CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[NFO]Mitos, Lagenda & Sejarah @ Nogoghi Sembilan

[Copy link]
 Author| Post time 24-6-2009 03:35 PM | Show all posts
'Gajah batu' Simpang Gelami
Oleh Mohd Azis Ngah dan Nor Shahfizan Hasim
bminggu@bharian.com.my



Struktur lengkap kepala mamalia di Jelebu dikaitkan sumpahan Sang Kelembai

ANTARA percaya atau tidak. Batu di air jeram berbentuk kepala gajah sebesar kepala trak lori, lengkap dengan mata, telinga, mulut dan belalai.

Ada mitos mengatakan itu sumpahan, tetapi siapa yang menyumpah dan siapa yang kena sumpah, tiada siapa yang pasti. Ada yang percaya batu itu asalnya seekor gajah yang disumpah Sang Kelembai, watak cerita mitos pada zaman dulu kala.

Secara geografi dan logiknya, bentuk batu itu mungkin terjadi hasil hakisan air secara berterusan sejak ratusan tahun dulu dan secara kebetulan ia nampak seakan-akan gajah. Kedudukannya betul-betul di peringkat kedua jeram, di tempat air terjun mengalir.

Batu istimewa itu boleh ditemui di Jeram Gajah, di Simpang Gelami, kira-kira lima kilometer dari pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mungkin bagi penduduk tempatan, ia perkara biasa, tetapi bagi orang luar, kejadian ciptaan Tuhan itu cukup istimewa.

Menariknya, kepada gajah dewasa itu tanpa gading, mungkin terbenam dalam batu atau belum terbentuk, tetapi penduduk tempatan percaya ia ada kaitan dengan satu lagi jeram tidak jauh dari situ yang dinamakan Jeram Gading.



Jeram Gajah dibiarkan berkeadaan semak-samun dan tidak terurus.

Namun, di Jeram Gading, pengunjung tidak akan menemui batu berbentuk seakan-akan gading dan tidak pasti bagaimana ia mendapat nama. Mungkin ia sudah terhapus atau kedudukannya gagal dikesan secara mata kasar.

Apa yang pasti, ramai yang percaya, Jeram Gajah dan Jeram Gading adalah satu mitos dan kepercayaan lampau yang saling berkait kerana gajah dewasa diakui akan mempunyai gading.

Usaha Berita Minggu mendapatkan cerita lisan daripada penduduk kampung gagal kerana kebanyakan generasi yang ada sekarang tidak tahu bagaimana jeram itu mendapat nama dan beberapa individu yang dikatakan tahu mengenainya daripada nenek moyang mereka sudah meninggal dunia.

Tinjauan di Jeram Gajah mendapati, kedudukan batu kepala gajah itu boleh dilihat daripada dua sisi. Jika dilihat daripada sisi kiri, kelihatan seolah-olah kepada gajah sedang terbaring dengan matanya terbuka.


Wartawan Berita Minggu, Mohd Azis Ngah, menunjukkan lubang batu yang sentiasa dipenuhi air.

Air terjun di jeram kecil itu mengalir melalui belalai dan mulutnya, tetapi jika dilihat daripada sisi kanan, batu itu kelihatan seperti kepada seekor gajah yang berdiri, seolah-olah marah dengan telinganya agak kembang dan belalainya hampir menegak.

Walaupun dilihat daripada dua sisi kiri dan kanan, kedudukannya mata tidak berubah dan tetap sepadan. Mata gajah sebesar pinggan makan orang dewasa itu dikatakan sentiasa dipenuhi air dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau.

Anehnya, penduduk di situ hairan bagaimana air boleh masuk ke dalam lubang mata itu kerana kedudukannya lebih tinggi daripada laluan air terjun dan berada di laluan agak curam. Logiknya, mungkin juga ia adalah air hujan.

Jika pengunjung berminat untuk melihat lebih dekat lubang mata gajah itu, mereka perlu berjalan berhati-hati melalui tebing batu yang agak curam dan di tepinya adalah curang tinggi dianggarkan lebih lima meter.

Ketika Berita minggu menjejakkan kaki ke tempat lubang mata gajah itu, kelihatan lubangnya dipenuhi daun pokok dan warnanya agak keruh berbanding atau di tempat lain.

Walaupun kawasan jeram itu diakui mempunyai tarikan tersendiri, sayangnya ia terabai, dibiarkan tanpa sebarang usaha membersihkan kawasan atau menaik taraf sebagai kawasan tarikan pelancongan. Ini kerana sepanjang perjalanan ke sana, kami terpaksa meredah laluan hutan yang agak semak, dipenuhi pokok tumbang dan pokok kecil yang menghalang laluan di trek pejalan kaki. Jaraknya daripada rumah penduduk yang paling hampir tidak sampai 800 meter, dan berjalan kaki ke sana cuma memakan masa kurang 10 minit.

Kelihatan bekas longkang simen yang bersambung ke kincir air, bersebelahan batu berbentuk kepada gajah, dipercayai pernah digunakan penduduk untuk menyalurkan air ke sawah padi di beberapa kampung berdekatan.

Kincir air itu sudah tidak berfungsi menyebabkan saliran airnya dialihkan ke arah kedudukan belalai gajah berkenaan. Beberapa batang paip juga terbiar begitu saja, berlumut dan ada antaranya yang hampir terbenam ke dalam tanah dan timbunan daun pokok.

Apa yang masih berfungsi cuma saluran paip getah yang dikatakan digunakan untuk menyalur air ke kolam ikan kendalian pihak seperti Jabatan pertanian yang terletak di bekas sawah padi. Kelihatan juga tali kabel yang melintasi sungai kecil itu menyambung antara dua tebing. Difahamkan, ia digunakan penoreh getah di sini untuk mengangkut hasil getah sekerap untuk dibawa keluar ke jalan kecil sebelum dijual.

Sementara itu, penduduk sekitar Jeram Simpang Gelami sebenarnya sudah menghantar kertas cadangan kepada pihak berkuasa meminta Jeram Gajah dibangunkan kawasan tarikan pelancongan baru. Malangnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Perkara itu pernah disuarakan lima tahun lalu, bahkan pergerakan Pemuda Umno kawasan itu sendiri pernah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sebagai permulaan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat rekreasi.

Penduduk yang juga bekas Guru Besar, Syed Leod Syed Yusuf, 67, mengakui kawasan itu pernah menjadi tapak perkhemahan pelajar sekolah tetapi beliau kecewa kerana langsung tiada usaha membangunkan dilakukan di situ.

“Kita pernah buat cadangan dan gotong royong oleh Pemuda Umno. Tetapi, sampai sekarang anda boleh lihat bagaimana keadaannya.

“Saya sendiri ketika masih berkhidmat sebagai guru pernah membawa kumpulan pengakap sekolah menjalankan aktiviti di situ, walaupun tidak bermalam, sekurang-kurangnya ia boleh dikunjungi,” katanya.

