CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: si bulat

Pengalaman Mengambil Anak Angkat

  [Copy link]
Post time 15-8-2009 08:00 AM | Show all posts
idea engkumoon tu bagus ciku,.......anak tu tau ke dia adopted.....
anak u tu kecik lagi tok sah bagi jumpa lagi...lainla kalau dah besar....
dah besar tak de pasal anak tu nak ikut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2009 08:06 AM | Show all posts
cam anak i, kalau jumpa mak ayah dia selamba jer panggil mak abah, tapi nak soh duduk umah mak ayah dia tak de pasal, berak kencing pun dia tak nak kat toilet rumah mak dia. ........hari tu dia tanya bapak dia ...kenal tak lagi dgn dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 09:51 PM | Show all posts
nanti dah besar baru ajak jumpa skrg baru 8bln tgh suka ikut org pantang org hulur tangan xtakut pulak tu kang mak dia pegang xmo lps lak tgk baby nk kat dia..huhuuhu..pening pala nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 01:52 PM | Show all posts
ju pun dlm plan nak ambik anak angkat..memang tengah mencari2 sekarang ni..
klu siapa2 kat sini yg tau ada org nak serahkan bby bg lah tau ju yer..ju nak sangat..

tp nak tanya korang yg ada anak angkat ni..camner yer penerimaan family korang kat anak angkat tu??
kekadang ada family yg pilih bulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 04:52 PM | Show all posts
35# si bulat

salam sume,

cha memang jarang bertandang ke sini...
sonok yea, masing2 ade anak...
mungkin xde peluang nk melahirkan, tp ALLAH kasi peluang nk mendidik...

klu ade sape2 yg ade infos sape2 yang nk kasi anak, tlg inform cha yea..
cha sedang mencari nie.  tp nk girl sbb cha dh ade doter sorang...
senang tuk dorang hidup bersama (aurat laa) klu2 cha n hb pegi dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 11:31 AM | Show all posts
Emak anak i pun pernah minta gambar. Katanya nak tengok je. I post gambar dia pakai topeng ultraman.. Hehehe jahatkan??? Then dia tak pernah call lagi.
engkumoon Post at 14-8-2009 21:46

hahaha...klakar btul
sbb tu kalo kita nak amek anak angkat kena pakai org tgh
jgn bgtau nama dan tmpat tinggal bagai

sbb pernah terjadi pada kawan i
amek budak dari ibunya sendrik
jaga budak tu dari baru lahir
pastu masa umur 7 tahun..ibu btul dia curik budak tu
kesian kwn i tu
menangis2 terkenangkan budak tu
skang kwn i tu dah ambil budak lain jaga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2009 11:34 AM | Show all posts
sape2 yg kerja nurse kat hospital bersalin
inform laa sini
setahu i..kat hospital ibu akan tiggalkan anak jika tdk mampu
nurse akan inform sesiapa perlukan anak
sebelum di hantar ke jkm
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:52 AM | Show all posts
anak angkat saya sekarang dah 7 bulan, kejap jer masa berlalu....masa nak ambik mykid , hubby gi ambik sorang2 jer..tak perlukan family kandung bb pun untuk hadir masa ambik mykid tu....Masa mula2 ambik bb dari family dia, saya ada bagi duit 500 sebagai saguhati...untuk dia beli ubat...nak bagi banyak masa tu keadaan tak mengizinkan...ibu kandung bb tu, tak nak duit sebab dia dah cakap awal2 dia nak bagi jer bb tu sebab dia ada masalah dengan suami dia...Mmg rezeki saya utk dapatkan bb tu...dan rezeki bb tu utk tinggal bersama dengan kami...Hanya allah yg tahu hikmah disebaliknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 07:21 PM | Show all posts
Korang ada tak pukul anak angkat ni . kadang2 budak2 ni nakal. Bukan pukul macam mendera tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:47 PM | Show all posts
I nak share sikitla. Tk tahu samada perkara ni memang hukum tuhan atau sekadar kebetulan. Kalau nak cari anak angkat, tengok dulu latar belakang ibu dia. Sesiapa yang dpat anak yang sah taraf tu memang beruntung sebab tahu keturunannya.

