CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26572|Reply: 161

ANAK remaja di obersee

[Copy link]
Post time 19-7-2009 09:19 AM | Show all posts |Read mode
salam

nak tanya pd kawan2 yg ada pengalaman membesarkan anak2 remaja
atau diri sendiri yg beremaja kat obersee.....apa pron and cons, tolong kongsi

nak dpt feedback, sebab risau dgn zaman2 remaja anak2 nie nanti
kalo kami decide nak migrate lepas nie......

thanks in advance

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2009 09:19 PM | Show all posts
rasanya lagi elok kot besarkan anak di oseas compared ngan kat mesia..hehe

mesia ni macam dah teruk bangat anak2 remaja skang..ngan terlebih sosial bagai

at least kalu kat oseas, anak2 melayu ni katagori minority kat sekolah, so rasanya takde la kot geng ngan budak2 gangster..ataupun kalau pompuan takde la geng ngan group2 cheerleaders..huhuhu. so macam jauh la sikit dari anasir2 yang merbahaya (cth buli, sks bebas, etc)

cons..emm, kelas agama susah sikit ah nak dapat. pastu nak convince-kan anak suh gi skolah pakai tudung. makan pon leceh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 09:26 AM | Show all posts
saya rasa besarkan anak2 remaja di oversea sama mencabar mcm di malaysia..few of our friends have moved back to mid east because of this..terbaru, kawan rapat kami nak balik egypt for good pasal anak jantan derang tak mau sekolah dah..umur 17 thn selalu tak balik rumah, la ni kerja construction dgn kawan baik kawan tu..terpaksa, kalau tidak tak mana2 tah dia pergi..at least kawan tu boleh tgk2kan dia...di sini once your kid turn 16, they can move out from the house and parent cant say nothing..kalau paksa, budak2 tu boleh lapor pd pihak berkuasa..

kami pun give ourselves another 5 years before we move to saudi arabia or dubai..inshallah...la ni my anak dara tu dah mula ckp pasal boyfriend2 ni..umur baru 5 tahun!..adohai..seram gila aku..next year prep inshallah masuk islamic school..cukuplah rasanya dah tinggal lama kat oz ni..nak merasa duduk di timur tgh pulak..pujuk suami suh pindah malaysia dia ckp no can do..nak buat camna..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 04:27 PM | Show all posts
Bab ni susah nak cakap sebab remaja Mesia sekarang ni ramai yg teruk2 sama naik ngan kat luar sana. Jangankan bandar besar cam KL tu, bandar kecil kami ni pun apa kurangnya. Hm...rasanya bergantung atas didikan kita sebagai ibubapa dan setakat mana kawalan yg kita beri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 04:59 PM | Show all posts
The grass is always greener on the other side of the fence...

One of the main reason why we moved back to Malaysia dari Australia dulu sebab masa tu dah nampak betapa susahnya nak besarkan anak Melayu Islam di negara orang Islam minority.  We shared the same predicament as nour's.  Masa tu anak perempuan ke girls school, jadi not as bad as co-ed.  Tapi pengaruh sosial tu dah banyak.  Party sentiasa, keeping up wit peer pressure semua, kesian anak-anak.  Of course kita tak nak kurung anak-anak kita untuk elak dia dari join aktiviti tu semua, tapi kita jugak tak boleh biar dia bebas kan?  Kesimpulannya sangat susah.

TV tak yah cakaplah.  Even now kat UK ni banyak channel kena lock.  After 8 pm kena make sure no more tv or they will bump into scenes yang tak sepatutnya ditonton while browsing the channels.   Tapi itula setakat mana sangat kita boleh control?  

Ilmu agama pulak, kalau setakat kelas hujung minggu memang tak cukup...bagi akak lah.  Berapa jam sangatlah, macam buat syarat je.  Kita nak ajar pun tak pandai.  Kalau anak kecik, insya Allah cukuplah ilmu kita nak ajar, tapi bila anak dah teenager, perlu berguru sebab ilmu kita sendiri pun cetek.  Kalau di Malaysia, kalau kita nak cari insyAllah senang berbanding luar negara.

