CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

    [Copy link]
Post time 5-2-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
jalan area kedah,kadang kelihatan cik ta melintas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada member ghulam cite.. terserempak dgn kak pon masa driving kat highway temerloh. Mcm burung besar terbang melintasi tingkap cermin depan kereta. Bunyi kain yg dikibar2. Kain warna putih ada cokelat2.

Sekian, ghulam melaporkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:51 AM | Show all posts
inazlina replied at 4-1-2006 11:39 AM
korang penah tak dengar cite yg berlaku kat pasangan suami isteri kat hi-way karak tu... tatau benda ...

yeke??

camne citernye...

nape sy tak penah dengar punnn..

kena makan dgn ape tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hearty_Winter replied at 11-9-2015 10:51 AM
yeke??

camne citernye...

Boleh tengok filem KARAK kalau nak faham. Scene mula2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 11:43 AM | Show all posts
ghulam replied at 11-9-2015 06:41 AM
Ada member ghulam cite.. terserempak dgn kak pon masa driving kat highway temerloh. Mcm burung besar ...

wahh..kak pon ke kalau mcm ni. baru aku tau. ni pengalaman aku sendiri 3 tahun lepas. otw nak balik umah.
mmg betul2 mcm burung besar.. hujung2 tu kasi tunjuk kain putih aje kat cermin dpn. gigil aku pegang stereng time tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:43 AM | Show all posts
JAY-Z posted on 10-6-2009 01:37 AM
tajuk : jalan bukit tinggi -bukit 7 gua musang-kuala lipis..

Assalam dan hai semua,

Berkaitan jalan Bukit TInggi - Bukit 7 ni..nak share 1 cer gak.
Berlaku kat family saya sendiri...saksi utama : ibu serta abah saya merangkap driver keta.
Masa tu zaman 90-an dulu...saya masih skolah tp duk ngan nenek sbb saya skolah kat klantan.
Ibu dan abah lak duk KL masa tu dgn 4 adik2 saya yg lain.

Time kejadian tu di tengah2 malam sekitar kul 2 - 3 pagi bulan puasa dan dorang  otw nak
balik ke rumah nenek kami di Machang(saya dah lena tido di rumah nenek menanti dorang sampai).
Biasalaa bukit 7...mmg femes dgn jalan melingkar bak ular dipalu naik ke ATAS bukit ditemani lori2 besar
lagi berat serta dihiasi pemandangan GAUNG dalam di kiri dan kanan jalan..belum kira lagi kabus2 dan
kegelapan malam..huhuu..sesiapa yg x biasa jalan ni masa tahun 90-an tu mmg seram dan tobat lah kot.
Cuma sbb masa tu nak cuti raya, bnyk lah kenderaan atas jalan..bas, kereta..so takde lah sunyi sgt
sebenarnya. Kete abah lak usang jek, ibu paling risau kalau rosak kat situ sbb alamatnya mmg akan kandas
lah smpi tgh hari esok. Dgn adik2 yg masih kecik lagi duk tido kat blkg..Ibu mmg jenis xleh tido dalam
kenderaan sbb jenis risau(pe'el menurun kat saya),so dia stay up je sepanjang perjalanan temankan abah drive.

Masa kat atas salah satu daripada tujuh bukit di Bukit 7 tu (ibu lupa bukit nombor berapa, x silap
no. 3 gtu...),depan keta abah ada beberapa biji lori besar dan berat merangkak2, jalan lak mendaki,
so mmg kete abah gerak slow sgt2. Ibu kata, klu ada orang berlari atau berjalan pun boleh pintas keta masatu.
Abah steady jek bawak...ibu lak cuba berbual2 nak hilangkan ngantuk abah(atau resah dlm ati dia sndri,hehe..)

Tiba-tiba....

Dalam kelam malam, x berapa jauh di hadapan, di bahu jalan belah kiri yang sempit tu yg diapit lereng bukit dan
jalan raya, ada 2 susuk tubuh berbentuk manusia. Ibu spontan menegur, "Eh apa tu?" lalu abah cepat2
mendiamkan ibu dan suh ibu naikkan cermin tingkap dan tekan lock pintu belah ibu dan belakang tpt adik2 tido..
kelam kabut ibu naikkan semua cermin tingkap(keta usang abah takde aircond) dan lock semua,
dan duk bersandar diam2 sambil hati berdebar kencang.

