CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22602|Reply: 258

Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea ~~ex-bf NABIL RL ke?~~

[Copy link]
Post time 15-6-2009 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Isnin Jun 15, 2009
Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea



"TERHENTI nafas dan degup jantungku, salahkah aku mencintaimu sepenuh hatiku, katakan sesuatu, jangan biarkan ku keliru, terus berlalu, tak daku menduga mengapa ini terjadi."

Mungkin ramai tidak tahu bait-bait lirik lagu Aku dan Mimpi, ciptaan dan nyanyian Amylea Azizan itu secara zahirnya menyulam kisah percintaan bekas peserta One In A Million (OIAM) musim ketiga itu.

Menurut Amylea, kisah percintaan itu akan dirakamkan dalam bentuk klip video.

"Lagu itu sebenarnya adalah kisah cinta sebenar Amylea. Ia memaparkan kekecewaan dengan seseorang yang telah lupa diri.

"Apa yang pasti, sesiapa sahaja akan lebih faham (kisah percintaan saya yang tidak berhasil) apabila menonton klip video tersebut," katanya.

Tutur Amylea, lagu tema drama Merah Puteh tersebut ialah metafora terbaik untuk mencurahkan kekecewaan dan kepasrahan yang terbuku dalam hatinya.

Kata Amylea, dia baru pulih dan "bernafas semula" daripada kisah cintanya yang tidak kesampaian.

"Saya dapat mengubat luka di hati kerana OIAM. Maklumlah saya betul-betul memberikan tumpuan sepenuhnya dalam OIAM. Sedikit-sebanyak membantu saya melupakan kekasih saya," katanya.



Jelas penyanyi dari Alor Setar itu, dia tidak tahu apa yang terjadi kerana lelaki pilihan hatinya itu menyepi tanpa sebarang bicara untuk memutuskan cinta. Oleh itu, katanya, dia masih tidak mengetahui punca perpisahan tersebut.

Ditanya sama ada lagu tersebut berjaya menyampaikan perasaan kecewanya kepada jejaka misteri tersebut, Amylea berkata, dia berasa bekas kekasihnya itu tidak akan mengingati percintaan mereka.

Namun, ujar gadis ini, itu semua tidak pernah membuatkannya serik untuk bercinta lagi. Dalam nada ceria, Amylea turut berbicara tentang kriteria-kriteria lelaki idamannya.

"Dia tidak semestinya berbakat dari segi nyanyian. Mungkin menarik jika lelaki tersebut mempunyai bakat dari segi masakan ataupun seni pertukangan dan juga seorang yang lucu.

"Walaubagaimanapun, dia perlu faham keseluruhan kerjaya saya. Saya letakkan kerjaya prioriti nombor satu dalam hidup saya sekarang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amylea bakal mempromosikan album sulungnya, Selepas 3. Judul itu diberi nama sedemikian kerana album itu memakan tempoh masa tiga tahun.

Selain itu, Amylea sedang mengeluarkan lagu single dengan peserta OIAM3, Nine.

"Ia adalah satu kolaborasi yang sememangnya saya tunggu-tunggukan. Saya dah lama ingin berduet dengan Nine. Saya tidak tahu bila ia akan dikeluarkan," katanya


aku dpt desas desus dr kawan2 make-up artis yg mengatakan amylea wat lagu ni  utk bekas kekasih dia- Juara rancangan realiti. korang rasa saper? tomok ke

klu besar nye lupa diri

[ Last edited by  apache007 at 16-6-2009 14:05 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 04:17 PM | Show all posts
lantokla dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:19 PM | Show all posts
tomok ngn amylea ke?

bukan gf tomok tu orang biasa jeks ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:22 PM | Show all posts
Tak silap aku Amylea dah tulis lagu ni even before OIAM lagi. So definitely bukan Tomok.

[ Last edited by  nad03 at 15-6-2009 16:33 ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:29 PM | Show all posts
huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by nad03 at 15-6-2009 16:22
Tak silap aku Amylea dah tulis lagu ni even before OIAM lagi. So definitely bukan Tomok.


tol ker bukan tomok

bkn lagu ni dia buat ms oiam ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2009 04:52 PM | Show all posts

Balas #6 apache007\ catat

nope. kat blog dia Amylea cakap lagu ni dah mula ditulis April 2008.

http://amyleasdiary.blogspot.com/2009_05_01_archive.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:53 PM | Show all posts
mawi kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 04:58 PM | Show all posts
"Saya dapat mengubat luka di hati kerana OIAM. Maklumlah saya betul-betul memberikan tumpuan sepenuhnya dalam OIAM. Sedikit-sebanyak membantu saya melupakan kekasih saya," katanya


apa yang aku paham pulak, dia masuk OIAM sebab nak lupakan kekasih dia. confirm bukan tomok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:00 PM | Show all posts
NABIL kan

aku penah nampak dia kat audience
show Lu Pikirla Sendiri
dulu pun ada gossip 2 hekor ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:04 PM | Show all posts

Balas #10 kucingpia\ catat

Amylea dengan Nabil?

Macam tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:08 PM | Show all posts
xkan nabil kot????
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:08 PM | Show all posts
huk alooooooooooooo....ngan nabil keeeeeeeee???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:10 PM | Show all posts
Salah satu cara promosi lagu/album

Tapi masa kat OIAM dulu, selalu dak tgk diary dia. Nampak Amylea ngan tomok nie macam ada sesuatu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:13 PM | Show all posts
ye la.... kelakar la.. nabil ker..??
logik ler dia tinggal kan amylia ni...
tengoklah pengganti nyer..
Lu pikirlah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:16 PM | Show all posts
ngan aidil kot........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 05:20 PM | Show all posts
sejak bila aidil nih jadi juara rancangan realiti tv?

aku nak vote juara MyStarz LG yang musim pertama tu dulu boleh? Ape nama dia ek? Badri eh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:21 PM | Show all posts
kalau lupa diri... cam Nabil pon sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:25 PM | Show all posts
pakaian standard penyanyi club. tukar ler sikit cara pemakaian tu. manalah nak laku. bila tak laku nangis pulak nanti. kalau setakat boleh nyanyi low note je, nyanyi kat club je lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:26 PM | Show all posts
leh tepek lirik lagu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.978090 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list