CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4984|Reply: 26

Pasang 200 kamera sistem AES

[Copy link]
Post time 21-7-2009 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mycos79 at 21-7-2009 12:33

Pasang 200 kamera sistem AES



IPOH - Lebih ramai pesalah trafik akan menghadapi risiko disaman menerusi langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang 200 unit Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mulai 1 September ini.

Setakat ini sebanyak 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk pemasangan kamera tersebut yang mempunyai fungsi membuat rakaman kesalahan trafik dengan lebih berkesan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES lebih praktikal berbanding sistem kamera sedia ada yang beroperasi di bawah seliaan Polis Diraja Malaysia.

"Ia dibangunkan bersama sebuah syarikat swasta dengan keupayaan merakam kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju serta beroperasi 24 jam tanpa henti,'' katanya.

*************apa komen anda???? berkesan atau dummy sj....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 03:45 PM | Show all posts
aku rasa, kat bandar ipoh ni dah lama ada.... pernah kena kat are greentown mall pada tahun 1997 dulu.

di penang memang aktif menda ni.

di karak hiway cuma sempat 2-3 tahun.

pastu senyap. susah nak menten.

yg kaya, org tengah yg deal menda ni........

wa ka ka....

tapi aku percaya, positif, mungkin mereka buleh buat yg terbaik kali ni. jgn hangat hangat taik ayam dah la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 04:11 PM | Show all posts
2# geng_tx


aku dulu kena kat trafic light kat lorong kulit penang...hampeh...lampu cepat jer tukar kuning ke merah...terbang rm300. memang berfungsi kalau kat lampu isyarat...

speed trap pernah sekali kat jalan jeli kawasan 80 lebih 95kmh....kalau mcm tuh 24jam berfungsi...abih ler....sekarang jalan pong elok...baling grik best woo jalan luas...lancar....layan korner...adeh...nanti tak pasai2 kena saman...

kalau bender nie berfungsi aku rasa lepas nie laku ler bender yg detect speed trap nie....hahaha...reger tak tau lah...

Speed Trap Detector


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 06:29 PM | Show all posts
opis mate aku baru beli nokia n95.

ada function map gprs ke hapa ntah... gramin punya map kut.. bleh detect speed segala tu

dia kata , boleh detect speed trap. tapi dai tak pernah jumpa speed trap lagi. so dia tatau betul ke tak function tu...

siapa boleh verify?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:45 PM | Show all posts
speedtrap detect motor tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2009 08:06 AM | Show all posts
5# dune1989

setakat nie...tak rasa tak der lagi motor kena speed trap....tak taulah kalau sistem AES nie canggih...leh detect speed utk motorsikal...hehehe...ko bawak laju gak ker dune???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2009 08:08 AM | Show all posts
4# geng_tx

aku pernah tengok dlm hp member...tapi aku rasa itu tempat yg biasa ada speed trap...maksudnya lokasi mungkin tak update...entahlah...tapi kalau dia update selalu...bagus lah leh tau mana lokasi terbaru kamera AES nie......selamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 10:33 AM | Show all posts
err..laju tuh tak la..kat highway selalu je mantain 110km/h ke 120km/h je..
cuma kat jalan biasa nih yang 60km/h top aje kadang2 bawak laju..
ade la sket berlaku keterpaksaan langgar lampu merah di mana tengah laju..
lampu hijau bertukar merah..
naya kalau brek ngejut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2009 05:44 PM | Show all posts
5# dune1989


kena......

member aku, ada 2-3 keping speed trap punya tiket...

asik duk ulang LPT ktn - Kl     nak "bayar bil air" punya pasal...

tu SBK yg lari dengan kelajuan 'ayaq naik kapla'...  

kalau motor biasa lari 100-150, aku rasa , lagi tak dak masalah.
cuma faktor nombor plet je... kecik -besar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 06:29 PM | Show all posts
5# dune1989


kena......

member aku, ada 2-3 keping speed trap punya tiket...

asik duk ulang LPT ktn - Kl     nak "bayar bil air" punya pasal...