Dari dalam kereta, ibu dan abah nampak dgn jelas kedua2 susuk tubuh tu tgh berdiri dan melambai2 kpd mereka.
Depan dan belakang keta abah semua lori, keta2 lain jauh di hadapan. Mula2 abah masih pk positif..
mgkn ada orang dlm kesusahan dan perlukan bantuan, tp ibu nekad taknak bagi abah berhenti sbb mereka
perlu pk kan adik2 kat belakang..klu hantu, dah satu hal..tp klu perompak@org jahat...???

Bila makin hampir, jelas kelihatan susuk manusia tu berpakaian warna gelap(sbb ibu dan abah xleh nak ckp
dorang pakai baju seluar kaler apa) dan...kedua2nya PAKAI HELMET FULL FACE. Abah dah jenguk2 ke sebelah
tingkap ibu(belah kiri) dan ibu juga mengiyakan, TAK ADA MOTOR ATAU KERETA TERSADAI berhampiran dua
lembaga tu...kat belah kanan lagilah, gaung...mmg xde kenderaan tgh parking.lagipun bahu jalan tu sempit,
muat motor je..cuma...mmg GILA lah klu balik Kelantan lalu bukit 7 tp naik motor..dgn keta pun merangkak2
nak lepas..huhu...

Abah yg tak dapat nak speed up mahupun undur keta, terus je bawa mcm biasa lalu melepasi kedua2nya
yg masih melambai2 mcm nak minta tolong. Saat melepasi kedua2 susuk tu, ibu kata...yang peliknya..
langsung TAK KEDENGARAN SUARA. klu betul kecemasan dan nak minta tolong, mesti dorang akan
menjerit2 tolong berhenti atau tolong kami atau apa2 lah kan.wpun tingkap kete naik, tp dah lalu
betul2 depan dorang..suara tu at least akan dgr wpun mgkn sayup2..ni takde.cuma dorang gigih melambai2.

Bila keta abah melepasi dorang, ibu risau sgt takut dorang kejar sbb mmg keta tgh slow, boleh dikejar
klu berlari. Ibu duk tgk je cermin tepi kiri. Tp peliknya..mereka tak kejar, dan mcm makin kelam dan
hilang bersatu dgn gelap malam. Ibu dan abah lega, tp seram dan pelik dgn kejadian tu.

Mereka slmt smpi ke Machang pagi esoknya lps subuh, dan kisah ni jd cerita gosip fmly masa raya tahun
tu, hehe...ibu dan abah atau pun adik2 takde yang demam(kot2 ada yg nak tahu), dan fmly yg lain semua
dah maklum keseraman dan kemisterian bukit 7. Klu betul2 manusia dlm kesusahan masa tu, mmg
malanglah nasibnya sbb hampir kompem takde yg akan berani berhenti kat situ nak tolong...bukan sbb
takut hantu je, tp sbb nak berhenti pun takleh, bahaya..

Bg sesapa yg kata bulan puasa takde hantu, boleh rujuk ceramah ustaz(dah lupa ustaz mana) psl jin dan
syaitan yg diikat masa ramadhan. Yang kena ikat tu, yg pangkat besar2..yg kuli2, budak suruhan,
picisan2 dan marhaen masih ada bebas dan jika Allah izinkan masih boleh muncul di hadapan manusia..
Sbb saya dah saksikan sendiri, jelas dan masih segar diingatan ni MAKHLUK yg muncul dalam bilik
tidur saya dalam bulan ramadhan masa saya umur 8 tahun dulu..huhuhuu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 11:41 AM | Show all posts
rina79 posted on 21-11-2012 01:45 PM
mmg jln mersing endau tu dah byk mkn nyawa
klu sapa2 tau selekoh maut kat batu pecah endau tu
situ ...

