CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34393|Reply: 196

BADI / Kenan / 'Ain mata

[Copy link]
Post time 26-5-2009 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 8-6-2010 15:27

  [quote]RENCANA

  

  Badi dalam masyarakat Melayu

  

  Oleh

  

  PROF. DR.HARON DIN

  

  Klinik Darussyifa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 02:18 PM | Show all posts
Urmmm... masa haku stay umah lama kat Bagan Datoh dulu.... (dulu opis kat situ)... manyak tuceng2 liar lepak kat area umah haku... Tapi manyak dari kalangan diorang neh mcm garang sket... Pantang dekat... mula munyik.. Hakikatnya haku neh mmg shukerkan tuceng walau nak berdaya nak membela ha..   

Ada sekor tuceng jantan neh.. memang jenis garang tue la.. but mulu dia cantek.. eko kembang.. (donno why tuceng2 area BDatoh neh manyak yg mulu kembang2.. hakikatnya hanya tuceng kampung )

Dia mcm sakit je... Akak penyelia bahagian cuci2 opis tue baek ngan haku.. kitorang lepak2 la jap tengok tuceng yg mcm tak sehat... Kak penyelia tue cakap.. dia ada bagi air... mcm tak larat ja tuceng tue..

Lepastue.. haku dengar mcm lenguhan kuat dari si tuceng.. haku tenung dia...

Kak penyelia : ishh... B jangan tengokla... B anak dara tak elok tengok.. Rasa dah sampai masa tue... Takut gak terkena badi kang...

Haku berundur ke bakang.. penah dengar gak pasal Badi tuceng neh... Apa lagik.. haku blah la masuk opis....

Tak lama lepas tue.. kak penyelia bagitau... tuceng tue dah mati.. urmmm.... dah sampai ajalnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 02:19 PM | Show all posts
kucing pung ada badi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:25 PM | Show all posts

Balas #3 Syd\ catat

badi kucing tade penah lagik.. badi penangan bawak owg g berubat ada la.. tpt dia meniaga kene tabur ngan tanah mayat.. sempat gak 2 ari aku mc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 02:25 PM | Show all posts
[quote]


37. Terkena Badi Belibis
Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah merasa bosan dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah.

"Mereka sudah hampir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 02:27 PM | Show all posts
ni belibis;

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2009 02:42 PM | Show all posts
aku baca entry pasal berbekam..
then ada laa dia tulis situ
persedian sebelum berbekam etc

salah satu nye dia sebut pasal
jauhkan dari anak-anak

nanti terkena badi darah.

badi darah tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:48 PM | Show all posts

Balas #6 Syd\ catat

tomeinye itik tu..mcm patung itik yg org letak kat laman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 02:56 PM | Show all posts
dulu ada gak dengar pasal badi kucen ni..

esp kalo kita langgar dia..dan ada petua supaya kononnya badi kucen tu tak ikut kita balik dan menyebabkan kita demam atau terasa2 kucen tu ikut kita balik atau kucen tu ganggu ahli keluarga kita..

rasanyalah kan, syaitan jer nak ambik kesempatan kat manusia yang lemah semangat dan lemah iman supaya percaya yang badi ni berkuasa..walhal dia yang menyakat manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 03:00 PM | Show all posts

Reply #9 yenil95's post

orang-orang tua jugak laa yang bilang

suwey katanya kalu langgar kucen nih

ingat-ingat lupa laa...

orang dok ckp, kalau dah terlanggar kucing..
campak duit syiling katanya

ntahlah..aku pung dgr  sekali lalu jerk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 26-5-2009 14:19
kucing pung ada badi...


ada....mak member aku masa mengandung kan dia....terkejut tgk kucing kurap tgh nazak...
kucing kurap tu....kurap nyer betul2 kat kepala....
bila member aku lahir....kepala  dia ada macam merah ler keliling kepala dia...
kalu mamat ni makan benda gatal...alamat bergaru jer ler.....

