CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 25-3-2010 04:19 PM | Show all posts
1579# HangPC2

Unit PDRM ni susah skit nak absorb masuk Maritim, sbb Polis Marin mmg dah efektif drp dulu lg. MMEA hanya mengambil alih tugas coastal patrol drp TLDM, membolehkan TLDM utk concentrate jd blue water navy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 09:01 PM | Show all posts
molek benor la tu.... at least ada 3 lapis air utk musuh tembus, blue water by navy, coastal water by apmm and brown/riverine force of the marine police and the army. 1000 times better than malaya capability at the beginning of ww2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:48 AM | Show all posts
1582# windof

3 lapis air? cam air trafic light jek... tp gua mmg x sokong kalo PGM dan aset2 nya di serapkan ke dalam APMM
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 12:06 PM | Show all posts
Komando sertai latihan tangani pengganas

BAGAN DATOH 28 Mac - Unit Gerak Khas Komando akan turut terlibat dalam latihan menangani pengganas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama negara-negara rantau Asia Tenggara mulai tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini hanya anggota Tentera Darat terlibat menjalani latihan bersama yang diadakan setiap dua tahun sekali tersebut.

Menurut beliau, selain Indonesia, ATM juga mengadakan kerjasama erat dengan Singapura dan Thailand dalam menangani isu pengganas.

"Sebelum ini, hanya anggota Tentera Darat yang terlibat dalam latihan bersama ini. Bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara-negara di rantau Asia Tenggara lebih terjamin, unit khas ini turut dilibatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Ilmu dan Muafakat (Pikat) Bersama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kor Agama (Kagat) ATM, Brigedier Jeneral Kamarudin Mamat.

Menurut Ahmad Zahid, unit khas tersebut akan mula menjalani Latihan Gabungan Bersama (Latgabma) Malaysia-Indonesia (Malindo) bermula 2 April ini.

Latihan selama lima hari di Melaka itu, katanya, akan turut dihadiri Menteri Pertahanan Indonesia, Prof. Dr. Ir. Purnomo Yusgiantoro dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Djoko Santoso.

Sementara itu, mengulas mengenai Pikat, jelas Ahmad Zahid, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota Kagat dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan kepada masyarakat awam.

Selain itu, program tersebut, katanya, bertujuan memperluaskan peranan ATM kepada masyarakat awam melalui pendidikan keagamaan dan khidmat masyarakat.

Program tiga hari bermula Jumaat lalu itu melibatkan kariah di Masjid Ubudiyyah Kampung Parit 19, Masjid Ubudiyyah Kampung baru, Masjid Jamek Pekan Hutan dan Masjid Sungai Dulang Dalam.

Antara program yang dilaksanakan adalah kuliah Subuh dan Maghrib, khutbah Jumaat, program motivasi jati diri remaja, forum perdana, kursus jenazah, klinik Tahsin al-Quran (bacaan dalam solat) serta gotong-royong kenduri rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 11:46 AM | Show all posts
Wednesday March 31, 2010
Air of excitement for female MiG pilot
By NIK NAIZI HUSIN and CHRISTINA LOW

newsdesk@thestar.com.my

KUANTAN: When Mejar Patricia Yapp attended the Petronas Malaysian Grand Prix in 2005, she was just a spectator.

This time around, the only female pilot of the MiG 29 aircraft in Asia, will thrill racing fans during the Royal Malaysian Air Force (RMAF) aerial acrobatic display at the three-day event.

She said what excited her most about the event was that it was the most prestigious in the region.

“The most important thing is to have proper planning and training before each task,” said the 33-year-old pilot who has clocked more than 1,000 flying hours.

She has been flying the Russian fighter jets since 2006 when she joined the No. 17/19 squadron here.

The team of six pilots, known as “Smokey Bandits”, and their supporting staff are training at the RMAF base here in preparation for the display.

Team leader Lt-Col Norazman Samion said the display depended on the weather and would be adjusted accordingly.

The performances would be held on Friday (11.30am), Saturday (12.30pm) and Sunday (2.45pm).

In Kuala Lumpur, the Malaysian-owned Lotus Racing team had a homecoming ceremony at the Pavilion shopping centre where drivers Jarno Trulli, Heikki Kovalainen and Fairuz Fauzy were greeted by their fans.

