CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34539|Reply: 261

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 28-5-2009 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 14-7-2009 22:45

Pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai
28/05/2009 12:04pm

KUALA LUMPUR 28 Mei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2009 01:44 PM | Show all posts
Tentu BN tak letak calon ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 07:22 AM | Show all posts
Mana buleh... gedebe-gedebe UMNO nak letak mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 10:21 AM | Show all posts
Manek Urai: Penamaan 6 Julai, pilihan raya 14 Julai

PUTRAJAYA 28 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Kata beliau, sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran.

Beliau berkata, pengundian di kawasan DUN itu membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

''Pilihan raya kecil N41 itu akan mengguna pakai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 22 Mei lalu.

''Majoriti pengundi adalah penduduk tempatan, hanya 10 peratus sahaja yang tinggal di luar daripada kawasan itu.

''Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk keluar mengundi dan kita menyasarkan jumlah keluar mengundi boleh mencecah hingga 85 peratus, iaitu peningkatan satu peratus berbanding Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli suruhanjaya berkenaan bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

BN sebelum ini pernah memenangi kerusi itu menerusi Mohamed Zulkifli pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Daripada segi komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi di DUN Manek Urai adalah orang Melayu manakala Cina (0.46 peratus ) dan India (0.23 peratus).

Menurut Abdul Aziz, SPR telah melantik Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin sebagai Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu manakala Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan dan Pelupusan Tanah), Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof dan Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Fizikal), Mohd. Zulkarnain Baharuddin sebagai Penolong Pegawai Pengurus.

Katanya, seramai 350 orang petugas akan terlibat dalam mengendalikan pilihan raya kecil itu dan mereka akan diberikan taklimat serta latihan yang mencukupi bagi memastikan proses perjalanan pilihan raya itu berjalan lancar.

Tambah beliau, SPR memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi menjalankan pilihan raya kecil itu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz mengingatkan semua parti politik dan penyokong parti supaya mematuhi undang-undang di bawah Subseksyen 26 (1), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.

''SPR menyeru semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan dan arahan daripada pihak polis," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 12:22 AM | Show all posts
bodoh bangang lahabau punya SPR...

Penamaan calon dibuat hari Isnin
Mengundi pula dibuat hari Selasa..

UMNO masuk bertanding.. xmembazir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 06:30 AM | Show all posts
Manek Urai: Mustapa dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil

            Jumaat Mei 29, 2009         
         
                      KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyeliapersiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) kawasan Manek Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.
Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk MustapaMohamed dilantik sebagai Pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kataPresiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MajlisTertinggi(MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata, Mustapa, yang jugaNaib Presiden Umnodan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industriakan bertanggungjawab mengenaioperasi serta keputusan seharian pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusiitu yangkosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripadaparti PAS meninggaldunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas,Perdana Menteri berkata: "Sayamenunggu syor daripada Badan PerhubunganUmno Kelantan."
"Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.
Ditanya mengenai kriteria calon yang dikehendaki, Najib berkata: "Kita taktetap apa-apa kriteria, kita nak calon yang terbaik."
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaancalon danjika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 14 Julaiini.
Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang memintapenyokong Umno tidak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti padaAhad ini, Najib berkata: "Ini bermakna apa jua tindakan yang akandilakukan, ia adalah tindakan di peringkat individu."
"Pendirian kita ialah kita tak terlibat sama sekali," katanya.
Umno sebelum ini memutuskan untuk tidak terlibat sama sekali dalam pilihanraya itu. BERNAMA
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2009 10:49 AM | Show all posts
kredit pada Utusan Malaysia - 30/05/09
Mustapa pengarah pilihan raya  Manek UraiKUALA LUMPUR 29 Mei - Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik PengerusiBadan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sebagai PengarahPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, TimbalanPerdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri MuhyiddinYassin dilantik sebagai penyelia pilihan raya kecil tersebut bagi pihakMT.''Mustapa akan bertanggungjawab berkaitan dengan operasi harian danmembuat keputusan-keputusan sewajarnya sebagai pengarah pilihan rayakecil,'' katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikanMesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, PusatDagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Muhyiddin; Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal;Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; KetuaPenerangan, Ahmad Maslan; Bendahari Datuk Ahmad Husni MohamadHanadzlah, Ketua Pergerakan Wanita, Senator Datuk Seri Shahrizat AbdulJalil.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalusetelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital RajaPerempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUNManek Urai pada 6 Julai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14Julai
Mengenai calon DUN Manek Urai, Najib berkata, MT menunggu syor daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Tambah beliau, tidak ada kriteria ditetapkan dalam pemilihan calonpilihan raya kecil berkenaan tetapi UMNO mahukan calon yang terbaik.

