CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31205|Reply: 45

[NFO]Mitos, Lagenda & Sejarah @ Nogoghi Sembilan

[Copy link]
Post time 8-7-2007 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 23-11-2009 16:45

Misteri: Dulang aneh sentiasa ada makanan
Oleh Hussain Said

Tempat saji makanan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas terhempas sehingga pecah ketika satu majlis jamuan di Masjid Kuala Dulang


KAMPUNG Peninjau yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, nyata tidak jauh berbeza dengan suasana kampung lain di negara ini.

Malah, kampung yang mempunyai bilangan penduduk seramai 400 orang, berjiran dengan Kampung Ulu Jelebu, Kampung Bukit, Jelebu Tengah itu, juga tidak ketinggalan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan berturap.

Kedudukannya terletak berdekatan pekan Kuala Klawang juga memudahkan penduduk yang kebanyakan mereka menyara kehidupan dengan menoreh getah, menyelesaikan urusan harian masing-masing dengan mudah.

Istimewanya kampung yang dikepung oleh dua bukit iaitu Bukit Air di kanan dan Bukit Peninjau di kiri ialah wujudnya sebuah masjid tertua di daerah Jelebu.

Masjid itu diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau pada awal abad ke-16, yang juga menandakan kedatangan awal Islam ke daerah berkenaan

Kedua-duanya dikatakan meneroka perkampungan itu yang kemudian dinamakan Kampung Penianjau dan masjid itu pula pada asalnya sebuah bangsal beratap ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu beribadat.

Istimewanya, pembinaan dan struktur asal masjid itu ialah tidak menggunakan paku sebaliknya dipasak.

Masjid Kuala Dulang mendapat namanya dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.

Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.

Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.

"Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang menyatakan lapar sebelum tiba-tiba mereka ternampak sebuah dulang di atas busut besar terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air.

"Seorang jemaah yang pergi mendapatkan dulang itu mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai dan selepas kejadian itu, setiap kali selepas waktu zuhur dulang itu sentiasa berisi makanan yang dinikmati jemaah.

"Apa yang menarik, walaupun seberapa ramai jemaah yang datang bersembahyang, makanan yang terdapat dalam dulang itu sentiasa mencukupi. Namun, tiada yang tahu siapa menyediakan makanan itu," katanya.

Katanya, beliau juga pernah mendengar cerita dulang yang berisi makanan itu bukan saja disediakan selepas zuhur malah musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya.

"Bagaimanapun, dulang makanan itu dikatakan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang jemaah tidak memegangnya dengan betul lalu terhempas dan pecah ketika satu majlis jamuan diadakan.

"Sejak itu, tiada lagi dulang yang berisi makanan untuk dinikmati jemaah sebaik selesai mengerjakan sembahyang zuhur. Namun, cerita mengenai dulang aneh itu masih diperkatakan hingga sekarang," katanya.

Abdul Aziz berkata, sebenarnya cerita mengenai dulang aneh itu sudah banyak diperkatakan hingga dilaporkan dalam media cetak dan elektronik, menyebabkan ramai orang luar datang beribadat di masjid berkenaan.

"Bukan saja penduduk tempatan malah orang luar dari Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang juga datang beribadat di masjid ini termasuk menunaikan solat hajat untuk mendapat petunjuk terutama dalam soal mencari jodoh dan menyelesaikan masalah dihadapi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2007 05:34 PM | Show all posts
selalu luv lalu ...
tapi tak tau kat mano lotaknye...
jolobo pun tak ponah citer....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 07:08 AM | Show all posts
maso anak den ado sokolah MRSM kek titi dulu
selama tigo tahun den berulang melawat anak
2 minggu sekali
apo tak citer

leh tompang sembahyang kek situ
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 05:55 PM | Show all posts
dah lewat kito ni.....selalu ketinggalan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 08:11 PM | Show all posts
masjid yg slalu aku g..g semayang raya pon kt sini...memang dekatla ngan rumah...tp pembetulan sket..masjid ni tak smpai pon 1 km dr klawang...cmno leh jd smapi 5km tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:21 PM | Show all posts
cam no...dah ade percanggahan ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 07:11 AM | Show all posts
hanya orang kojo jabatan ukur yo yg bolih agak jarak dengan tepat.....he..he
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 09:51 AM | Show all posts
aku tingat dulu masa kecik2 penah kene gigit ngan penyengat kek masjid ni la...2-3 ekor plak tuh..asalnya nak g kenduri kek masjid ni, terus g klinik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 10:00 AM | Show all posts

