CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

PRK N11 Permatang Pasir

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2009 06:26 PM | Show all posts
ooo jadi kemaluan Nik Aziz kecil la
anakmuda Post at 19-8-2009 16:52


tak malu ke buat posting cam nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2009 06:27 PM | Show all posts
BN baru serah memorandum undi hanti pada SPR tadi..
sandera Post at 19-8-2009 17:54


bagus juga kalau BN dah mula sedar tentang pengundi hantu nih.. kalau benar ada....dulu-dulu masa tak pernah kalah.. tak mau diambil kira rungutan orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2009 06:41 PM | Show all posts
Ini kenyataan penuh bekas rakan kongsi calon BN

20 Aug 2009 12:35PM

Kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri Isahak dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini

PADA tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

-KLpos-
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 10:10 PM | Show all posts
Mana mau tutup itu bangkai dahhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 01:12 PM | Show all posts
boleh guna duit orang suka2 ke pasal nak tolong kawan2.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 04:13 PM | Show all posts
Tu namanya PECAH AMANAH!!! Tak layak jadi pemimpin!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2009 04:26 PM | Show all posts
BN GUNA TENTERA; ZAHID TIPU?               
       
Written by Wartawan Buletin          
Friday, 21 August 2009 12:18



PERMATANG PAUH – Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar menyanggah penafian Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pilihanraya terbabit.

Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’ dan bukan bertujuan politik .

Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?



Menurut Mahfudz kor perubatan tentera tersebut di letakkan dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan apa?,

”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti ‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’, khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz



Katanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.

Menurutnya, beliau dimakluman,  Yusri sudah mula berkempen untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh UMNO/BN ke atas dirinya.


”Fitnah tersebut menjejaskan maruah keluarganya. Malam ini (20 Ogos), saya mendapat makluman, Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2009 04:37 PM | Show all posts


Yusri nafi dipergunakan oleh PAS

Abdul Rahim Sabri
Ogos 22, 09
3:31pm       

Yusri Isahak - bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman - menafikan bahawa beliau dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

"Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya.



"Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri," kata Yusri dalam ceramah PAS di di hadapan Kedai Asri di Permatang Tengah malam tadi.

Beliau menggunakan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Yusri menolak dakwaan Umno bahawa beliau adalah rakan kongsi yang menyebabkan calon BN Rohaizat Othman dibatalkan lesen gumannya oleh Majlis Peguam.

Beliau menyifatkan sebagai satu pembohongan dakwaan Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dan tidak tahu menahu berhubung transaksi wang koperasi itu.

Walaupun muncul sekadar lima minit tetapi Yusri mampu menarik kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasannya itu.

Dikawal ketat

Pada masa yang sama, ceramah itu juga diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis sedang berkawal di situ.

Dalam ceramahnya, Yusri berkata beliau "sebak dan tidak sanggup" untuk menyatakan rakan baiknya itu - yang dikenalinya pada 1989 sejak di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - seorang yang tidak baik.

"Kami tinggal sebilik di universiti. Esok kita berpuasa, terkenang saya sewaktu kami bersahur dan bertadarus bersama-sama. Dia seorang yang kuat semangat.

"Nak kata dia tak baik, tak sampai hati. Apa yang dicakapkannya adalah bukan datang dari sepenuh hatinya. Rakan saya dipergunakan untuk mencapai kepentingan mereka.


"Terserahlah kepada pengundi untuk menilainya," katanya sewaktu mengakhiri ucapannya itu.

Yusri terpaksa beredar lebih awal kerana dipercayai bergegas ke tempat ceramah yang lain.

Beliau turut dikawal ketat oleh kira-kira enam orang bagi menjaga keselamatannya.

Kempen mansuh PPSMI

Sementara itu, rancangan Sasterawan Negara A. Samad Said untuk berceramah di situ terpaksa dibatalkan kerana beliau keletihan.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, tokoh sasterawan yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu, menjelaskan beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas berceramah di lima tempat dan yang terakhir di Kampung Pelet.

Sebelum ini, beliau dilaporkan bercadang untuk berceramah berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) agar dasar tersebut dimansuhkan segera.

Manakala AJK PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata kecenderungan pengundi Cina untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, membuktikan mereka juga yakin dasar parti itu yang diterima oleh semua kaum.