DUN Manek Urai membabitkan 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa, manakala 25 lagi adalah pemilih pos.
Daripada segi komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi diDUN Manek Urai adalah orang Melayu, manakala Cina (0.46 peratus) danIndia (0.23 peratus).BN sebelum ini pernah memenangi kerusi itu menerusi Mohamed Zulkifli pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.Bagaimanapun, Ismail mengalahkan Mohamed pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,352 undi.

**let's see who will win this time....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 11:58 AM | Show all posts
aku heran org2 pr ni awat busuk ati pendengki suke menghasut ehh...
tu ke yg pemimpin korang ajo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2009 01:28 PM | Show all posts
Jangan pandang rendah kekuatan BN di Manik Urai - Mustapa
30/05/2009 12:13pm

KUALA KRAI 30 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 09:02 PM | Show all posts
terimakasih mod
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 10:45 PM | Show all posts
Masyukkk la kali nih..sbb BN akan buat semua projek. Org2 Manik Urai akan dpt jalan tar baru,
karpet masjid baru, budak2 dpt basikal, ibu2 tunggal dpt hamper..macam2 lagi lah..

Sebenarnya, semua projek2 tu sudah lama dirancang oleh BN, tp secara kebetulan berlaku masa
pilihanraya. Tp yg peliknya, bila kalah projek terus tamat..yg tinggal papan tanda jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 11:29 PM | Show all posts
membazr duit ni join pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 09:13 PM | Show all posts
Manek Urai: Nik Aziz mahu calon imej ulama, profesional         
            Isnin Jun 1, 2009         
         
                      KOTA BAHARU:Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akanmenjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kedua-duaciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyatterdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasanberkenaan.
"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di ManikUrai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanyakepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Gurudi sini, hari ini.
Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumahkedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakanoleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama SyarikatSensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.
Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa PembangunanUsahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar TanAbdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri BesarKelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.
Sementara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,PAS akan terus menggunakan khutbah Jumaat sebagai satu cara berkempenkerana rukun khutbah itu sendiri mengandungi politik, ekonomi dansosial.
Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian Ismail akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.BERNAMA
         

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 07:42 AM | Show all posts

Balas #8 fyieen\ catat

ehh tu pemimpin diaorang yang ajar la...ikut kepala..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 06:06 PM | Show all posts
Laporan sosio-ekonomi dan politik Manik Urai akan disediakan, kata Rais         
            Selasa Jun 2, 2009         
         
                      KOTA BAHARU:Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menyiapkanlaporan sosioekonomi dan politik di kawasan Manik Urai, Kuala Krai bagimembolehkan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) merangka pelanuntuk meningkatkan taraf hidup penduduk di situ.
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata laporan itu dijangkasiap sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya Dewan UndanganNegeri (DUN) Manik Urai 6 Julai ini.
"Kami di kementerian akan melihat keadaan di Manik Urai secara lebihdekat dan akan menyiapkan laporan sosioekonomi dan politik bagikegunaan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas majlispertemuan pegawai dan kakitangan kementerian itu di RTM di sini, hariini.
Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematianpenyandangnya daripada PAS, allahyarham Ismail Yaacob pada 22 Mei lalukerana sakit jantung.
Rais mengakui ujian getir akan dihadapi oleh BN untuk menawan hatipenduduk di Manik Urai yang bakal mengundi bagi memilih wakil rakyatbaru pada 14 Julai ini.
Katanya bagaimanapun rekod baik yang ditunjukkan BN selamamemerintah negara sewajarnya menjadi perhatian utama pengundi di situbagi membuat pilihan siapakah sebenarnya yang boleh membela nasibmereka.
"Saya yakin BN mampu menyusun gerak kerja yang berkesan dan mampu memberi nafas baru kepada rakyat di Manik Urai," katanya.
Sementara itu, Rais berkata kementerian itu akan menganjurkanpertandingan bagi mencungkil bakat baru dalam pelbagai bidang dinegerinegeri Pantai Timur yang dijangka akan bermula bulan depan atauawal Ogos.
"Kementerian akan mencungkil bakat baru dalam bidang lawak, seniukir atau berbentuk kebudayaan lain yang terdapat di negeri Pahang,Terengganu dan Kelantan untuk diketengahkan kepada masyarakat negaraini.
"Mereka ini kemudiannya akan dibawa ke merata tempat bagi masyarakatluar mengetahui bakat seni mereka manakala bagi Sabah dan Sarawak jugaakan diadakan juga program yang sama," katanya. BERNAMA
         


.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 06:03 PM | Show all posts
http://berita-tipu.blogspot.com/ ... t-mongol-sakit.html

BERITA GILA-GILA - Mat Mongol Sakit Kepala
Friday, May 22, 2009
PAS: Tidak perlu Umno bertanding -Mkini

PAS mencadangkan Umno agar tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi menjimatkan wang termasuk kos perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis.

Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, alasan ini digunakan Umno ketika tidak bertanding di Penanti. Pilihanraya kecil DUN tersebut bermula esok hingga 31 Mei.

"Kalau BN menang (di Manek Urai), ia tidak mengubah majoriti kerana kita (PAS) ada majoriti dua pertiga yang besar (di Kelantan)," katanya pagi ini dalam sidang media di ibu pejabat PAS bagi mengumumkan kematian mengejut seorang wakil rakyatnya.

Kah...Kah...Kah...Puak gerombolan nak temberang apa pulak...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Mat Mongol mesti sakit kepala...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Kalau bertanding memang nampak sangat kaki temberang...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Puak gerombolan...Temberang...Dulu kini dan selamanya...Kah...Kah...Kah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 06:54 PM | Show all posts

Manek Urai: PAS sudah kenal pasti calon

Jun 3, 09 5:52pm
PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan namanya.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihanraya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan, lapor Bernama.

Pilihanraya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan.

Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan seorang lagi naib presiden PAS, Mohamad
Sabu.

Pertandingan jawatan timbalan presiden PAS menjadi perhatian utama semasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden.

credit to malaysiakini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 07:25 PM | Show all posts

Menjelang pilihan raya: Pemimpin Umno tiba-tiba bertukar watak

Lanjusoh

Wed | Jun 03, 09 | 2:26:28 pm MYT

KUALA KRAI, 3 Jun (Hrkh) - Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk.

Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu.

Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan.

"Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

credit to Harakahdaily

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:34 PM | Show all posts
SPR perkenal pelekat kereta berwarna khas         
            Rabu Jun 3, 2009         
         
                      KOTA BHARU:Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan ManikUrai pada 14 Julai ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akanmemperkenalkan penggunaan pelekat kenderaan berwarna khas buat pertamakali dalam sejarah pilihan raya, khusus untuk petugas parti yangmembawa pengundi pada hari mengundi.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pelekat kenderaanitu merupakan inisiatif SPR bagi membantu usaha memudahkan anggotakeselamatan menjalankan tugas semasa mengawal kesesakan lalu lintas, disamping menjaga keselamatan pengundi pada hari mengundi.
Beliau berkata pelekat yang diperkenalkan SPR itu buat pertama kaliakan diguna pakai pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai dalam usahamemudahkan anggota keselamatan mengawal lalu lintas serta keadaansekitar, di samping memastikan pangundi dibawa mengundi di saluran yangbetul.
"Pelekat kenderaan berkenaan akan dikeluarkan dengan saiz yang samamengikut tiga warna mewakili tiga parti iaitu warna biru untuk partiBarisan Nasional, warna hijau untuk PAS, dan warna jingga untuk Bebas,"tambahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah KhidmatCemerlang Petugas SPR di sini hari ini beliau berkata, soal mengenaijumlah pelekat yang akan dikeluarkan buat setiap parti masih dalamkajian pihaknya.
Sementara itu Abdul Aziz berkata pihaknya akan menyediakan meja-mejakhas di kawasan DUN Manik Urai bagi memudahkan pengundi di kawasan itumenyemak status masing-masing dalam masa terdekat.
Beliau meminta pengundi kawasan itu supaya menyemak statusmasing-masing dengan segera bagi mengelak timbulnya sebarang masalah,kekeliruan dan kelewatan pengesahan status masing-masing.
"Kami akan sediakan meja tidak kurang dari lima buah di kawasanstrategik yang dipilih di DUN berkenaan untuk membantu pengundimenyemak status mengundi mereka, pusat mengundi, saluran serta nomborsiri mereka dan kami berharap pengundi dapat menyemak dengan segera,"katanya.
Pada persidangan akhbar yang sama Ketua Polis Kelantan, Datuk AbdulRahim Hanafi berkata meskipun petugas parti dibekalkan dengan pelekatkhas SPR, polis akan memastikan pelekat berkenaan tidak disalah gunapihak tertentu.
"Tidak semestinya ada pelekat mereka boleh bawa masuk kenderaan,berhenti atau letak kereta di mana-mana tempat kerana kami akansedaiakan tempat khas untuk mereka menurun dan mengambil semulapengundi-pengundi yang dibawa mereka," katanya. BERNAMA
         



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:36 PM | Show all posts
PAS kenal pasti calon pilihan raya DUN  Manek Urai         
                  BERITA                                      Rabu Jun 3, 2009         
         
                      KOTA BHARU:PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini, tetapimasih belum mahu mendedahkan nama calon tersebut.
"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertandingdalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkanseminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapimasalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yangberkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematianpenyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.
Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalampemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agungparti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkankepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut.
Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musaakan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan MohamadSabu.
Pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi perhatian utamasemasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkanjawatan presiden. BERNAMA
         


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087182 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list