Reply #5 senahsirap's post

memanglah umah ko senah dokek ngan masjid tu....kiro lagi dokek masjid kg duluang dari masjid jamek kuala klawang.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 05:53 PM | Show all posts
citer le laei berkenaan masjid tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by jelebu at 11-7-2007 10:00 AM
memanglah umah ko senah dokek ngan masjid tu....kiro lagi dokek masjid kg duluang dari masjid jamek kuala klawang.....

iskk ado jo ekau kek sini....den raso samo jo jauh duo2 masjid tuh dr rmh aku...cumo masjid jamek tu kono panjat bukit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 07:16 PM | Show all posts
tak kiro lah mano yg dokat.......
tak kan citer tu aje.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 09:51 AM | Show all posts
ahahhaha...meh den cito...cito ni den donga dr mak den...ada satu peritiwa berlaku masa org nak bina masjid ni...pasal dulang gakla..masa diorg wat masjid ni, time rehat tengahari je ada satu dulang yg penuh dgn makanan diletakkan dkt tengah masjid2 ni...lagi satu cite yg aku dgr ada sorg musafir tido kat masjid ni..dia tumapng tido je, tp yg tak bestnya time semayang dia tak semayang...bila dia bangun je keesokkan arinye, dia sedo2 je dia tgk dia dh ade kat luar masjid ni...tatau sapa yg agkt..wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 05:49 PM | Show all posts
tu citer mano2 masjid pun cam tu.........
apo yg menyeram tentang masjid tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by iloveyou at 13-7-2007 05:49 PM
tu citer mano2 masjid pun cam tu.........
apo yg menyeram tentang masjid tu.....

iskkk tataula den nak cito dah...tuh masjid tompek beribadah..apo plak soram2nyo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #11 senahsirap's post

Aik......jgnlah marah sirap...........Yg den ingat dulu org selalu bayar nazar kek masjid sano...zaman den kokocik dululah....Nak bayar nazar mesti bawak pulut dan mesti keno lotak dalam dulang...kalu lotak dlm pinggang kiro tak sahlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 07:09 PM | Show all posts
kemano jelebu menghilang ....

baru timbul.....

poei bertapa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by jelebu at 16-7-2007 03:52 PM
Aik......jgnlah marah sirap...........Yg den ingat dulu org selalu bayar nazar kek masjid sano...zaman den kokocik dululah....Nak bayar nazar mesti bawak pulut dan mesti keno lotak dalam dulang.. ...

mano ado marah...den cumo takdo cito yg iloveu to nak...tingat maso kocik...pakcik den balik semayang jumaat slalu bwk pulut kuning balik..ngan telur rebus..dia kata dapek kat masjid org bayar niat...konyang den...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #17 iloveyou's post

memang betapo..........kek gunung telapak buruk.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 03:20 PM | Show all posts

[NFO] Legend, Myth, Mitos @ N9

Post Last Edit by Syd at 24-8-2009 01:35

Manusia Dan Buaya Di Sungai Linggi Ada Perjanjian
Oleh Shahrullizan Rusli

PORT DICKSON, 24 Jun (Bernama) -- Ini hanyalah satu lagenda lama, pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi dikatakan ada membuat satu perjanjian.

"Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya Allah kitaakan selamat sehingga ke anak cucu", begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak.

Begitu pun, manusia terutama orang luar diminta menghormati pantang larang seperti mana yang tercatat pada papan tanda di kaunter jualan tiket bot PD Travel & Tours Sdn Bhd di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi yang meminta pelancong tidak menepuk-nepuk air atau membasuh kaki di sungai itu.

Satu lagi papan notis yang mengesahkan kewujudan buaya didirikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sebelum pelancong menaiki jeti.