"Dulu susah nak tengok orang Cina bawa bendera PAS. Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin. Kita nak bawa politik baru dalam masyarakat," katanya sambil menambah, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng turut membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu dengan memberi bantuan kepada SAR.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di situ supaya mengundi calon PAS Mohd Salleh Man bagi memastikan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim terus kukuh.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2009 04:38 PM | Show all posts
kalau saya pun..saya akan sedaya upaya membersihkan nama saya ..sekiranya saya tak bersalah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2009 04:43 PM | Show all posts
Dr M tidak pasti adakah calon BN layak

Abdul Aziz Mustafa
Sat | Aug 22, 09 | 11:25:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman disabotaj oleh ahli-ahli Umno, berlainan pula kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika anda memberikan seseorang sebab yang baik untuk mensabotaj anda, mudahlah disabotaj dan ia salah anda sendiri," Malaysian Insider memetik sindiran Dr Mahathir.

Kenyataan bekas Presiden Umno itu dilihat menambahkan lagi tekanan ke atas BN dan Rohaizat.

Laman berita itu juga melaporkan bahawa Dr Mahathir tidak pasti adakah Rohaizat layak bertanding.

Malaysiakini pula melaporkan, sambil tersengih Dr Mahathir berkata: "Saya diberitahu bahawa beliau dituduh mempunyai dua orang isteri, tetapi dia kata tidak. Kemudian seseorang menunjukkan gambar. Saya tidak tahu adakah orang seperti itu layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau tidak.

"Saya tak tahulah".

Laman berita itu bagaimanapun tidak dapat memastikan adakah gambar wanita yang didakwa sebagai seorang lagi isteri Rohaizat itu, yang dikatakan bernama Rafizah Mohd Ali, sudah disebarkan kepada umum.

Tetapi, menurut Malaysiakini, media di Permatang Pasir telah mendapat khabar bahawa ada pihak tertentu yang menyebarkan rakaman video temubual dengan Rafizah baru-baru ini.

Kontroversi mengenai Rohaizat tercetus apabila didedahkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara telah dibatalkan.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah,"
katanya lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat ialah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman yang pernah menjadipemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN memerintah negeri itu. Rayuan Rohaizat supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Menambahkan lagi derita Umno dan Rohaizat, Yusri kemudiannya mengadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2009 05:25 PM | Show all posts
Sabtu Ogos 22, 2009

Didakwa guna jentera kerajaan, bilik gerakan diserbu SPR

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'menyerbu' bilik gerakan Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir petang semalam ekoran aduan program kendalian pusat itu melibatkan penggunaan jentera kerajaan.

Pegawai-pegawai suruhanjaya membuat serbuan selepas menerima aduan daripada ejen parti yang bertanding bahawa program kendalian BN di kawasan Samagagah turut disertai kakitangan Jabatan Kebajikan.

Serbuan itu dibuat kira-kira 5 petang semalam.

Bilik gerakan BN Samagagah terletak bersebelahan dengan bilik gerakan PAS dan juga pejabat Parti Keadilan Rakyat Samagagah.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Sim Tze Tzin berkata, laporan dibuat selepas pihaknya mendapati beberapa pegawai Jabatan Kebajikan mengunjungi bilik gerakan itu bagi menjayakan program bantuan golongan berusia.

Terdapat lima hingga enam pegawai agensi berkenaan yang mendaftar golongan warga tua yang memerlukan bantuan.

"Ekoran hasil siasatan, SPR telah meminta mereka meninggalkan majlis tersebut... Kami berpendapat BN tidak wajar menggunakan kakitangan awam untuk program berbentuk kempen pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pegawai SPR Pulau Pinang, Sulaiman Abdullah yang mengetuai siasatan telah menasihatkan pegawai-pegawai jabatan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Bus yang membawa mereka juga meninggalkan tempat tersebut kemudian.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Gerakan Pusat BN ketika dihubungi mengesahkan ada mendengar mengenai kejadian itu malam tadi.

