View: 12586|Reply: 93
|
Jantung Ainina dibedah--->ingat lg tak dia ni....
[Copy link]
|
|
Jantung Ainina dibedah
OLEH IZWAN MOHAMAD
Rap
PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.
PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.
Ia sesuai dengan penampilannya yang cukup anggun sebagai wanita Melayu beradab.
Lebih daripada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Ahmad B ini mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung awal 2002 selepas berniat sembuh daripada penyakit misteri pada 1999.
Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan Jumaat lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Ainina yang kurang muncul menerusi kaca televisyen kerana lebih menumpukan kepada kerja alih suara di belakang tabir, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kira-kira tiga minggu lalu selepas mengadu cepat penat dan kurang sihat.
Ibu kepada seorang anak, Nur Arieana Rahmat, 7, ini menjalani pemeriksaan di hospital itu sebelum dirujuk kepada IJN selepas hampir lima tahun mengalami masalah cepat penat dan sering tidak sedap badan.
Sejurus mengetahui berita penyakit terbabit, Selebriti segera menghubungi Rahmat untuk bertemu Ainina. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila keadaan Ainina semakin kritikal dan tidak dibenarkan melawat selain ahli keluarga.
Rahmat memaklumkan jantung isterinya terkena jangkitan kuman sebelum diberi rawatan menggunakan antibiotik, namun jangkitan itu sudah merebak, menyebabkan injap jantungnya rosak dan terpaksa menjalani pembedahan segera memandangkan itu rawatan terbaik buatnya.
“Menurut pakar, injap jantung Ainina terpaksa digantikan dengan injap palsu dan dia harus bergantung kepada ubat selepas ini.
“Insya-Allah, keadaannya akan pulih seperti biasa selepas menjalani pembedahan,” kata Rahmat sehari sebelum operasi pembedahan itu berlangsung.
Katanya, keadaan menjadi lebih parah kerana penyakit Ainina lambat dirujuk kepada pakar lantaran lewat dikesan, menyebabkannya merebak sehingga memerlukan pembedahan.
Rahmat turut memberitahu, keadaan Ainina stabil walaupun berat badannya mula susut sejak dimasukkan ke hospital.
Menyentuh kos perubatan yang mungkin menelan belanja besar, Rahmat bersyukur kerana beberapa persatuan sudi menghulurkan sumbangan, namun dia masih menunggu laporan daripada IJN.
“Saya ada menghubungi kenalan rapat dalam industri dan mereka memberitahu, persatuan mempunyai dana bagi membantu menampung kos perubatan.
“Cuma, saya harus menunggu laporan penuh daripada IJN mengenai jumlah kos yang dikenakan sebelum membuat permohonan dana itu,” kata Rahmat yang terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang memberi sokongan moral terhadapnya dan isteri.
Dia juga berharap masyarakat, khususnya peminat dan rakan yang mengenali Ainina, berdoa semoga kesihatan isterinya kembali sedia kala dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
**terbayang2 ayah dia berlakon,,,jadi pakcik tua batuk2,,hukhuk,,,,masa tu sy kecik lagi,,,darjah 2 thn 92,,,,hmmm..
**mg cpt sehat |
|
|
|
|
|
|
|
ainina ahmad b..
blakon cite spektra ptg2 dlu tu
siannye kt die
ptt la senyap je xde brite |
|
|
|
|
|
|
|
ainina ahmad b...
mmg ingat kat dia ni...sebab time sekolah dulu selalu tgk dia berlakon. esp spektra ptg2 tu..
anyway, semoga cepat sembuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...
semoga cepat sembuh yek...... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh..amin |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh...
walau die nih tak blakon lgk..tp slalu gak dgr sore die dlm anime yg di alih bahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
pic pls...or it didn't happen... |
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk dia berlakon spektra dulu..semoga cepat sembuh... |
|
|
|
|
|
|
|
1# nurwa
moga ainina cepat sembuh. dah kawin ke dia lepas berpisah ngan rahmat? |
|
|
|
|
|
|
|
10# sugarray
dh cerai ke?
tapi,,,,,
Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan Jumaat lalu di Institut Jantung Negara (IJN). |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh..byk2kan berdoa...insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
DIVA SPEKTRA ni wehhhh
smoga cpt sembuh..sian die
sian die dah la muka cam slalu sedih |
|
|
|
|
|
|
|
ingat lagi badan dia yg sekeping..
ini sakit mesti lagi kurus kan..
tapi si rahmat tohak ni dah bercerai ke dengan wife dia dulu si faezah eh?
ke ainina ni masih bermadu? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...
get well soon |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tabah dan cepat sembuh buat ainina |
|
|
|
|
|
|
|
10# sugarray
dh cerai ke?
tapi,,,,,
Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerl ...
nurwa Post at 12-7-2009 14:41
bila pulak ada cerita cerai nih???? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah jumpa di kat jln tar...kurus...anak lawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|