The drivers also unveiled the green and yellow Lotus Costworth T127 parked at the main concourse area of the shopping mall.

During the ceremony, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad was given the honour to paste the Jalur Gemilang sticker onto the racing car.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 04:42 PM | Show all posts
Boustead Heavy Keen to Build More Naval Patrol Vessels

BOUSTEAD Heavy Industries Bhd (BHIC) is looking at building the second batch of patrol vessels for the Royal Malaysian Navy (RMN).

"We are aggressively looking at getting in new projects, including deals with the government. With the first batch of the patrol vessels coming to an end, we are proposing a second batch of patrol vessels," BHIC managing director Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor told reporters after its annual general meeting in Kuala Lumpur yesterday.

In 1998, the government awarded a contract to Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, a subsidiary of BHIC, to construct and deliver six patrol vessels to the RMN. The last two patrol vessels are currently undergoing final outfitting work.

On the possibility that the government might hold off plans to commission more patrol vessels to conserve funds, Ahmad Ramli is confident that the government will see the long term benefits of such a programme.

"Our second batch will be working on very high local content which would translate as stimulus to the economy. A project of this size would also not be short term in nature but could spread over two Malaysia Plans," he said.

On the number of vessels it is proposing, Ahmad Ramli said it will be a project that will be able to create the volume needed for further technology acquisitions.

"Its a spin off issue for the industry. We are very active in developing vendors. The onus will be on us to convince the government to proceed with such a project," he said.

BHIC is still dependant on defence projects, a year and a half after making a decision to diversify its income stream.

Currently, 70 per cent of its shipbuilding business, which makes up the bulk of contribution to revenue, comes from the defence sector while 30 per cent is from the commercial sector.

The company's shipbuilding order book stands at RM2.2 billion.The company is also involved in ship repair work, and is a licensed Petronas fabricator for the oil and gas industry.

Ahmad Ramli is confident that 2010 will be a better year than 2009 for the company.

"There is a recovery which is slowly translating into activities, and short of anything unexpected like the 2008/2008 crisis, we are confident that the market will be much better than 2009," he said.

BHIC's 2009 net profit dropped by more than a third to RM76.6 million in 2009 from 116.9 million in 2008, due to higher project costs and lower share of profits in associates last year.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 03:30 PM | Show all posts
TUDM senggara sendiri pesawat Charlie

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
Gambar IZHAM JAFAR


Tim ST12 mencipta sejarah menyelenggara pesawat pengangkut C130H buat julung kali.

KEMAHIRAN juruterbang terlatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan lagi sesuatu yang perlu disangkal.

Banyak sudah aksi-aksi berbahaya bertaraf dunia dipertontonkan dalam pelbagai demonstrasi udara.

Tidak terkecuali, apabila mengendalikan pesawat bagi menjalankan misi dan juga pelbagai pengiktirafan yang diterima menunjukkan betapa mereka berada di kelas tersendiri.

Namun perlu diingat, semua itu tidak mungkin berjalan lancar tanpa penyenggaraan serta pemeriksaan yang betul terhadap pesawat.

Perlu juga difahami bahawa menyenggara pesawat yang boleh memuatkan beberapa ekor gajah bukannya sama seperti menukar minyak enjin kereta.

Apa pun, sebagai sebuah organisasi yang sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan, TUDM ternyata mempunyai perancangan sendiri untuk memastikan pesawatnya berada dalam keadaan terbaik dengan kos penyenggaraan yang cukup berbaloi.

Penubuhan pasukan pemeriksaan dikenali sebagai Tim ST 12 yang terdiri daripada dua pegawai kejuruteraan dan 25 juruteknik daripada Cawangan Kejuruteraan TUDM, No. 20 Skuadron dan No. 14 Skuadron baru-baru ini, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya mereka berjaya melakukan pemeriksaan Depot Level Maintenance Structural 12 tahun atau lebih dikenali sebagai ST 12 ke atas pesawat pengangkut C130H milik TUDM.

Pemeriksaan yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 tahun terhadap semua pesawat itu sebelum ini dijalankan oleh tenaga kerja Airod Sdn. Bhd. dan ia menuntut TUDM mengeluarkan belanja besar.

