CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

PRK N11 Permatang Pasir

[Copy link]
 Author| Post time 14-8-2009 02:57 PM | Show all posts
Menanti pertembungan Zahid dengan bekas bosnya di P.Pasir

13 Aug 2009 11:29PM
Oleh Mohd Sayuti Omar

BELUM tiba hari penamaan calon Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Umno yang mensebotaj pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos depan.

Katanya mereka yang sebotaj akan dipecat dalam masa 60 hari, dua bulan. Tegasnya juga dia tidak main-main dengan kata-katanya itu.

Amboi, amboi beraninya naib presiden Umno seorang ini. Tegas sekali bunyinya. Mendengar kata-kata itu seolah-olah Zahid tidak main-main dalam perjuangan. Seolah-olah dia tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana pengkhianat.

Seolah-olahnya dia juga seorang yang berprinsip dan tidak pernah melakukan kesalahan kepada Umno atau mana-mana individu. Baguslah kalau begitu.

Soalnya apakah ahli Umno mendengar kata-kata Zahid itu? Apakah ahli akan akur kepada kata-katanya?

Apabila awal-awal lagi Zahid sudah memberi amaran itu ia memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Semacam sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan. Mungkin Zahid sudah dapat menghidunya.

Kalau begitu lah gayenye (sling Perak sikit) bermakna UBN 'rohak'lah hendak merampas kerusi berkenaan. Kalau sama sendiri sudah mula tunjal menunjal ibarat kata Pas akan menang besar pilihan raya berkenaan. Kenyataan dan gambaran yang diberikan Zahid itu menjadikan Pas tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Sesungguhnya pilihan raya berkenaan penting bagi Zahid untuk menguji sejauh mana wibawanya sebagai ketua Umno Pulau Pinang.

Permatang Pasir adalah ujian pertama buat Zahid. Walaupun sudah berlaku pilihan raya kecil di Penanti baru-baru ini, tetapi Zahid terselamat kerana UBN pengecut tidak bertanding dan berselindug disebalik alasan pilihan raya itu sebagai mainan politik PKR. Padahal hakikatnya tidak yakin boleh menang.

Saya rasa bukan saya saja ternanti-nanti untuk melihat pilihan raya Permatang Pasir itu. Tetapi orang lain juga kerana nak tenguk bagaimana Zahid akan ‘berjumpa’ dengan bekas bosnya Anwar Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan.

Orang ramai tunggu nak dengar apakah Zahid juga akan turut sama menghirup air liur Muhyiddin untuk mengutuk Anwar sebagai pengkhianat bangsa di Permatang Pasir.

Jika diukur kepada peribadi Zahid kita tidak yakin dia tergamak mengutuk Anwar atau menggunakan isu pengkhianat bangsa itu melainkan dia terpaksa berbuat begitu.

Dalam politik selalu berlaku tersalah sangka, orang baik sebenarnya jahat dan orang jahat boleh jadi baik. Sama-sama kita tunggu sebaik saja selesai penamaan calon pada 17 Ogos ini.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Permatang Pasir adalah ujian pertama buat Zahid. Foto: Zahid bersama bos sekarang

-KLpos-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 03:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by alhaj72 at 14-8-2009 15:17
BN akan tunai janji ikut peti undi

Ogos 12, 09 1:06pm        

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.



"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.

"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Ni mesti kajian yang telah dibuat selepas PRK Manek Urai... janji macam-macam lepas tu elak nak buat..

Atau pun kerana memberi janji yang hebat di manek Urai... mereka meneruskan tradisi berjanji di pilihan raya... almaklum hampir nak menang di manek urai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 12:21 AM | Show all posts
Bila agaknya ada ceramah DSAI? Aku duduk dekat sana aja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 09:53 PM | Show all posts


Permatang Pasir: Salleh lwn Rohaizat

Abdul Rahim Sabri
Ogos 14, 09
11:23am       

PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.



Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Calon bebas

Sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pasir.



Kamarul sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetap gagal.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.

-Malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 09:55 PM | Show all posts
P. Pasir: BN guna sentuhan peribadi pikat pengundi

Ogos 15, 09 3:23pm       

Jentera pilihan raya BN Pulau Pinang menggunakan pendekatan "sentuhan peribadi" dengan mendekati dan bertemu sendiri pengundi semasa berkempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata menerusi pendekatan itu, BN dapat mendengar pandangan selain memahami keperluan pengundi di kawasan itu.



"Kita akan ikut strategi seperti di Manik Urai, di mana kita buat pendekatan dari rumah ke rumah dan membuat perbincangan kelompok kecil untuk bertemu dan memahami keperluan pengundi," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar Kenegaraan dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan dan Perpaduan Negara 2009 sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-52 di ibunegara hari ini.

Pilihan raya kecil itu, yang dijadualkan pada 25 Ogos, akan menyaksikan calon BN Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Cawangan Permatang Pauh mencabar Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Dr Koh juga meminta jentera pilihan raya BN supaya beusaha gigih untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu.

"Peluang BN baik setakat ini...kita hendaklah terus berusaha dengan gigih untuk yakinkan para pengundi supaya mengundi BN," katanya.

Sementara itu, Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan akan memantapkan lagi unit Rukun Tetangga (RT) dan menjadikannya satu saluran untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat di peringkat akar umbi.

Setakat ini terdapat 4,300 unit RT di seluruh negara dan kerajaan mensasarkan menubuhkan 300 unit RT setiap tahun. BERNAMA

-Malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 10:01 PM | Show all posts
USTAZ SALLEH MAN CALON PAS       
               
Written by Editor          
Friday, 14 August 2009 23:03


PERMATANG PASIR - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man sah akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Ustaz Salleh sebagai calon PAS dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, semalam.

Ustaz Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

(Gambar - Ustaz Salleh (kiri) memberikan ucapan setelah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir)

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.



Sementara itu sebagai ‘kick-start’ program pilihanraya kecil Permatang Pasir  satu program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) Program tersebut adalah seperti dibawah;.


“Anwar akan jawab siapa pengkhianat melayu”



Program 1 :


Pelancaran jentera dan bilik gerakan pkr pilihanraya kecil dun permatang pasir

Tempat : permatang pasir

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah :

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YAB Lim Guan Eng

3) YB Prof Mansor Othman

4) YB Saifudin Nasution

5) Ybhg Haji Mohamad Sabu

6) YB Dato’ Zahrain Hashim


Program 2 :

ceramah perdana

Tempat : taman cermai, permatang pauh

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3) YB Lim Kit Siang

4) Ybhg Haji Mohamad Sabu

Last Updated on Sunday, 16 August 2009 09:45

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2009 10:30 PM | Show all posts
PAS dijangka ulangi 5 amanat di Permatang Pasir

Oleh ANUAR AHMAD
Sun | Aug 16, 09 | 12:44:51 pm MYT



PERMATANG PAUH, 16 Ogos: PAS dijangka akan terus menggunakan prinsip �5 amanat pimpinan PAS kepada ahli PAS� untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

"Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,"kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.


Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya.

Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).



Sementara itu, Rabu lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Nizar Jamaludin (gambar) telah memulakan kempen PRK Dun Permatang Pasir di Masjid Batu berhampiran pekan Permatang Pauh.

"Saya berasa bertuah kerana berpeluang memulakan kempen pilihanraya di sini. Marilah kita jadikan kemenangan PRK ini sebagai satu mesej penolakan terhadap keangkuhan Barisan Nasional, dan kebiadaban UMNO yang terang lagi nyata,"katanya.

Nizar yang juga Menteri Besar Perak yang digulingkan BN mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya.

Baginya terdapat pelbagai strategi yang boleh disusun bagi menghadapi ranjau UMNO/BN.

"Saya harap setiap ahli PAS akan berjaya `menakluk� 5 rumah penyokong atau ahli UMNO/Barisan Nasional. Pujuklah mereka dan pastikan mereka mengundi kita," katanya.

