CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6019|Reply: 13

taufan morakot serang taiwan; update: 600 maut!!

[Copy link]
Post time 9-8-2009 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 11-8-2009 07:39

Taufan Morakot paksa sejuta rakyat China dipindahkan

TAIPEI: Taufan Morakot bergerak ke arah China menyebabkan hampir sejuta penduduk dipindahkan hari ini, sehari selepas ia mencurahkan hujan lebat di Taiwan yang menyebabkan bajir terburuk dalam tempoh 50 tahun.

Seramai 29 orang hilang di selatan Taiwan dan seorang wanita terbunuh apabila keretanya terhumban dalam longkang di Kaohsiung dalam hujan lebat kelmarin,

Morakot berada 70 kilometer di luar Fujian pagi ini.


Biro Cuaca Pusat Taiwan berkata ribut itu membawa angin dengan kelajuan 108 kilometer sejam (kph) dan bergerak ke barat laut menuju China dengan kelajuan 11 kph.

Kira-kira sejuta penduduk dipindahkan dari negeri pantai timur China awal pagi ini manakala pihak berkuasa Fujian memanggil 48,000 pulang ke pelabuhan. - AP




Satellite image of Morakot The MODIS instrument on NASA's Aqua satellite captured this stunning image of giant Typhoon Morakot just before landfall in Taiwan on August 6 at 1:25 a.m. EDT. Credit: NASA/MODIS Rapid Response
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 07:42 PM | Show all posts
dunia akhir zaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2009 08:24 PM | Show all posts
Sunday August 9, 2009China coast battered by typhoon
BEIJING (Reuters) - A child was killed and houses were flattened after Typhoon Morakot battered China's eastern coast on Sunday, bringing torrential rain and high waves likely to disrupt life and business across the heavily commercial region.

The death came as Morakot landed on the densely populated Chinese mainland in the afternoon, toppling five houses in Wenzhou, a manufacturing hub on the coast of Zhejiang province, the official Xinhua news agency reported.

A resident rides a motorcycle on a flooded road as typhoon Morakot approaches in Xiapu County of Ningde, Fujian province, August 9, 2009. (REUTERS/Stringer)
"Four adults and a 4-year-old boy were buried in debris and the child died during the afternoon after emergency treatment failed," Xinhua said, citing city officials.

The typhoon had already swept Taiwan, the self-ruled island off the Chinese coast, killing one person with 27 missing, Taiwanese disaster-response officials said on Sunday. Although the winds appeared set to weaken as the typhoon plouged into the mainland, authorities there were not taking any chances.

While mainland authorities have become practiced in preparing for the typhoon season, the chaotic weather can disrupt business, fishing and shipping across this export-driven region.

Half a million people in coastal Fujian province were moved to safer parts ahead of the typhoon's arrival, together with a similar number in neighbouring Zhejiang, Xinhua reported.

In Fujian's provincial capital, Fuzhou, "people were rushing to supermarkets for necessities before the typhoon arrived," the report added.

Flights from Fuzhou and Xiamen, another city on the Fujian coast, were cancelled, and fishing boats along the coast have been called to shore. At least one cargo ship was stranded after the strong winds and waves pushed it into shallows.

Further up the coast, Shanghai was on "high alert" and dozens of cargo ships in the area have delayed or cancelled trips, with forecasters warning of torrential downpours and waves at sea up to 7 metres or higher, Xinhua said.

Typhoons regularly hit China, Taiwan, the Philippines and Japan in the second half of the year, gathering strength from the warm waters of the Pacific Ocean or South China Sea before weakening over land.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 07:00 AM | Show all posts
Sejuta penduduk China dipindahkan

BANGUNAN Hotel Chin Shuai runtuh selepas dibadai air banjir semasa Taufan Morakat melanda di Chihpen di daerah Taitung di Taiwan, semalam. - AFP/ REUTERS

BEIJING 9 Ogos – Pihak berkuasa di pantai timur laut China hari ini memindahkan hampir satu juta penduduk dari kawasan tersebut, ekoran aufan Morakot dijangkakan akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh lewat hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di wilayah pesisiran pantai Zhejiang dipindahkan, sementara 480,000 lagi turut dipindahkan di wilayah Fujian.