Namun, melalui penubuhan pasukan penyenggaraan itu, TUDM berjaya menjimatkan belanja sehingga RM1 juta bagi menyenggara pesawat buatan Amerika Syarikat (AS) tersebut dalam tempoh 11 bulan sejak 14 April tahun lalu.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, apa yang dilakukan TUDM kini bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk atau mahu mengambil peranan membaiki pesawat secara terus daripada Airod.

Sebaliknya, ia lebih kepada membina keyakinan anggotanya untuk bersedia menghadapi cabaran berdepan teknologi canggih masa depan.

"Umum mengetahui kita akan memiliki pesawat Airbus A400M yang jauh lebih besar daripada pesawat ini, insya-Allah pada 2015. Justeru, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menanam keyakinan diri betapa TUDM mampu melakukan pemeriksaan pesawat sendiri.

"Dari aspek kualiti dan kelayakan terbang, hasilnya adalah setanding dengan kerja senggaraan yang dilakukan syarikat penyenggaraan, baik pulih dan rombak rawat (MRO) antarabangsa kerana pasukan ini telah berjaya menemui beberapa kecacatan struktur dan hakisan di luar skop pemeriksaan," ujarnya pada upacara penyerahan pesawat itu daripada pasukan Pemeriksaan Struktur (ST) 12 TUDM kepada No. 20 Skuadron di Pangkalan TUDM Subang baru-baru ini.

Kesemua tugas penyenggaraan terbabit dijalankan di Hangar Cawangan Kejuruteraan, Pangkalan TUDM Subang.

Apa yang lebih membanggakan katanya, pesawat itu hanya memerlukan sekali penerbangan pemeriksaan fungsi (FCF) sebaik ia siap disenggara sebelum disahkan selamat digunakan.

"Saya berharap budaya ini akan terus disemai di kalangan warga TUDM iaitu sentiasa cuba mendapatkan yang terbaik pada kali pertama dan setiap kali kita melakukan sesuatu." katanya.

Kejayaan yang dicipta TUDM itu nyata membuka mata negara luar terhadap kemampuan dan kepakaran yang dimiliki rakyat tempatan.

Rodzali memberitahu, Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) telah menyatakan minat untuk berkongsi maklumat teknikal mengenai penemuan dalam penyenggaraan tersebut.

"AS turut berminat untuk berkongsi pengalaman dengan kita dalam penyenggaraan pesawat ini apabila komander pasukan 13 tentera udara mereka yang berpangkalan di Hawaii turut melawat kerja-kerja penyenggaraan ini," katanya.

Beliau menambah, ketika ini, TUDM sedang melaksanakan satu lagi projek besar iaitu penubuhan pasukan pemeriksaan struktur ke atas pesawat Nuri M23-03 yang julung kali dilakukan di rantau ini.

"Pemeriksaan itu adalah untuk menentukan integriti struktur pesawat berkenaan terjamin, selamat serta mampu melakukan penerbangan bagi tempoh yang lebih lama," katanya.

Sementara itu, Ketua Tim ST 12, Mejar Mathialagan Chellapan berkata, kemampuan pasukan itu menjalankan tugas tersebut berkait rapat dengan kerjasama yang diberikan oleh cawangan-cawangan lain di dalam TUDM.

Menurutnya, tugasan yang diberikan itu meskipun diakui mencabar, ia seakan berjalan lancar tanpa dihimpit masalah besar hasil daripada komitmen tinggi yang ditunjukkan 26 anak buahnya.

"Saya berbangga kerana terpilih mengetuai tim pertama untuk menjalankan tugas ini. Kerjasama yang diberikan cawangan-cawangan lain dalam TUDM juga amat baik bagi menjalankan misi ini.

"Peralatan yang disediakan bagi menjalankan tugas juga cukup sempurna. Memanglah sukar untuk kita mengejar teknologi namun peralatan sedia ada juga sebenarnya sudah cukup canggih dan membantu kami melakukan yang terbaik,'' katanya.

Ditanya fasa kerja paling sukar dalam menjalankan tugas itu, beliau memberitahu, cabaran terbesar dilalui pasukannya adalah ketika permulaan penyenggaraan iaitu untuk mengenal pasti kecacatan yang terdapat pada struktur pesawat.

