CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 23-12-2017 11:09 PM | Show all posts
Pegawai Kadet Graduan Pewaris ATM

Oleh Nurulhaswani Ruzaini



NEGERI SEMBILAN: Seramai 201 Pegawai Kadet (PK) Graduan dari ketiga cabang perkhidmatan terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2017 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Akademi Tentera Darat (ATD) pada 16 Dis 2017.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Zakariya Shafii (PK Graduan TDM) yang juga merupakan Pegawai Kadet Graduan Terbaik Keseluruhan 2017 ATD serta diiringi oleh gabungan pancaragam terdiri daripada Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD), dan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD) di bawah pimpinan Kapt Abdul Aziz Abdullah.

Sementara itu Pegawai Kadet Graduan Terbaik Keseluruhan 2017 TLDM dianugerahkan kepada PK Graduan Muhammad Nasrin Yaacob manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik Pegawai Kadet TUDM disandang oleh PRK Muhammad Syazwan Ahmad.

PAT dalam ucapannya menyeru kepada PK Graduan agar tampil kehadapan untuk berdiri bersama-sama mengabdikan khidmat bakti kepada negara, pertiwi dan membulatkan tekad untuk mempertahankan maruah negara serta kedaulatan bangsa tanpa paksaan sesiapa jua dimana dalam erti kata mudah, tidak kami atau tiada siapa jua yang mengundang mereka untuk menyertai tentera tetapi itulah anak-anak bangsa yang berjiwa besar yang meletakkan kepentingan diri jauh kebelakang dari kepentingan negara.

Sembilan bulan saudara saudari telah dilatih, diajar, diperah keringat, diuji, diduga dan kalanya dipaksa namun itulah dia dunia kita dunia tentera dan selama itulah saudara saudari di asah dengan ilmu mempersiapkan diri menjadi pegawai tentera yang bukan sahaja angkatan tetapi negara serta rakyat boleh sandarkan kepercayaan dan keyakinan.

Selain itu PAT melontarkan empat perkara bagi merintis laluan PK Graduan iaitu pertama berakhlak mulia yang merangkumi pembentukan peribadi serta jiwa perwira sejati dan kedua adalah walaq atau kesetiaan kerana sesuatu organisasi akan hancur jika didalamnya terdapat mereka yang tidak setia.

Manakala yang ketiga adalah keberanian yang merupakan sebagai teras kepada etos kepahlawanan kerana nilai ini membezakan antara tentera dengan organisasi yang lain dan yang keempat adalah teladan yang akan menyatakan bahawa sesuai dengan pangkat semua bawahan hendaklah patuh akan segala arahan dan perintah yang diberi.


Selesai perbarisan, diteruskan dengan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Graduan yang dimulakan dengan TD melibatkan seramai 106 Pegawai Kadet Graduan 2016 diikuti PK Graduan Tentera Laut Diraja Malaysia Pengambilan Ke-25 berkekuatan 44 PK dan PK Graduan Tentera Udara Diraja Malaysia dari Kursus Asas Pegawai Siri 27/17 berjumlah 51 PK.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, KS ATM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi.

Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 11:11 PM | Show all posts
65 Tahun KAD Menjadi Ketumbukan TD Yang Digeruni

Oleh Ainur Aisyah Yahaya



PAHANG: Seramai 23 pegawai dan 412 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Armor Diraja (KAD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun KAD Ke-65 yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen Ketiga KAD, Lt Kol Noor Azman Yahya di Padang Kawad Rejimen Pertama KAD pada 20 Dis 2017.

Sebaik ketibaan Pengerusi KAD, Mej Jen Datuk Adnan Hj Abu Bakar menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan diiringi oleh Pancaragam Pusat KAD serta perbarisan berjalan lalu yang melibatkan 24 buah kenderaan jenis Alpha terdiri dari Ferret Scout Car, Radpanzer Condor 20mm Orlienkon dan Condor Twin GPMG, Sibmas, Gempita, Pendekar dan 12 ekor Kuda dari Skuadron Istiadat Berkuda.