Masalahnya yang bersepah ni anak tak sah taraf. Anak i kategori tersebut. Mak dia budak kolej yang pandai, cuma terbabas dengan bf.

I kene kerja lebih skit untuk didik anak ini. Terlebih pandai. Tapi pandai yang bukan-bukan. Bercita-cita menjadi mat rempit. Agak degil dan suka menjawab. Tak tahu duduk diam. Kami dah malas nak makan kat luar sebab tiap kali keluar dia buat perangai. Aduhh, pening. so kadangkala kena angkat tangan juga la konon nak pukul, tapi acah je..

Memang kadang2 kena bagi hukuman, pukul yang berpada tapi bukan dera. Bila celupar dpn orang2 tua, mesti i cubit. Jangan orang kata anak kita macam takde didikan budi bahasa lak.

FYI i and hubby jenis tak banyak cakap, budi bahasa tu tinggi (realiti). Jadi, sifat ibu sebenar memang mempengaruhi. Wallahualam

Anyhow he's also special in other ways. Manja sket. Apa2 pun kasih kami tak bertepi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:57 AM | Show all posts
50# engkumoon

Bagi saya..anak2 yang dilahirkan sama ada sah taraf atau tidak adalah suci dan putih bersih..anak2 tu tak minta pun dilahirkan tak sah taraf..dan tanggungjawab ibubapa yang mencorakkan anak2...biasalah umur kecik2..mana ada anak yang tak aktif..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 11:26 AM | Show all posts
bila baca pengalaman kawan2 besh ja bila ada anak kan..walopon hanya anak angkat kasih sayang tetap macam anak sendiri..ash ni teringin sangat2 nak ambil anak angkat tapi ada saja masalah yang timbul..:cf: nak tunggu anak sendiri tak tau la bila nak dapat.. kalo kawan2 ada dengar ada baby yang nak diserahkan kepada keluarga angkat tolongla inform kat ash yer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 10:08 PM | Show all posts
Salam,
Saya pun nak minta tolong, sesiapa yang tahu ada bayi untuk diserahkan kepada keluarga angkat, tolong pm saya. thnks a lot
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 09:46 AM | Show all posts
Bagila saguhati sket, sebagai duit ubat ke. Niat sedekah untuk bantu kesusahan.
Lepas tu pergi JKM (prosedure), buat permohonan untuk ambil anak angkat.
Pastikan baby tu ada birth cert. Then, togeth ...
engkumoon Post at 6-8-2009 20:57


Kalau ibu kandung nak ambik balik anak dia bfore anak tu 2 tahun..dia ada hak ke? walaupun kita dah ada surat serah oleh pesuruhjaya sumpah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 09:52 AM | Show all posts
Kalau ibu kandung nak ambik balik anak dia bfore anak tu 2 tahun..dia ada hak ke? walaupun kita dah ada surat serah oleh pesuruhjaya sumpah
LaraCroft Post at 9-12-2009 09:46


dekat surat tu ada tulis kan.. 'bila dia serah ank dia pada u,akn lucut hak dia sebagai mak kandung'...
klu ada mcm tu mmg dia tk de hak la..
tp apapun if dah ada surat dr pesuruhjaya sumpah..mak kandungnya dah sign
mmg dia tk de hak la
tp atas budi bicara u la..if nak bg blk...terserah la

klu dia nak ambik jugak
naik court la ckp ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:41 PM | Show all posts
Assalamualaikum ...

Saya dah lama baca forum ni tapi baru nak betul2 berforum kerana tertarik dengan topik anak angkat ni.