Saya dan hubby biasa balik kampong di pantai timur bertolak petang atau malam lalu jln Endau Mersing dari Pasir Gudang..
Alhamdulillah, penah sekali je macam kena kacau. Lepas ada anak(dah 3), bnyk kali dah lalu tgh2 malam / awal pagi dengan selamat.
Patuhi papan tanda amaran, berhati-hati dan jangan lupa memohon perlindungan Allah. Semuanya dgn izinNya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 02:05 PM | Show all posts
akuz posted on 17-11-2012 07:28 PM
setau aku, kawasan jemaluang tu amatlah angker waktu memalam..sunyi sepi mcm ko tengok tu le..kalau  ...

Haaa..sebut pasal angkernya jemaluang ni..
baru teringat. Ofismate saya(duk sebelah ni je seat) baru citer kat saya.
Masa tu saya baru lepas baca citer kisah seram hway PLUS Yong Peng-Pagoh yg dicatat oleh seorang blogger.

Saya : Tak sangkaaaa hway tu serammmm. Kami(merujuk kpd saya dan suami dan anak2 kecik kami) selalu gak balik dari KL atau pegi KL guna hway plus memalam buta (^_^;

Ofismate : Ha ah ye, memang seram. Sama gak dgn Endau-Mersing

Saya : Eh...tu laluan rutin kami tu kalau balik kampung (^_^;) dah lah suka bertolak petang2 atau malam2.

Ofismate : Ehhhh jangan lahhh, bahaya tu situ. Macam2. Dahlah bawak anak2 lagi.

Saya : Tapi Alhamdulillah, kami tak penah diganggu teruk2. Rasa seram2 sekali sekala tu biasa la..

Saya minta dia cerita pengalaman dia.
Dia pun ceritala..kat simpang jemaluang tu kan ada kubur cina atas bukit.
(dlm ati : aik...punya laa bnyk kali lalu situ x perasan lak saya)
Dia balik petang lepas keje sbb ulang alik tgk wife dia bersalin kat kampong mertua dia di Mersing.
So sampai kat jemaluang dah lepas maghrib...
tetiba dari jauh nampak lembaga putih bentuk pompuan kat kubur cina tu.
Dia cuba buat2 cool, tapi pecuttttt jugak kete laju2 menjauh dari situ...

Fuhhh...seb baik tak ikut dia balik umah mentua..dah lah baby dia baru umur 3 hari (^_^;;

Saya lak...raya nt kompem lalu situ lg klu balik kampung.hehe...patutlaa kekadang suami resah klu bertolak lewat sikit dari rumah, dia kata NAK KENA smpi mersing sebelum maghrib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 02:33 PM | Show all posts
mizz_red replied at 21-1-2006 11:45 AM
ni pon red ade cite...mende ni berlaku kt kmpung mak red kt tangjung malim...nk g tj. malim tu kn kn ...

felda soeharto . kampung ku. lalu situ memalam mmg seramkan. dulu mase kecik2 igt lagi nak balik kampung la. bertolak dari kampung abah - Kalumpang. nak ke felda soeharto tu dlm 45 min gak la. mase tu malam, kul berapa x igt. kecik lagi pun
tetibe adik ckp " mak, tgk tu.. hantu kum kum!" mase tu mmg tgh kecoh pasal hantu kum kum. mak ngan abah diam je...
aku tanyer " mana dik"
" tuu tadi.. tapi dah ilang"

ntah ye ke idok. x tahula.. budak mase tu..

Tapi jalan nak ke Felda Soeharto tu mmg la gelapssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 04:30 PM | Show all posts
farihada posted on 17-5-2016 02:33 PM
felda soeharto . kampung ku. lalu situ memalam mmg seramkan. dulu mase kecik2 igt lagi nak balik k ...

baru start baca thread ni ke?same la titewww
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 04:49 PM | Show all posts
syeefwa replied at 17-5-2016 04:30 PM
baru start baca thread ni ke?same la titewww

aah.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
zaida replied at 13-1-2006 02:03 AM
kalo korang dok ipoh & kwsn2 yg seangkatan dgnnyer, korang mesti tau kawasan kelapa sawit selepas hi ...