Pengerusi KAD dalam ucapannya berkata beliau mahukan KAD menjadi tunjang ke arah matlamat dan pencapaian serta melonjakkan nama Tentera Darat sebagai sebuah ketumbukan darat yang digeruni.

“Saya menyeru pada seluruh warga KAD agar bangun dengan semangat yang waja bagi mengembalikan kegemilangan kor seperti mana dahulu dan tinggalkan yang buruk, bawa bersama yang baik-baik untuk kita pertingkatkan serta menjadi yang unggul daripada menjadi yang tunggul,”tegas beliau.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Rejimen Armor diatas kecemerlangan yang telah ditunjukkan semasa melaksanakan tugas operasi yang telah dipertanggungjawabkan dan sesungguhnya kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan TD dalam mengaturgerakkan pasukan KAD bagi menjaga keamanan negara amatlah dibanggakan.

Terdahulu, Pengerusi KAD telah menyampaikan Anugerah Sijil Kepujian dan Anugerah Inovasi KAD kepada Pusat Latihan Armor (PULAMOR) kerana telah menjadi Johan dalam Anugerah Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Projek Peringkat TD manakala 1 KAD turut menerima anugerah kerana menjadi Naib Johan Anugerah Inovasi Peringkat TD dalam mencipta Injector Test Machine bagi sengaraan enjin kenderaan diesel yang dapat menjimatkan masa dan kos senggaraan.

Turut hadir Panglima 1 Bgd, Brig Jen Hj Reduan Hj Omar, Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu, Pengarah KAD, Brig Jen Zaidan Atan dan Ketua Provos Marsyal ATM, Brig Jen Abdul Rahim Sabeli.

Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:18 PM | Show all posts
ATM belanja RM48.22 juta untuk kos perubatan anggota



KUALA LUMPUR 11 Dis. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membelanjakan sebanyak RM48.22 juta bagi keperluan perubatan anggotanya dari Januari hingga November lepas.


Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam tempoh sama, sebanyak RM1.46 juta dibelanjakan untuk bantuan peralatan perubatan kepada anggota yang memerlukan.

"Dari Januari hingga November 2017, ATM telah memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada lebih 94,366 warga ATM, veteran dan tanggungannya," katanya menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.

Dalam itu, Hishammuddin berkata seramai 3,600 komuniti luar bandar telah menerima manfaat dan kemudahan perubatan melalui 25 program Jiwa Murni ATM sehingga November lepas.

Sumber: BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:21 PM | Show all posts
Jaga kebajikan bukti hargai jasa veteran ATM



SYABAS kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) atas penganjuran acara penyampaian Pingat Jasa Negara (PJM) babit 200 Veteran ATM negeri Kelantan, Selasa lalu.

Akta Veteran 2012 (Akta 740) menggariskan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) diberi tanggung jawab selaku pendaftar dan mengambil alih tugas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mulai 2016. Sehingga kini, 119 persatuan induk berdaftar di bawah kelolaan JHEV. Saya gesa veteran ATM agar mendaftar untuk mudahkan urusan kebajikan terus kepada JHEV. Di samping itu, kita dapat jejaki veteran terdahulu.

Kerajaan Malaysia mewujudkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi mengenang jasa dan pengorbanan warga ATM dan juga anggota pengaman dari luar negara yang menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang tempoh darurat dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU), Warga ATM berkhidmat dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan anggota pengaman dari negara luar berkhidmat dari 31 Ogos 1957 sehingga 12 Ogos 1968 termasuk rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan negara itu. Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah 'Campaign Medal' dianugerahkan kepada warga ATM dan anggota negara luar yang layak ikut syarat ditetapkan.

Perjuangan dan pengorbanan ketika darurat juga pembabitan dalam tugas giat sepenuhnya dan ia satu penganugerahan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. JHEV berjaya menganjurkan Perhimpunan Veteran ATM pada 31 Julai 2017 dengan penyertaan kira-kira 15,000 orang.