Dia juga mengingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu.

"Sebab itulah pemimpin UMNO/BN memukul canang yang mereka akan menggunakan strategi yang dilakukan di Manek Urai untuk meranap PAS,"katanya.

Katanya, dia mendapat laporan di sana (Manek Urai) setiap ketua rumah disogok dengan dua tiga ribu ringgit dan penerimanya dipaksa bersumpah agar mengundi UMNO/BN.

"Saya yakin orang di sini (Permatang Pasir) tidak akan terpesona dengan wang yang dilayang didepan mata. Orang di Permatang Pasir bijak pandai sudah tahu menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN,"katanya.

Pada pilihan raya Manek Urai, PAS menang tipis dengan majoriti 65 undi saja kerana gara-gara kempen BN yang keterlaluan._

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 10:46 PM | Show all posts
Intergrasikan jentera 3 parti Pakatan - Lim Guan Eng

Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 16, 09 | 2:07:34 pm MYT

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: Semasa melancarkan jentera DAP di Permatang Pasir semalam, Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu semua parti komponen Pakatan bersatu berkempen habis habisan memenangkan calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Permatang Pasir sangat penting bagi ketiga-tiga parti Pakatan samaada PAS, PKR atau DAP.

Selain untuk mengekalkan survival politik parti masing masing, keputusan pilihanraya Permatang Pasir ini juga penting kerana ianya bakal mencerminkan sejauh mana keutuhan dan muafakat yang terjalin antara ketiga tiga parti Pakatan setelah cuba dirobek dengan pelbagai cara oleh Umno Barisan Nasional.

Melihat kepada kesan besar itu, Lim Guan Eng mengharapkan pilihanraya kecil ini adalah medan pembuktian muafakat kesemua parti pakatan dengan menggunakan pendekatan mengintegrasikan kesemua jentera parti.

"Kita akan cuba integrasikan gerak kerja masing-masing di sini. Kita pernah guna strategi �integrasi kempen� semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding; semasa Dr. Mansor Othman bertanding; dan sekarang kita perkasakan sekali lagi untuk calon kita, Salleh Man," ujarnya semalam.

Kesemua komponen parti Pakatan katanya mempunyai kelebihan masing-masing dan jika ianya digunakan secara strategik, ia mampu membuahkan kejayaan yang lebih besar dari apa yang pernah dicapai.



"Kita akan buat bersama dan juga mengikut aktiviti parti-parti. Kita perlu faham bahawa ada beberapa kerja-kerja perlu dilakukan bersama dan mengikut parti secara fleksibel," tambahnya lagi

Sementara itu Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang berkata pendekatan kempen DAP pada Pilihanraya Umum yang lalu serta beberapa pilihanraya kecil di negeri itu akan digunakan sepenuhnya.

Namun jelasnya, skuad pemantau isu yang ditubuhkan DAP akan mengkaji kesesuaian pendekatan baru yang akan diambil supaya selaras dengan pendekatan kempen PAS dan realiti pengundi setempat.

Petang ini juga, akan berlangsung pelancaran jentera pemuda Pakatan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik gerakan AMK di sini. Ianya akan disusuli dengan satu ceramah perdana malam ini yang akan turut disertai Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang.-mna

_

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2009 11:00 PM | Show all posts


Nik Aziz, Hadi, Anwar dan Guan Eng iringi calon PAS

Oleh Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 16, 09 | 9:42:38 pm MYT

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: Menjelang hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir esok. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man esok.

Selain mereka, kesemua pemimpin PAS di peringkat pusat yang lain di samping para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan hadir perarakan calon tersebut.

Majlis esok akan bermula jam 7.45 pagi di mana kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta berkumpul di Simpang Tiga Berapit sebelum berarak ke Jalan Mengkuang.

Penempatan itu adalah seperti yang dipersetujui pada perbincangan antara wakil-wakil calon bertanding dengan pihak polis. Manakala pusat penamaan calon adalah dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam.