Apa yang disuarakannya itu memang benar kerana jika dilihat kepada keadaan semak samun dan kawasan hutan yang tidak terurus, ia pasti menakutkan orang ramai untuk ke sini kerana agak berbahaya jika terdapat binatang berbisa. Jika laluan motosikal dan pejalan kaki ke Jeram Gajah diperbaiki dan dibesarkan, sudah pasti pengunjung boleh membawa kenderaan terus ke kawasan jeram tanpa perlu berjalan kaki melalui kawasan semak dan kebun getah.

Syed Leod yang juga Ketua Umno Cawangan menegaskan, jika kawasan itu dimajukan sudah tentu penduduk setempat akan mendapat faedahnya.

“Jika kawasan itu terang, sudah tentu ramai pengunjung akan datang. Letakkan papan, besarkan laluan dan sediakan kemudahan sepatutnya. Kami cadangkan, sediakan kemudahan gerai untuk berniaga makanan dan minuman, sudah tentu penduduk di sini akan untung,” katanya.

INFO: Jeram Simpang Gelami

# Kampung baru diwujudkan ketika zaman darurat pada 1949 bertujuan membanteras anasir komunis

# Jelebu dan Kuala Klawang, pernah diisytiharkan sebagai kawasan hitam di zaman darurat kerana menjadi laluan utama komunis dan penghubung Pantai Timur dan Pantai Barat melalui hutan.

Cara ke sana:

# Melalui Durian Tipus ke Simpang Pertang.

# Jarak dari Simpang Gelami ke Pekan Kuala Klawang dianggarkan 7 kilometer (lima minit perjalanan).

# Kemudahan bas henti-henti dari Kuala Klawang ke Kuala Pilah.

# Dari Simpang Gelami ke Jeram Gajah: kurang 1 kilometer

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur:

# Melalui Ampang, Hulu Langat, Batu 14 (1 jam)

# Lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban - Jelebu (1 jam 30 minit.

# Lenggeng ke Jelebu dari Beranang (40 minit)

# Dari Kuala Pilah ke Jelebu (1 jam).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2009 03:49 PM | Show all posts
Misteri: Dulang aneh sentiasa ada makanan
Oleh Hussain Said

Tempat saji makanan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas terhempas sehingga pecah ketika satu majlis jamuan di Masjid Kuala Dulang


KAMPUNG Peninjau yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, nyata tidak jauh berbeza dengan suasana kampung lain di negara ini.

Malah, kampung yang mempunyai bilangan penduduk seramai 400 orang, berjiran dengan Kampung Ulu Jelebu, Kampung Bukit, Jelebu Tengah itu, juga tidak ketinggalan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan berturap.

Kedudukannya terletak berdekatan pekan Kuala Klawang juga memudahkan penduduk yang kebanyakan mereka menyara kehidupan dengan menoreh getah, menyelesaikan urusan harian masing-masing dengan mudah.

Istimewanya kampung yang dikepung oleh dua bukit iaitu Bukit Air di kanan dan Bukit Peninjau di kiri ialah wujudnya sebuah masjid tertua di daerah Jelebu.

Masjid itu diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau pada awal abad ke-16, yang juga menandakan kedatangan awal Islam ke daerah berkenaan

Kedua-duanya dikatakan meneroka perkampungan itu yang kemudian dinamakan Kampung Penianjau dan masjid itu pula pada asalnya sebuah bangsal beratap ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu beribadat.

Istimewanya, pembinaan dan struktur asal masjid itu ialah tidak menggunakan paku sebaliknya dipasak.

Masjid Kuala Dulang mendapat namanya dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.

Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.

Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.

"Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang menyatakan lapar sebelum tiba-tiba mereka ternampak sebuah dulang di atas busut besar terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air.

"Seorang jemaah yang pergi mendapatkan dulang itu mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai dan selepas kejadian itu, setiap kali selepas waktu zuhur dulang itu sentiasa berisi makanan yang dinikmati jemaah.

"Apa yang menarik, walaupun seberapa ramai jemaah yang datang bersembahyang, makanan yang terdapat dalam dulang itu sentiasa mencukupi. Namun, tiada yang tahu siapa menyediakan makanan itu," katanya.

Katanya, beliau juga pernah mendengar cerita dulang yang berisi makanan itu bukan saja disediakan selepas zuhur malah musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya.

"Bagaimanapun, dulang makanan itu dikatakan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang jemaah tidak memegangnya dengan betul lalu terhempas dan pecah ketika satu majlis jamuan diadakan.

"Sejak itu, tiada lagi dulang yang berisi makanan untuk dinikmati jemaah sebaik selesai mengerjakan sembahyang zuhur. Namun, cerita mengenai dulang aneh itu masih diperkatakan hingga sekarang," katanya.

Abdul Aziz berkata, sebenarnya cerita mengenai dulang aneh itu sudah banyak diperkatakan hingga dilaporkan dalam media cetak dan elektronik, menyebabkan ramai orang luar datang beribadat di masjid berkenaan.

"Bukan saja penduduk tempatan malah orang luar dari Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang juga datang beribadat di masjid ini termasuk menunaikan solat hajat untuk mendapat petunjuk terutama dalam soal mencari jodoh dan menyelesaikan masalah dihadapi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 04:27 PM | Show all posts
Sarjan Hassan buru komunis kerana dendam
Oleh Mohd Amin Jalil



SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford.


Anak kelahiran Kampung Pantai dianugerah Military Medal pada 1953

UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.

Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.

Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.

Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.

Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal Allahyarham.

Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.

Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas beberapa ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis.

"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan.
Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai.

Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950.

Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 September 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.

Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, bermula pada 16 November 1953 dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah.

Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang

Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda mendengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan.

Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang pegawai tidak bertauliah dalam platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap.

Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri.

Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senapangnya ke arah mereka, tetapi Allahyarham lebih pantas melepaskan tembakan yang berjaya membunuh pengganas terbabit.

Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham.

Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya.

Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain.

Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai suasana hutan tebal yang cukup tinggi.

Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya.


Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957

MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas.

Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion, Leftenan Kol EA Hefford dianugerahkan Military Medal (MM) pada 30 Disember 1953.

Beliau menerima pengiktirafan itu apabila Ratu melalui London Gazette menganugerahkan MM kepada Sarjan Hassan pada 12 Mac 1954 yang disampaikan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur.

Selain MM, Sarjan Hassan juga dianugerahkan General Services Medal dan Mention in Despatches oleh Kerajaan British pada 1950 dan 1952 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi.

Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet Federation Training Wing di Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos tahun berkenaan.

Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan.

Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu.

Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 04:48 PM | Show all posts
masuk kisah nama kampung skit;


BERANANG
Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek , rupa-rupanya dalam dan arusnya deras . Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, ir sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 04:53 PM | Show all posts
TOP MURDER


14 April 1982: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Taha Abdul Talib Mati ditembak di rumahnya di Sri Asahan, Gemenceh, Negeri Sembilan. Allahyarham dijadual mempertahankan kerusi Dun Gemenceh bagi kali keenam dalam pilihanraya umum 22 April 1982


23 Julai 1983: Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim gagal dalam rayuannya terhadap kesalahan membunuh Datuk Taha Talib pada 14 April 1982. Datuk Mokhtar dijatuhi hukuman mati bersabit kesalahan pembunuhan itu. Bagaimanapun pada 2 Mac 1984 Datuk Mokhtar diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong supaya beliau dihukum penjara seumur hidup. Kemudian Lembaga Pengampunan meringankan hukuman kepadanya menjadi 10 tahun penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 05:06 PM | Show all posts
MENGIMBAU KENANGAN SILAM DIPUNCAK GUNUNG BESAR HANTU

Oleh : Radzee Hj Baki



Seringkali rasa persahabatan dan kenangannya banyak menghimpunkan imbauan-imbauan sejarah peribadi yang amat manis untuk dikenang. Apatah lagi jika sejarah itu pernah terpateri sewaktu zaman bangku persekolahan bersama rakan-rakan ketika sama-sama dibesarkan dulu. Dan tentunya kenangan itu akan kembali menguntum andainya rasa itu kembali mengapung dimercu sejarah yang pernah di lakar. Mengulangi detik-detik masa silam di puncak pertama yang pernah sama-sama didaki dulu, pastinya meninggalkan kesan sanubari yang mendalam dan tentunya ada rasa yang tersentuh apabila mendapat peluang sebegini. Pertemuan pada 2 Oktober 2004 itu seakan membuka kembali tiap bait-bait kenangan lewat 12 tahun yang lampau di puncak Gunung Besar Hantu untuk diterjemahkan bersama didalam satu ekspedisi pertemuan kembali tiga rakan karib.

Kemuncak Gunung Besar Hantu terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Pahang yang membahagikan daerah Bentong di Utara dan daerah Jelebu di Selatan. Dengan ketinggian rasmi 1462m dari aras laut, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. Di kakinya terletak air terjun Lata Kijang yang merupakan antara air terjun ‘terjunan tunggal’ tertinggi di Malaysia. Jika ditinjau secara geografinya, anak-anak air dari sekitar gunung ini adalah punca mata air yang mengalir ke Sungai Pahang.

Sehebat namanya yang menggerunkan, gunung ini sering dikaitkan dengan mitos kisah-kisah puaka atau penunggu yang menghuni kawasan ini. Namun, apa pun kisah yang seringkali dikaitkan, gunung ini tetap menyimpan rahsia dan misterinya yang tersendiri. Jika ditinjau dari segi sejarahnya pula pada sekitar tahun 70an, kawasan kakinya merupakan laluan penghubung pengganas-pengganas komunis di antara Negeri Sembilan dan Pahang .Kesan-kesan tinggalannya masih boleh dilihat sekiranya melalui laluan kaki gunung sebelah Timur menyusuri sepanjang Sungai Limau. Selain itu, kawasan ini juga adalah merupakan bekas laluan pejuang kemerdekaan ketika menentang penjajahan British di Malaysia suatu ketika dahulu.

Pengalaman dibesarkan di sebuah daerah paling kering di Malaysia disebabkan faktor mukabuminya yang di kelilingi gunung-ganang dan hutan belantara, banyak memberikan pendedahan dan pengalaman tentang ilmu perhutanan kepada kami semenjak kecil lagi. Dan minat yang mendalam di dalam bidang ini sering mendorong kami untuk meneruskan pembabitan didalam kerja-kerja perhutanan dan menguruskan beberapa persatuan rekreasi di samping aktif didalam beberapa sukan prestasi tinggi yang lain. Oleh itu adalah tidak mustahil untuk kami membuat ekspedisi ‘tiba-tiba’ sebegini kerana kelengkapan perkhemahan sentiasa berada di dalam bonet kereta sepanjang masa.

Ekspedisi mulakan pada pukul 1:30 petang dari pekan Kuala Klawang di daerah Jelebu sebelum melintasi kawasan Jeram Gading dan Jeram Lesong melalui laluan-laluan ‘offroad’ melintasi beberapa perkampungan orang asli sepanjang jalan. Kami tiba di Lata Kijang yang berketinggian 280m dari aras laut itu tepat pada pukul 3:40 petang. Setibanya di situ, kami mengambil sedikit masa untuk menikmati keindahan kocakan air terjun yang menjunam dari ketinggian hampir 250 kaki itu. Keasliannya tetap tidak berubah seperti masa-masa yang silam, bisik kami sesama sendiri.

Dalam keterpesonaan itu, kami memulakan pendakian dengan memanjat hampir 600 anak tangga di tebing Lata Kijang dan mengambil laluan pintas 80? ke Timur menghala ke Bukit Penggentar. Keadaan tebing yang agak curam membuatkan tangan kami juga turut berkerja membantu pergerakan kaki. Pada ketinggian 460m dari aras laut, kami kemudiannya tiba di satu kawasan lereng bukit yang berkontur agak landai. Melalui kawasan lereng bukit itu telah menemukan kami dengan kawasan sekumpulan kongkang. Kami tidak memeranjatkan mereka dengan ‘flash’ kamera kerana kebiasaannya haiwan ini akan bertindak bila merasakan diri mereka terancam. Justeru, kami melalui wilayahnya dengan keadaan aman biarpun ada diantaranya yang menyerigai seakan menyambut kunjungan kami.

Sejurus kemudian, kedengaran deruan air jeram memencaki suasana hening rimba. Kami tiba disalah satu batang anak air kepada Sungai Kering. Menyusuri ke hulunya telah menemukan kami kepada jalan denai Kenaboi-Janda Baik. Jalan denai itu adalah bekas laluan balak dan denai alternatif untuk ke Janda Baik di Pahang. Setelah menuju semula ke arah Utara, kami tiba di ‘campsite’ yang pertama iaitu Kem Hantu Air pada pukul 05:15 petang. Ketinggian yang dicatatkan pada ketika itu ialah 668m dari aras laut manakala suhu dan tekanan ialah 29.5?C dan 948hPa. Kem ‘Hantu Air’ adalah nama yang diberikan dikalangan penduduk asli dan ia dikatakan mendapat namanya setelah mereka menyedari tentang kewujudan ‘semangat halus’ di sini. Secara geografinya kem ini adalah sebuah lembah yang wujud hasil dari pertemuan dua batang sungai. Kelihatannya ia adalah seperti sebuah delta cuma yang berbezanya ialah delta wujud hasil dari mendapan lanar di muara sungai.

