CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: f_zal

[MERGED]MISTERI SULUR BIDAR

[Copy link]
Post time 18-6-2012 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2012 03:31 PM | Show all posts
atukmanje posted on 16-7-2011 02:07 AM
bila terbaca thread korang suma....teringat lak exp atuk dulu...
mase tuh atuk n geng g tasek kenyi ...

......cite ko ni memang misterila.......harap ko dapat update ngan cite2 lain.....tq........
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 06:29 PM | Show all posts

Misteri Sulur Bidar



Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.


Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari   dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.


Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.




Versi Pertama

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang  dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.


Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 06:33 PM | Show all posts
tak boleh ke post jer kat thread yang sedia ade..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:10 PM | Show all posts
Ada satu citer xfiles pasal ni...x ingat season n eps brp
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Err,bukan da pnh ad ke thread ni..cer search dl blh x tt?sbb ble byk2 thread yg same,jd sepah plak..

Just my opinion..tt jgn marah eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 07:18 PM | Show all posts
Kat CI ...sulur bidar minat hoki...cer tanya sulur bidar kat sane
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:27 PM | Show all posts
calling for sulur bidar

nak panggil cemana aku xtau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 08:15 PM | Show all posts
sulur bidar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:50 PM | Show all posts
rasenye cam dah ade topic ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:58 AM | Show all posts
igtkn forumer sulur bidar punya cite...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 10:30 AM | Show all posts
bukan ke thread sulur bidar ni dah ada.. cer selak page belakang2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:04 AM | Show all posts
baru aku tau sulur bidar tu hape .. dapat info baru tq tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:46 PM | Show all posts
baru faham sulur bidar tu...sebelum ni x pernah tahu n faham...
tq TT...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 07:57 PM | Show all posts
Ayah az mancing dekat Tasik Kenyir mlm ni balik esok mlm kalau mancing kat tepi tasik tu je kena tk ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:06 PM | Show all posts
sulur bidar ni rsnya mitos jerk.. sbb setakat ni x pernah ada saksi yg btl2 kata pernah jumpa. bnyk yg kata org penah jumpa. tp sp orgnya x tau... kalo btl orgnya meh bg nama penuh n no ic, br aku percaya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 09:40 PM | Show all posts
benang ni dah ada....tapi dah mendap kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:47 PM | Show all posts
thread sulur bidar ni dh ada di buka oleh f_zal ni..

mesti xsearch dulu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 10:31 PM | Show all posts
@SulurBidar

apa ler porumer suma ni...nak seru seru pun ta reti.. nak seru jin.. pontianak mintak number ekor reti lak ...      

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:09 PM | Show all posts
Moh ramai2 seru

@SulurBidar  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.836520 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list