ada satu lagi kisah....ni mak aku citer
ada sorang ni...dia bengang ngan kucing tu...dia pi ambik kucing tu...sumbat dalam guni
pas tu humban dalam sungai....time tu bini dia pregnant
masa tiba masa bini dia bersalin...anak dia meninggal...doktor kata..
meninggal sebab lemas....

ntah lah....mungkin badi....mungkin kebetulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 03:06 PM | Show all posts

Reply #11 ctaz's post

pung lebih kurang sama dgn jiran aku punye kes

bini dia ngandung
yang laki dia nih plak spisis baran
ada la sekor kucing nih
suka memekak ke atau carik pasal kat umah tu

dia p amek batu ke kayu
then dia p baling kat kucing tu
sblm tu mak mentua dia dah pesan
bini ko ngandung
ko jgn laa baran sangat..
control2 skit
kucing tu mmg dia dah aim lama dahh..
berbuih mulut orang tua tu dok bebel

sekali dia balik
amek ko..
kena kat mata kucing tu
pecah sebelah..




again, kebetulan ke apa
mmg anak dia lahir
mata sebelah mmg takde
mcm lohong je gitu

dah besar dah budak tu
dah 20 tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 03:06 PM | Show all posts
eh jap

badi nih sama ngan kenan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 03:13 PM | Show all posts

Balas #13 Syd\ catat

aku rasa ler kot.....

kalu yg macam tu org panggil kenan kan....

badi ni mcm badi mayat tu kot

ntah..........
kurang pasti ler........
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 03:15 PM | Show all posts


wat masak kicap ker rendang ker....sedap kot.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 03:21 PM | Show all posts
Panduan Rawatan
Rawatan Badi        
Written by Mahadizan   


BADI

PENYAKIT BADI DAN RAWATANNYA

Badi merupakan suatu penyakit yang mempunyai hubungan khusus dengan spiritual dan roh manusia. Kesan daripada penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu hilang kestabilan diri, perasaan yang tidak menentu dan berubah-ubah, rasa lemah, takut, fikiran bercelaru, tidak dapat tidur dan sebagainya yang membawa kepada perubahan tingkahlaku dan perwatakan seseorang.



Antara jenis badi adalah seperti badi mayat dan badi binatang buas seperti badi ayam hutan, rusa, pelanduk, ular dan lain-lain.


Badi mayat misalnya dihadapi apabila seseorang itu melihat mayat dijalan raya akibat kemalangan jalan raya, mengiringi dan memandikan jenazah, memangku mayat orang yang membunuh diri dan lain-lain yang berkait dengan mayat manusia.

Manakala badi binatang buas sebagai contohnya, ketika seseorang itu pergi berburu dan telah menembak mati seekor ayam hutan di bertenggek di atas sebuah banggol tanah. Apabila pulang berlaku perubahan tingkah laku dan dia berkelakuan seperti ayam, berkokok, mematuk-matuk dan sebagai. Itulah adalah dinamakan sebagai terkena badi ayam hutan tersebut.


Situasi ini terjadi kerana kita selaku manusia tidak mampu untuk melihat jin tetapi apa yang dilihat oleh kita adalah rupa bentuk zahir sahaja sama ada binatang dan sebagainya. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-A憆af ayat 27)



إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ


Terjemahan:

"Sesungguhnya dia (jin) dan pengikutnya-pengikutnya melihat kamu, dari satu tempat yang kamu tidak berupaya melihat mereka. Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman."

Walaupun demikian, jin mempunyai keupayaan untuk menjelma diri berupa manusia, binatang berkaki empat, ular, kala jengking dan burung. Kebanyakan jin akan menjelma sebagai anjing hitam atau kucing hitam. Warna hitam memperlihatkan kekuatan syaitan dan kekuatan membakar.

