CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-7-2009 04:36 PM | Show all posts
Muka Nadia masam dan kelat seperti jeruk cermai. Apahal lah dengan Tok ni? Lepas satu rumah ke satu rumah.  Konon nak bawa dia dengan Abang Ajin berjumpa dengan kawan kawan lama. Huk eleh...macamlah aku ni budak tadika. Memang sah lagi nyata Tok nak kenalkan Abang  pada calon calon isteri yang sesuai. Huh.. setakat ni seorang pun tak lulus. Abang pun satu hal, ikut saja cakap Tok. Dalam hati mesti seronok lah tu, di layan macam raja oleh tuan rumah dan anak gadis mereka. Macam Raja Nazrin lah konon. Setiap kali tuan rumah menyajikan hidangan yang kononnya di masak oleh anak dara mereka, beria ria Tok dengan Abang puji keenakan makanan macam hos Jalan Jalan Cari Makan. Padahal bukannya sedap sangat pun. Masakan Auntie Rosmah dan Mama  lagi uuumph.  Nadia merengus. Boring! Bila nak pergi rumah Kak Hani? desak hatinya.

" Sedapkan nasi lemak sambal sotong yang Adilah masak tadi? Tak sangka doktor pun rajin ke dapur. Macam itulah orang perempuan. Belajar setinggi mana pun, kena tahu masak juga." Hajjah Putih memulakan ulasan. Matanya di kerling ke arah Nazrin yang sedang memandu. Muka cucunya tidak beriak. Sukar nak di tafsir perasaannya. Suka pun tidak, tak suka pun tidak. Hmmm.....

" Macam mana Ajin? Takkan seorang pun tak berkenan?" pancing Hajjah Putih. Nadia mencebik bila abangnya melepaskan tawa kecil.

" Entahlah Tok. Baru jumpa sekejap , susahlah nak cakap. Bukan Ajin cerewet tapi  Adilah tu doktor, tak padanlah dengan Ajin. Biarlah doktor kawin dengan doktor macam Pak Long dengan Mak Long. Tak adalah nak bermasam muka kalau bini balik lewat malam." jelas Nazrin dengan berlapik.  Kereta di perlahankan sebaik lampu trafik berubah merah. Perut yang kenyang membuat matanya mula mengantuk. Pagi tadi makan breakfast pulut udang dan bihun goreng kat rumah Tok. Pukul 10 makan laksa , tengahari makan nasi lemak sotong. Rezeki jangan di tolak.

" Syazlin tu apa pula yang tak kena?" sinis nada Hajjah Putih. Anak kawannya Mashitah itu baru balik dari di luar negara. Umurnya sebaya Nazrin tapi masih tak ada teman lelaki. Wajahnya cantik macam gadis kacukan tapi entah kenapa , tak seorang pun lelaki yang berkenan. Mashitah bukan main risau lagi, takut Syazlin bergelar andartu.

" Semua tak kena" jawab Nazrin dalam hati. Bukan main ego lagi Shazlin itu. Cakap asyik mendabik dada. Dia lah yang bagus serba serbi. Silap haribulan aku kena queen control. Tak pun kena checkmate terus. Takuttt! Hai..... ngaku sajalah, hati  tu dah terpikat kat orang lain. Itu sebab kalau Tok bawa jumpa Lisa Surihani pun mesti kena reject.

" Tok... bila nak pergi rumah Kak Hani?" Nadia mencelah dengan muka cemberut.

" Sabarlah. Tak lari lah rumah Kak Hani tu." gerutu Hajjah Putih " Ajin, macam mana? Nak pergi rumah Pakcik Badlishah jumpa anak dia Nana atau nak ke rumah Tok Yam ?"

Perlukah tanya? Hati Nazrin bersorak riang. Tapi tak boleh nampak gelojoh, takut nanti Tok syak ada sesuatu. Malulah kalau Tok dapat menebak isi hatinya. Lebih lagi sebab dia bertepuk sebelah tangan.

" Erm... kesian Nadia, Tok. Dah tak sabar nak jumpa Kak Hani dia. Kita pergi rumah Tok Yam dulu lah. " jawab Nazrin.

" Yeayy!" Nadia menjerit kecil. " Bestnya. Lama tak jumpa Kak Hani. Tok, Kak Hani tu cantik tau. Baik, rajin, belajar kat universiti. Kenapa Tok nak kenalkan abang kat perempuan lain? Kak Hani kan ada?"

Adoilah! Mulut budak ni memang nak kena cabai, getus Nazrin.

" Hani tu muda lagi. Belum habis belajar pun. Mesti dia belum terfikir lagi nak kahwin" tingkah Hajjah Putih. Dia sempat menangkap perubahan roman wajah Nazrin. Aiikk.. lain macam saja nampak.

" A'ah... lupa pula. Kak Hani muda lagi. Abang bujang terlajak.  Tak padan langsung" sakat Nadia. Tawanya berderai. Seronok dapat mengenakan abangnya.

" Diamlah. Abang tinggal Yaya tepi jalan baru tahu. Siapa kata tak padan? Abang  5 tahun jer tua dari Kak Hani. Datuk K tu jauh lagi tua dari Siti Nurhaliza tau" bangkang Nazrin.