Dalam perhimpunan itu, Perdana Menteri buat lima pengumuman kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Antara inisiatif ialah Skim Anuiti Veteran (SAVe); Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM yang tidak mendapat pencen perkhidmatan; Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan; Penambahan Kuota Ibadat Haji daripada 100 orang pada tahun sebelumnya kepada 400 orang tahun ini dan Pengenalan Bayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) bagi anggota Veteran ATM tidak berpencen pada Majlis Himpunan Raksasa Veteran di Stadium Negara, Kuala Lumpur, 31 Julai lalu, sempena Sambutan Hari Pahlawan 2017. BBN untuk Veteran ATM Tidak Berpencen akan menerima bantuan RM1,200 setahun dan Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M berumur 60 tahun ke atas pada 2017, menerima bantuan RM600 setahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan RM5 juta kepada Tabung Hari Pahlawan, 31 Julai lalu, bukti usaha kerajaan membela nasib kebajikan warga veteran ATM berterusan dan kita harap selepas ini ada lagi penambahbaikan dan bantuan diberikan.

Bayaran Insentif Perubatan diuruskan Kementerian Pertahanan juga menerima peruntukan tambahan Kementerian Kewangan RM10 juta untuk 2017. Sebahagiannya untuk tampung perolehan ubat veteran ATM. Program Jejak Veteran dan Program Jejak Kawan pula pelaksanaan Program Jejak Veteran dan Program Jejak Kawan dilaksanakan JHEV dan MINDEF bagi menjejaki veteran ATM selepas kemas kini data peribadi.

Program ini penting agar maklumat peribadi dan data terkini veteran ATM dapat dipantau JHEV bagi memudahkan kerajaan menyampaikan bantuan atau insentif yang diumumkan dari semasa ke semasa. JHEV juga dengan bantuan Pejabat Perdana Menteri menubuhkan Call Center Program Jejak Veteran bagi membuat panggilan kepada semua veteran ATM berdaftar dengan JHEV untuk mengemas kini maklumat.

Bina, baiki rumah

Program 1Malaysia Veteran Home Repair Program (1MVHRP) melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diumumkan Perdana Menteri, serta dengan kerjasama MINDEF dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Kerajaan memperuntuk RM4.46 juta pada 2017 bagi membina rumah baharu dan pelaksanaan kerja pembaikan kecil rumah veteran ATM. Pada 2016, 84 rumah veteran dibaik pulih dan 57 rumah dibina baharu. Pada 2017 program 1MVHRP ini diteruskan dengan jumlah 30 rumah baru dibina dan 170 lagi dibaiki. JHEV juga buat penambahbaikan terhadap Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan, antaranya, perluasan Bantuan Persekolahan, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan kemasukan ke universiti awam.

Untuk 2016, kerajaan membelanjakan RM3.28 bilion bagi semua program kebajikan babit veteran ATM yang turut merangkumi bantuan urus jenazah RM9.58 juta; bayaran ex gratia bencana kerja, RM8.96 juta; Skim Bantuan Kebajikan, RM25.8 juta dan Bantuan Perubatan, RM102.67 juta. Bayaran Insentif Insurgensi pula babit peruntukan RM55 juta kepada JHEV bagi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM. Bayaran insentif khas insurgensi dibayar mulai 19 Mei lalu babit 2,939 veteran dan waris.

Kurangkan pergantungan

Projek Perumahan Mampu Milik, pihak Kementerian Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan tentera (LTAT) dan syarikat kumpulannya telah bina dan jual 1,888 unit rumah di bawah skim mampu milik kepada warga ATM dan veteran yang layak di Taman LTAT di Kuala Lumpur, Mutiara Rini di Johor dan Mutiara Damansara di Selangor.

LTAT melalui Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dengan kerjasama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) memulakan pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik di Taman LTAT Bukit Jalil dan 304 unit rumah mampu milik di Segari, Perak, untuk ditawarkan khas kepada warga ATM dan veteran yang layak.