Setiausaha PAS kawasan Permatang Pauh Ahmad Kamal Bin Ahmad ketika ditemui memberitahu, PAS negeri itu menganggarkan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat akan hadir esok.

Beliau turut memberi jaminan perhimpunan esok juga akan berlangsung aman. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini, 300 petugas Unit Amal akan ditempatkan mengawal keadaan.

Semalam Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew memberitahu, dua jalan utama ke pusat penamaan ditutup kepada lalulintas iaitu Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang mulai pukul 6 pagi hingga 3 petang esok.

Sehubungan itu kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta merancang perjalanan dan mengikut arahan pucuk pimpinan._mna_

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 01:28 AM | Show all posts
Ahad Ogos 16, 2009

Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN

Oleh G. MANIMARAN


GEMBIRA... Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama calon BN, Rohaizat Othman (kiri) dan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (kanan sekali) pada sidang media selepas pertemuan lebih sejam bersama ahli jawatankuasa empat peringkat Umno bahagian itu di bilik gerakan sepusat BN di Bukit Merah, Permatang Pasir petang tadi.

SEBERANG PRAI: Dakwaan pembangkang wujudnya salah guna wang Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang hendak dibangkitkan semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, tidak melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Menjelaskan perkara ini kira-kira 14 jam sebelum penamaan calon pilihan raya kecil esok, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rohaizat, 38, tidak hilang kelayakan untuk bertanding dan akan membawa cabaran BN.

"... oleh yang demikian Rohaizat adalah layak untuk bertanding sebagai calon BN, dalam penamaan calon esok," kata Pengerusi Umno Pulau Pinang itu pada sidang media di bilik gerakan sepusat BN di Bukit Merah dekat sini hari ini.

Terdahulu beliau menjelaskan isu berkenaan kepada ahli-ahli jawatankuasa empat peringkat Umno selama lebih sejam yang bermula 6 petang tadi.

"Saya telah menjelaskan terhadap isu yang mengatakan bahawa Saudara Rohaizat telah hilang kelayakan kerana beliau telah dikeluarkan dari senarai peguam yang boleh mengamalkan firma guamannya.

"Dari penjelasan yang diberikan oleh penasihat undang-undang bahawa pihak Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang diperjelaskan oleh Bendaharinya, Tuan Haji Omar (Hamid), pembayaran terhadap wang yang dipegang oleh syarikat guaman Saudara Rohaizat telah pun diselesaikan lama dahulu.

"Oleh yang demikian, mereka juga telah lama menarik balik laporan yang dibuat terhadap penggunaan wang pelanggan oleh firma guaman Saudara Rohaizat, di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya... di mana perkara ini telah pun diselesaikan," katanya.

Omar ketika ditemui mengesahkan beliau hadir pada pertemuan lebih sejam untuk menjelaskan kedudukan semasa.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, perkara itu didakwa berlaku tahun 2000 dan kes tersebut telah ditarik balik tiga tahun kemudian.

Pagi tadi, Rohaizat memberitahu, beliau sudah bersedia untuk menyangkal apa jua tuduhan yang bakal dibawa Pakatan Rakyat, yang diwakili PAS, semasa kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Saya sudah bersedia (untuk menghadapi) dan sedar bahawa mereka akan menggunakan serangan peribadi (ketika kempen)," kata beliau ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai.

ISU PENTING - PAS

Malam tadi ketika ditemui mStar Online di Sungai Dua dekat sini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya mempunyai "satu isu penting yang akan digunakan" dalam kempen kali ini.

Isu tersebut berkaitan dengan calon BN, kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun jelas beliau, isu tersebut hanya akan digunakan jika keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

MASIH LAYAK BERTANDING

Zahid menjelaskan, mengikut undang-undang jika seseorang mahu menjadi calon, mereka tidak boleh terlibat dalam jenayah sama sekali.

"Maka adalah sah bahawa jenayah tidak dilakukan oleh calon BN (Rohaizat). Yang kedua, beliau juga tidak didenda sebanyak RM2,000 atas apa yang dilakukan," kata beliau.

