Aku bisa memaafkan
Kira itu yang kau pinta
Kerana itu adalah aku
Tetap memaafkan walau disakiti
Biar pun tempiaran sakit didustaimu
sejuta kemaafan itu tetap milikmu
kerana kamu adalah cintaku
Namun
Aku tak bisa melupakan
Kira itu yang kau damba
Kerana parut tetap ada
Biarpun luka telah sembuh
yang tersurat adalah saat menggingati luka ini
merahnya membekas palit - palit kekal
aku tak bisa menghindarinya
kerna itu ada laku kamu
Maka aku mahu kau tahu
Memaafkan dan melupakan
Adalah dua perkara berbeza
Begitu juga makna senyumku
Pastinya tidak lagi seperti duluanatomi_ana Post at 8-7-2009 01:29 PM
justeru itu kamu harus ngerti
memaafkan dan melupakan
amat beza maknanya
jangan kamu tenang bila senyumanku menguntum
kerna tafsiran senyuman itu t'lah
hilang keikhlasannya..
Aku bisa memaafkan
Kira itu yang kau pinta
Kerana itu adalah aku
Tetap memaafkan walau disakiti
Biar pun tempiaran sakit didustaimu
sejuta kemaafan itu tetap milikmu
kerana kamu adalah cintaku
Namun
Aku tak bisa melupakan
Kira itu yang kau damba
Kerana parut tetap ada
Biarpun luka telah sembuh
yang tersurat adalah saat menggingati luka ini
merahnya membekas palit - palit kekal
aku tak bisa menghindarinya
kerna itu ada laku kamu
Maka aku mahu kau tahu
Memaafkan dan melupakan
Adalah dua perkara berbeza
Begitu juga makna senyumku
Pastinya tidak lagi seperti dulu
justeru itu kamu harus ngerti
memaafkan dan melupakan
amat beza maknanya
jangan kamu tenang bila senyumanku menguntum
kerna tafsiran senyuman itu t'lah
hilang keikhlasannya
ku impikan bintang
jadi lantai langkah kita
dan senyumku senyummu bertaut
terpana pada kemilauannya
yang teruja akan kisah kita
oh bulan
nyatakanlah rasamu
seperti bintang yang tidak silu
tunjukkan pada kami
akan hangatnya cahayamu
menyaksikan bunga bunga mekar
tumbuh melata di hati aku dan dia...
Rintik-rintik cintamu
menyirami dasar hati
menakung kasih dan sayang
jernih tulus nan suci
biar dihimpun segala
cinta uda dan dara
kasih laila dan qaisy
hangat asmara romi dan juli
ketahuilah olehmu
ia tidak akan pernah sama
ia tidak akan pernah mampu
ia tidak akan pernah setara
gah dan besarnya
nilai getar dan debar
kasih dan cintamu ibu...
Aku tertunduk malu
tidak kuat sepertimu
hatiku seperti semalu
kuncup dan kaku
Awan tidak s ...
anatomi_ana Post at 15-5-2010 19:09
biar hati rasa punya segala...
namun masih terasa kosong nya...
tanpa cinta...aku belum cukup kuat...
kerana rasa nya mengganggu hati..
rasa nya menggegar jiwa...
rasa nya melemah kan kudrat...
berjalan mendabik dada...
hanya angkuh di rasa..
bukan itu mahu ku...
kerana dalam hati terasa kosong nya...
sirna mata mendongak...
menanti pasrah sebuah jawapan..
tenung lah mata ku..
ayuh jalan bersama...
kerana aku..memerlu kan mu..
Embun jatuh menitik
pada bumi yang setia
mengharap sang suria
memancar sinar pagi
mengering kebasahan dedaunan
angin mula berhembusan
beburung bertebar berkicauan
oh begitulah indahnya
penuh warna bak pelangi
maka janganlah dikau bergundah gulana
ketahuilah bahawa aku peneman yang setia
aku ingin jadi bumimu
aku akan jadi mataharimu
aku rela jadi anginmu
yang setia dibasahi embun
yang tegar memancar cahaya
yang gagah menghembus bayu
percayalah hidup ini memang begitu
hendaklah kau jadi orang yang gagah
tabah dan sabar
besar dan tegap
dalam meniti setiap rentak dan liku
sebuah landasan yang dinamakan kehidupan
Aku kekasihmu
yang tidak pernah menghangatkan harimu
aku kekasihmu
yang tidak pernah menyinarkan malammu
aku kekasihmu
yamg tidak pernah mengukir senyummu
aku kekasihmu
yang tidak pernah meledakkan tawamu
Lalu untuk apa kau masih mengikatku
jika benar segala itu anggapanmu
anggaplah aku ini telah mati
lepaskan aku dari ikatan hati
cukuplah segala kata nista
kerna aku benar-benar terluka
kata orang kita x bisa hidup tanpa cinta...
dusta...
hati ku bongkak berkata..
kenapa cinta harus membelenggu jiwa..
belum puas kah kita di jajah??..
aku cuma ketawa...
kata orang kita x bisa hidup tanpa cinta..
bohong..
aku masih bernafas tanpa cinta..
masih bisa tertawa selamba ria..
masih tegak menongkah dunia...
aku cuma ketawa...
sinis sekali..
kata orang kita x bisa hidup tanpa cinta..
lagi-lagi menipu...
aku terus dalam angan ku...
dalam dunia yang konon nya tanpa cinta...
masih bisa ketawa..
sungguh riak...
kata orang kita x bisa hidup tanpa cinta...
setelah mengenali mu...
aku tahu....
kata orang memang kita x bisa..
kerana cinta ada dalam jiwa..
cinta ada dalam hati..
cuma aku yang sering menafi...
kata orang kita x bisa hidup tanpa cinta...
aku akui..
tersipu kini menyulam cinta..
terasa manis nya cinta..
tertikam dek jarum-jarum cinta...
yang dulu aku langsung x percaya....