Lebih 35,000 kapal pula diminta untuk kembali ke pelabuhan ekoran ribut semakin hampir dan membawa hujan lebat serta angin kencang, lapor Xinhua yang memetik sumbar dari ibu pejabat kawalan banjir wilayah, Zhejiang.

Beberapa lebuh raya di rantau ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, menurut petikan dari sumber pihak berkuasa pengurusan lebuh raya wilayah.

Beberapa bahagian di Fujian dilaporkan mencatat jumlah hujan sebanyak 30 sentimeter daripada awal semalam sehingga pagi hari ini.

Sementara itu, kerajaan Taiwan hari ini telah mengarahkan pasukan tentera untuk menyelamatkan berpuluh-puluh ribu penduduk yang terperangkap dalam banjir terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun yang telah mengorbankan seorang penduduk dan sekurang-kurangnya 29 lagi hilang.

Taufan Morakot melanda Taiwan sepanjang hujung minggu ini dengan membawa tiupan angin kencang dan hujan lebat.

Jumlah penduduk yang disenaraikan hilang dan dikhuatiri mati meningkat daripada lapan orang kepada 29 orang, lapor Agensi Bomba Kebangsaan, Taiwan.

Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk terperangkap dalam kawasan banjir di daerah Pingtung, kata timbalan majistretnya, Chung Chia-pin.

Berpuluh-puluh ribu lagi turut terperangkap di daerah Tainan dan Chiayi, memaksa pihak berkuasa menempatkan pasukan tentera.

Lebih 60 kenderaan perisai dan perahu-perahu marin serta 50 bot-bot getah ditempatkan untuk operasi menyelamat termasuk sekurang-kurangnya 1,200 anggota tentera, menurut kementerian pertahanan.

Pasukan tentera akan mengagih- agihkan makanan dan minuman kepada penduduk.

“Ini adalah banjir terburuk di Chiaya dalam tempoh 50 tahun. Kami memerlukan lebih banyak bot dan pam-pam air,” kata majistret Chen Ming-wen kepada wartawan.

Sebelum ini, taufan yang melanda pada Ogos 1959 telah membunuh 667 orang dan menyebabkan 1,000 lagi hilang. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 07:40 AM | Show all posts
600 dikhuatiri maut kerana Taufan Morakot


BEBERAPA penduduk cuba menangkap ikan di sebatang kawasan berair
yang berlaku akibat Taufan Morakot di daerah Kaohsiung, selatan Taiwan semalam.

TAIPEI - Seramai 400 penduduk Taiwan terputus hubungan akibat tanah runtuh yang terjadi selepas pulau bergunung-ganang tersebut dilanda Taufan Morakot, kata seorang pegawai polis semalam.

Sebuah akhbar semalam turut melaporkan seramai 600 orang dikhuatiri mati tertimbus akibat Morakot yang membawa hujan lebat.

Morakot yang kini bergerak ke China turut menyebabkan hampir sejuta penduduk di tanah besar terpaksa dipindahkan setelah ia melanda Filipina.

Seorang pegawai polis Taiwan yang mahu dikenali sebagai Wang berkata, seramai 100 orang dari perkampungan Shiao Lin diselamatkan dengan menggunakan sebuah helikopter tentera.

Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan, Lin Chien-chung berkata, dia percaya seramai 600 orang mati ditimbus lumpur.
"Runtuhan tanah itu menyebabkan sebahagian besar kampung termasuk sebuah sekolah rendah dan rumah tertimbus," katanya.

Kampung berkenaan masih terputus hubungan akibat kejadian itu semalam selepas banjir memusnahkan sebuah jambatan.
Angka rasmi kematian akibat Taufan Morakot sehingga kini disahkan seramai 14 orang manakala 51 lagi hilang, tidak termasuk penduduk di Shiao Lin. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 07:48 AM | Show all posts
Hotel runtuh akibat taufan Morakot


GAMBAR menunjukkan sebuah hotel tumbang.



