Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
35700
View
112
Reply

Pengalamanku di asrama politeknik

[Copy link]

Author: fuel_i       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-6-2009 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fuel_i at 23-6-2009 18:09

Ni aku ada kisah yg nak critakan kat korg. Crita ni berlaku pada aku & kwn2 aku semasa aku study kat sebuah politeknik di timur tanahair.

Pada tahun 1999 aku dapat smbung blajar kat politeknik dan aku ditempatkan di asrama. Ditempat aku study ni, hanya ada 2 blok asrama yg di khaskan untuk pelajar lelaki. Tak salah aku untuk pelajar pompuan pula, ada 9 blok asrama. Mmg dikatakan blok untuk pelajar lelaki tu adalah untuk pelajar pompuan tetapi disebabkan ada sedikit masalah, pihak pengurusan telah membenarkan 2 blok tersebut dihuni oleh pelajar lelaki.

Alkisahnya 2 blok ni dikatakan berhantu. Ramai pelajar pompuan telah diganggu oleh makhluk2 halus yg berkeliaran didalam blok ini.Warden sendiri telah menceritakan kepada kami yg blok2 ini tidak boleh dihuni oleh kaum wanita buat sementara waktu. Antara sebabnya adalah pernah beberapakali pelajar2 pompuan yg tak dapat hadir ke surau untuk berjemaah pada waktu maghrib & isyak telah diganggu oleh bayangan yg menyerupai seorg wanita.Pernah seorg pelajar pergi ke tandas pada waktu senja dan semasa dia sedang mencuci pakaiannya, dia ternampak kelibat seorg wanita yg tak dikenali sedang menundukkan kepalanya berhampiran sinki. Pelajar tersebut tidak ambil kisah dan terus mencuci pakaiannya sehinggalah dia selesai. Tetapi apabila dia bangun dan lihat kearah cermin, dia dapati wanita yg sama yg dia lihat tadi berada dibelakangnya (dalam cermin). Dikatakan pelajar tersebut telah pengsan dan menjadi trauma dgn kejadian tersebut.

Pernah juga dikatakan seorg pelajar (bukan islam) yg sedang menyikat rambutnya (sudah mandi la kot) telah ternampak wajah seorg wanita yg agak suram disebalik cermin didalam bilik pelajar tersebut. Mengikut cerita warden asrama suatu ketika dulu ada satu kes ngeri yg telah berlaku diasrama tersebut. Dikatakan ada seorg pelajar pompuan telah membunuh dirinya (masalah peribadi) dgn terjun dari tingkat 3 asrama tersebut. Lokasi kisah ngeri itu berlaku adalah berhampiran dgn kwsn tangga
diblok asrama. Jd barulah aku dan kwn2 tahu kenapa kwsn tangga blok asrama tersebut sentiasa gelap sahaja. Dikatakan lampu2 di kwsn tersebut tidak dapat berfungsi kerana adanya gangguan makhluk halus! Mmg sepanjang 1 semester aku kat situ, tak pernah aku lihat kwsn tangga tu terang!

Ok..Yang ni pengalaman aku sendiri. Suatu malam tu aku dan kwn2 aku ( 4-5 org kot) melepak kat satu bilik ni. Bilik ni kat tingkat bawah. Selalunya bila hujung minggu tinggal kami ja la kat asrama sebabnya ramai yg balik kampung atau keluar bermalam di luar. Sedang kami asyik bersembang, kami dikejutkan oleh pasir. Tiba2 ja ada pasir masuk (seperti dibaling) melalui tingkat kat bilik ni ! Apa lagi, smuanya tergamam la. Pakat2 pikir la sapa lak yg nak usik kami ni.. ? Setahu kami hanya tinggal kami ja kat asrama pada malam. Lepas tu semua mata tertumpu kat tingkat ja la. Dalam 2 minit lepas tu, sekali lagi ada pasir masuk melalui tingkap. Kali ni kami semua terus keluar dari bilik dah trus ke bahagian luar bilik untuk lihat siapa yg mengusik kami. Puas mencari, tiada sesiapa pun kat situ kecuali kami ja. Pastu kwn aku yg sorg ni terpandang kat kwsn padang dan apa yg dia ceritakan kat kami, dia ada ternampak kelibat seorg pompuan sedang berjalan kearah pokok pisang. Kami masa tu mmg seram sangatla, jam pun dahpukul 1-2 pagi dh. Pastu kami masuk semula ke bilik. Kali ni tiada lagi gangguan.Kami pun mula bercerita mengenai kisah dibaling pasir tadi. Pastu salah sorg kwn aku ni nak buang air pulak. Nak mnta org temankan, nanti dikatakan penakut pulak ! Jd dia amik keputusan utk pergi ke tandas seorg diri. Tandas ni pulak terletak bersebelahan dgn tangga yg aku ceritakan tadi. Mmg seram area ni. Gelap ja suasana kat situ! Dalam 5 minit aku dan kwn2 yg didalam bilik dikejutkan oleh bunyi bising dr arah koridor..Aku pun jenguk tgk kot pintu bilik. Rupa2nya bunyi tapak kaki kwn aku yg p tandas td ni. Aku nmpak dia berlari sekuat hati kearah bilik! Sampai kat bilik, dgn muka yg pucat dan dalam ketakutan dia ceritakan pada kami yg semasa sedang dia menyarungkan kembali seluarnya (lepas buang hajat n basuh dh ni) dia ada dengar bunyi tapak kaki org masuk tandas tu (dia dah cuak time ni). Pastu dia dengar plak ada org buka paip air dan diikuti suara seorg wanita yg seperti bercakap dalam nada ygkecewa (sedih la)! Apa lagi dia, terus cabut la !

