CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

NASA nak bom bulan; update: hari ni bulan MALATOP!!

[Copy link]
Post time 5-8-2009 10:42 AM | Show all posts
nak kat banngang kang kecik hati...tapi usa nie selalu buat benda yang xxxxxxxxxxxxxxxx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 12:17 PM | Show all posts
pengaruh cerita amagedon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 12:05 AM | Show all posts
bumi (jepun) kena bom nuklear pun berjaya mengubah cuaca bumi serta merta... kalu bulan kena bom, apa akan jadi? mungkin depa kaji gak kesan dan akibat tapi secara logiknya, pasti ada kesan negatif... diorg ni nak duduk tinggal kat bulan ke... sampai perlu nakkan bulan berudara? bulan tak de ozon, apa tak berbahaya manusia kepada sinaran matahari?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 01:08 AM | Show all posts
- effect tu confirm ada... Tpi klau melampau dia pny effect, aku harap satu dunia pgi attack USA plak... cipan pny USA...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 11:24 PM | Show all posts
NASA set to Bomb the Moon on Friday (11:30 GMT OCT9, 2009) Target : Cabeus

There are two ways to watch the show.

First, turn on NASA TV. The space agency will broadcast the action live from the Moon, with coverage beginning Friday morning at 3:15 am PDT (10:15 UT). The first hour or so, pre-impact, will offer expert commentary, status reports from mission control, camera views from the spacecraft, and telemetry-based animations.

The actual impacts commence at 4:30 am PDT (11:30 UT). The Centaur rocket will strike first, transforming 2200 kg of mass and 10 billion joules of kinetic energy into a blinding flash of heat and light. Researchers expect the impact to throw up a plume of debris as high as 10 km.

If the true intent of the LCROSS mission moon bombing is a hostile act by NASA against known extraterrestrial civilizations and settlements on the moon, then NASA and by extension the U.S. government are guilty of aggressive war which is the most serious of war crimes under the U.N. Charter and the Geneva Conventions, to which the U.S. is subject.  The U.N. Outer Space Treaty, which the U.S. has ratified, requires that β€œ The moon and other celestial bodies shall be used by all States Parties to the Treaty exclusively for peaceful purposes. The establishment of military bases, installations and fortifications, the testing of any type of weapons and the conduct of military manoeuvres on celestial bodies shall be forbidden.”  98 nations have ratified and 125 nations have signed the U.N. Outer Space Treaty.

Maybe the CIA have finally found Osama bin Laden on the Moon and this water mission is a mere coverup.


11:30GMT , 7:30pm waktu malaysia.
Kalau ada teleskop power skit leh nampak nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 09:50 PM | Show all posts
betul ke itu bulan yg nak dibom?bulan hanya Tuhan yg tau di mana kedudukannya..kita manusia terbatas dgn ZatNya Yg Esa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2009 11:25 AM | Show all posts
sok bom lak marikh ke matahari ye NASA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 02:30 AM | Show all posts
NASA 'letupkan' bulan hari ini


LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati
Kawah Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).

WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan hari ini.

Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau.

Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk.

Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua.
Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.

Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.
"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.

Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari.

Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.

"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.

Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2009 06:42 AM | Show all posts
[url=http://m.www.yahoo.com/_ylt=AqUUfJAcZOG4sVsxJj6FyDCbvZx4;_ylu=X3oDMTNiYzU4NGdjBGEDMDkxMDA4IGJ1enpsb2cgbmFzYSBtb29uIHQEY3BvcwMxBGcDaWQtMTMzMTMEaW50bAN1cwRwa2d2AzExBHBvcwMxBHNlYwN0ZC1mZWF0BHNsawNpbWFnZQRzbHBvcwNGBHRlc3QDNzAx/SIG=11fo2g9rb/**http%3A//buzz.yahoo.com/buzzlog/93080%3Ffp=1][/url]
[url=http://m.www.yahoo.com/_ylt=Ahs07JahWtg0bkWkUYTHQkmbvZx4;_ylu=X3oDMTNidDY4Z2ljBGEDMDkxMDA4IGJ1enpsb2cgbmFzYSBtb29uIHQEY3BvcwMxBGcDaWQtMTMzMTMEaW50bAN1cwRwa2d2AzExBHBvcwMyBHNlYwN0ZC1mZWF0BHNsawN0aXRsZQRzbHBvcwNGBHRlc3QDNzAx/SIG=11fo2g9rb/**http%3A//buzz.yahoo.com/buzzlog/93080%3Ffp=1]NASA to crash $79 million craft into moon[/url] An unmanned spacecraft will slam into the moon's surface on Friday morning
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2009 07:18 AM | Show all posts
Tiada cahaya 'letupan' di bulan


BEBERAPA orang menyaksikan dua roket yang terhempas di bulan
menerusi siaran video secara langsung di Pusat Penyelidikan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan di Morffett, California semalam.

