CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Adat Hamil / Bersalin / Berpantang [ pelbagai bangsa ]

[Copy link]
 Author| Post time 30-6-2009 02:03 PM | Show all posts
Masyrakat Malanau


Pengenalan

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut

Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2009 02:04 PM | Show all posts
Masyarakat Bidayuh


Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan. Antaranya ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang ite akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang larang berikut:

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.

Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah.

Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Di samping itu terdapat banyak lagi pantang larang yang perlu diamalkan.


Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 02:04 PM | Show all posts
Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 02:05 PM | Show all posts
Selepas Lahir

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.


Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan jatuh sakit.

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 12:40 AM | Show all posts
pengambilan herba. Syd Post at 25-6-2009 15:58


Minta tumpang.. tuan rumah...

Maaf, keluar tajuk sedikit..

Alhamdulillah, tahniah kepada ibu2 yg dikurniakan rezeki dan bakal menimang cahayamata tak lama lagi...

Insya Allah kita berusaha... kebaikan Set Penjagaan Selepas Bersalin Tropical Herbs yg boleh ibu2 gunakan selepas bersalin..saya ingin syorkan dan sarankan.  Testimoni yg sedia ada boleh dibaca supaya mudah untuk ibu2 buat penelitian dan pilihan.
http://www.mesra.net/forum/index.php...38911&hl=azian
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000001803
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000002840


Kebaikan dan keistimewaansetini,dengan izin Allah, ialah segera menyembuhkan lukadalam dan luarserta luka jahitan, bantu lawas makanan,beritenaga,membanyakkan  susu,turunkan berat badan danlangsingkanbadan,perut tidak menggelebeh.. bentuk badan dalaman danluaran jadiseperti asli semula..dan byk lagi. Minuman teh herba,dankapsul2 herba,jadi tak rasa pahit utk ditelan. Sesuai untuk bersalin secaranormalatau secara pembedahan Caesarian. Rumusan terbaik melaluiresearchsaintifik, gabungan warisan perubatan Melayu,Cina dan India.Ditanggunghalal. Ada minyak bayi yg disukai oleh ibu2,terbuktiberkesan elak bayidari kembung perut, tak panas. Bengkung ibupercuma...


Harga tawaran ialah RM245, penghantaran percuma dan kalau datang ambil sendiri, harganya cuma RM235sbb sayaambiluntung sedikit saja. Harga asalnya ialah RM269.00.Apa2pun,hargadankaedah pembayaran boleh runding...Kawasan hantaranmeliputiBangi,Putrajaya, Kajang, Serdang, Seri Kembangan, Cheras,Ampang,Setapak,Wangsa Maju, Gombak..dan semua kawasan ygsewaktudengannya..  Baginegeri/negara lain, saya poskan.

Terima kasih kerana membaca syor/saranan ini...Berminat / untuk maklumat lanjut, sila lah hubungi saya (Azian) 012-2721469 / nfakurazi@yahoo.com  Semoga mudah dan selamat melahirkan nanti..insya Allah... amin...

Salam
perkenalan
Azian
Facebook/ YM: nnfakurazi@yahoo.com
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.134833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list