Ia berbunyi: "Dilarang mengganggu buaya dan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No 76 tahun 1976. Anda boleh dikenakan denda RM2,000 sehingga RM10,000 atau penjara dua hingga 10 tahun".

LIHAT BUAYA BERJEMUR

Kesemua misteri ini sebenarnya hanya menambahkan minat untuk pelancong meneroka mistik Sungai Linggi, Sungai Timun, Sungai Rembau dan Sungai Pedas di Negeri Sembilan.

Pengerusi Kumpulan PD Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Yaacob Hussin pula berpesan kepada penulis Bernama supaya tidak "cakap lepas" dan nasihat yang sama sering juga diberikan kepada pelancong yang menaiki bot di pengkalan itu.

Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.

"Orang memang suka datang untuk melihat buaya, pengalaman menyaksikan buaya berjemur di tebing sungai tidak sama dengan perasaan kita melihat buaya di dalam kandang," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa pengalaman menyusuri Sungai Linggi untuk menyaksikan buaya yang biasanya dibuat pada waktu siang hari adalah selamat sepenuhnya.

KELIP-KELIP

Pada waktu petang hingga malam pula, bot-botnya akan membawa pelancong menyusuri Sungai Linggi sehingga ke Sungai Timun untuk menyaksikan serangga kelip-kelip menghiasi pokok Berembang seumpama bintang palsu yang menghiasi pohon Krismas.

"Kadang-kadang jika ada lampu suluh, kita boleh lihat buaya-buaya ini dalam gelap, hanya mata mereka yang berwarna merah sahaja yang nampak",katanya.

Penulis yang menaiki bot syarikat itu dalam program Kembara Zoom Malaysia siri Jejak Perpatih IV berpeluang menyusuri Sungai Linggis ebelum tiba di jeti pengkalan Sungai Timun yang agak terkenal dengan masakan udang galahnya yang manis.

Perjalanan selama sejam sebenarnya terasa agak mencabar selepasmengetahui di sebalik tebing yang dipenuhi pokok bakau terdapat puluhan ekor buaya memerhatikan bot penulis.

Bukan sekadar buaya, bangau dan kelip-kelip sahaja yang menjadi daya tarikan Sungai Linggi ini kerana yang sebenarnya sungai ini kaya dengan sejarah.

SEJARAH SUNGAI LINGGI

Jika menyusuri sungai, pengunjung akan melihat kawasan Tebing Tinggiia itu satu kawasan berbatu yang menjadi tempat Raja Melawar iaitu moyang kepada raja-raja di Negeri Sembilan hari ini menjalankan hukuman ke atas rakyatnya yang menderhaka.

Menurut cerita orang kampung, dahulu ada kubur di kawasan itu tetapi proses hakisan menyebabkan kubur itu yang dipercayai mereka yang telah dihukum bunuh terbenam ke dalam air sungai.

Pengunjung juga akan melihat satu tapak yang sebenarnya adalah bangunan mengutip cukai pada zaman dahulu kala, cukai-cukai ini dikenakan keatas perahu atau kapal yang membawa barang dagangan ke Pengkalan Kempas.

Mengikut sejarah, Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau dan Sungai Pedas ada didirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan Inggeris satu masa dahulu.

Di Pengkalan Kempas sendiri, terdapat tempat menarik seperti Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan makam seorang ahli ulamak dari India yang datang ke bandar kecil itu pada zaman dahulu.

Penulis memberi jaminan, tidak rugi melawat Sungai Linggi melalui jeti Pengkalan Kempas kerana ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja perjalanan dari Teluk Kemang, Port Dickson.

Harga tiket bot yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan tempahan boleh dibuat melalui PD Travel & Tours melalui laman web www.kumpulanybh.com atau dikaunter mereka di jeti Pengkalan Kempas, Linggi.

Jika hendak melihat buaya dan kelompok burung bangau dengan jelas, datanglah pada waktu siang dan jika kelip-kelip menjadi pilihan, pengunjung boleh bertolak selepas senja tetapi eloklah membawa lampu suluh masing-masing.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.090457 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list