Dalam usaha memastikan lebih ramai anggota dan veteran memiliki rumah sendiri, kementerian memperkenal Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR), bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penempatan kuarters, sekali gus memberi galakan kepada anggota untuk beli rumah sewaktu perkhidmatan dengan nisbah 70 peratus anggota ATM dan 30 peratus veteran.

Sehingga 2030, ATM sasar untuk bina 25,000 rumah mampu milik anggota dan veteran. Kerajaan sentiasa hargai jasa anggota ATM baik ketika dalam perkhidmatan mahupun setelah bersara. Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai demi keamanan dan keselamatan bumi tercinta ini.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:24 PM | Show all posts
Sasar pengambilan 20% pelatih bukan Melayu sertai MTD



uala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia menyasarkan pengambilan 20 peratus pelatih bukan Melayu bagi kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi merapatkan jurang antara kaum di institusi pengajian berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, sasaran itu adalah antara usaha menggalakkan bangsa lain untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, bagi tujuan itu, pihak MTD akan bertindak secara proaktif pada tahun depan dengan menggerakkan pelbagai promosi bagi mencapai sasaran berkenaan selain mendapatkan calon yang berkualiti.

“Tidak ada kuota yang ditetapkan untuk pengambilan anggota tentera termasuk pelajar di maktab ini. Bagaimanapun kita sudah ada program turun padang berjumpa pihak tertentu supaya pengambilan terdiri daripada pelbagai kaum dapat dilakukan.

“Bagi pengambilan tingkatan empat MTD untuk 2018, sebanyak 2,138 permohonan secara dalam talian diterima merangkumi 91.2 peratus calon Melayu dan hanya 8.8 peratus calon kaum lain. Daripada jumlah itu, 356 calon lulus temu duga awal bagi mengisi 200 kekosongan iaitu 86.8 calon Melayu dan 13.2 calon kaum lain,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan Putera MTD Sungai Besi, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 498 pelatih MTD terdiri daripada 231 Putera tingkatan lima dan 267 Putera tingkatan empat tampil dengan keunikan berbeza apabila buat julung kalinya memakai pakaian istiadat pada Perbarisan Tahunan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Putera MTD, Pegawai Rendah Kanan Ilman Hakim Azan, 17, berkata, dia bersyukur apabila usaha kerasnya selama dua tahun berjaya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kementerian Pertahanan 2017.

“Ia menjadi perangsang untuk saya terus berusaha pada masa akan datang bagi mencapai impian untuk menjadi juruterbang suatu hari nanti dengan berhasrat dapat menyambung pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas ini.

“Saya bersama rakan-rakan turut gembira dan teruja apabila kami diberikan penghormatan untuk memakai pakaian istiadat pada perbarisan kali ini yang berbeza dengan tahun sebelumnya yang hanya memakai baju nombor tiga dalam kawad,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:28 PM | Show all posts
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin



KUALA LUMPUR: Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum berkata pembabitan Malaysia dalam beberapa misi pengaman di bawah panji-panji PBB bukan sesuatu yang baharu seperti penghantaran Pengaman Malaysia (Malbatt 850-5) di Lubnan ketika ini di bawah panji-panji PBB.

"Memang kita (ATM) terlibat dalam misi-misi pengaman seperti ini, walau bagaimanapun sama ada diperlukan, kita bergantung dengan pihak PBB.

"Kita tidak akan membuat sesuatu (misi pengaman) tanpa pengetahuan PBB," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pertahanan 2017 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis menimbulkan ketegangan baharu di Palestin ketika ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh yang mula beroperasi 29 November lalu telah menerima pesakit dan melakukan beberapa operasi pembedahan.

Beliau berkata pihak ATM menyediakan kemudahan asas struktur hospital manakala operasinya diurus Kementerian Kesihatan.

Seramai 50 kakitangan Kementerian Kesihatan mengendalikan hospital itu untuk membantu pelarian Rohingya mendapat rawatan kesihatan.