Menurut beliau, "perkara yang harus diperjelaskan ialah firma guaman ini dan Saudara Rohaizat hanya tidak boleh menjadi pengamal undang-undang kerana keputusan telah dibuat oleh Majlis Peguam."

"Oleh yang demikian Saudara Rohaizat adalah layak untuk bertanding sebagai calon BN dalam penamaan calon esok," katanya lagi.

NASIHAT NIK AZIZ

Mengenai kemungkinan serangan peribadi, Zahid memberitahu, pihaknya tidak khuatir dengan serangan-serangan peribadi kerana ini menjadi perkara biasa.

"Menjadi permainan politik pihak lawan dan kami akan menghadapi apa sahaja serangan peribadi yang akan dilontarkan terhadap Saudara Rohaizat.

"Yang penting walaupun kami ahli Umno dan BN, kita mengikuti nasihat daripada Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang mengatakan bahawa jangan membuat serangan peribadi. Kita juga akur kepada nasihat beliau walaupun kita bukan ahli PAS.

"Kalau kita boleh akur dengan nasihat Mursyidul Am PAS, maka tiada sebab mengapa ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS tidak boleh ikut nasihat Mursyidul Am PAS," katanya.

Sejauh mana serangan peribadi ini akan menjejaskan kredibiliti calon BN kelak, Zahid menambah, "ini soal persepsi."

"Menguruskan persepsi adalah pendekatan kami... perspesi negatif, itu tugas kami untuk menjelaskan kepada pengundi-pengundi," katanya.

Menjawab soalan berhubung ucapan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid pada persidangan perwakilan bahagian itu pagi tadi bahawa ada puak yang cuba mensabotaj jentera BN, Zahid menjelaskan:

"Saya telah dapat atasi kerana keempat-empat jawatankuasa ada (hadir mesyuarat lebih sejam). Tadi kami telah bersumpah dengan nama Allah, dan saya mengetuai sumpah itu, bahawa mereka tidak akan membangkitkan perkara-perkara dalaman untuk dijadikan sebagai isu dalam pilihan raya ini."

Tegasnya, "saya akan mengizinkan mereka untuk berbeda pendapat sekali lagi dan seterusnya selepas 6 petang 25 Ogos nanti."

"Kalau nak berperang, berperanglah tapi selepas 6 petang 25 hari bulan selepas membuang undi... sekarang ini gencatan senjata," katanya.

-mStar-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 01:44 AM | Show all posts
Ahad Ogos 16, 2009

Esok penamaan calon Umno Permatang Pauh masih 'riuh'

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Meskipun tinggal satu hari menjelang proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Umno Bahagian Permatang Pauh nampaknya masih belum bebas sepenuhnya daripada pergolakan dalaman.

Sebagaimana disaksikan setahun lalu suasana 'tidak tenteram' berlarutan sehingga ke hari ini apabila Ketuanya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid terpaksa menegaskan yang beliau tidak terlibat dalam soal pemilihan calon bagi pilihan raya kecil kali ini.

"Sumpah saya tidak terlibat dalam proses menentukan calon Permatang Pasir. Semuanya dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.

"Demi Allah, saya tidak tahu apa-apa, saya tidak terlibat langsung dalam proses pemilihan calon,"
kata beliau ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai dekat sini hari ini.

Umno Permatang Pauh menyerahkan kepada pucuk pimpinan bulat-bulat untuk memilih calon.

Beliau terpaksa menjelaskan demikian ekoran wujudnya pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon BN.

Abdul Jalil berkata, ada orang menuduhnya telah mencampuri urusan memilih calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Ada yang mendakwa pemilihan Setiausaha bahagian itu, Rohaizat Othman sebagai calon sebagai orangnya.

"Itu tidak benar dan hanya fitnah bagi memburukkan nama saya," kata beliau dalam ucapannya yang sebahagian besar memfokus ke atas soal masalah dalaman bahagian itu, usaha mensabotaj parti dan enggan bekerjasama. Nama Rohaizat diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Abdul Jalil juga kesal kerana masih ada suara-suara sumbang yang cuba mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan bagi menjatuhkan imej beliau.