Ni jalan dari Simpang Pulai melalui Bandar Seri Botani then lalu Seri Rahmat hala ke Changkat Larang keluar kat Pengkalan tu kan?


Changkat Larang / Seri Rahmat tu kan ada kecoh Keranda terbang sampai masuk Misteri Nusantara  


Ex bf saya balik memalam dari Bangi naik motor, turun Simpang Pulai sebab rumah dia kat Lahat jugak. Lepas sikit dari simpang nak masuk ke Botani tu, dia nampak ada anjing nak melintas so dia slow kan motor dan hon hon dari jauh.


Ex bf ni nampak anjing tu dah paling muka ke jalan bertentangan so dia pecut lah. Rupanya masa anjing tu paling muka ke jalan belah sana, kereta dari belah sana pulak hon. Anjing tu terkejut terus melintas betul timing ex bf lalu sebelah dia. Apa lagi bersepah lah dia dgn anjing tu. Teruk jugak dia jatuh masa tu  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Maxx replied at 19-1-2006 08:12 AM
Jalan highway lumut - ipoh pun cam seram jer....especially malam..area tronoh dan bandar sri iskanda ...

Selepas 11tahun comment anda, alhamdulillah 2017 dah meriah dah. Saya orang situ. Area Sidec paling meriah sekarang. Bandar U sikit hari lagi tenggelam lah tu. Bisnes area Taman Maju pun dah ramai bungkus. Semua lari ke Sidec (Bandar Seri Iskandar).


Antara penyumbang utama adalah student situ. UiTM, KPM, Giat, Kolej Vokasional, UTP. Restoran hipster pun merata dah. Memalam meriah kat dataran mini depan TNB tu, Bebudak main rollerblade. Sejak naik Billion dan McD org tak pergi sangat Bandar U. Saya yg arah Lumut pun tak pergi Bandar U melainkan sebab nak lalu ke Ipoh saja  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
pee3 replied at 11-5-2006 06:37 AM
Bila aku balik ke rumah Mak Mertua di Batu Pahat ada 2 jalan yang boleh kami ikut samada melalui Tan ...

Saya pun pernah alami kejadian hampir serupa. Time tu dengan kawan kawan kampung. Semua pakat cuti sem. So nak pergi lepak Lumut makan makan kat sana. Entah macam mana diorang boleh masuk ikut simpang 5 saja nak ronda ronda masuk jalan dalam kot. Sedangkan boleh je lalu highway Ipoh - Lumut terus sampai.


Masa tu saya duduk depan, jadi co-driver. Member tu kereta dia memang dicipta rendah. So agak rendah lah kerusi nya. Saya pulak memang tak berapa tinggi. So mata meliar je dari dalam kereta.


Tengah lalu jalan gelap yg memang saya tak pasti kat mana, disebabkan lampu jalan pun takda kat situ. Kawan kawan saya ni riuh berbual dalam kereta, saya tak suka bising bising tambahan dalam kereta bunyi jadi kedap. Engine bising, diorang bising, rimas saya. So mata saya pandang je luar sebelah kiri.


Tiba kat satu jalan ni, dalam keadaan jalan yg sempit dan kereta kawan saya yang rendah, dalam jarak kurang 10m kereta tu tersuluh orang kat tepi jalan. Saya nampak orang tu berbaring tepi jalan atas rumput dan mata memandang saya. Dari fizikalnya boleh saya andaikan dia baru lepas kemalangan. Dengan badan yg berdarah darah, terbaring menanti pertolongan.


Timbul perasaan kesian pada dia. Masa tu saya dah set dalam kepala, driver mesti stop kereta nak tolong. Mustahil tak nampak sebab dah tersuluh dengan high beam beliau. Malangnya telahan saya salah sama sekali. Driver masih memandu dan tak ada tanda nak berhentikan keretanya. Kawan di belakang pun masih berbual. Dalam hati dah terdetik
"takda hati perut ke apa diorang ni"
Tapi kata kata tu tak terluah sampai lah dah agak jauh dari tempat tu.


