya

Hani cuma mengangguk dan mencapai bunga telurnya. Hatinya tertanya tanya. Misteri Nusantara apa yang menyelubungi ibubapa Shamil?

" Bye. Saya balik dulu. Assalamualaikum." katanya lalu  meninggalkan Shamil yang terpinga pinga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 11:12 AM | Show all posts
sambung lagi arjuna...cepat2 pleaseeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 11:32 PM | Show all posts
wah..nampaknya ada sejarah ni acik mah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 09:43 AM | Show all posts
alahai.... nape lak ngan acik mah tu????
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:12 AM | Show all posts
aper lh aganya cter disebalik kisah lama tu...
smbg lg yer............
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 10:24 AM | Show all posts
suspen nye....

ade kisah lama nmpaknye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list