Actually saya pun ada amik anak angkat, setelah hampir 10 tahun kawin tapi takder anak. So di sini saya nak cerita serba-sedikit tentang pengalaman saya.

Saya amik anak yang telah di'buang' oleh ibu kandungnya di hospital. Saya tak kenal ibu biologi anak saya, kerana maknya tu lari dari hospital betul2 selepas bersalin. :geram:

Baby tu dah nak diserahkan kepada pusat anak yatim tapi nasib baiklah saya ada beberapa orang kawan yang bekerja sbg doctor di hospital dan mereka bagitau saya cepat2 dan saya telah berjumpa dengan pegawai JKM untuk menyatakan hasrat saya amik baby tu jadi anak angkat saya. Sekarang anak saya dah dekat 2 tahun umurnya.

Sebelum tu saya ada lah dengar orang kata tak elok amik anak tak berbapa ni, tapi for me, saya anggap baby ni mcm kain putih - tiada dosa dan kita lah yang mencorakkan hitam-putih hidupnya.

Tapi saya cuba amalkan beberapa perkara untuk pastikan insyaAllah anak saya tenang dan dijauhi gangguan syaitan:

1. Tiap2 hari, sejak dia umur 1 bulan, saya akan berikan dia minum 1ml air zam-zam. Saya buat macam tu sampai dia umur 4 bulan sebab stok zam-zam saya habis. Tapi bila ada jer sesiapa pulang dari Mekah, saya akan mintak air zam-zam dan bagi dia minum lagi, sampai sekarang.

2. Tiap2 hari, saya akan pasangkan surah Quran pada radio atau komputer di tempat anak saya tu tido dan bermain. Kekadang saya akan bacakan sendiri. Jadi hampir setiap masa, anak saya dengar surah2 Al-Quran terutamanya masa 6 bulan pertama saya bela dia.

Alhamdulillah, dengan amalan ini, anak saya memang tak banyak ragam, tenang, agak well-behaved dan insyaAllah baik2 jer. Sakit pun jarang sekali, cuma selsema sekali sekala.

Satu lagi, yang paling penting ialah NIAT dan suara hati kita. Kalau dalam hati kita dah ada tanggapan, "Oh, aku akan bela dia kerana kot2 akan mengandung anak sendiri nanti ..." atau perasaan anggap anak tersebut bukan seperti anak sendiri, then jangan amik anak angkat!

For me, saya tak pernah anggap dia bukan anak saya. Nak sebut perkataan 'angkat' pun mmg berat sekali di lidah.

Walaupun bila dia dah faham nanti, saya kena bagitau dia perkara sebenar, saya akan cakap pada anak saya tu, "walaupun sayang tak dilahirkan dari perut mak, tapi sayang dilahirkan dari HATI mak ..."

Bagi merapatkan lagi hubungan anak saya tu dengan saya, saya sentiasa bawa dia dalam 'baby carrier' macam mei tai atau baby bjorn. Walaupun saya tak bawa dia di dalam perut perut selama 9 bulan, tapi saya dah bawa dia di 'atas' perut saya selama hampir 2 tahun ni. So baby saya mmg rapat giler dgn saya dan kalau orang lain nak dukung pun, mmg sekejap jer dapat.

Tido malam pun, saya letak dia di dalam bakul baby antara me and suami sampai dia umur 8 bulan. Lepas tu sampai sekarang dia tido dibawah ketiak saya dan peluk saya. Saya tak letak dia tido baby cot sebab saya nak dia rasa rapat dgn saya.

Also, yang ni maybe susah sikit bg yang bekerja, saya pun berhenti kerja. Saya jaga baby saya 100%, langsung tanpa maid atau mak atau mak mertua untuk jaga anak saya tu. Bukan apa, amik anak ni satu tanggungjawab so kalau saya tak sanggup nak pikulnya sendiri, baik tak payah kan?