Katanya, ia hanya timbul pada musim pilihan raya termasuk tiga pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.

Kata beliau, pemimpin-pemimpin Umno Permatang Pauh sepatutnya menyokong calon yang dipilih untuk memastikan kemenangan Umno dan BN.

"Mereka menimbulkan pelbagai masalah yang memeningkan kepala kita pula," kata Abdul Jalil.

Sehubungan itu tegas beliau, kumpulan tersebut yang dianggapnya sebagai pengkhianat tidak perlu menonjolkan diri pada waktu tertentu semata-mata mahu mendapatkan jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebelum ini.

"Kenapa apabila ada pilihan raya, mereka pun timbul dan melakukan pelbagai cara untuk merosakkan perpaduan ahli dan parti.

"Mereka ini sebenarnya tidak ada kerja dan hanya mencari kesilapan orang lain,"
katanya.

Tambah beliau, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai pengkhianat bangsa, kumpulan itu juga harus dianggap sebagai "pengkhianat parti dan disingkirkan."

Justeru beliau meminta Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memantau keadaan itu dan mengambil tindakan tegas dengan memecat mereka daripada parti.

"Kegiatan mereka tidak boleh dibiarkan kerana membahayakan parti," katanya lagi. Tegas Abdul Jalil, "matlamat mereka ialah mahu melihat Umno Permatang Pauh digantung oleh pucuk pimpinan kerana masalah yang dicetuskan itu." Abdul Jalil juga menjelaskan bahawa kekayaan yang dinikmatinya selama ini bukan dikaut melalui Umno Permatang Pauh tetapi diperolehi sebelum itu lagi.

"Sebelum datang ke Permatang Pauh, saya sudah mempunyai 11 kereta dan sudah biasa dengan kehidupan seperti itu... bukan dua kereta dan ditambah dengan lapan lagi.

"Jadi jangan tuduh saya jadi Ketua Bahagian Permatang Pauh hanya untuk mengumpul kekayaan,"
katanya.

Ketika ditemui selepas majlis perasmian, Abdul Jalil menjelaskan, tindakan mereka jelas menunjukkan pihaknya hendak mensabotaj beliau dan Umno Permatang Pauh.

"Ini tanda mereka hendak sabotaj," kata beliau sambil menambah, ia melibatkan sekitar lima pemimpin.

"Mereka telah cuba untuk membawa usul tergempar pada persidangan perwakilan hari ini untuk menggantung Umno Permatang Pauh," katanya.

Kata beliau, kumpulan itu tidak hadiri program kepimpinan Umno Permatang Pauh yang diadakan di Langkawi minggu lalu.

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:30 PM | Show all posts
Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di P Pasir

Ogos 17, 09 7:08am       

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.



Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.


Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.



"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:33 PM | Show all posts
kalau betul la ada pengundi hantu nih.. bagus la kalau pihak BN pun dah mula mempertikaikannya.. kalau tak dulu.. pihak pembangkang aje yang naik kan isu nih..

sekarang nih..sama-sama la memerangi pengundi hantu.. sekiranya benar ada...

baru lah kita mendapat keputusan PRU@PRK yang betul dan tepat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:37 PM | Show all posts


BN-PAS 'bertempur' di Permatang Pasir

Ogos 17, 09 9:10am       

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..



Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.



Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.

Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.

Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.

Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.

Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

-Malaysiakini-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:57 PM | Show all posts
Terkini Permatang Pasir

Zulfikar Mashoor, Haris Zalkapli & Mohd Sabri Said
Mon | Aug 17, 09 | 9:02:56 am MYT



Dikemaskini 11.45- PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

9.45 pagi

Calon PAS, Salleh Man pula tiba bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya.