Dengan sebab itulah, Rasulullah s.a.w melarang kita daripada membunuh ular yang berada di dalam rumah. Bahkan, kita disarankan agar terlebih dahulu memberi amaran terhadap ular tersebut sebanyak tiga kali agar meninggalkan rumah kita, atau tidak ular tersebut akan dibunuh kerana kemungkinan ular itu adalah jelmaan jin ataupun syaitan.


أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْهَوَامَّ مِنْ الْجِنِّ فَمَنْ رَأَى فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فَلْيُحَرِّجْ عَلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنْ عَادَ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ

Terjemahan:

Abi Sa慽d al-Khudri berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya ular itu adalah daripada jin, maka barang siapa melihat dia di dalam rumahnya, ia hendaklah menyuruh keluar tiga kali, sekiranya ia datang lagi, maka dia hendaklah membunuhnya, kerana ia adalah syaitan."[1]



Kaedah Rawatan Islam Dalam Merawat Badi

Sebagai satu kaedah bagi mengelakkan daripada terkena badi adalah dengan berdoa memohon perlindungan daripada Allah daripada sebarang gangguan makhluk halus. Antaranya melalui bacaan ayat-ayat di bawah yang dilakukan dengan membacanya mengadap kiblat memohon perlindungan Allah. Tiupkan pada tangan dan sapu diseluruh badan termasuk muka, tangan dan kaki.


   1. Ayat Qursi (Surah al-Baqarah 2: 255) (Dibaca dengan bacaan wakaf sembilan)

  

   1. Tiga Ayat Mu'wwizat (Surah al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah al-Nas)



Seseorang yang terkena badi, boleh dirawat dengan kombinasi ayat dan doa-doa di bawah;



   1. Surah al-Fatihah



   1. Ayat Penggerak



بِسْمِ اللَّهِ الَّذِىْ لَايَضُرُّ مَعَ اسْمِهٖ شَىْءٌ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ


Terjemahan: Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


   1. Doa Badi

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لِلْمَرِيضِ" بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا"


Terjemahan: "Daripada 'Aishah r.ah, bahawasanya Nabi s.a.w pernah berdoa kepada pesakit (dengan doa): " بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا" "Dengan nama Allah debu bumi kita dengan air liur sebahagian daripada kita, semoga sembuhlah dengannya pesakit kami dengan keizinan Tuhan kita."[2]



Tambahan:

Ketika membaca doa badi di atas, letakkan tangan ke bumi (tanah) sambil membacanya, angkat dan sapu pada muka pesakit yang terkena badi tersebut.


Jika rawatan masih kurang berkesan, boleh ditambah dengan kombinasi Doa Menghindar Syaitan dan Selawat Tafrijiyyah.


[1] Hadith riwayat Abi Dawud dalam sunannya [Kitab al-Adab, Bab Pada Membunuh Ular, No.Hadith 4574] daripada hadith Abi Sa慽d al-Khudri r.a. j.13, hlm 496.

[2] Hadith riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab Jampi Nabi s.a.w, No. Hadith 5304], j.18, hlm 27.

http://myproduk.com/index.php?op ... p;id=6&Itemid=8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 03:27 PM | Show all posts
udah mcm baca novel seram pulak dh benang syd nih    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 03:29 PM | Show all posts

Reply #17 fariepari's post

ramai peminat tu
kalau citer siri bercakap dgn jin tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 04:07 PM | Show all posts
burung belibis tue tak silap aku susah gak nak menangkap.. hehe.. kena ada petua and tempat2 dalam hutan jer baru boleh jumpa..

burung wak-wak pun.. kalu ada gambar tampal lagi syd...

eh, ko ada buku tamar jalis online version ker? Ke ko taip satu persatu??

kalu ada nak share dengan aku boleh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 04:13 PM | Show all posts

Reply #19 thoyol's post

tak larat aku nak type satu-satu

ko try layan sini;

http://tamarjalis.blogspot.com/


tu hari aku ada gak save link buku tamar jalis yang lagi satu

tapi kat lappy kat umah kot..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list