Di uk ni ada anak kawan yang pindah dari International school ke all girls school.  Tak tahan pressure, kawan-kawan semua bercouple.  And you can imagine macam mana mat saleh dan minah saleh bercouple...showing affection publicly.  Anak dia sendiri yang mintak tukar sekolah rather than "blending in".

Kesimpulannya , kalau kita nak uphold Islamic values kat overseas, insya Allah boleh.  Kalau tak pergi ke day Islamic schools, antar ke all girls or all boys day school.  Kurang pressure dari segi girl-boy relationship. Itu masalah paling besar rasanya.   Kalau anak nak pakai tudung pun insyAllah ok.  Bincang dengan pihak sekolah.  Cari sekolah yang practise high tolerance dari segi ethnic and religious diversity.

Masa di Australia dulu, we managed to negotiate dengan pihak sekolah anak tak attend christian education class walaupun it was a compulsory lesson.  Kat UK alhamdulillah anak kat Islamic school and international school yg tak payah belajar christian education.

At the same time yang penting kita sebagai parents Melayu Islam ni, tangggungjawab kita sangatlah besar nak didik anak-anak berlandaskan nilai-nilai dan jati diri Melayu Islam.  Apa pun kita bertanggungjawab dan akan kena jawab satu hari nanti.  Itu yang paling takut.

Mak akak cakap jadilah macam ikan, walaupun berenang dalam air masin, isinya tetap manis.  Jangan pulak jadi ikan masin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 07:30 PM | Show all posts
welcoming all respons....

1st ...i bukan nak buat perbandingan remaja kat malaya atau obersee, yg mana tak baik
secara kasar kalo perati takde beza pun ..... dan semampu mana kita mak/ayah nak sekat
pengaruh kawan2 dan persekitaran, teknologi sekarang sesama membesar dgn anak2 nie
tak terkejar dek kita.....cuma i nak highlite isu apa yg selalunya jadi masalah besar pd anak2 remaja
kat sana....aware dgn masalah yg bakal timbul, plg tidak kita dah ada amaran...

pengalaman i dgn anak2 remaja melayu masa i duk sana, kebanyakkan berpunca drp mak/ayah
kekadang mak/ayah lebih omputis drp local omputiss sendirik....so pepahamlah cemana kann
anak2 pun ikut trend mak/ayah gak....tapi ada pamili indon yg i rapat nie kat cheltenham(spell?)
OK....mak/ayah memang trend asian parents laaa.....dgn bebelnya, dgn garangnya...
tapi anak2 nampak OK w/pun bukan muslim....asian values tu masih tebal...

tu yg hubby sependapat dgn belanga, yg penting kita as parents....tapi bak kata k.fie
setakat nak ajar anak recite quran OK masa anak2 kecik nie....tapi bila dah besar, kita pun tak cukup ilmu
sesama gak kena mencari....so pi mai-pi mai, i duk argue dgn hubby isunya tetap sama
kalo anak tu sendiri yg OK...dia cariklah yg baik w/pun mana dia duduk kan, tak kisahlah malaya atau obersee
anak2 malaya nie punnnn.....kalo yg KO akan dicarik serba mak nenek, pandai sajakan...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 09:04 PM | Show all posts
From my observation both kat UK,( Muslim migrants dari Pakistan), dan di Australia (yang migrate dari Singapore, Middle East,) the first generation yang migrate ok, semangat dan jiwa kental lagi, masih berpegang pada agama dan budaya asal (budaya yang eloklah bukan budaya yang membabi buta), second generation ... dah mula loose.  Third gen...hmmm....susah sikit.  Require a high degree of abstinence and vigilance.