Sedang kami cuba melawan ketakutan yg menyelubungi pada mlm tu, tiba2 blackout la pulak. Dudukla kami dalam kelam.. Dah la tak ada stok lilin. Mmg gelap gelita la !Pastu tak ada lagi gangguan dan kami pun dah mula mengantuk. Bilik aku lak kat tingkat 2, jauh dr bilik kwn2 yg lain.Nak tunjuk jantan punya pasai, aku buat berani naik ke bilik aku sendiri. Bilik aku lak mengadap ke arah pokok pisang tempat kwn aku nmpak kelibat pompuan td ! Masuk bilik ja terus aku cuba lelapkan mata. Alhamdulillah bila aku terjaga, hari dah siang..
Dah lepas satu malam yg agak menyeramkan. Tp bila jmpa kwn aku dia kata dia nmpak sesuatu kat tingkap bilik aku semasa aku balik semalam!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:03 PM | Show all posts
klu poli kat dungun lg seremmmm...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-6-2009 04:07 PM | Show all posts
klu poli kat dungun lg seremmmm...
tokma Post at 23-6-2009 16:03


cerita la kat sini...:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:07 PM | Show all posts
huhuhu...serammm seh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:20 PM | Show all posts
lagi2... cerita laaa....
seram plak aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:27 PM | Show all posts
dgr dari cite staf kat poli tu,ada pkerja jatuh time baru nk wat hostel tu....
tokma x study situ..tokma study seberang bukit politeknik Dungun tu...Mber tokma y cite..kat hostel poli tu,member kate, kalu nampak cik ponti terbang2 tu dh biasa...lgpun kawasan tu keras cket...
Area bukit bauk...Hostel pn hampir ngan bukit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:27 PM | Show all posts
Aiyohh.. rsa mcm qarin pmpuan tu dok ulang2 blik hari2 terakhir perkara y pmpuan tu buat @ ape y trjadi sblm pmpuan tu bunuh diri agaknya.. betui ke ape y aku cbe ckp neh.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:39 PM | Show all posts
Uikss...leh tahan gak seram nye..
camne la agk nye sore pempuan 2 ek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:47 PM | Show all posts
lagi lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:51 PM | Show all posts
politeknik kat timur tanahair?..young brother rina nk daftar awal tahun next year kat kelantan.OK ker kat situ?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-6-2009 05:52 PM | Show all posts
politeknik kat timur tanahair?..young brother rina nk daftar awal tahun next year kat kelantan.OK ker kat situ?
feirina Post at 23-6-2009 16:51


hihihi..politeknik kota bharu la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by jeriah_md at 24-6-2009 00:31

erk.. ada sebut pokok pisang lagi... sinonim sungguh pokok pisang ngan cik ponti nih...
kalo x salah aku, masa kecik2 dulu abah aku penah cakap...
kalo dengar bunyi 'benda' baling pasir atas atap umah ni  biasanya hantu raya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 02:16 PM | Show all posts
...seram lak aku baca cerita ni......nasib baik aku baca waktu siang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 04:24 PM | Show all posts
Seram la plak aku baca. bila ingat2 balik teringat lak masa aku dok sorang2 dulu. aku pun study kat poli dalam hutan gak dulu. lg dari jauh orang tempat tu. nak ke pekan pun dalam 40 minit. keliling hutan, kat belakang blok laut selat melaka. masa time raya haji tak silap, semua 5 orang roommate aku balik kampung memasing. kat blok aku memang gelap gelita time tu. takde orang langsung.bayangkan la aku dok sesenyap dalam bilik. sampaikan kafe ngan koperasi nak beli makanan pun tutup. iskk tak dapat aku cerita betapa spooky nyer time tu. sib baik benda2 tu tak muncul. aku kalo perasaan takut dah terbit dalam diri, aku terpaksa jadikan diri aku berani. cuma tegaskan aku tak kaco ko, jadi jangan la kaco aku. alhamdulillah tak pernah lg terjadi apa2.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-6-2009 04:35 PM | Show all posts
mod yg baik hati n pemurah..bg la kacang...lenguh menaip la aih!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 04:16 PM | Show all posts
seram la plak cite2 kt hostel ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by shahx at 28-6-2009 22:27

poli mane tu? poli KB ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 12:11 AM | Show all posts
kalu kat PKB ada kes pelajar bunuh diri gantung kat kipas..tp saya lupa blok mana bilik mana..dlu lama gak bilik tu ditutup x berpenghuni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 02:20 AM | Show all posts
confirm ke poli KB? polisas pun byk citer seram kan?? asal dulu maktab perguruan...hohoho
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-6-2009 09:25 AM | Show all posts
cerita ni berlaku kat PKB.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 05:23 PM | Show all posts
aku dulu student poli KB, rasenye mmg ade satu bilik yg dikunci. ade la pengalaman seram kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 12:32 PM | Show all posts
boleh tahan serammm
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 12:52 PM | Show all posts
takotnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 03:21 PM | Show all posts
21# shahx

xmo share ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:04 PM | Show all posts
seram la citer ko...berani gak la ko ni yer sanggup balik tidor kat bilik sendir yer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.072904s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list