Hajjah Putih menyembunyikan senyumannya. Beberapa hari lepas dia terserempak dengan Hani dengan Mak Toknya  membeli belah di pekan. Memang manis orangnya. Elok sangat kalau di pasangkan dengan Nazrin. Cuma dia risau, takut pisang berbuah dua kali. Kisah silam Rohana dengan Aminuddin putus tunang masih tak dapat di lupakan. Berbulan bulan dia dengan Mariam tidak bertegur sapa, masing masing menyalahkan pihak yang lagi satu. Dari sahabat karib jadi seteru. Nasib baiklah tak berlanjutan.

"Oh.. jadi Nazrin betul  suka kat Hani?" duga Hajjah Putih. Nazrin ketawa. Tawa yang di buat buat macam karekter orang jahat  dalam drama Melayu. Sah! Cucu aku ni tak pandai berlakun, detik hati Hajjah Putih. Nasib baik aku pandai atur strategi - Save the Best for Last, bak kata pepatah orangputih.

" Tak adalah. Nazrin anggap Hani itu macam adik saja" tangkisnya. Kalau Tok pecah tembelang depan Hani dengan Tok Yam, mana nak letak muka aku? Aku kena jaga gengsi. Aku akan cuba risik perasaannya terhadap aku sebelum memulakan langkah. Susah juga nak beli jiwa gadis polos itu.  Tak ada pengalaman bercinta agaknya. Macam tak berperasaan saja aku tengok. Tapi tak mengapa, aku harus sabar. Sabar itu separuh dari iman. Nak tangkap merpati bukan senang, lebih pula merpati yang tak jinak. Bila aku mula kerja nanti, lebih mudah nak pasang jerat. He he he!  Hani... oh Hani...

Papp! Lengannya di tampar. Nazrin menyeringai memandang muka Hajjah Putih.

" Hoi!  Apa yang hang dok mengelamun tu .Pusing kanan! Berapa kali Tok nak cakap? Nanti terlajak sampai ke Alor Star. " tempik Hajjah Putih. Hai... dah parah dah budak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 04:52 PM | Show all posts
best...
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:55 PM | Show all posts
Nazrin dah angaukan Hani
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:13 PM | Show all posts
sukanya..sukanyer.... sure lepas ni Hajjah Putih jalankan misinyer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:26 PM | Show all posts
201# sang_arjuna
Salam Sang Arjuna,

TK..baca cite ni..terus tergelak depan komputer..Macam cite komidi lah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:27 PM | Show all posts
201# sang_arjuna
Salam Sang Arjuna,

TK..baca cite ni..terus tergelak depan komputer..Macam cite komidi lah pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2009 05:27 PM | Show all posts
201# sang_arjuna
Salam Sang Arjuna,

TK..baca cite ni..terus tergelak depan komputer..Macam cite komidi lah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:28 PM | Show all posts
angau dahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 09:31 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 10:34 AM | Show all posts
209# nhid_tam


sukenya.... n3 byk2 lagi ye smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:21 AM | Show all posts
nak lagi! best!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 12:05 PM | Show all posts
201# sang_arjuna

terernya tok depa tu...Save the best for last...adoi..sengih sakan aku ni ha....tok..tok..pandai strategi nooo..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:21 PM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:42 PM | Show all posts
bestnya!!! xsabar nk baca sambungan citer ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 04:05 PM | Show all posts
besttttttttt2.....
nak lagi....xpuas r baca...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 10:26 PM | Show all posts
belum ada sambungan ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 07:24 AM | Show all posts
hehehe,,,,suka baca smbungan cter nie, kelakar la plak., so aper lg.., versi seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 08:39 AM | Show all posts
212# kaypo


Hi...salam ... Kay...Juliet... tuan umah Smiley.... dan member semua....
-->Juliet... betul le Jaza ni......
--> Kay.... aku bukan saja tukar nama tau tapi.... huhuhu...dah lah lama sgt aku cari pintu masuk tak jumpa  bila dah jumpa
nick Jaza tu dah tak leh pakai lagi napa tak tau le...... sedih sgt ni.... hilang cam tu je.... password sama tapi lain pulak yg kuar tu under beginner lagi....huhuhuhu... sedih ni... camne nick aku tu boleh ghaib ya?..... puas juga le aku ngadu tapi dah berkali2 cuba pun tak berjaya nak dikesan mana peginya......   dah le tgh tension pasal H1N1 ni kena panggil balik lum sempat abis bertapa lagi ni, kena lak under kuarantin seminggu, aduh boring gila tul ni...... zrrrreeeettttt.... aku punya pertapaan tu kena stop serta merta dan akan disambung lagi next 2 month..... cam sakit jiwa ni.... sbb masa tu kan bulan 9... bulan raya....huhuhu...nak jerit kuat2 ni.....hehehehe...

Smiley sory ya... aku tgh luah perasaan ..... makin lama makin teruja cerita ni..... Nazrin yang masuk jarum...nnti apa jadi kat Shamil lak....
next...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 01:54 PM | Show all posts
lagi....................:pompom:lagi........................:pompom: dan lagi:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 02:56 PM | Show all posts
219# yaya130501


next...next..next..next...next....  yes..yes...yes....
akhirnya aku dpt jugak jumpa pintu umah sendiri dan join korang nak kejar smiley...hehehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060934 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list