Anyway value again is very subjective.  Setengah orang nampak value dari segi sopan santun, berbudi bahasa seprti gadis/teruna melayu terakhir gitu.  Dan dia rasa ok je anak-anak remaja dia kat oversea tu.   Tak dinafikan memang penting value dari segi kesopanan dan kesusilaan .  Tapi value dari segi Islam melepasi pengertian moral value dari  budaya Melayu .  Bukan hanya sopan santun dan berbudi bahasa saja, malah amalan cara hidup yang dituntut oleh Islam secara keseluruhan.

Betul alja, kalau kita mak bapak lebih terikut budaya luar, jadilah kita umpama ketam ek?

Dan remaja di Malaysia sekarang ni.  They seem so lost.  Seolah tak ada panduan.  Sedih dan menakutkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 09:46 PM | Show all posts
From my observation both kat UK,( Muslim migrants dari Pakistan), dan di Australia (yang migrate dari Singapore, Middle East,) the first generation yang migrate ok, semangat dan jiwa kental lagi, masi ...
KakFie Post at 20-7-2009 21:04


ahaa....ada satu movie citer sebijik pasal migrants dr india duk US
mak/ayah dia memang pure dr tanah asal....dgn identiti dan cara hidup masih tak hilang
tapi anak2 tu idenititi tu dah cair sket.....

so masa tgk citer tu, sampai kol 3 pagi....hehehe
i duk tanya myself antara value islam dan identiti bangsa, mana yg kita nak kekalkan?
rasanya kalo isunya islam....duk alaska pun bole jadi islam kann
tapi yg lagik jadi primary isu yg i sendiri tak paham....are we OK anak2 nie islam tanpa kenal origin?
atau kita nak dekatkan isu islam nie dgn masyarakat melayu islam tu sendiri...
kita sayang dgn bangsa keturunan melayu nie...
cemana esok2 lusa, anak ini tetap islam ..insyaAllah tapi bukan melayu dr segi jati diri
rugi tak kita? ....

cam bebaru nie, anak nie pegi stadium tgk MU beraksi...
dia sokong MU, pakai jersi bagai....dia sokong MU bila depa score
dia marah bila Msian score....bapak dia balik duk rasionalise dgn dia
apa2 pun bangsa kita dulu...bapaknya patriotik sket wokeyyy
so cemana anak nie esok kalo duk luar....rasa2 dia ada rasa sayang tak kat negara dia?

cam melalut saja soalan nie...paham tak, hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 11:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by KakFie at 21-7-2009 00:13
ahaa....ada satu movie citer sebijik pasal migrants dr india duk US
mak/ayah dia memang pure dr tanah asal....dgn identiti dan cara hidup masih tak hilang
tapi anak2 tu idenititi tu dah cair ske ...
my-alja Post at 20-7-2009 21:46


Paham..paham...

Benda ni tak susah sebenarnya...tak payah diberatkan apa yang mudah.

Banyak adat Melayu yang berciri keIslaman, dari segi pakaian, pergaulan, makanan dan sambutan perayaan.
Definasi Melayu itu sendiri
1) Beragama Islam
2)Bertutur bahasa Melayu
3)Mengamalkan adat dan budaya Melayu.



So kita masih boleh mengekalkan kemelayuan kita dengan mempraktikkan nombor 1 dan 2.  Tak susah.  Yang no 3 kita tapislah apa yang tidak bertentangan dengan no 1.  Macam Asimov's Law of Robot gitu.  Bab biar mati anak jangan mati adat tu out of  question la.

Tapi kan tentang bertutur Bahasa Melayu rasanya dah ramai yang "murtad melayu" even kat Malaysia pun, tak pandai bahasa Melayu..

Kalau kita pergi mana-mana dunia sekalipun rakyat Malaysia berbangga mengaku Malaysian.  Orang Melayu bangga mengaku Malaysian.  Roots kita susah kita nak lupa sebab warna kulit kita, features kita cannot lie .  Unless kalau kita buat plastik surgery tukar feature dan warna kulit jadi caucasian.  Susah nak jumpa orang yang lupa asal usulnya dari Malaysia.  