Kami meninggalkan Kem Hantu Air pada jam 5:30 petang dan seterusnya memilih untuk menyusuri tebing cabang anak air yang pertama memandangkan laluan itu lebih singkat berbanding laluan tebing cabang anak air yang kedua. Cuma yang menariknya melalui cabang kedua ini akan melintasi sebuah kawasan hutan yang terbakar samada sebelumnya ia pernah disambar petir atau dijatuhi tahi bintang. Apa yang anehnya ialah sehingga kini tiada tumbuhan yang boleh hidup disitu selain dari tunggul-tunggul mati walaupun kami telah melaluinya sejak bertahun-tahun yang lalu. Apakan daya, kami tidak berkesempatan melaluinya kali ini demi menjimatkan masa yang semakin suntuk.

Selepas tiba di penghujung cabang anak air yang pertama itu pada jam 5:43 petang, kami mengambil laluan ke ‘campsite’ seterusnya iaitu Kem Orkid. Trek laluan ini akan melalui kawasan permatang-permatang batu yang berlurah di tengahnya. Keadaan trek telah banyak berubah dengan beberapa tebing yang sudah runtuh serta semakin banyak pohon-pohon yang tumbang melintangi laluan. Di samping itu, laluan asalnya juga sering dikelirukan oleh laluan-laluan orang asli yang mencari hasil hutan disitu. Kami sempat juga memerhatikan sebuah kawasan tanah runtuh yang agak besar di tebing sebelah selatan gunung ini. Mengikut pengamatan kami, kejadian itu baru berlaku samada dua atau tiga hari sebelumnya.

Akhirnya kami tiba di Kem Orkid pada jam 07:30 malam. Bagaimanapun untuk 15 minit terakhir sebelumnya kami terpaksa berlari untuk mengejar masa. Harum aroma kuntum-kuntum orkid seakan menyambut kehadiran kami untuk kesekiankalinya. Kuntumannya masih tetap segar dan menguntum sama seperti masa-masa yang pernah kami tinggalkan dulu. Kem ini terletak di atas sebuah kawasan tanah tinggi yang menganjur di kedua-dua tepinya tebing-tebing curam dengan jurang yang sedalam hampir 100 meter. Berhadapan kem ini, puncak Gunung Besar Hantu boleh dilihat betul-betul berdiri menegak dihadapan kami. Ketinggian yang dicatatkan pada ketika itu ialah 950m dari aras laut manakala suhu dan tekanan ialah 26.5?C dan 904hPa.

Selesai sahaja persediaan perkhemahan, kami mula menyiapkan makan malam. Santapan sup paku , ikan masin dan kari sardin menyerikan hidangan kami pada ketika itu. Selepas itu, kami mengambil sedikit masa untuk berehat dan melelapkan mata. Di antara jam 11 hingga 12 malam, kami dikejutkan dengan sambaran angin yang amat kuat. Cukup kuat untuk menggoncangkan khemah kami. Tepat jam 1:00 pagi, kami mengemaskan beberapa kelengkapan perlu dan bersiap meneruskan perjalanan ke puncak. Terdapat 2 trek untuk laluan ke puncak, iaitu satu dengan menyusuri tebing Barat dan satu lagi tebing Timur sekiranya melalui trek dari Sungai Limau. Oleh kerana kami bermula dari Lata Kijang, tebing Barat adalah satu-satunya jalan alternatif untuk ke puncak. Tebing Utara dan Selatan adalah terlalu curam dan agak mustahil untuk didaki.

Seketika kemudian, kami melalui punca air terakhir untuk memenuhkan bekalan air dan menyudahkan baki pendakian setinggi hampir 500m lagi. Trek yang terakhir ini kurang bersemak-samun tetapi kecuramannya adalah amat ketara. Dengan struktur fizikal semulajadinya tanpa ada ruang-ruang bertangga untuk menyangga kaki, pastinya trek itu lebih sulit untuk didaki sekiranya ia ditimpa hujan.

Sesekali, hembusan angin dingin mencelah dan menampar rias wajah. Kenyamanan malam semakin indah apabila melintasi kawasan kuntuman-kuntuman flora yang membias cahaya bulan. Pada catatan ketinggian 1320m, trek menjadi semakin landai dan kami tiba disatu kawasan berlumut yang dipenuhi pohon-pohon bonsai. Keindahan yang disaksikan seakan menghilangkan keletihan yang kian bersarang tiap kali langkah diteruskan. Kami seterusnya tiba di satu kawasan rekahan batu-batu yang diselaputi lumut-lumut panjang. Rekahan yang terbentuk betul-betul memuatkan badan kami untuk melaluinya. Suasana menjadi semakin cerah apabila kami keluar dari rekahan batu berlumut itu.

Kami tiba di puncak Gunung Besar Hantu itu tepat pada pukul 3:15 pagi. Dari puncak, kami boleh melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur hinggalah ke Genting Highland yang masih bergemerlapan cahaya. Manakala dalam jumlah yang agak kecil, cahaya dari kawasan-kawasan kampung di Janda Baik dan sekitar berhampiran juga boleh dilihat dengan jelas. Ketinggian yang dicatatkan pada masa itu ialah 1410m dari aras laut manakala suhu dan tekanan ialah 18?C dan 855hPa. Keluasan kawasan puncak gunung ini adalah agak terhad dan hanya boleh memuatkan tapak perkhemahan untuk kira-kira 10 orang pendaki pada satu-satu masa. Kawasan di sini hanya ditumbuhi pohon-pohon bonsai paras kepala yang berlumut disamping sebuah ‘beirut’ untuk menandakan puncaknya.

Sementara menunggu matahari muncul dari ruang persembunyiannya, kami menikmati kehangatan air kopi biarpun sesekali elus angin dingin seakan mencelah dan menelan bicara kami. Perbincangan kami awal pagi itu lebih banyak berkongsi tentang pelbagai kisah suka-duka dan liku-liku yang pernah ditempuh sepanjang 12 tahun penglibatan masing-masing dalam bidang sukan rekreasi ini bermula dari bangku persekolahan sehinggalah sekarang. Bermula dari rekod G7 yang berkali dilunaskan, kami bertekad untuk terus menyumbangkan minat pada sukan mendaki ini selagi tubuh masih terdaya menggendong semangat.

Agak menarik apabila dapat menikmati suasana dan kedamaian pagi di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan dari satu puncak dalam masa yang sama. Matahari pagi mula muncul pada pukul 05:50 pagi dan serentak itu, kabus pagi mula menyelinap dan menyelimuti kaki-kaki gunung. Bergerak seakan berombak-ombak dan berarak seakan menerapungkan gunung-gunung ini dari muka bumi. Cahaya pagi mula memanah keliling dan gunung-gunung mula mencelahkan wajah dalam kedinginan yang sebegini ramah . Rimbun hijau di kaki gunung mula karam dalam putih kabus yang datang menggulung. Tanda keagungan dan kebesaranNya. Betapa,di atas puncak gunung pagi itu, kami mampu melihat, merasa dan memahami betapa indahnya alam luas ciptaanNya. Kami amat terkesan di situ.