"Tetapi saya sedang menunggu laporan, belum ada laporan lagi," katanya ketika dihubungi.Usaha menghubungi pegawai kanan SPR belum berhasil.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 08:21 PM | Show all posts
kalau saya pun..saya akan sedaya upaya membersihkan nama saya ..sekiranya saya tak bersalah..
redbun Post at 22-8-2009 16:38
Dia ikut contoh Pemimpin dia orang... Najib dan Rosmah kan buat derk aja dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berdua... Buat malu nama Melayu, buat malu nama Islam, buat malu Kerajaan Malaysia, buat malu PURA CENDANA... berhenti... ambil pencen!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 03:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by redbun at 23-8-2009 15:38

Bapa Rafizah tuntut Rohaizat isytihar beristeri dua

Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 09
11:18am       

eksklusif Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.

"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 03:39 PM | Show all posts
apa lah perasaan isteri pertama bila dengan tiba-tiba jer dapat tau dah ada madu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 03:50 PM | Show all posts
Ahad Ogos 23, 2009

Sesetengah penduduk tidak tahu mengenai isu dibangkitkan pembangkang

BUKIT MERTAJAM: Bukan semua masyarakat Cina tahu mengenai isu yang ditonjolkan oleh pembangkang dalam ceramah kempen mereka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming, anggota jawatankuasa pusat DAP Teng Chang Kim dan anggota Parlimen Batu Tian Chua adalah antara pemimpin pembangkang yang berkempen untuk memancing undi bagi calon PAS Mohd Salleh Man.

Antara isu yang ditonjolkan sejak beberapa hari lepas ialah kematian setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock di bangunan yang menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor, isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan penduduk Kampung Buah Pala.

Seorang penduduk Kampung Cross Street yang menghadiri ceramah itu berkata sebagai seorang petani, beliau tidak tahu mengenai semua isu yang ditonjolkan oleh pembangkang itu tetapi beliau berharap wakil rakyat baru nanti akan membantu petani untuk menanam sayur di kampung itu.

Tan Ah Lek, 60, memberitahu Bernama di sini Sabtu yang beliau telah mengundi sejak 1969, dan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman datang melawat kampung itu semalam dengan memberikan bantuan peralatan dan tanah kepada setiap petani.

"Kami gembira mendapat bantuan daripada calon BN dan inilah jenis orang yang kami mahukan sebagai wakil rakyat," katanya dan menurutnya seorang wakil rakyat perlu memahami masalah penduduk di kawasan yang diwakilinya dan membantu menyelesaikannya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pada Selasa ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh, 52.

DUN itu mempunyai 20,290 pemilih berdaftar (termasuk seorang pengundi pos) dengan 72.36 peratus terdiri daripada Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.BERNAMA

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 03:52 PM | Show all posts
Tan Ah Lek, 60, memberitahu Bernama di sini Sabtu yang beliau telah mengundi sejak 1969, dan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman datang melawat kampung itu semalam dengan memberikan bantuan peralatan dan tanah kepada setiap petani.

pada saya ..encik Tan kena sering berharap ada PRU@PRK... nanti boleh selalu dapat bantuan segera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2009 03:56 PM | Show all posts
Ahad Ogos 23, 2009

Teori pendulum Ahmad Maslan ramal BN menang

Oleh G. MANIMARAN


KETUA Penerangan Umno, Ahmad Maslan (tiga dari kiri) bersama calon BN, Rohaizat Othman (dua dari kiri) menunjukkan bahan kempen yang diedarkan ketika kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pada 1 Ramadan pagi tadi.

SEBERANG PRAI: Jika Barisan Nasional (BN) telah mampu mengurangkan majoriti di Manek Urai bulan lalu, dengan menggunakan teori pendulum ia diramalkan akan memperoleh kejayaan di Permatang Pasir, Selasa ini.

Teori itu diketengahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sebelum memulakan kempen dari rumah ke rumah di kawasan Permatang Pasir pagi semalam.

"Saya ada satu teori namanya teori ladung bandul jam (pendulum). Pada tahun 1995 landung jam pusing kanan sebab kita menang (kerusi Dewan Undangan Negeri) Permatang Pasir.

"Pada tahun 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada tahun 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada tahun 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.

"Mengikut teori yang saya reka sendiri, pada tahun 2009 ia akan pergi ke kanan, BN menang. Itu teori pendulum Ketua Penerangan Umno Malaysia.

