CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3408|Reply: 1

Taufan Aila: Lebih 100 Terbunuh, Beribu Cedera -

[Copy link]
Post time 27-5-2009 03:10 AM | Show all posts |Read mode
26 Mei, 2009

Sekurang-kurangnya 100 Terbunuh, Beribu Lagi Cedera Akibat Taufan Aila

DHAKA, 26 Mei (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beribu yang lain cedera apabila taufan 'Aila' melanda pantai barat daya Bangladesh pada petang Isnin.


Aila, yang terbentuk di Teluk Bengal pada Ahad, membadai kawasan pantai Bangladesh dan India memusnahkan sebahagian besar kawasan dan rumah penduduk serta tanaman.

Menurut sumber rasmi, angka kematian mungkin lebih tinggi, berikutan beratus penduduk yang tinggal di kawasan pantai masih hilang.

Sepuluh daerah di kawasan pantai terjejas oleh taufan itu, manakala sebahagian besar kawasan daratan masih ditenggelami air dan kira-kira sejuta orang masih terkandas dan beribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Seperti diarahkan oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina, anggota tentera dikerahkan bagi operasi menyelamat manakala kapal tentera laut dikejarkan ke kawasan pantai dan pulau-pulau luar pesisir dengan barangan bantuan.

Aila ialah ribut taufan paling dahsyat selepas Sidr, yang telah meragut lebih 5,000 nyawa pada pertengahan 2007.

Ribut taufan adalah fenomena biasa di Bangladesh yang berlaku hanya pada April-Mei dan Oktober-November.

Pada 29 April, 1991, lebih 150,000 orang terbunuh di Bangladesh akibat taufan dan pada 12 Nov 1969, hampir sejuta orang terbunuh akibat bencana itu.

-- BERNAMA


*********************************************************************'
kawasan kat teluk bengal tu memang sokmo ada kejadian bencana alam ni -
sokmo banjir ribut taufan semua di kawasan2 berdekatan situ -
imagine almost one million died kerana taufan sebelum ni -


[ Last edited by  dexa at 29-5-2009 06:51 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2009 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 27-5-2009 03:10
26 Mei, 2009

Sekurang-kurangnya 100 Terbunuh, Beribu Lagi Cedera Akibat Taufan Aila

DHAKA, 26 Mei (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beribu yang lain cedera apabila taufan 'Aila' ...



erkk..  tanya sket tuan tanah...  ALIA ke AILA?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.268991 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list