CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15397|Reply: 43

Jalan Bukit Putus laluan pelancongan

[Copy link]
Post time 2-6-2009 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Sentral: Jalan Bukit Putus laluan pelancongan   
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my                              

Aktiviti bermotosikal sesuai di selekoh tajam


SEREMBAN:Jalan Bukit Putus yang terkenal dengan selekoh tajam dirancang menjadi jalan pelancongan apabila jalan baru Seremban-Kuala Pilah siap tidak lama lagi.

Pembinaan jalan baru yang lurus dan lebar dijangka menyebabkan sebahagian besar pengguna jalan raya memilih jalan itu untuk perjalanan lebih cepat, selesa dan selamat antara bandar ini dan Kuala Pilah.
        
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan ,Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pembinaan jalan baru itu tidak bermakna Jalan Bukit Putus terbiar begitu saja kerana terdapat beberapa tempat pelancongan di jalan itu seperti kawasan rekreasi Ulu Bendol.

Katanya, kerajaan negeri akan meminta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia untuk mempromosi Jalan Bukit Putus sebagai jalan pelancongan.

"Antara perancangan ialah menggalakkan aktiviti bermotosikal untuk merasai pengalaman menunggang di jalan yang mempunyai banyak selekoh tajam," katanya selepas melancarkan program perlawanan`paintball' di Star Fresh Agro Park di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini, kelmarin.

Mohammad Razi berkata, antara tarikan lain ialah terdapat banyak monyet di satu tempat Jalan Bukit Putus yang sesetengah pengguna jalan raya suka berhenti dan memberi makanan kepada haiwan berkenaan.

Katanya, pemandangan ini mungkin biasa bagi sesetengah pihak,tetapi kepada pelancong asing, memberi makanan kepada monyet adalah pengalaman baru yang menarik.

Selain itu, katanya Star Fresh Agro Park di kaki Bukit Putus, iaitu ladang buah-buahan dan bunga lengkap dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, gelanggang `paintball' dan aktiviti lasak adalah antara lokasi pelancongan yang boleh dipromosi secara lebih meluas.

"Negeri Sembilan selalu dibandingkan dengan Melaka dari segi pelancongan, tetapi sebenarnya negeri ini mempunyai banyak kelebihan lain seperti kawasan tanah tinggi seperti Gunung Angsi di Kuala Pilah,hutan semula jadi yang belum diterokai dan kawasan pantai.
                              
"Kita cuma perlu memperhebatkan promosi memperkenalkan destinasi pelancongan berkenan supaya lebih dikenali penduduk tempatan dan pelancong," katanya.

[ Last edited by  Syd at 2-6-2009 10:42 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 10:49 AM | Show all posts
elok le tu.. lps ni bg je jln tu utk mat rempit biar tersepit kat tgh2 belukar tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 10:53 AM | Show all posts

Balas #2 ceqtom\ catat

tersepit
tercampak

pastu buleh jadik hantu kat jalan tu plak

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:35 AM | Show all posts
ape2 pun siapkan cepat kln baru tuh dulu...
tak tahan dh ikut jln kat bukit putus tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:42 AM | Show all posts
yang bukit tu banyak yang dah ghuntuh tak disobut eh pulak kan ...
den ni ha tiap-tiap minggu lalu situ, gorun raso eh...
ni ha...banyak dah tompek yang runtuh tuh dah di siiimin, trimo kaseh lah yo..
coghun tobing tu pon dah di tambak eh....
ghorun totap ghorun kalau lalu situ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by alanbudikusuma at 2-6-2009 11:42
yang bukit tu banyak yang dah ghuntuh tak disobut eh pulak kan ...
den ni ha tiap-tiap minggu lalu situ, gorun raso eh...
ni ha...banyak dah tompek yang runtuh tuh dah di siiimin, trimo kaseh l ...

a..ahhh..yg runtuh tu sumo abis dah disimen...den pon samo..soram yo lalu kek situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2009 09:09 PM | Show all posts
".....antara tarikan lain ialah terdapat banyak monyet di satu tempat Jalan Bukit Putus yang sesetengah pengguna jalan raya suka berhenti dan memberi makanan kepada haiwan berkenaan....".