Laporan lanjut menyusul. - azm _

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 01:08 PM | Show all posts
Ramai pakai topeng pagi penamaan calon, dijangka 3 penjuru

17 Aug 2009 8:28AM
Oleh G.Manimaran

BUKIT MERTAJAM: Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - yang diadakan dalam tempoh singkat sejak wujudnya kekosongan - berlangsung pagi ini dengan saingan dijangka melibatkan tiga penjuru.

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil yang kelapan sejak Mac 2008 ini bermula 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia untuk melangsungkan proses penamaan calon dengan kawalan keselamatan ketat pihak polis.

"Semuanya berjalan dengan lancar, kami menunggu waktu penamaan calon," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online pukul 8 pagi tadi.

Kata beliau, perarakan penyokong parti-parti yang bertanding belum kelihatan tetapi cuaca adalah cerah.

"Cuaca sejak pagi nampak cerah dan berdasarkan perkembangan setakat ini, saya yakin proses penamaan calon akan berjalan dengan lancar," katanya.

Proses penamaan calon berlangsung di sebalik beberapa pendekatan baru diperkenalkan dan keseriusan jangkitan wabak influenza A(H1N1).

Tinjauan mStar Online mendapati anggota pasukan keselamatan, pekerja pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Semalam Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua parti yang bertanding agak mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman awal dan mengelak jangkitan.

Seperti lazimnya parti-parti utama sudah mengumumkan calon masing-masing. Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh Rohaizat Othman, 38, yang juga penasihat undang-undang syarie adalah calon BN.

Calon PAS pula ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man, 52.

Calon Bebas yang mungkin bertanding ialah Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti.


Kerusi Permatang Pasir itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai akibat sakit jantung

Dalam pada itu, beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 6 pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Wari Kiew sebelum ini berkata, langkah itu bagi melancarkan proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.

Kenderaan yang datang dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE).

"Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan IKBN itu," kata beliau.

Tiga kawasan khas disediakan berhampiran IKBN untuk meletak kenderaan yang jaraknya antara 600 meter dan 1.4 kilometer dari pusat penamaan calon. / Mstar, Foto ihsan rakan Facebook.

*Foto PAS ihsan Irsyad Sidi yang menggunakan Facebook Mobile.

*Foto BN ihsan Lokman Noor Bin Adam yang menggunakan Facebook Mobile.












-KLpos-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2009 01:16 PM | Show all posts
Isnin Ogos 17, 2009

Satu lawan satu di DUN Permatang Pasir
Hanya calon BN, PAS serah borang penamaan calon

Oleh G. MANIMARAN


SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - yang diwarnai kebimbangan jangkitan influenza A(H1N1) dan suasana bulan Ramadan hujung minggu ini - menyaksikan saingan satu lawan satu antara musuh tradisi - BN dan PAS.

Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.

Status calon kedua-dua parti itu diumumkan satu setengah jam kemudian. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan iaitu 13 daripada PAS terhadap Rohaizat manakal BN mengemukakan dua ke atas Salleh.

Bagaimanapun tiada apa-apa bantahan berkaitan dengan isu salah guna wang membabitkan bekas firma guaman Rohaizat yang menjadi isu dibangkitkan pembangkang.

Antara bantahan yang dibangkitkan berkaitan dengan status pekerjaan. Misalnya PAS mempertikaikan pekerjaan Rohaizat yang disebutkan sebagai ahli perniagaan sedang media melaporkan beliau seorang peguam syarie dan penasihat undang-undang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya ketika mengumumkan status nama calon di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara berkata, pihaknya menerima 15 bantahan tetapi semua ditolak.

"Dengan itu, hanya dua calon bertanding iaitu Rohaizat Othman dari Barisan Nasional dan Mohd. Salleh Man dari PAS," katanya.

Borang penamaan calon BN diterima pukul 9.03 pagi manakala calon PAS berbuat demikian tiga minit kemudian.

Pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding mengubah 'fikiran' pada minit-minit terakhir.

Walaupun beliau memasuki dewan penamaan calon kira-kira empat minit sebelum 10 pagi tetapi tidak menyerahkan borang.