WASHINGTON - Permukaan bulan semalam diletupkan dengan menggunakan dua buah roket bagi mengesan air di bawah permukaan bulan yang boleh digunakan angkasawan dalam misi angkasa lepas pada masa depan, kata Pentadbiran Aeronautikal dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tiada cahaya 'letupan' yang dapat dilihat selepas dua roket itu sengaja dihempaskan oleh NASA.
Tepat pukul 7.30 malam semalam waktu Malaysia, roket Centaur terpisah daripada Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) dan menghentam kawah kawasan Caebus di bahagian kutub selatan bulan pada kelajuan 9,000 kilometer sejam diikuti dengan sebuah kapal angkasa peninjau yang dilengkapi beberapa kamera canggih bagi merakam impak itu.
Sebelum terhempas, roket Centaur dan kapal angkasa peninjau tersebut bercantum membentuk satelit LCROSS.

Imej termal (suhu) pada stesen televisyen laman web NASA menghasilkan warna biru pada kawasan bersuhu sejuk dan merah pada lokasi panas di permukaan bulan tetapi tiada cahaya kilat kelihatan pada skrin televisyen ketika Centaur terhempas.


Sebelum ini, NASA memberitahu, letupan akibat hentaman itu akan menyebabkan beberapa ratus tan debu bulan naik setinggi 10 kilometer ke atmosfera dan menghasilkan cahaya selama 30 saat.

Kamera-kamera yang dipasang pada kapal angkasa peninjau seberat 891 kilogram itu akan menghantar rakaman impak pertama ketika ia terbang menerusi debu bulan itu dan menghantar data serta maklumat ke bumi sebelum ia turut terhempas ke bulan.

Menurut saintis-saintis NASA, pelanggaran kuat itu akan menyebabkan ais yang dipercayai tersimpan di bawah permukaan kawah bulan akan terurai ke atmosfera sekali gus dapat dikesan oleh kapal angkasa peninjau dan teleskop gergasi di bumi.
Satelit LCROSS direka bagi menghasilkan kawah seluas 100 kilometer dengan kedalaman empat kilometer apabila ia menghentam sebuah kawah bulan sedalam dua meter.

"Walaupun impak itu dahsyat tetapi disebabkan saiz bulan yang besar, ia seperti kesan bulu mata seorang penumpang yang jatuh ke lantai sebuah pesawat 747 semasa dalam penerbangan," kata Pengurus Projek LCROSS, Daniel Andrews. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 09:09 AM | Show all posts
30# amazed

dh langgar da... depends on NASA utk teruskan research...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 09:12 AM | Show all posts
Saintis dr NASA mengatakan:

Bulan dilanggar oleh asteroid beberapa kali dlm sebulan pada impak yg sama dgn pelanggaran kapal angkasa kami, dan tiada apa2 yg berlaku di Bumi sehingga hari ini. Jadi kenapa risau akan kesan pelanggaran ini ke atas fenomena pasang surut di Bumi?

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 03:59 PM | Show all posts
atau sebenar nya diorang kata nak hasil kan air tu propa jer kot...mgkn sebenarnya utk test nuclear power diroang kot....
salimrock Post at 22-6-2009 11:54


setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 11:35 PM | Show all posts
aq doakan peluru tu jatuh kat amerika, x pon meletop masa pelancaran..  baru padan muke diaorang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:46 AM | Show all posts
Uh prob la bukan bom mahupun peluru.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 11:03 AM | Show all posts
35# alphawolf

Betol... Berita ni dh banyak kene putar la...

NASA just langgar bulan tu dgn kapal angkasa diorg... Diorg nk buktikan yg kt bulan tu ade air, tu je.. Yg kite ni dok pkir macam2 npe pulak.. X baik fitnah NASA tu.. Diorg pun komuniti saintis jugak..

Mungkin diorg pernah buat silap, tp kebanyakan discoveries, diorg gak yg buat..

Berbalik pade kisah NASA langgar bulan... Meteorit yg jauh lg besaq pernah langgar bulan sebelum ni, tgk je saiz kawah2 kt bulan tu, tp sampai arini, aman je aku tgk... Kapal angkasa NASA tu pulak, mcm semut je besarnye klu dibandingkan dgn kawah yg die nk langgar tu, tgk la vid yg NASA releasekan... So isu2 melanggar lumrah alam, isu2 bulan menyimpang dari orbit, ombak besar muncul di Bumi, sumenye just berita2 kosong yg penulis buat supaye korg bace webpage diorg and hasilnya, diorg dapat duet... Kite lak dpt mitos dr diorg...

By the way NASA dh yakin yg air wujud di bulan berdasarkan teori, dan pelanggaran ni bukti terakhir diorg utk melengkapkan bukti2 wujudnya air di bulan. Klu dr pelanggaran ni diorg jumpe air, aku rse itu berite baik utk kite, mungkin jugak slh satu discovery plg besar abad ni. Len kali boleh r melawat bulan dan minum air kt situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2009 04:49 PM | Show all posts
Ni semua salah tuan tanah la ni...pi letak tajuk 'bom bulan'...hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:37 PM | Show all posts
ape mission us  ni nk bom bulan..die igt bulan tu die punye ke????
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:51 PM | Show all posts
apasal bongok sangat usa nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 02:55 PM | Show all posts
link youtube please...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086884 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list