CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22806|Reply: 355

Ustazah dakwa keinginan seks bekas Ulamak PAS Perlis cukup tinggi PAGE 9 #207

 Close [Copy link]
Post time 24-6-2009 06:22 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by urusniaga2020 at 25-3-2010 20:19

10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300   
                               KANGAR:Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya,Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis,sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan HakimMahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertamaperbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.

  Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu  September 1999 dan tiada lagi nafkah    sehingga hari ini.


Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam denganmemukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahankecil.

  “Dari luar dia memang kelihatan   baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,” katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenainafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupamenunaikannya.
                                  “Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari diamahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalampantang,” katanya.

  Hakim  menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos   sambung bicara.

Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara diKodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangarbagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahanlagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakansuaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santanpada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.
                                  Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan   diwakili peguamnya, Zulmi Sabry.

Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kesberjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaantiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun.

Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmalapada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkanAbdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan MahkamahTinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 06:44 AM | Show all posts
kadang kdang penampilan boleh membuat kita terpedaya. itu sahaja yang aku dapat nyatakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 07:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by abgboroi at 24-6-2009 08:24

apa punya manusia ni dalam pantang pun nak bersetubuh...kata ulama takkan x tahu kot...


berbalik kepada isu thread...pada aku 300 tu kira besar laa juga tu...kebanyakkan isteri bukan  dapat duit pun dari suami kecuali belanja dapur dan pakaiaan sekali sekala atau benda benda lain yang biasanya suami yang bayarkan ...biasanya camtu laaa....tak tahu laa kalau isteri ustaz ni jenis demand lebih...mungkin dia rasakan ustaz ni berpendapatan tinggi kalau boleh nak 1 per 3 dari pendapatan suaminya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 07:31 AM | Show all posts
2# awangbok
kan aku mang dari dulu cam phobia sikit dgn
mereka yg berpenampilan terlalu baik dan hebat ni
ibarat pijak semut tak mati tapi hakikatnya nauzubillah...
biarlah org yg bersederhana dlm semua perkara......
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:25 AM | Show all posts
Hari-hari mau....penangan minyak sudan campur kopi jandalah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:33 AM | Show all posts
rm300 sekalik je.. melampau la tu... tapi tu la.. ustazah tu ngajo sek. menengah, kerajaan tak bayo gaji ke? pastu memang dia keja tanpa izin suami ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2009 08:38 AM | Show all posts
hahaha... thread ini akan menjadi isu hangat.. percaya lah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:53 AM | Show all posts
6# tinbeskut


Nafkah kena lah bagi bulan2... gaji dia sebagai cikgu tu hak dia...skit pun dlm seratus lah kena bagi..tu nafkah..
takkan dia tak tahu hukum kot...nie selama kawin just bagi nafkah RM300..lagi mau hari2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 08:57 AM | Show all posts
3# abgboroi
selalu pompuan ni tak tahu apa maksud nafkah, tu yg susah.
nafkah kalau tak silap utk keperluan peribadi cam cik abg gua
bagi gua tuk kegunaan gua than tuk belanja dapur tu plak itu
tanggungjawab dia tuk gua dan anak-anak. gua ni memang tuntut.
kalau ikutkan somi ni klau berkemampuan kena sediakan pembantu tuk isteri.
isteri hanya layan makan minum dan yg tu lagi. keje rumah tu kalau mampu
kena ada pembantu. yg pandai bab agama ni tolong betulkan ye kalau gua salah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:01 AM | Show all posts
errr....ada sapa sapa nampak en.maideen..?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:04 AM | Show all posts
300 jek? pastu bulan pertama jek dpt? no wonder bini dia ungkit balik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:07 AM | Show all posts
Koleksi foolamak dlm PIS makin meningkat dan makin menonjolkan diri. :kant:

“Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari diamahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalampantang,”


hahahaha..no wonder la iklan seks banyak kat Hakakah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:08 AM | Show all posts
nafkah tak semestinya dlm bentuk cash...
kalau makan minum rumah pakaian dll. disediakan itu kira bagi nafkah gak...

ni alasan nak cerai sebab tak bagi nafkah ke atau sebab kena dera?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:09 AM | Show all posts
ulama PAS tak patutlah buat camtu... prftttttttttt....fttttt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:13 AM | Show all posts
2# awangbok
kan aku mang dari dulu cam phobia sikit dgn
mereka yg berpenampilan terlalu baik dan hebat ni
ibarat pijak semut tak mati tapi hakikatnya nauzubillah...
biarlah org yg bersederhana ...
arasham Post at 24-6-2009 07:31


memikat cara ni utk beginner boleh laaa tapi yang dah pro..bolayan hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:14 AM | Show all posts
1# urusniaga2020
berita hot mcm ini ngapa tak ada dalam UM...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 09:16 AM | Show all posts
sebenarnya mmg ramai dalam pas mcm nie ...tunjuk alim nak menyembunikan keburukan mereka.

masa belajar dulu pun , berkopia laa ..hudud sana..sini ...sekali berendek dengan awek ???

manusia jenis apa kah ini ??? dah la mengunakan Islam utk kepentingan diri ...merosakan nama islam sahaja :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:18 AM | Show all posts
dalam metro pun tadak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:18 AM | Show all posts
Berselindung aje semua tu...tu yg org hina islam tu...kalau dia nie jenis ahli pas biasa tu tak apa lah jugak.org tak berapa kenal sangat....nie ketua dewan ulamak negeri perlis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:19 AM | Show all posts
Wakakakakaka!!!!! Ulamak RM2 PAS!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 1.474948 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list