"Teori pendulum Ketua Penerangan Umno Malaysia meramalkan Barisan Nasional akan menang pada tahun 2009... kiri, kanan, kiri, kanan... mula-mula kanan pada tahun 1995, kemudian kiri tahun 1999, kanan tahun 2004 dan kiri tahun 2008. Ini sesuatu yang baru, sesuatu yang sangat baru bagi anda," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir berlangsung Selasa ini.

Pada tahun 1986, BN memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti 3,056 undi, 4,272 undi pada 1990 dan 6,198 undi lima tahun kemudian. Ia tewas kepada PAS dengan perbezaan 3,194 undi. Undi majoriti dikurangkan kepada 679 pada tahun 2004 walaupun PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Pada Mac 2008, calon PAS, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman menang dengan majoriti 5,433 undi.

Ketika ditanya ramai yang beranggapan bahawa kerusi DUN Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS, Ahmad menambah, beliau menggunakan teori itu kerana sikap rakyat berubah.

"Ini berdasarkan kepada hipotesis itulah... bahawa sikap rakyat ini boleh berubah... sekejab menyokong, sekejab tidak, sekejab menyokong.

"Jadi atas sikap itu saya berpendapat bahawa sokongan akan ke sebelah kanan," katanya.

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 03:58 PM | Show all posts
saya tak faham teori Pendulum ke apa.. yang saya harap..semoga dibulan Ramadhan yang mulia ini.. pihak yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk berjuang untuk rakyat akan mendapat kemenangan yang sewajarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 04:18 PM | Show all posts
'Anak emas' jika BN menang


AHMAD Maslan (kanan), Rohaizat Othman (kiri) dan ahli UMNO berkempen dari rumah ke rumah dengan mengedarkan poster dan risalah di Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakan gelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, dengan gelaran itu juga penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mendapatkan keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan.

''Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita.

''Selain itu, pinjaman penjaja kecil TEKUN atau Mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera atau pun ada antara anak-anak mereka hendak masuk universiti tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka.

''Mereka akan sentiasa menjadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Gerakan cawangan Permatang Pasir.

Beliau bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan bersemuka dengan penduduk di situ.

Ahmad berkata, aktiviti paling sesuai pada bulan Ramadan adalah dengan mengunjungi rumah pengundi di kawasan berkenaan.

Tambahnya, bagi menghormati bulan puasa, UMNO dan BN akan terus mengadakan ceramah dan berkempen secara berhemah sekali gus tidak menyentuh perkara yang tidak sepatutnya.

''Pada saya dalam bulan Ramadan ini kita hentikanlah ceramah bantai membantai malah kita juga sudah maklumkan kepada penceramah yang terlibat supaya tidak menyelar atau memfitnah mana-mana pihak atau personaliti.

''Kita dari dulu memang tak buat fitnah ini, kita akan terus bercerita tentang apa kita akan buat dengan konsep Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan, itu tema ceramah BN yang akan diadakan selepas solat tarawih.

''Bayangkanlah selepas 4,051 hari Pas memerintah tapi tiada apa pun yang telah dibuat," ujarnya.

-Utusan Malaysia-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2009 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by redbun at 23-8-2009 16:25

Post Last Edit by redbun at 23-8-2009 16:24

sebenarnya saya tak de komen mengenai berita 'Anak Emas' diatas..cuma saya nak copy paste satu jawapan bloger yang menarik perhatian saya

11 DUN Umno PP akan jadi anak buluh betung       

Posted on Sunday, August 23 @ 07:10:59 MYT by Paktam
Oleh Penarik beca

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula? Adakah mereka itu anak buluh betung? Baca selanjutnya di sini.

Ahli-ahli Umno di dalam 11 kawasan DUN yang dikuasai Umno sepatutnya berusaha agar Barisan Nasional (BN) kalah di Permatang Pasir untuk mengelakkan kawasan mereka menjadi anak buluh betung.



Agaknya, kerana tak nak jadi anak buluh betung, ada orang yang terpaksa mementaskan adegan memohon jadi ahli PAS. Lihat pementasan tersebut di sini.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3461

-Detikdaily-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.518083 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list