/- aiyok, mari laa citer hantu apa ada atas gunung besar hantu nih? bebesar ke hantu nyer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2009 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:27 PM | Show all posts
Gajah batu' Simpang Gelami..mcm best jer tpt ni..yuhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2009 09:49 PM | Show all posts
Asal usul Gemas
Oleh Mohd Azis Ngah dan Nor Shahfizan Hasim
bminggu@bharian.com.my



Terowong yang menjadi laluan pelombong emas.

Dipercayai cantuman perkataan Inggeris 'gold' dan omeh (emas) serta loghat Negeri Sembilan 'gomeh' yang bermaksud gua emas

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Gemas, Negeri Sembilan, banyak mengubah persepsi awal mengenai bandar kecil ini, apatah lagi tempat bersejarah itu cukup tenang, aman dan penduduknya ramah serta mudah mesra.

Dari segi sejarah, Gemas menjadi titik pertemuan penting laluan Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung. Stesennya dibina sejak 1992 masih beroperasi hingga sekarang dan itu cuma sebahagian daripada seribu kenangan dan sejarah negara.

Kedudukannya bersempadan dengan Johor dan Pahang dianggap strategik, bahkan ada yang menggelarnya Segi Tiga Emas.

Bukan setakat Segi Tiga Emas, bandar kecil ini juga sebenarnya mendapat nama sempena sejenis logam kuning yang mahal harganya iaitu emas.

Ada yang mengatakan nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam. Orang Inggeris menamakan ‘gold’ tetapi penduduk mengatakan ia ‘omeh’ dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas.



Batang besi dipercayai pahat melekat dipermukaan dinding gua.

Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan ‘Gomeh’ (gua emas). Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas.

Kedua-duanya saling berkaitan dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa gua emas itu memang wujud, cuma ia sebenarnya adalah bekas tapak lombong emas yang terletak di sebuah bukit. Teori awal yang mengaitkan perdebatan mengenai emas itu memang logik kerana diakui, pelombong asalnya ialah orang Inggeris yang bekerjasama dengan penduduk tempatan.

Berikutan penemuan lombong emas itu, nama Gemas terus popular dan ditukar menggantikan nama asal iaitu Ayer Terap yang diambil sempena anak sungai berhampiran Rumah Rehat Gemas.

Gua emas itu terletak Bukit Jalor, kira-kira lima kilometer dari Simpang Dua. Kedudukannya di atas bukit dikelilingi kebun getah dan memerlukan pengunjung mendaki bukit kira-kira 500 meter untuk sampai ke lokasi.


Lubang peninggalan pelombong emas yang dipercayai mati tertimbus.

Tempat ini belum diteroka sepenuhnya tetapi kini Pejabat Daerah Gemas dengan kerjasama penduduk setempat menjadikannya sebagai tarikan baru pelancongan yang dimasukkan antara produk pakej homestay atau inap desa.

Wartawan Berita Minggu berpeluang memasuki gua itu bersama penduduk, diiringi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gemas serta dua penolong pegawai daerah, Mohd Khairul Azmi Khairuddin, 26, dan Mohd Khatib@Fazri Amran, 25.

Terlalu banyak lubang di puncak bukit dipercayai antara lubang angin bersambung dengan lombong. Kedudukannya yang agak tertimbus membahayakan pengunjung dan mereka harus bergerak mengikut arahan dan tanda amaran yang dilekatkan oleh bomba dan penyelamat.

Sebaik mendaki peringkat pertama ke puncak, kami menemui dua lubang utama, lapisan bawahnya berlapis tidak rata dan boleh kelihatan kelawar berterbangan. Kedalaman dianggarkan 50 meter dan kemungkinan ia lubang angin yang bersambung dengan gua.

Pegawai Bomba Kanan II, Gazali Maslan, membawa kami menuruni bukit menuju ke pintu gua. Tiga lagi anggotanya, Bakhtiar Jamaludin, Yahya Shamsudin, Khairulnizam Yusof sudah menunggu di sana kerana mereka melalui laluan bawah ke pintu gua dengan membawa peralatan keselamatan.

Ketua Kampung, Baharin Yusup, 68, membacakan doa selamat sebelum kami memulakan perjalanan dan sebaik menjejakkan kaki ke dalam gua, kami disambut deruan bunyi kelawar berterbangan.

Sepanjang dinding gua itu dipenuhi dengan kesan ketukan dipercayai menggunakan pahat besi untuk melombong tetapi aliran coraknya cukup teratur atau sehala. Dinding itu dipenuhi pepijat gua yang saiz dua kali lebih besar daripada pepijat rumah.

Sepanjang perjalanan dianggarkan sejauh satu kilometer itu, kelihatan beberapa terowong kecil menghala ke atas dan bawah. Laluan ke atas kemungkinan adalah lubang angin dan terowong ke bawah kemungkinan bersambung dengan aliran sungai bawah tanah.

Pada satu lubang kecil menghala ke bawah kelihatan air yang cukup bersih. Satu lagi mempunyai anak tangga tetapi semuanya menjadi syurga kelawar. Ribuan kelawar berterbangan sebaik saja limpahan lampu suluh menghala ke arah haiwan berkenaan.

Beberapa persimpangan ditandakan dengan pelekat keselamatan sebagai amaran supaya pengunjung tidak memasuki laluan berkenaan kerana berbahaya dan jelas ada antaranya kelihatan kesan tanah runtuh.

Mungkin rezeki, ketika tiba di penghujung laluan, kami ternampak satu batang besi dipercayai pahat yang terbenam hampir separuh pada dinding gua. Sebelum ini, pahat itu belum pernah ditemui pengunjung. Penemuan itu menguatkan lagi teori penggunaan pahat untuk melebarkan dinding lombong.

Seorang penduduk yang mengikuti rombongan kami, Abd Halim Dolah, 56, secara berseloroh berkata, jika sesiapa yang berjaya mencabut pahat itu, kemungkinan hajatnya dimakbulkan.

Penemuan itu membuktikan kaedah melombong di situ menggunakan pahat dan kedudukannya berhampiran anak sungai menggambarkan proses membersihkan batu pecah dilakukan di tepi sungai.

40 pelombong dipercayai tertimbus

DI PUNCAK bukit bersebelahan bukit menempatkan gua emas, ada lubang segi empat yang cukup besar. Berdasarkan cerita lisan, di situlah 40 pelombong pelbagai bangsa tertimbus dan sehingga sekarang tiada sesiapa pernah masuk ke lubang berkenaan.