Pada 26 November lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara yang terlibat adalah pakar perubatan, pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan, jururawat, pegawai farmasi, juruteknologi makmal serta penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Hospital Medan yang setaraf hospital daerah berpakar bernilai RM3.5 juta dengan keluasan 100 x 70 meter itu terletak di wilayah Ukhiya, kira-kira 10 minit perjalanan dari kem-kem utama iaitu Kem Pelarian Kutupalong dan Bhalukali.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2017 11:30 PM | Show all posts
ATM perlu anggota, pegawai pakar pelbagai bidang



KUALA LUMPUR - Semua anggota dan pegawai tentera disaran melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan sekali gus melengkapkan diri dalam menghadapi cabaran dan ancaman dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan anggota dan pegawai tentera yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pelbagai bidang seiring peredaran zaman.

"Dalam keadaan cabaran sekarang ini kita memerlukan pegawai-pegawai yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam semua bidang khususnya isu di peringkat antarabangsa.

"Kalau kita lihat dari segi taktikal peperangan sudah berbeza berbanding dahulu sebab itu kita sangat menggalakkan mereka supaya menambah ilmu pengetahuan," katanya.

Johari berkata demikian pada sidang media Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 3/2017 di sini hari ini.

Seramai 44 penuntut yang terdiri daripada pegawai ATM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pegawai tentera pelbagai negara menamatkan kursus dengan cemerlang.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata ATM dijangka memperkenalkan kursus pertahanan negara setelah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dapat disiapkan sepenuhnya tahun depan.

Kursus baharu itu bakal memberi peluang kepada pegawai perkhidmatan awam yang lain sebagai nilai tambah dalam aspek pengetahuan bidang pertahanan dan keselamatan.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:32 PM | Show all posts
Malaysia hantar tentera ke Palestin bagi memastikan keamanan, bukan berperang



LUMUT: Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar bantuan ketenteraan ke Baitulmaqdis bukan bertujuan untuk keganasan sebaliknya bagi memastikan keamanan serta kestabilan rantau itu agar tidak terus bergolak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu juga adalah untuk memastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebarang tindakan lanjut oleh tentera Malaysia juga akan dilaksanakan berdasarkan maklumat terkini yang sahih agar tidak tersilap langkah.

“Maklumat tersebut akan kita kumpul dan bila perlu, kita akan lakukan, tetapi (buat masa ini) jangan kita sensasikan sesuatu sehingga kita berada di dalam satu keadaan yang tidak dapat dikawal.

“Musuh-musuh Islam, mahukan kita berpecah, berperang dan berkelahi sesama kita dan ini bukan cara kita, bukan cara ATM,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancacaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Moha-med Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Zainal.

Hishamuddin berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang dihormati ramai kerana sentiasa mengamalkan nilai dan prinsip kesejagatan dan universal selain mempraktikkan konsep wasatiyah Islamik.

“ Pendirian kita yang jelas, pendirian kita (Malaysia) tidak berbelah bahagi sekiranya kita tahu ianya menyentuh agama kita.

“ATM mempunyai banyak pendekatan jihad ke arah itu namun, kita perlu mempunyai maklumat terkini supaya tidak tersilap langkah,” katanya.

Tambah Hishamuddin, perkembangan isu Palestin perlu dipantau secara dekat berikutan Malaysia mempunyai anggota tentera misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ujarnya, selain Palestin, ATM turut memantau keadaan di beberapa negara Asia Barat seperti Syria, Iraq, Qatar, Yamen dan Lubnan.

Sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 11:36 PM | Show all posts
Kenapa perlu hantar tentera ke Baitulmaqdis



LUMUT - Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar ketenteraan ke Baitulmaqdis bukanlah untuk berperang sebaliknya untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara itu terjamin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,  Malaysia memainkan peranan itu bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain menjaga imej Islam tidak dicemari.

"Apa juga yang kita lakukan bukanlah untuk berperang, tetapi untuk pastikan keamanan, untuk pastikan kestabilan dan rantau itu tidak bergolak dan pastikan imej Islam itu tidak dicemari dengan persepsi serong oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada dan Kempen #PerkasaPerwira di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Jeneral (B) Tan Abdul Aziz Zainal.