Tapi dalam kita bangga mengaku Malaysian, Malaysia Boleh bergema sentiasa, ada segelintir anak melayu yang makan/minum makanan haram, tinggal serumah dengan bf/gf, berpakaian tak sopan, etc etc etc.

Jadi apa sebenarnya yang kita cari?  Melayu pun tidak, Islam jauh sekali.  Langsung tak ada identity.


1)Nilai-nilai Islam sebagai cara hidup. Solat, quran, makanan, pergaulan etc - of utmost importance.  Ini priority , kena cuba sedaya upaya .  Tak boleh diambik ringan.
2)Sayangkan negara Malaysia.  Tak kira walau apa pun political orientation kita.  Bila kita sayangkan negara/ingat negara, kita akan ingat asal usul bangsa kita.

Apa pun Melayu is nothing tanpa Islam.  Tak kisah kot kalau kita hanya Melayu pada nama sahaja, Melayu sebab berhidung pesek.  Tapi sangat kisah kalau kita hanya Islam pada nama.  Sapa nak jawab nanti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 08:11 AM | Show all posts
9# KakFie

analogi nya k.fie pasal ikan tu.....tepat!
u duk dlm  situasi mana pun....ikan tetap isi ikan, bukan ikan masin

nie plak analogi my hubby, dia nak anak2 dia cam burung....
tahu balik asal , dia nak anak2 nie kenal dan paham root dia dr mana
kemana-mana pun dia terbang....ingat balik asal sendiri
balik dgn rasa dia part of this big pamili....ada sepupu2, sedara, berkenduri

semalam duk browse options sekolah2 berbayar yg available kat sini
tak termampu oleh rakyat marhean nie....so i ada wishful thinking lagik
kalo i mampu berikan international approach for his education, maybe settle masalah i
but hubby kata....anak nie takkan rasa cam duk malaya dan berkawan dgn org2 biasa
dlm dilemma k.fie....i cuma nak rite approach of education dlm negara nie
which is almost impossible for u to get it without money....

sehari suntuk sebelum nie, duk dgr citer budak2 UTP...uni teknologi petronas gagal dlm interview
bukan masalah bahasa, bukan masalah CGPA....masalahnya pointer 3.5 above doesn't mean anything to them
dia buat projek sebab lecturer suruh, dia jadi nie sebab lecturer nak ....
thingking ability almost nil.....menakutkan sihh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 09:39 AM | Show all posts
Salam Alja, Kak Fie. Menarik topik ni untuk dibincangkan. Tapi aku macam tak dak mood hari ni....kerja berlambak..tu pasal ler.

Macam aku kata sebelum ni, susah nak cakap, nak  timbang nak pilih. .  Menetap di Malaysia: syok dlm perkara ini, tak kena perkara  itu. Duk di luar sana, bagus perkara  ini, tak bagus perkara itu. Jadi tak pening ke tu?

Soal2 agama, akhlak, adat budaya, jati diri, identiti semuanya perlu diambil kira.
Saya dan suami juga pernah berbincang perkara ini. Suami saya kata masalah sosial remaja di sekolah kat US m emang teruk, tak sesuai dengan kita.

Tapi bila lihat kualiti pendidikan di sini, rasanya tak guna kami sekolahkan anak2 di sini sehingga peringkat menengah dan tinggi. Bukan setakat itu sahaja, ramai rakyat Malaysia termasuk pihak sekolah sendiri dan kerajaan bersifat ' racist'. Saya tak suka perkara ini.

Macam Alja cakap, sekolah private mahal. Lagipun bila kita  fikir balik, kenapa kita mesti berabis beribu2 sebulan untuk sekolahkan anak  (kecuali ia tidak membebankan kita) walhal  sepatutnya kerajaan kita sediakan/utamakan kualilti pendidikan untuk semua rakyat.  Saya dah tetap akan 'educate' anak di negara lain yg kualiti pendidikan awam lebih baik.
Bab2 sosial dan ugama insyaalah dengan pertolongan Allah tidak akan menjadi masalah yg berat.