Saiznya selebar enam kaki dengan kedalaman yang boleh dilihat kira-kira 150 kaki, dipercayai laluan utama tempat operasi mengeluarkan emas yang menggunakan sistem seperti mengeluarkan air daripada perigi. Bagaimanapun, usaha mengesan kesan tinggalan termasuk tapak simen atau besi tidak berhasil.

Pegawai Bomba Kanan II, Gazali Maslan, berkata sehingga kini, lubang itu belum pernah diteroka kerana ia cukup berbahaya dan memerlukan peralatan serta kos tinggi untuk masuk ke dalamnya.

“Cukup dalam dan kami percaya ia sudah banyak tertimbus. Mungkin lebih dalam daripada apa yang kita nampak. Berdasarkan cerita lisan, 40 pelombong mati tertimbus di situ. Mungkin jika diteroka, rangka mereka boleh ditemui,” katanya.

Sebelum itu, sepanjang perjalanan keluar dari bukit pertama ke bukit kedua, kami menemui longgokan batu bata bersegi empat di satu kawasan. Ia dipercayai tinggalan aktiviti perlombongan dan turut ditemui satu piring besi bulat berlubang di tengah.

Kira-kira 10 meter dari situ, kami melihat beberapa batang cerucuk besi yang hampir terbenam di dalam tanah. Kedudukannya yang terletak pada satu barisan kelihatan menghala ke arah satu lubang besar yang hampir tertimbus.

Penolong Pegawai Daerah, Mohd Khairul Azmi Khairuddin, 26, menjelaskan sejak menerokai kawasan itu, mereka tidak pernah menemui cerucuk besi berkenaan.

“Kami percaya banyak lagi kesan tinggalan akan ditemui jika meneroka lebih teliti di kawasan sekitar. Kawasan ini akan dikomersial untuk pelancongan tanpa menjejaskan ekologi dan alam semula jadi. Biarkan kawasan ini kelihatan seperti asal, cuma perlu ditambah aspek keselamatan.

“Buat masa ini, mungkin sukar untuk membuat kajian akademik tetapi ia bukan mustahil jika terdapat mana-mana pengkaji tempatan yang berminat. Kami akan mempromosikan tempat ini dengan pemantauan ketat untuk menjaga keasliannya,” katanya.

Penduduk kampung, Baharin Yusup mengakui walaupun gua itu terletak berhampiran tempat tinggal mereka, itu adalah kali kedua beliau menjejakkan kaki ke sana.

“Tidak ramai penduduk yang pernah ke sini, bahkan mungkin ada yang tidak tahu lokasi sebenarnya. Kami yakin, kawasan ini mampu menjadi tarikan pelancongan,” katanya.

INFO:

Lombong Gua Emas

    * Berusia hampir 100 tahun
    * Dibuka pada awal 1920-an dan ditutup pada 1942 ketika Perang Dunia Ketiga.
    * Jaraknya dari Kuala Lumpur dianggarkan 165 kilometer.
    * Saiz terowong lombong (tiga kaki lebar dan 6 kaki tinggi) .



Sejarah ringkas Gemas

    * Penduduk asal berketurunan orang Melayu Asli
    * Ditadbir seorang ketua iaitu Datok Sabun, berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan angkatan ke Seri Menanti.
    * Mula membuka kampung di Kampung Ladang.



Tip memasuki gua emas

    * Memakai kasut getah panjang kerana laluannya air bercampur tahi kelawar.
    * Membawa lampu suluh.
    * Mesti diiringi pasukan keselamatan.
    * Patuhi arahan dan tanda keselamatan di dalam dan sekitar gua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 09:55 AM | Show all posts
Penarikan laluan penuh sejarah

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI


Shamsuddin Ahmad (dua dari kiri) menyusuri Jalan Penarikan ketika melakukan penyelidikan di daerah Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

JEMPOL 4 Julai - Jalan Penarikan mungkin antara lokasi pelancongan bersejarah yang tidak terkenal jika hendak dibandingkan dengan mana-mana tempat sejarah yang lain di negara ini.

Disebabkan kedudukannya jauh di pedalaman daerah ini, tidak ramai menyedari bahawa Jalan Penarikan merupakan laluan utama pedagang ketika zaman Kerajaan Langkasuka.

Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu.

Pengarah Muzium Negeri, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, Jalan Penarikan merupakan laluan darat tertua yang diketahui di Semenanjung dan sebahagiannya terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.

Beliau menyifatkan kawasan yang dikenali sebagai Londar Siam ini merupakan khazanah sejarah dan warisan bangsa yang perlu dipelihara supaya ia tidak luput dek perkembangan zaman.

''Sejarah mengenai Jalan Penarikan ini tidak dapat diketahui secara tepat memandangkan tiada catatan khusus mengenainya.

''Bagaimanapun jalan ini mula digunakan pedagang dari kerajaan pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur negara ini.

''Ia juga lokasi terpenting sebagai jalan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan Langkasuka dan kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Difahamkan, pada abad ke-13 dan ke-14, pedagang yang mahu ke Jalan Penarikan perlu mudik ke Sungai Muar (jika dari pantai barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pangkalan di Kampung Bukit Laka, Bahau.

Dari pangkalan berkenaan, perahu atau jong iaitu kapal besar akan ditarik melintasi darat ke pangkalan yang terletak di Sungai Serting.

''Dari situ, jong ini akan menghilir Sungai Serting untuk masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang untuk sampai ke kuala iaitu di bandar Pekan, Pahang ketika ini," ujarnya.

Kawasan ini juga pernah dijadikan sebagai laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah diserang Portugis.

Katanya, terdapat penemuan menakjubkan di kawasan itu apabila tapak surau dan bekas kubur lama ditemui di beberapa tempat sekali gus menjadi bukti kedatangan pedagang di sepanjang jalan tersebut.

''Kita juga menemui beberapa bukti kedatangan pedagang ke sini berdasarkan penemuan seperti tapak surau dan bekas makam yang batu nisannya mempunyai ciri dan pengaruh Sumatera di beberapa buah tempat di sekitar kawasan ini.

''Kita tidak menemui artifak namun beberapa batu yang dipercayai digunakan sebagai tempat mengambil wuduk dan pengalas tiang pelantar surau, menyokong fakta yang tapak berkenaan merupakan bekas surau yang dibina sekitar tahun 1700 Masihi," ujarnya.

Menurut Drs. Shamsuddin, Jalan Penarikan mula tidak dijalankan apabila penjajah Inggeris membina landasan kereta api menghubungkan Bahau dengan Kuala Lipis dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 09:56 AM | Show all posts
tentang jalan penarikan;

http://bahau.com.my/malay/tarik.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 10:40 AM | Show all posts
Misteri: Ribut kepala gajah
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Kedudukan batu secara menegak di air jeram berbentuk kepala gajah, manakala lubang pada batu seakan mata gajah.