"Saya masuk dewan tetapi terus ke tandas. Apabila saya keluar dari tandas saya dapati pegawai-pegawai SPR keluar dan dapati masa untuk serah borang sudah berakhir," kata beliau kepada wartawan.

Beliau pernah bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Penanti.

Walaupun gagal serah borang Kamarul terus berada di khemah yang dikhaskan untuk calon Bebas sehingga Roslan mengumumkan nama calon-calon yang sah.

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 01:25 PM | Show all posts
Isnin Ogos 17, 2009

PERKEMBANGAN HARI PENAMAAN CALON DUN PERMATANG PASIR

Oleh G. MANIMARAN


Calon BN Rohaizat Othman (paling kiri) memasuki kawasan IBKN dengan diiringi pemimpin-pemimpin komponen BN dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Rombongan penyokong iringan BN di luar IBKN.


BERKUMPUL.. Penyokong parti-parti yang bertanding mula berkumpul seawal pukul 7 pagi di pusat penamaan calon Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Suasana di luar kawasan IBKN, Bukit Mertajam pada pukul 8 pagi.

BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

11.40 pagi: Rombongan penyokong BN dan PAS meninggalkan IBKN.

11.30 pagi: SPR sahkan status calon - dua bertanding - BN diwakili Rohaizat Othman dan PAS, Salleh Man.

11.25 pagi: Kekecohan dan ketegangan di bahagian penyokong Pakatan. Anggota polis dikejarkan.

11.22 pagi: Nik Aziz keluar dari IKBN.

11.20 pagi: Kamarul Ramizu masih di pekarangan IBKN.

11.01 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya umumkan sesi bantahan penamaan calon berakhir.

10.35 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang berkata keadaan pada keseluruhannya tenang dan terkawal. Penyokong Pakatan yang berkumpul di sebelah kiri IBKN kelihatan riuh berbanding penyokong BN di sebelah kanan. Sekumpulan kecil penyokong Pakatan melepasi kawasan yang dihadkan, tapi dipisahkan oleh pagar. Ia menimbulkan sedikit kekecohan apabila polis arah mereka beredar dari kawasan itu. Tapi mereka enggan ikut arahan itu.

10.30 pagi: Wakil parti bertanding - BN dan PAS - dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN - di Jalan Berapit. Mereka hanya dibenarkan hadir dalam kumpulan yang setiapnya hanya lima orang.

10.20 pagi: Kamarul Ramizu Idris pula berkata, beliau tidak sempat menyerahkan borang penamaan calon walaupun telah berjaya memasuki dewan penamaan calon. Katanya, beliau ke tandas dulu sebelum ke kaunter serah borang.

10.10 pagi: Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya mengumumkan sesi kemuka borang penamaan calon berakhir. Sesi bantahan bermula, berlangsung selama sejam.

9.51 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob ketika ditemui mStar Online berkata, jumlah kehadiran penyokong iringan dianggarkan dalam lingkungan 8,000 orang melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan. Lebih rendah daripada anggaran pihaknya.

9.50 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di IKBN.

9.45 pagi: Musryidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di perkarangan IKBN.

9.30 pagi: Setakat ini dua calon - BN dan PAS yang dilihat telah memasuki dewan penamaan calon di IBKN.

9.15 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di IBKN.

9.05 pagi: Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.

Sementara itu, Calon PAS, Salleh Man dibawa masuk ke dewan penamaan calon.

9.01 pagi: Dengan diiringi Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan peguam Umno, calon BN Rohaizat Othman dibawa masuk ke dewan penamaan calon.

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya umumkan sesi kemukakan borang penamaan calon bermula. Berlangsung selama sejam.

8.49 pagi: Calon BN, Rohaizat Othman memasuki kawasan IBKN dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

8.40 pagi: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di IBKN.

8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 02:44 PM | Show all posts
wahh bagusla.. ade variety face mask..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 02:48 PM | Show all posts
ye la..sebaik jauh..kalau dekat ..nak gak satu.. tapi bukan nak pakai.. saja suka buat collection benda-benda yang jarang dijumpai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.563209 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list