Saya setuju dengan pendapat suami Alja yg kalau hantar anak ke International School, anak tak rasa cam duk Malaya. Atas sebab itulah, kami tak hantar anak ke International school di Penang. Kami tinggal di kampong, di rumah kayu berusia 51 thn. , anak2 bercakap Melayu seperti kanak2 Melayu yg lain, terlibat dengan aktiviti2 kesenian Melayu tradisi. Ini semua saya galakkan supaya mereka tahu dan kenal asal usul dan warisan tradisi nenek moyang. Mereka juga luangkan masa  belajar berzanji. Semuanya ini adalah bekal untuk mereka di kemudian hari apabila kami pindah ke US semula. Walaupun menetap di sana nanti, kami seperti biasa kerap pulang ke kampong, jadi kalau kata nak terpisah dari roots di sini tu tak mungkin lah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 12:26 PM | Show all posts
hmm..saya personally tak suka anak2 membersar di oseas. memang aim nak balik malaysia before anak masuk high school (sekarang ni baru kindy). sebab-nya..kita dulu kecik2 pergi kelas agama, pergi kelas mengaji..so kita nak anak2 pon dapat merasa benda2 yang sama. jangan sampai bila dia dah besar, dah ada gf bagai takmo balik msia. tension, time amik anak balik skolah tgk dia tengah peluk cium2 anjing. sebab dia time tu kecik lagi tak paham yang kita ni tak bole pegang anjing. maybe kalau pegi oseas time anak dah teenager senang sikit kot, sebab dah faham & mmg dah tau adat2 melayu dan ajaran islam.

tapi pelik jugak, ada kenal sorang ni..mmg aim nak pergi oseas untuk anak 'menjadik' omputih. mmg dari di malaysia lagi dia dah ajar anak dia cakap english (sampai anak x reti ckp melayu & x makan nasi), budaya omputih suma dia ajar kat anak dia. la ni dia dapat peluang sambung study di oseas mmg melompat kegumbiraaan la..sebab akhirnaya tercapai cita2 dia nak anak dia betul2 dapat suasana di oseas.

hmm..lain orang lain cara..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 04:12 PM | Show all posts
Salam Alja, Kak Fie. Menarik topik ni untuk dibincangkan. Tapi aku macam tak dak mood hari ni....kerja berlambak..tu pasal ler.

Macam aku kata sebelum ni, susah nak cakap, nak  timbang nak pilih. . ...
belanga Post at 21-7-2009 09:39


Belangan di Penang sekarang ni?

yup...rasanya susah anak-anak nak lupa root kita kalau both parents dari Malaysia dan masih ada "kampung".  

Tapi tak tahulah, kalau dah memang berniat untuk jadi PR atau citizen di luar negara, anak-anak dah  membesar di sana, circle of friends semua di sana, bekerja di sana, susah jugak kot nak jadi camar yang pulang ke sarang.  Mereka akan lebih relate dengan negara lain dari tanah tumpah darah kita sendiri.  Malaysia hanya menjadi satu negara percutian, bukan sebagai "kampung".  We cant blame them tho.  Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.

Kalau kahwin dengan rakyat negara lain, convert dan menetap di negara lain tak tahu lah pulak macam mana penekanan tentang agama Islam dan budaya Melayu.  Ada forumers yang berpengalaman?  Tentu mereka punya concern yang berbeza dari kita.

Tentang education kat Malaysia...hmmmm...letih.  Dah 52 tahun merdeka belum lagi jumpak formula pendidikan.  Bila kabinet bertukar, sistem pendidikan pun tukar, masing-masing nak jadi champion.  Pening.

Tapi ramai parents di Malaysia yang saya kenal begitu calculative bila  nak sekolahkan anak.  Mahalnya....itu ini.  Tapi spend on branded clothing/item, rumah, kereta mewah, holiday sana sini tak kisah pulak.  
Masa kat Malaysia my husband selalu gurau cakap kat anak-anak.  "kalau kamu semua tak sekolah kat situ, mesti ayah dah drive BMW sekarang ni."