Baru-baru ini, lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesediaan tentera Malaysia untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmuqaddis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.

Lampiran berita berkenaan yang tertera tajuk 'Tentera Malaysia bersedia untuk main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)'  disertakan dengan kapsyen ketawa, dengan kenyataan 'kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat' ternyata ibarat mencurah api hinggakan berlakunya perbalahan lidah dua negara serta netizen di laman sosial.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata bukan pekembangan isu di Palestin sahaja dipantau secara dekat, malah negara Timur Tengah seperti, Syria, Iraq, Qatar, Yemen, Lubnan turut dipantau kerana Malaysia mempunyai anggota tentera di bawah misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru katanya Hishammuddin meminta orang ramai tidak mensensasikan sesuatu sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

"Ini musuh-musuh Islam mahukan kita berpecah, berkelahi, berperang sesama kita, ini bukan cara Malaysia, ini bukan cara ATM. Yang penting perkara tersebut menjadi pegangan kita melalui prinsip dan nilai kesejagatan," katanya.

Beliau turut menyentuh konsep  wasatiyyah dan pendirian ATM adalah jelas yang tidak berbelah bahagi apabila menyentuh berkaitan hal agama Islam.

Mengenai majlis tersebut, Hishammuddin turut melancarkan rangkaian Pernama iaitu barangan harga prihatin dan kad pelbagai guna Capasa (Care for Partner Satisfaction Card) untuk pembelian dalam talian serta menyerahkan pakaian seragam sekolah kepada anak-anak warga dan veteran ATM.

Dalam perkara berasingan, Hishammuddin juga meminta Anggota  Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak mempolitikkan dan mempertikaikan hampir  1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata Chin Tong tidak sepatutnya dengan sengaja menimbulkan persepsi kem itu membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Nak dekat PRU ini macam-macam isu yang dibangkitkan mereka (pembangkang) kalau betul (bina kem), saya sebagai Menteri Pertahanan, (adalah) lebih baik saya pergi (buat kem) di Sembrong,” katanya.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 05:46 PM | Show all posts
357 pekerja kilang bekal senjata, bahan letupan tuntut gaji



Mohamad Athir Ismail

13 September 2018 1:49 PM




KIRA-KIRA 150 mewakili 357 pekerja kilang pembekal senjata dan bahan letupan, SME Ordnance Sdn. Bhd. melahirkan rasa tidak puas hati terhadap majikan yang gagal menjelaskan dua bulan tunggakan gaji mereka di Jabatan Tenaga Kerja di Rawang, hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohamad Athir Ismail



RAWANG 13 Sept. - Kira-kira 150 orang kakitangan bukan eksekutif syarikat pembekal senjata dan bahan letupan kepada Kementerian Pertahanan, SME Ordnance Sdn. Bhd. hadir ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Rawang Perdana hari ini untuk membuat aduan terhadap majikan mereka yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pekerjanya seramai 357 orang selama dua bulan.

Syarikat berkenanaan juga dipercayai menarik balik beberapa faedah lain termasuk elaun kehadiran, lokasi dan makan serta kemudahan perubatan.

Menurut pekerjanya, masalah tersebut sudahpun berlarutan sejak September tahun lalu dan perjumpaan dengan majikan telah diadakan beberapa kali namun masih tiada penyelesaian.

Wakil Kesatuan Pekerja Industri Petroleum dan Kimia Kebangsaan (NUPCIW) di syarikat itu berkata, isu bayaran gaji lambat bermula apabila majikan memaklumkan terdapat masalah pada sistem teknologi maklumat (IT).

"Sejak itu, gaji setiap bulan mula dibayar lewat, malah pada Februari lalu gaji pekerja dibayar pada hujung bulan Mac.

"Sekarang kali terakhir pekerja terima gaji adalah pada bulan Jun, sementara gaji bulan Julai dan Ogos tidak dibayar," kata mereka ketika ditemui wartawan Utusan Online, hari ini.

Pekerja juga mendakwa majikan tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bayaran pinjaman melalui potongan gaji.