Idea aku kontang
kering dan tandus
bak tanah haus baja
bak kaktus layu lapar air
terpaku kaku menahan bisanya suria
Tangan aku gigil
membeku sejuk kedinginan
bak terendam dalamnya salji
tak mampu digerakkan
tuk menata, meniti mahupun mencoret
bait-bait indah di helaian putihnya kertas
Aku lemas dalam salahku
aku terbeban dengan nodaku
aku tak ternafas dalam busuknya kisahku
Aku sendiri menghapus segalanya
mencari-cari sinar dalam kelabunya malam
mencari-cari gaung untuk aku humban sesakku
yang memberat bahu dan jiwaku
yang mewarnakan hitam hatiku
Kau yang menjatuhkan aku
kau yang menghitamkan warna hatiku
kau yang memberatkan neraca dosaku
apa kau masih fikir aku punya waktu
apa kau fikir aku masih punya rasa
untuk ketawa riang bersamamu
tanpa punya akal menimbang putih dan hitam
tanpa punya waras mengelaskan suci dan kotor
setiap saat dan detik yang kau ambil dariku
Teruskanlah dengan kisahmu
statik tanpa sedar
barangkali kau percaya
akan datang malaikat
yang menerbangkan kau ke syurga
hingga kau lupa
pada Tuhan yang menciptamu
Maka jangan kau seret aku ke duniamu
cukup sampai di sini
kerna aku sedar hidup ini bernoktah
dan aku ingin berhenti
kerna aku benar-benar malu
di saat aku hanyut
dan benar-benar lupa akanNya
Dia masih belas mendenyutkan nadiku
saya rasa sunyi
awak semakin jauh pergi
tidak seperti dulu lagi
walhal awak okay saja sebelum ini
hanya kerana satu sms yang telah diberi
awak sentap pula bagai laki mati bini
kenapa tiba-tiba beremosi
mana sabar awak telah pergi
dan bila masa pula saya tuduh awak begitu begini
saya cuma kata awak semakin sombong kini
itupun awak nak terasa hati
bukankah awak lelaki penyabar dan kool secara semulajadi
maka tunjukkanlah biar apa yang dikata itu selari
janganlah pula awak hendak lari
berdiam, membisu dan menyepi sunyi
dewasalah awak sebagai lelaki sejati
baiklah awak, saya dengan rendah hati
mohon maaf dari hujung rambut hingga ke kaki
atas segala salah silap peribadi
satu perkara yang awak perlu ketahui
walau apapun yang terjadi
awak tetap lelaki yang bertakhta di hati
hadirnya awak menerbitkan sesuatu di naluri ini
maka saya pohon awak jangan pergi...
saya rasa sunyi
awak semakin jauh pergi
tidak seperti dulu lagi
walhal awak okay saja sebelum ini hanya kerana satu sms yang telah diberi awak sentap pula bagai laki mati bini
kenapa tiba-tiba beremosi
mana sabar awak telah pergi
dan bila masa pula saya tuduh awak begitu begini
saya cuma kata awak semakin sombong kini
itupun awak nak terasa hati
bukankah awak lelaki penyabar dan kool secara semulajadi
maka tunjukkanlah biar apa yang dikata itu selari
janganlah pula awak hendak lari
berdiam, membisu dan menyepi sunyi
dewasalah awak sebagai lelaki sejati
baiklah awak, saya dengan rendah hati
mohon maaf dari hujung rambut hingga ke kaki
atas segala salah silap peribadi
satu perkara yang awak perlu ketahui
walau apapun yang terjadi awak tetap lelaki yang bertakhta di hati hadirnya awak menerbitkan sesuatu di naluri ini maka saya pohon awak jangan pergi...
anatomi_ana Post at 21-9-2010 14:20
Bait yang lucu
Tapi pengakhiran yang baik.. keinginan dan permohonan yang tulus...
Aku lemas dalam salahku
aku terbeban dengan nodaku
aku tak ternafas dalam busuknya kisahku
Aku ...
anatomi_ana Post at 27-7-2010 08:39
Kita,
kita punya pilihan
kita punya jalan dan aturan
kita punya hati dan perasaaan
kita punya daya buat keputusan.
Jangan,
jangan disalahkan pada kemelut
jangan kita lupa diri kita lemah kecut
jangan kita lupa kita beri ruang dihasut
jangan kita lupa kita akan dituntut.
Syukur,
syukurlah kita belum dirujuk
syukurlah datangnya petunjuk
syukurlah kita tidak terus dirasuk
syukurlah kita tidak terus berhati busuk.
Ambillah,
ambillah saat munajat untuk bertaubat
ambillah kesempatan yang ada untuk berubat
ambillah peluang yang diberi untuk bermunajat
ambillah baki waktu yang terluang untuk beribadat.
Moga kita hadir nanti dengan hati yang suci, Insyaallah.