tu SBK yg lari dengan kelajuan 'ayaq naik ...
geng_tx Post at 22-7-2009 05:44 PM


aduh..yeke..bape kali kena kat Ipoh nih yg trafik light dari hijau tetiba nak kuning..
dah la tengah laju..
harap2 la takde saman..
kadang2 cam tak logik je..
letak camera speed trap kat trafik light..
tapi bagi sela masa dari hijau ke merah tuh cepat..
kalau nak elak langgar mesti ramai yg dah eksiden sebab nak berhenti then elak saman hu4..
erm..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 09:46 AM | Show all posts
patut la mat-2 rempit kasi ekjaz sikit no plet
ada yg kepak patah satu abjad,ada yg kopek nombor la dll..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 12:14 PM | Show all posts
ohh,jd yg kepak2 no plate tuh mat rempit la ek?
baru aku tau..sebab no plate baru tp dah terkepak hu4..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2009 08:24 AM | Show all posts
12# dune1989

ko nie kira2 ala2 mat rempit lah yer....yang pasti jangan bawak laju2 ikut peraturan.....

tulah.....kita nie takut kena saman dari takut dgn risiko kemalangan...ayoooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2009 08:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by mycos79 at 27-7-2009 08:30

...sebab 2-3 hari nie....kemalangan teruk sgt....bahaya...

ni kat Pahang

ORANG ramai melihat kereta Kenari yang hancur dilanggar lori kontena di Jalan Kuantan-Maran, Maran semalam.

MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.

ni kat Johor

KULAIJAYA – Lima orang termasuk empat beranak terkorban selepas kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam ketika kereta itu berhenti menunggu lampu isyarat pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Zakaria Marjone, 40, isterinya, Hawa Kassim, 40, dua anak pasangan itu, Nor Fatin Nadia, 13, dan Mohd. Amirul Fahmi, 10, serta anak jiran mereka, Awaludin, yang berusia setahun.

Dua lagi anak pasangan malang berkenaan, Mohd. Aidil Hakim, 16, dan Mohd. Faris, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya berkata, kereta yang dipandu Zakaria bersama enam lagi penumpang dikatakan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat.

Menurut beliau, kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Kelapa Sawit sebelum dirempuh sebuah treler dari arah belakang. Treler itu dipercayai hilang kawalan kerana dipandu laju.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 11:58 AM | Show all posts
nampakn sangat kempen kesedaran keselamatan jalan raya tak berkesan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 12:27 PM | Show all posts
3# mycos79

berisiko jgk beb kalo ko nk pakai bende ni... silap2 ko kene double charge dr en.polis...
mnjadi satu kesalahan guna speedtrap detector..
aku penah dgr.. even kite dh sorok pun bende ni kat kete.. polis leh tau gak kite pakai...
yela.. kan ke bende tu transmit microwave ke ape ntah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 12:41 PM | Show all posts
3# mycos79

berisiko jgk beb kalo ko nk pakai bende ni... silap2 ko kene double charge dr en.polis...
mnjadi satu kesalahan guna speedtrap detector..
aku penah dgr.. even kite dh sorok pun bende ...
akukah Post at 27-7-2009 12:27


Ada ka undang2 yg cakap boleh saman kalu pasang speedtrap detector.
biasalah.... kalu polis guna high teknologi utk tangkap pesalah jalan raya, mesti ada teknologi utk lawan balik.
mcm perang gak ler.... setiap senjata mesti ada senjata utk lwan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 06:19 PM | Show all posts
erm,kempen cume pendekatan..
yang mengubahnye diri pemandu itu..
kempen2 tapi tak mau ikut tak gune gakkan..
buat rugi dn nyusahkan org je..
tapi kalau dah ajal nak wat camne..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 06:20 PM | Show all posts
mycos,aku tak rempit le..
aku pemandu cermat..
tapi cermat bertempat he4..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2009 07:48 PM | Show all posts
19# dune1989

....saja jer aku nak usik...kikiki...aku pong sekarang nie takut nak bawak laju2...bahaya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151536 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list