Kesimpulannya lain orang lain priority dan concernnya.  Dan priority inilah yang mencorakkan jalan hidup kita.  No right or wrong selagi masih berlandaskan nilai2 Islam.  Doa, take the plunge, tawakkal tu alAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 07:14 PM | Show all posts
12# plja2117

based on my observation k.....kalo kat malaya nie, plg kritikal utk anak2 belajar agama masa sekolah rendah
tempat pun byk tapi bila dah lepas ke secondary, anak2 nie cam takde aktiviti keagamaan cam sebelum nie
unless mak/ayah memang initiate sumthing lah kot...cam group usrah

antara sebab i nak anak2 nie dpt pendidikan agama masa usia2 camni....
masih dlm keadaan rebung, masih lembut nak dibentuk....dah remaja tu, rasanya dah liat sket
tu lah kan, i pun byk pengalaman berkawan dgn mak2 local yg rasa dia omputiss...
susah nak kata lah, masing2 ada cara tersendiri...apa yg dia nak tgk kat anak2 nie kot

like me and hubby, we all nie 2-2 asal kampung....so pamili masih ramai kat kpg
pergilah hujung dunia pun, org kpg tetap dihati....i nak anak2 nie pun ada value tu, tak lupa asal
for me, anak makan lasagna bukan buat dia jadi omputis punnn....
org jamu pasta, makan....jamu gulai pun telan...senang nak post duk afrika nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 07:23 PM | Show all posts
11# belanga

yelah bel, sekolah international byk kat penang...jenuh gak tu kalo hantaq dr sp
kena carik yg ada hostel plak kot.....duit cam air banjir kan, huhuhuhu

tapi kalo mampu sekalipun, bel dan my hubby punya point ...is another thing to ponder
taknaklah sebab nak education tip-top sampai anak2 nie nak kena kawan dgn org kayangan saja
yg mak2 nya bawak beg rege ribuan, dtg sekolah dgn drebar....i tak suka limit persekitaran dia
dgn golongan2 elite nie saja....plg tidak, satu extra point masuk sekolah local nie
anak2 nie berkawan dgn semua golongan....dr yg kureng sampailah yg ada-ada, blend in

bila ingat camni, miss sgt nak balik UK....tgk anak nie pi laurel 1st school
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by belanga at 23-7-2009 08:48

12# plja2117

Hairan gak ek, kenapa beriya2 dia nak anak 'jadi orang lain' , nak jadi omputih in particular? Secara amnya, hebat sangat ke omputih ni? Hanya orang yg kurang berfikir dan memerhati sahaja berfikiran begitu.  Rugi besar tu tak tahu bahasa sendiri dan adat budaya sendiri. Aku takut nanti besar, budak tu berotak sikit, tentu dia akan kesal dengan cara didikan mak bapa dia dan malu dengan kekurangan diri.

Kamu kata masa teenager kat oversea, lebih senang sikit berbanding semasa kecil tapi saya berpendapat lain pula. Bagi saya kalau kecik lagi senang sebab derang lebih masa dengan kita dan pengaruh buruk dari teman sebaya kurang. Lagipun budak2 kecil taklah bermasalah moral. Kalau dah teenager, ngeri tu. Masa tu hormon2 pun mula aktif, derang lagi banyak bersembang dengan kawan2  dan expose kepada perkara2 sosial yg kurang elok. Peer pressure lagi. Aku rasa masa teenager tu susah kat sana.