Ribut dan hujan tiba-tiba saja datang dan pokok di jeram Batu Gajah bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah mahu tumbang

"ALANG dah sampai sini, kita mesti jenguk Jeram Batu Gajah. Tempatnya menarik tetapi sekarang orang sudah tak ke sana, semak dan tidak terjaga.

“Dulu ketika zaman persekolahan, saya selalu lepak di situ dengan kawan, orang kata itu tempat tuan puteri mandi. Rambut panjang mengurai, duduk atas jeram, rambut sampai ke jeram paling bawah,” kata teman penulis, Enal, penduduk asal di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Berderau darah penulis apabila Enal mengatakan ia tempat mandi tuan puteri. Tetapi perasan takut diketepikan kerana niat kami cuma datang untuk melihat sendiri keunikan batu berbentuk gajah, merakam gambar untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca.

Ketika tiba di situ, waktu sudah menunjukkan jam 5 petang. Kami dibawa ke sebuah rumah seorang penduduk di situ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cerita lisan bagaimana batu kepala gajah itu terbentuk.

Ada yang mengatakan ia disumpah mitos Sang Kelembai, tetapi setakat mana kebenarannya mungkin boleh diselidiki melalui temubual dengan beberapa ‘orang lama’ di situ. Malangnya, seorang lelaki warga emas yang ditemui itu tidak mempunyai maklumat yang diinginkan.

Kami diminta ke sebuah rumah lain, katanya di situ masih ada seorang tua yang tahu latar belakang cerita berkenaan. Namun, bukan rezeki kami, orang tua itu tidak berapa sihat dan kami tidak mahu mengganggunya.

Akhirnya, keputusan sepakat dicapai, kami bertiga bergerak sendiri ke kawasan berkenaan. Alasannya, merakam seberapa banyak gambar dan kemudian dapatkan maklumat.

Kami menuju ke sebuah rumah di hujung kampung, paling hampir dengan kawasan jeram. Selepas memberi salam, seorang lelaki pertengahan umur muncul dan difahamkan beliau seorang guru. Dengan izinnya kami dibenarkan melintasi pagar di belakang rumahnya.

Pada mulanya, cikgu berkenaan menuruti perjalanan kami tetapi selepas beberapa langkah, beliau membatalkan niat dengan alasan masih ada kerja lain perlu dilakukan.

Itu bukan masalah, kami teruskan perjalanan dan selepas hampir 20 minit berjalan kaki meredah semak dan kawasan hutan, kami tiba ke destinasi.

Memang menarik dapat melihat sendiri batu berbentuk kepala gajah itu. Rakan setugas sibuk merakam gambar. Terlintas di fikiran penulis, mungkin gambar itu lebih menarik jika diselitkan individu berada di atas kepala gajah itu.

Sudah tentu, penulis yang perlu ke sana. Dengan langkah berhati-hati, penulis menuruni batu curam menuju ke batu gajah dengan tujuan untuk duduk dan menunjukkan lokasi kedudukan kepala gajah.

Batu berbentuk kepala gajah itu dianggarkan sebesar kepala trak lori, lengkap dengan mata, telinga, mulut dan belalai. Air terjun mengalir di antara belalainya.

Menariknya, kepala gajah dewasa itu tanpa gading, mungkin terbenam dalam batu atau belum terbentuk, tetapi penduduk tempatan percaya ia ada kaitan dengan satu lagi jeram tidak jauh dari situ yang dinamakan Jeram Gading.

Namun, di Jeram Gading, pengunjung tidak akan menemui batu berbentuk seakanakan gading dan tidak pasti bagaimana ia mendapat nama. Mungkin ia sudah terhapus atau kedudukannya gagal dikesan oleh mata kasar.

Kedudukan batu kepala gajah itu boleh dilihat dari dua sisi. Jika dilihat dari sisi kiri, kelihatan seolah-olah kepala gajah sedang terbaring dengan matanya terbuka.

Air terjun di jeram kecil itu mengalir melalui belalai dan mulutnya, tetapi jika dilihat dari sisi kanan, batu itu kelihatan seperti kepala seekor gajah yang berdiri, seolah-olah marah dengan telinganya agak kembang dan belalainya hampir menegak.

Walaupun dilihat dari dua sisi kiri dan kanan, kedudukan mata tidak berubah dan tetap sepadan. Mata gajah sebesar pinggan itu dikatakan sentiasa dipenuhi air dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Penulis mencecahkan tangan ke dalam lubang ‘mata gajah’, dengan niat untuk aksi merakam gambar. Dibuang sampah daun di dalamnya dan kemudian naik semula ke tempat asal. Rakan setugas mencadangkan supaya penulis turun semula ke situ untuk mendapatkan sudut gambar lebih menarik.

Ketika turun kali kedua, penulis sekali lagi mencecahkan tangan ke dalam ‘mata gajah’, tiba-tiba air terpercik ke mata, sangat pedih. Terdetik di hati mungkin air jeram terpercik ke mata, namun air terus memercik ke mata buat kali kedua dan ketiga.

Dari mana datangnya air itu sukar dipastikan, cuaca cukup cerah, langsung tiada tanda hari mahu hujan. Penulis pantas naik semula ke tebing.

Secara tiba-tiba cuaca bertukar gelap, angin kencang melanda kawasan itu seolah-olah hujan ribut akan turun. “Jom kita balik. ‘Mereka’ suruh kita balik,” kata rakan setugas.

Belum sempat kami beredar walaupun setapak langkah, hujan begitu lebat, angin kencang dan pokok bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah akan tumbang. Kami bertiga pantas turun ke kawasan rendah dalam keadaan basah kuyup.

Ketika turun dalam keadaan kelam kabut itu, kami ternampak satu pokok yang mempunyai paku pakis yang tersusun kemas di antara tiga dahan, ada yang menggelarnya pakis langsuir. Terdetik di hati, adakah ini tempat ‘tuan puteri’ seperti yang dikatakan Enal sebelum kami masuk ke situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:20 PM | Show all posts
Akhirnyer khatam gak aku baca sumer info nih...Tak tau plak aku banyak ropernyer legend kat n9...Thanx Syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2009 10:13 AM | Show all posts
Kaki judi puja kubur lama
Oleh Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my

Makam Moyang Bongkok, Tok Dusun tercemar angkara ilmu songsang

TAMPIN: Kubur lama milik pasangan suami isteri, Moyang Bongkok dan Tok Dusun, yang dipercayai peneroka awal bandar ini tercemar angkara kaki judi yang menjadikan kubur mereka sebagai tempat pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor.

Kegiatan itu dipercayai bukan baru berlaku. Kubur yang terletak di celah sebuah stor dan pagar kawasan stor Jabatan Kerja Raya (JKR) di depan Stesen Minyak Petronas Jalan Tampin-Seremban di sini, terus menjadi tumpuan kaki judi.