Oh ye, satu perkara yang mustahak ... kekadang bila kita amik anak ni, ada jer mulut sedara-mara, adik-beradik atau ipar-biras yang mungkin perli atau tak suka. For me, kalau ada yang cakap bukan2 tentang anak saya atau melayan anak saya berbeza dengan anak sedara lain yg sedarah-daging, saya akan jauhkan anak saya dari orang itu, kerana saya tak nak mereka cakap bukan2 depan anak saya dan buat anak saya kecik hati.

Yang peliknya, anak saya lagi rapat dengan saya, berbanding dengan anak2 sedara saya dengan mak mereka sendiri. Anak2 mereka yg kecik2 pun dah lawan cakap mak mereka dan nakal semacam, siap kalau gaduh dengan mak mereka, kata benci mak lagi.
Kekadang dalam hal macam ni Allah akan tunjuk serta-merta, so janganlah kita berpandangan bahawa anak angkat takkan sayang mak angkat dia, dan hanya anak sedarah-daging jer yang akan membela maknyer masa tua.

Alhamdulillah, saya dan suami amat bahagia dengan anak kami dan memang rasa sama macam orang yang telah lahirkan anak sendiri.

Dari usia beberapa minggu je masa tu sehinggalah kini, tangan inilah yang menjaga, membelai dan memberi kasih sayang pada anak saya ni ...
...insyaAllah pada masa hadapan, tangan anak saya tu pula akan menyiram air mawar dan membaca Yassin di pusara saya bila saya dah tiada lagi nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 07:35 AM | Show all posts
My mak punya kawan (chinese friend) ambil anak angkat sebab masa tu dia tak ada anak lelaki. Bila dia dpt anak lelaki .. dia layan anak angkat dia melebihi anak lelaki sendiri. Yang kelakar time dia suap makanan utk anak anak sure dia lebihkan utk anak angkat sebab dia kata " Allah nampak kalau dia buat tak adil dgn anak angkat".

Yang sedihnya bila anak dah besar, tak dengar kata .. anak kandung dia semua menjadi orang ( kerja bagus bagus). Mungkin sebab dia manjakan sangat anak angkat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:22 AM | Show all posts
56# mamimike

salam mamimike..

tekun ju baca apa yg mamimike tulis..ju pun insyaallah akan dapat bby angkat dlm bulan 3,seronok dan tak sabar rasanya..hari2 berdoa semoga bby tu sihat,sempurna,cerdik dan menyerupai kami suami isteri..

apa yg mamimike tulis..ju amat2 tertarik..dan insyaallah ju pun akan buat apa yg mamimike buat..tq sb berkongsi pengalaman..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 01:00 PM | Show all posts
Salammm.. besar betul pahala u ols yg mgambil anak angkat niehh..

Makcik Alys pon dlm proses nak amik anak angkat... x sabo nak jumpa bb comel...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 04:47 PM | Show all posts
salam to all

saya masa amik dulu umo dia 5 bulan..dah passed around dari  mak die ke orang thailand pastu dah jadi rezeki sampai kat tangan indonesia...indon ni baik dia cakap ngan saya dia mampu bagi makan tapi dia tak mampu nak bagi sekolah properly bila beso nanti..so saya amik tapi memang tak banyak ragam, senang jer dari dulu sampai sekarang.

on paperwork..saya trus mintak mak dia sign borang yang amik kat JPN tu, cop pesuruhjaya sumpah dan bila cukup 2 tahun dari date pegi semula JPN, kena interview dan dah selesai semuanya..ada kawan saya 2 orang -satu yang melalui JKM dan satu lagi amik baby indonesia sampai sekarang yang baby indonesia tu tak dapek surat beranak sebab mak dia ntah kat mana...susah gak kalau tak dek background or legal papers ni

kalau ada yang nak memberi lagi saya menerima sebab saya nak anak saya ada adik beradik..kalau dah beso hingga 10 tahun pun tak pe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.666800 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list