Saya suarakan pada driver, kenapa taknak tolong orang tu tadi. Driver pelik dan tanya saya balik, tolong orang mana katanya. Saya cakap lah dalam 3km belakang tadi ada lelaki terbaring atas rumput tepi jalan tu berdarah darah. Dia nampak macam lepas kemalangan. Saya cakap lah yang saya fikir dia akan berhenti, tapi dia selamba je teruskan perjalanan. Dan kawan yang lain pun macam tak peduli je dengan mangsa tu.


Serentak diorang balas
"Ko mengigau ke weh? Mana ada org terbaring tepi jalan?"

Saya tak puas hati balas balik
"Korang mana nak nampak, huha huha dalam kereta. Aku tengok luar, aku tau lah"

kitorang gaduh gaduh mulut sampailah ke kedai makan yg kitorang nak tuju tu. At last dua orang dari geng saya ni bagi ayat penutup.

"Ko ni Sophea, memalam cuba mata tu jangan gatal nak usha keliling, lagi lagi hutan. Ko sorang je yg nampak ada org accident. Kitorang tak nampak apa2 pun"


Terus aku diam. Sebab diorang lagi tahu cerita tempat tu sebab diorang familiar dengan kawasan situ  
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
safamm replied at 17-12-2008 04:47 PM
Just nak share area2 yg penah didengari akan seram nye tapi tak pernah terserempak cuma skali ada la ...

seramnya klu aku x lalu mlm2 kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
inazlina replied at 9-1-2006 08:51 AM
korang perasan tak highway Butterworth-Kulim kat ujung kedah tu... masa kaw. tu dlm pembinaan, ada l ...

Ntah ape yg dia mkn mlm tu ye...eeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zaida replied at 13-1-2006 10:03 AM
kalo korang dok ipoh & kwsn2 yg seangkatan dgnnyer, korang mesti tau kawasan kelapa sawit selepas hi ...

Ni area Taman botani tu kan, situ mmg gelap kawasannye, kdg tu ade kerbau so hati2 drive kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tAnyA311 replied at 13-1-2006 12:46 PM
ader satu citer ni dgr dari senior masa buat dip dulu kat uitm johor..
jalan nak masuk ke main gate ...

Jgn tetiba keluar suara mengilai dh le
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Maxx replied at 19-1-2006 04:12 PM
Jalan highway lumut - ipoh pun cam seram jer....especially malam..area tronoh dan bandar sri iskanda ...

Skrg dh happenings tmpt tu. Dh x sunyi mcm dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
zaida replied at 13-1-2006 02:03 AM
kalo korang dok ipoh & kwsn2 yg seangkatan dgnnyer, korang mesti tau kawasan kelapa sawit selepas hi ...

Dulu saya duduk area Bandar Seri Botani tu, bersebelahan dgn hutan sawit yg awak maksudkan. Memang malam malam lengang kat situ sebab Botani tu jalan nya bukan jalan kerajaan, tapi pihak development Botani tu punya. So malam memang lengang, polis yg ronda dalam taman tu pun Polis Bantuan Pinji Botanic je.

Alkisah, kawan saya dari Bangi nak balik ke Lahat naik motor sbb cuti sem. Kat simpang 3 traffic light nak ke Botani tu lah. Masa tu dah tgh malam. Dia tunggu lampu hijau, kereta dari arah Pengkalan tak banyak. Elok je hijau dia nampak ada anjing kat atas jalan tu. Traffic light situ kan 4 lorong ada divider.

Masa dia nak lalu tu anjing tu kat lorong sama dgn dia. Dia hon, anjing tu lari laju ke jalan bertentangan. Jalan tu kan luas 4 lorong, so dia nampak anjing tu dah menyeberang dia terus pulas minyak sebab nak cepat sampai rumah. Tiba tiba time anjing tu kat lorong bertentangan kereta dari arah depan hon anjing tu, dah sudah anjing tu patah balik rempuh tayar depan mamat ni. Berguling dia atas jalan. Orang dok kerumun dia sebab dia tak boleh bangun nak jalan ketepi. Kelam kabut call hospital Ipoh sebab ingat kaki patah, rupanya cramped je. Haish. Tapi memang habis luka luka satu badan. Motor pun habis rosak rosak semua, punca anjing sekor je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.268281 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list