elok bonar lah promosi toboh2 tu.... kalau buleh buek gorai buah & minam-minam pun elok yo tu. sambel2 menekmati keijauan alam sekitar bukit bukau, buleh yo pekono teh tarek segoleh duo, pehtu boli buah sedokah sikit kek waghih2 dokek yg begayutan & kekadang buek aksi akrobet ateh wayar2 telipon tu....sampai kekadang ghalit pulak nengok eh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 05:40 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

ooookay lah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 07:31 PM | Show all posts
nanti jalan tu jadi tempat merempit arrr tuh...bleh wat kona baring lagi tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 02:10 PM | Show all posts
Nak tanya, jalan kuala pilah dah elok blom.. ingat nak bawak anak2 buah aku gi situ sabtu ahad ni, teringin gak nak gi ulu bendul pastu muzium sri menanti tu.. dah lama x jejak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 07:27 PM | Show all posts

Reply #10 princebrunei's post

macam itu jo jalan eh, takdo yang beghubah, yang baghu lambek na siap eh, jalan lamo deyen baghu ikut minghu lopeh tongah di sombur an simen kek coghun-congun yang dah togel, itu yang kenkadang jalan sosak jugak pasal dio bukak satu lorong jo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 10:40 AM | Show all posts

Reply #11 bonas's post

Aduih, kalau camtu maleh la den nak poie sinun.. poie cendol leman dawi dan poie pd yo lah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:12 PM | Show all posts

Reply #12 princebrunei's post

ghoma yo poei cendol leman dawi, kok cuti sekolah neh lagi ghamai oag, ontah2 laei copek tutup kodai,..
pantai Pd pun ok kok nak bawak anak buah jenjalan, tapi kalo nak balik KL potang ahad,jangan lah, konpom tersangkut dalam jem daghi kuar hiway PD kek seromban nun sampai la ko bangi, deyen dah kono minggu lopeh, oag ghamai balik daghi cuti..berapo lamo princebrunei's bercuti kek N9...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 10:35 AM | Show all posts
mmg ghorun nengok jalan kek situ....yg runtuh marin abeh di tampal ngan simen...fuhh mmg adventure aa selagi tak siap jalan baru tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 03:06 PM | Show all posts
tekonar bonar jalan bukit putus ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 08:52 AM | Show all posts
kalo ikut kato mat hassan dalam suar rasa tv9 aritu..jalan baru bukit putus tu jangko siap bulan 9 ni..heharap sompek la sebolum rayo..den turn rayo kek pilah tahun ni..yihaaaaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 09:15 AM | Show all posts

Reply #16 nizam_syah82's post

boleh ko siap bulan 9 neh..
tengok gayo kuang2 tahun dopan jugak siap tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 09:23 AM | Show all posts
kono siapkan juo kot

nih tahun bukan ko

somban nak diisytihar bandarayo..

harus kono siapkan semuo
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by bonas at 15-6-2009 09:15
boleh ko siap bulan 9 neh..
tengok gayo kuang2 tahun dopan jugak siap tuh..


ontah..kalo tengok gayo cam buleh..skali tengok cam x buleh..heheehe..apo pun kito tungguuuuuuuuuuuuuuu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2010 11:43 AM | Show all posts
Jalan Bukit Putus jadi produk pelancongan


Sebahagian peserta memulakan Larian Bukit Putus di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 5 April - Jalan lama Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus bukanlah sesuatu yang asing buat penduduk di negeri ini.

Malah, jalan itu suatu ketika dahulu merupakan laluan utama buat pengguna jalan raya untuk ke bahagian timur dan barat Negeri Sembilan.

Namun, kini laluan lama itu kian sepi, tiada lagi kenderaan yang lalu lalang memandangkan kerana ia telah digantikan dengan jalan yang lebih selesa.

Pelbagai inisiatif kini dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan laluan berkenaan tidak terus sepi dan terbiar.

Kerajaan negeri ingin melihat jalan lama di Bukit Putus yang kini kian sepi dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laluan nostalgia itu perlu dikembalikan 'kegemilangannya' dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi merancakkan lagi industri pelancongan terutama di daerah ini.

Katanya, ini termasuk mengadakan aktiviti riadah serta acara-acara lain yang bersesuaian bagi menjadikan laluan itu ditambah nilai sungguhpun sudah ada laluan baru ke Kuala Pilah.

"Kita mahu melihat supaya laluan ini dijadikan produk pelancongan bagi menarik pengunjung ke negeri ini.

''Malah, kita berhasrat untuk menjadikan ia sebagai salah satu laluan untuk mengadakan aktiviti seperti larian, maraton dan aktiviti yang bersesuaian," katanya di sini baru-baru ini.

Mohamad mahu melihat program seperti itu diteruskan memandangkan ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan bukan sahaja di kalangan penduduk di negeri ini malah dari luar.

Katanya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk menambah lagi jumlah hadiah yang ditawarkan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu.

"Dengan adanya inisiatif oleh jabatan kerajaan, aktiviti seperti ini akan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.073396 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list