"Sudah lebih lima bulan tiada caruman KWSP dibuat dan Perkeso pula sudah lebih setahun. Bayaran melalui potongan gaji lain pun tidak dibuat tetapi, gaji kami dipotong seperti yang tercatat dalam penyata.

"Kami sudahpun mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Pengarah Eksekutif dan Presiden syarikat untuk mengadu masalah sedemikian, namun jawapan yang diberikan tetap sama, seperti tiada tindakan penyelesaian," jelas mereka.

Mereka juga turut menimbulkan persoalan jika syarikat mempunyai masalah kewangan tetapi bagaimana pun kerja-kerja pemprosesan masih berjalan.

"Kami diberitahu masih ada pembekal dan kontrak dengan Kementerian Pertahanan masih berjalan, tetapi majikan tetap memberitahu syarikat mempunyai masalah kewangan.

"Jadi kami mohon perhatian pihak berwajib termasuk JTK supaya mengambil tindakan terhadap masalah berkenaan sedangkan gaji bulan ini (September) belum tahu akan dibayar ataupun tidak," katanya.



- UTUSAN ONLINE -


© Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 05:48 PM | Show all posts
Anggota PDRM resah gaji lewat



FARABI SAID AL JABRI

25 September 2018 10:08 AM




KUALA LUMPUR 25 Sept. - Sebahagian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) resah apabila pembayaran gaji melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang sepatutnya dibayar hari ini mengalami kelewatan.

Seorang anggota PDRM menghubungi Utusan Malaysia memaklumkan, gaji melalui akaun BSN menghadapi sedikit kelewatan memandangkan masalah yang dihadapi pihak BSN.

“Sebelum ini kami tidak dimaklumkan mengenai kelewatan pembayaran gaji itu. Saya difahamkan bank lain tidak mempunyai masalah kecuali BSN.

“Cuma pagi ini sahaja saya dimaklumkan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam tindakan bersama BSN untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera. Mereka meminta untuk kami bersabar dan memaklumkan perkara itu rakan-rakan anggota lain” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pembayaran gaji tersebut dijangka akan diselesaikan pada pukul 10 pagi tadi namun sehingga kini pembayaran tersebut masih belum diterima.

Sementara itu Utusan Malaysia sedang berusaha mendapat penjelasan pihak PDRM berhubung kelewatan gaji yang dihadapi oleh anggota terbabit.



- UTUSAN ONLINE -


© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 06:09 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 07:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 04:49 PM | Show all posts
M'sia not ready to make its own fighter jet just yet, says Mat Sabu





16 Oct 2018, 6:50 pm (Updated 16 Oct 2018, 6:57 pm)



PARLIAMENT | Malaysia does not have the capability yet, especially in terms of finances, to have its own fighter jet, the Dewan Rakyat was told today.

Defence Minister Mohamad Sabu said that though researchers feel that Malaysia could produce a fighter jet in 2020, it would also depend on the country’s financial capacity.

“In the country's attempt to manufacture an aircraft, for example, we have been able to manufacture a passenger aircraft, but small in size.

"If we want to manufacture about 50 units, it is just not economical, so we have to mass produce, but where can we sell them?” he asked.

Mohamad was responding to a supplementary question from Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) who wanted to know whether the ministry would be keen on collaborating with a university that has the expertise but not the capital to build a jet.

Latiff said that this effort could be coordinated with members of the Malaysian Defence Industry Council (MIPM) to enable the self-reliance policy to be expedited.

In reply to another supplementary question from Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) on the capability of the Malaysian fighter jets in operations and warfare, Mohamad reminded all quarters not to look down on the ability of the air force.

The air force's equipment is sufficient, in good condition and ready for use in the event of a war, he said.

“We will not go to war with any country, but we are fully prepared, and our military personnel are in high spirits. If it (military equipment) is in a state of disrepair, we will fix it,” he said.


- BERNAMA / NSTP -


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 03:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 01:50 PM | Show all posts
Dongfeng Mengshi














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063584 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list