CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14180|Reply: 11

Kedai Bundle dewasa / kanak-kanak

[Copy link]
Post time 7-8-2009 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 7-8-2009 10:34

Tarikan Baby BundleOleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

PENGUNJUNG pasti berpuas hati dengan variasi pakaian, kasut dan aksesori yang ditawarkan di Baby Bundle.

MENCARI kelainan dalam menjalankan perniagaan merupakan antara faktor penentu bagi menarik perhatian pelanggan.

Atas semangat mahu menjadi usahawan kreatif dan berbeza dengan peniaga-peniaga lain, pasangan suami isteri Azim Haffiz Aziz Zaman, 36, dan Nor Azura Md. Baki, 33, memberanikan diri memilih perniagaan pakai terpakai bayi (bundle), dikenali sebagai Baby Bundle sebagai teras peniagaannya.

Ketika ramai peniaga bundle cuba 'berebut' mahu menjalankan perniagaan bundle dan menyasarkan kepada umum khususnya golongan remaja, Baby Bundle berjaya mengalihkan perniagaan sedemikian kepada bayi.

Dari aksesori hingga ke pakaian semua dikhusus untuk bayi dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

Lebih menarik, kesemua pakaian bundle yang dijual di sini bukan sekadar cantik, tetapi ia berjenama terkenal seperti Ralph Lauren, BabyGuess, Baby Phat, Tommy Hilfiger, Harley Davidson dan banyak lagi yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan.

Bercakap soal harga pula, kemeja-T, jean, seluar, gaun, kasut untuk bayi dan kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh diperoleh pada harga semurah RM1 serta tidak melebihi RM50.

Azim Haffiz memberitahu, idea membuka perniagaan ini timbul selepas menyedari pakaian kanak-kanak hanya dipakai dalam tempoh yang singkat kerana mereka cepat membesar. Justeru, membeli pakaian terpakai dilihat cara paling sesuai buat ibu bapa yang mahu berjimat.


ANDA tidak perlu bimbang tentang kualiti dan kebersihan pakaian ini.

"Baru sahaja dua tiga bulan beli, baju dan seluar sudah tidak muat.Jadi, terpaksalah mereka beli yang baru. Biasanya anak yang kedua atau ketiga akan memakai baju anak yang pertama.

"Jadi Baby Bundle memberi pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan ibu bapa. Keperluan dan aksesori kanak-kanak yang dijual dipasaran adakalanya mahal. Di Baby Bundle, kami menyediakan produk kepada pengguna tanpa berbelanja besar," katanya.

Tambah Nor Azura pula, dia sudah empat tahun menjalankan perniagaan bundle, sebelum memberi tumpuan kepada pakaian bayi.

"Syukur, selepas setahun menukar konsep kepada Baby Bundle sambutan orang ramai dilihat agak memberangsangkan sehingga saya mampu menambah sebuah lagi lot kedai.

"Sekarang saya perlu menambah stok seminggu sekali bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari sekitar negeri ini dan jauh termasuk Kuala Lumpur, Melaka dan Johor," katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan ramai dari segi kualiti dan kebersihan, Nor Azura memberitahu, kebanyakan pakaian yang ditawarkan merupakan bundle Gred A. Kesemua pakaian itu dibasuh sebelum dipamerkan untuk dijual.

"Kami sentiasa mementingkan kualiti. Oleh itu, setiap kali mengambil stok di Klang kami akan pastikan pakaian yang diterima tidak lusuh,koyak dan kotor."

Kini kedai dua lot itu mempunyai 8,000 jenis pakaian terpakai bayi dan kanak-kanak.

Bagi mereka yang mahu mencari kelainan dalam membeli pakaian anak,kunjungi premis Baby Bundle di 313 & 314 GF, Jalan Matahari 1/2,Matahari Height, Seremban atau hubungi 019-378 5479.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2009 11:08 AM | Show all posts
antaro kodai yang xponah den miss poie kalau balik somban
banyak baju branded utk kids mcm oshgosh,gap,nike,adidas
x payah nak poie bandung laie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 11:12 AM | Show all posts
kat area KL ada tak bundle kanak2 niee? ..... dulu selalu gi kat downtown danau kota... pas tu dah takde....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 09:07 PM | Show all posts
antaro kodai yang xponah den miss poie kalau balik somban
banyak baju branded utk kids mcm oshgosh,gap,nike,adidas
x payah nak poie bandung laie
keane Post at 7-8-2009 11:08


ooooo kat bandung nun byk jual baju branded yg mcm tu ko ?

patut la ramai poie soping kat sinun

kodai ni mmg den pasan
tp lum ado kesompatan nak singgah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 10:40 AM | Show all posts
kalau blk pilah mesti perasan kedai ni..
x berkesempatan lg nak singgah.. nnt2 la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:59 PM | Show all posts
uih kek mano ni..xnah tau pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2009 01:09 PM | Show all posts
uih kek mano ni..xnah tau pon
PoningPalo Post at 13-8-2009 12:59


kek taman matahari..
dopan sikit dr mc d & giant tu laaaaaaaaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 02:06 AM | Show all posts
rumah den dokek yo dgn matahari height ni..
selalu lalu tapi tak ponah singgah..
ingat nk gak carik baju anak2 rayo ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 03:40 PM | Show all posts
aritu aku dpt bj budak band acdc kat sini... susah nak dpt baju band bebudak....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 05:33 PM | Show all posts
ada la 4-5 helai baju anak aku brand adidas yang beli dari kedai baby bundle ni
walaupun bundle tapi lawa2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:29 AM | Show all posts
nampak gaye nyer tahun nih... aku nak beli jeans levis bundle tok anak anak aku..
t shirt pon t shirt bundle jerk..
kasut bundle anak aku dah ade dah.. adidas drago....

ermmm bapak n anak pakai bj bundle... heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by nilam_puri82 at 7-9-2009 09:06

balik kg marin pegi singgah kedai bundle nih.
dekat je dgn umah parents nilam kat senwang  tuh....
kalo nk cari jeans/overall anak2 kira ok sgt kat situ...
tapi kalo t-shirt/kemeja mcm xbest sgt....
hari tuh rembat jeans old navy+suar bola budak nike ----> yg ni ad less 30% bg pemegang member kad utk belian lebih rm50
pastuh bli suar jeans levi's -----> 2nd hand tp still elok sgt condition. ada less 10% utk belian lebih rm50
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067143 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list