Tinjauan Berita Harian mendapati ada dua batu nisan batu Megalith, setiap satu setinggi kira-kira 1.02 meter dan 0.7 meter, masing-masing dipercayai nisan kubur Tok Dusun dan Moyang Bongkok, dibalut kain kuning.

Kegiatan memuja nombor ekor dipercayai dilakukan di situ berdasarkan terdapat peralatan yang sering digunakan dalam upacara itu seperti tempat bara selain tinggalan berpuluh batang colok yang sudah dibakar.

Kedudukan kubur yang terlindung daripada penglihatan orang ramai dipercayai menyebabkan kaki judi mudah melakukan kegiatan itu di situ.

Seorang penduduk yang mendakwa kubur itu terletak di tanah miliknya, Gurdev Singh, 77, memberitahu tanah itu dibeli mendiang bapanya daripada seorang Melayu lebih 100 tahun lalu.

Pesara polis itu berkata, dia menghormati kubur itu yang dipercayainya adalah orang pertama yang membuka bandar ini, tetapi kesal kerana kini ia menjadi tumpuan kaki judi .

“Perbuatan itu bukan saja dilakukan orang Cina, malah orang Melayu juga datang kerana percaya akan mendapat nombor ekor,” katanya.

Sementara itu, cicit Moyang Bongkok, Sabariah Salim, 65, yakin kubur itu adalah milik peneroka awal Tampin itu kerana ia juga menjadi tempat yang perlu dikunjungi ketika istiadat Kerjan (pelantikan) Penghulu Pesaka Suku Biduanda Tampin Tengah, Datuk Othman Tambi pada 1980.

Pemangku Ibu Soko suku itu terperanjat dan kesal kubur itu dijadikan tempat pemujaan nombor ekor, termasuk oleh orang Islam.

“Saya minta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan merobohkan bangsal di kubur itu dan membuang peralatan pemujaan yang ada di situ. Majlis Daerah Tampin juga perlu memagar kawasan itu untuk mengelakkan ia terus diceroboh,” katanya.

Penghulu Pesaka Tampin Tengah, Datuk Abdul Razak Tambi, ketika ditemui berkata, perkara itu pernah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Tampin tiga tahun lalu, tetapi hingga kini tiada tindakan yang diambil.

“Anak buah kami tidak boleh mengambil tindakan sendirian dan saya minta Pejabat Agama Islam mengambil tindakan segera,” katanya.

Mengikut sejarah, Moyang Bongkok bersama suaminya Tok Dusun dari Suku Biduanda meneroka Tampin dan mendirikan rumah mereka di kawasan bersebelahan bangunan Mahkamah Rendah Syariah sekarang.

Apabila Tok Dusun meninggal dunia, diikuti isterinya tidak lama kemudian, mereka dikebumikan di kawasan itu yang kini dikenali sebagai Kampung Dusun.

Ramai keturunan Moyang Bongkok tinggal di Kampung Dusun dan Tampin Tengah. Anak lelaki keturunan Moyang Bongkok menyandang jawatan Pesaka Adat bergelar Penghulu Pesaka Tampin Tengah yang kini disandang oleh Abdul Razak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:15 PM | Show all posts

Corito dongeng / rakyat orang Nogoghi

Post Last Edit by Syd at 23-11-2009 16:25

maaso den kocik2 dulu, omak den gomar bocorito....corito donggeng zaman dulu-dulu la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:22 PM | Show all posts
pantang larang...

..keturanan omak den ni,, x leh makan pisang udang , ikan limbat

konon nye...sejarah keturunan omak den nie..

maso dulu-dulu, orang tua bukak kobun jauh dalam hutan,
dio poi kobun berbulan-bulan, siap bawak boka

pada satu masa, ado lah buah pisang udang dah mongkal...x cukup masak laei,..

orang tua nak poi kobun,,,dio gantung setandan pisang udang ateh kopok padi

jadi, anak2 yang tinggal kek gumah, tiap-tiap hari ngintai ko buah pisang tu,...

bla buah pisang tu dah masak,..orang tua bolumm balik dari kobun..

anak2 nak ambik x sampai,..panjang akal ee, si anak ni panjeh lah ateh kopok padi tu...
terjatuh la si anak ni,..pensan terus meninggal dalam kopok padi tadi,..

lamo kemudian, baru orang tuo ee balik dari kobun..

dia nampak air mengalir dari dlam kopok padi ee.

poi jongok,,,tengok mayat anak ee dah busok..

.dalam mayat tu mongombik ikan koli...

somonjak tu la..di sumpah ee...bahwa mulai ari tu semua keturunan ee x leh makan pisang udang dan ikan koli..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 07:52 AM | Show all posts
mak dragon pun penah citer pasal ni...sama citernye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:12 PM | Show all posts
tasik londah nago kek senanti..org koba dlu ado  ank rajo mandi kek ctu..mandi punyo mandi, alih2 kono kidnap mo nago..nago tu yg jago tasik tu..sbb tu namo eh tasik londah nago..kiro eh nago tu la penjago..org pon xbleh mandi kek ctu..tapi ramai yo yg poie mancing ctu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:34 PM | Show all posts
merged.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:54 PM | Show all posts
asal nama geduhom and kuala pilah..(cerita rakyat je ni..)

macam biasa la, dulu negara kita kan kena jajah..tak terkecuali negeri sembilan..so, ada la seorang penjajah ni yang jaga kawasan n9..satu petang tu, dia dok merayau2 kat satu kampung..kebetulan ketua kampung tu tgh serabut fikir nama apa nak letak kat kampung tu..nanti kalau pegawai tu tanya, dia pon xtaw nak jawab apa..sampai la sipegawai ke kapung yang x bernama tu..pegawai tu kagum dengan kawasan kampung tu..bersih..aman..tok ketua tadi masih pening apa nak jawab kalau pegawai tadi tanya nama kampung tu..pegawai tadi xhabis2 puji kampung tadi..dia asyik cakap.good home..maknanya sesuai la nak buat rumah kawasan tu..tok ketua tadi dengar xdengar je, alih2 dia pon namakan kampung tu geduhom yang berasal dari 'good home'..hahaha

lepas pegawai tadi puas pusing 'good home' tadi, dia nak ke kampung lain pulak..tapi pegawai tu xtaw nama tempat tu..dia pon tanya la kat tok ketua tadi, apa nama kampung seberang sana..tok ketua yg xberpelajaran inggeris ni igt pegawai tadi ajak dia pegi jenjalan tapi dia malas nak ikot..so tok ketua pon cakap la, kau nak poie, kau poie la..pegawai td ingt jawapan tok ketua tadi ialah nama tempat yang dia nak pegi tu..so, dia pon bitaw driver dia, cakap nak pegi 'poie la'..alih2 jadi pilah..
hehehehe....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.109498 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list