Saya kenal seorang ibu tinggal di US. Anak dia 13 dan 11. Tiap hari Sabtu dia ajar  agama. Anak2 dia rajin sembahyang walaupun suami dia tidak. Bagus betul dia didik anak2. Saya tenguk anak2 dia bagus saja. Tapi masyarakat Islam lain pula pandang serong sebab suami dia tak jalankan cara hidup Islam sangat. Suami dia omputih convert la, bukan asal Islam. Tapi dia dapat didik anak2 dengan baik walaupun jauh dari Malaysia . Itu saya tabik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 08:43 AM | Show all posts
Alja, tolong habaq mai sat. Apa maksud hang nak 'migrate'.  Adakah hang bermaksud pindah terus ke mana2 negara di mana hampa sekeluarga memohon menjadi rakyat ataupun penduduk tetap negara tersebut ataupun hanya ke sesuatu negara untuk bekerja buat sementara waktu. Suatu hari nanti balik menetap di Mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:46 AM | Show all posts
Saya rasa kalau kita nak besarkan anak2 di negara yg agama rasminya bukan Islam adalah lebih memudahkan jika kita cari bandar yg besar di mana ramai orang Islam, ada aktiviti2 Islam dan sekolah Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2009 09:10 AM | Show all posts
Alja, tolong habaq mai sat. Apa maksud hang nak 'migrate'.  Adakah hang bermaksud pindah terus ke mana2 negara di mana hampa sekeluarga memohon menjadi rakyat ataupun penduduk tetap negara tersebut at ...
belanga Post at 23-7-2009 08:43


pindah satu tempat sampai dpt PR....dpt local fee utk ke unibersiti
nak balik tak balik lepas tu, depends ....kalo i nie, masih nak balik sini
kalo hubby....dia tak kisah...dia punya dream nak retire kat NZ...huhuhuhu

aku nak tua kat sini lah bel, pengalaman sendirik tgk nenek2 tua masa kat swiss dulu
cam tak berapa berkenan sgt.....fizikal tua gayut tapi hati muda ya amatt...
mungkin sebab persekitaran kan....ntah laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 09:15 AM | Show all posts
3# nour2001

Nour, aku nak komen fasal anak kawan Nour umur 17th tu yg tak balik rumah. Kat mana2 pun kalau kita tak didik dan kawal anak secara pepatutnya,  macam tu la jadinya. Tak hormat ibubapa, tak kenal rumah yg mana, tak fikir yg ibubapa risaukan dia atau tidak. Tak bertanggungjawab. Puncanya siapa? Pada pendapat aku, ibubapa juga. Kita tak boleh salahkan orang lain, salahkan orang luar padahal kita sendiri yg lemah.

Dulu anak kepada sepupu saya jadi begitu. Umur 18th. Tak balik rumah, ikut kawan2, naik motor. Kalau balik rumahpun pukul 2,3 pagi. Sepupu saya marah sampai berbuih mulut. Sepupu saya sibuk kerja. Anak nak apapun beri termasuk motosikal. Sedari umur 12th dah dibenarkan tonggang moto ke kedai. Pergi sekolah sendiri. Pergi urusan apa2pun sendiri. Bila dah mula lepas, langsung terlepas, susah nak kawal lagi dah.

Saya perhati abang dan kakak ipar saya lain pula. Anak2 pergi sekolah, tuition semua diambil dan dihantar. Kemana2pun tak pernah pergi sendiri. Komputer di living room bukan in bedroom. Cellphone hanya diberi apabila masuk asrama. Anak2 tak ada masalah langsung.

Cuba kita perhati zaman nabi2 kita dulu. Hidup dalam masyarakat ygsangat jahil tetapi mereka elok juga. Orang mungkin akan kata, itunabi. Ya lah...tapi itulah pengajaran serta panduan  yg kita bolehambil. Seperti kata kawan kita , ikan duk dlm air masin tetap takmasin. Walau di manapun kita tinggal, biar kita dapat belajar menjadiseorang yg kuat, tak mudah goyah dan terpengaruh dengan perkara2 ygtidak baik. Bagaimana kita dapat halang diri/ anak2  dari terjebakdengan perkara2 tak baik ini? Didikan, hubungan rapat ibubapa dan anak2  serta perkara utama iaitu  asas agama yg kukuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.100943 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list