"Kami tidak boleh terlepas walau terdapat keretakan atau lubang angin sekecil mana pun. Memang tiada kompromi dalam menjalankan pemeriksaan itu.

"Dengan ketelitian itu, tugas kami seterusnya berjalan amat lancar. Kemampuan pesawat ini untuk menjalankan misi turut terbukti apabila ia telah digunakan untuk tugasan ke Bandung dan Manila baru-baru ini," katanya.

Bagi orang nombor dua di dalam tim berkenaan, Kapten Mohd. Nor Izham Abd. Aziz, beliau berasa bertuah kerana mendapat kepercayaan TUDM untuk menyumbangkan tenaga bagi menjalankan misi sukar berkenaan.

Seperti diberitahu Mathialagan, jejaka berusia 30 tahun itu turut mengakui mereka perlu memberi tumpuan 100 peratus terhadap pemeriksaan awal yang memerlukan pasukan itu mencari punca kerosakan tersebut.

"Pengalaman ini menjadikan kami lebih berhati-hati dan arif dalam menjalankan pemeriksaan.

"Panglima TUDM turut pernah membuat lawatan ketika kami menjalankan tugas penyenggaraan itu. Beliau kelihatan cukup gembira dan berpuas hati dengan proses kerja kami ketika itu," katanya.

Salah seorang anggota pasukan terbabit, Sarjan Penerbangan Mohd. Aidil Abdul Rani pula menyifatkan pengalaman diperolehinya dalam menjalankan tugas berkenaan banyak mendatangkan ilmu baru kepadanya untuk bekerja dengan lebih baik.

"Dalam tugas ini, saya dipertanggungjawabkan sebagai juruteknik elektrik. Saya akui, tugasan ini lebih mencabar dan berbeza daripada tugas asasi saya sebelum ini.

"Berkat kerjasama semua, setiap yang dirancang menjadi kenyataan tanpa ada masalah. Sebaik pulang ke No. 20 Skuadron, saya akan berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan lain," katanya.

source : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 02:31 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2010 02:35 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 12:28 PM | Show all posts
Askar Indon yg pakai beret kuning tu dri unit mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 03:50 PM | Show all posts
Askar Indon yg pakai beret kuning tu dri unit mana?
jazim Post at 11-4-2010 12:28



KOPASKA kut....kalo KOPASUSU bukan ke pakai beret merah????


ade indon boleh comfirm kan ni???
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:15 PM | Show all posts
Paskhas TNI AU kot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 02:04 PM | Show all posts
KLS printed version will be launched during DSA

KLS Report: DSA 2010 will meet this month on the 19th was held in Malaysia PWTC, KLS launched a special printed version KLS!

The thick 32-page English version of the printed collection of KLS in the past month was the news and information, are small, but the content is solid. Malaysia wants to know the situation and South East Asia regional strategy for people who will help the magazine.

Here are my sincere gratitude to the many people contributed to the magazine, it can be said that this is KLS future direction of the inaugural issue of the magazine.

In any case, we must note that this publication is published only once, while supplies last. KLS will be published in the next Malaysia Plan, as well as Southeast Asia, the first Chinese security and defense review magazine.

Now, the magazine will be available for sale, as yet to establish sales network, the current magazine will be sent by post to the hands of readers. Price + Postage local readers RM 10, the foreign readers price + shipping 10 USD.

For buyers, you can cash remittances, checks or money orders to pay, together with name and address to facilitate mail magazine to you. KLS encouraging all sponsors to leave Email to contact@klsreview.com, KLS email receipt will be issued to all sponsors. Magazine will be delivered within two weeks of your hand.

Please do not send cash to us!

1. In person or e-Import bank account (please click on the notification KLS name and address):

Name: Lam Choong Wah
Bank: Any Branch of Public Bank
Account number 4-5525429-26

2. Check or money order to buy (please click on the notification KLS name and address):

Name: Lam Choong Wah
Address:
Lam Choong Wah
Editor of Kuala Lumpur Security Review
34, Jalan 5 / 56,
Gasing Indah,
46000, Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

3. International readers / credit card purchases (please click on the notification KLS name and address):

source from: http://www.klsreview.com/HTML/2010Jan_Jun/201004_KLS1.html
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:28 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060409 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list