CHIHPEN - Sebuah hotel enam tingkat tumbang ke dalam sebatang sungai akibat hakisan banjir semasa Taufan Morakot melanda Taiwan kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, seramai 300 orang penghuni hotel yang terletak dalam wilayah Taitung itu selamat selepas mereka berjaya dipindahkan sebelum ia runtuh.



HOTEL enam tingkat tumbang ke dalam sungai

Taufan Morakot melanda kawasan pantai timur China kelmarin selepas hampir satu juta penduduk sekitarnya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Ia membawa hujan lebat dan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di Taiwan yang menyebabkan ramai orang hilang. - AP


PERCIKAN besar air selepas hotel
tumbang.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2009 05:26 PM | Show all posts
dasat giler..hotel pon tumbang..ngeri btol la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 07:10 PM | Show all posts
Tuesday August 11, 2009Rescuers search Taiwan village destroyed by mudslideBy Ralph Jennings
CISHAN, Taiwan (Reuters) - Helicopters dropped rescuers into a village in southern Taiwan on Tuesday to search for victims of a mudslide that may have buried up to 600 people after a typhoon hit the island, officials said.

Rescuers help people in Chishan, Kaohsiung county, after they were evacuated by a military helicopter from a landslide-affected village in southern Taiwan following Typhoon Morakot August 11, 2009. (REUTERS/Pichi Chuang)
Survivor Lee Chin-long, 50, said he watched in horror as walls of mud wiped out most of the village, home to 1,000 people and now accessible only by helicopter after roads were cut.

"I was watching from my house upstairs. The whole mountain just fell off. When I saw that, I started to run," said Lee, speaking from a shelter in the nearby town of Cishan that has become the hub of rescue operations.

"Almost every house was gone, except for a couple."

Over the past few days, more than 80 people have been confirmed killed by Typhoon Morakot and tropical storm Etau, including 41 in Taiwan, 23 in the Philippines, 13 in Japan and six in China, according to officials in the region. The storms have caused hundreds of millions of dollars in damage.

In Taiwan, Typhoon Morakot unleashed torrential rain that has set off landslides across the island, caused rivers to burst their banks, flooded farmland and even washed a six-storey hotel into a river.

Most concern has focused on the small village of Hsiao Lin in mountainous Kaohsiung county. Officials have said about 600 people could not be accounted for from the village's population of 1,000 and were feared buried.

Taiwan's disaster agency said about 100 villagers had been rescued so far, while others were still stuck around the village.
"Some people have been contacted and some are still missing and we're still on the scene checking," an official from the disaster agency said.

Heavy rains had washed out roads and bridges in the area, severing land traffic.

"We saw an entire hotspring area being wiped out and vehicles buried," said Wu Chao-neng, 72, as he got off a helicopter in Cishan after being rescued from a landslide in another village.

At a school serving as the rescue centre in Cishan, victims, some on stretchers, were put in ambulances to be taken to hospital for treatment.

The typhoon has started to weaken over China's coastal regions after battering Taiwan. It caused floods in Taiwan's densely-populated south and farm-related losses on the island were estimated at more than T$5 billion ($152 million).

Taiwan financial firm SinoPac Holdings said the typhoon would likely widen by 0.5 percentage points the island's GDP contraction in the third quarter due to losses in the agriculture and tourism sectors.

A landslide triggered by rains from the typhoon toppled up to seven houses in eastern China late on Monday, the official Xinhua news agency said. It said two people had been killed.

In Japan, tropical storm Etau approached the island's central area and Tokyo, hours after a magnitude 6.5 earthquake that threw food and bottles from store shelves and disrupted transport.

Japan's weather agency warned of possible landslides and flooding, as the quake followed heavy rain. TV pictures showed one motorway partially washed out.

Heavy rains from the storm have killed 13 people with 15 missing in Hyogo and Okayama prefectures in western Japan, municipal officials said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2009 06:47 AM | Show all posts
900 mangsa bencana ditemui 12/08/2009

TAIPEI, Taiwan 11 Ogos - Para Penyelamat berjaya menemui lebih daripada 900 mangsa yang terselamat dari bencana tanah runtuh, banjir dan hujan lebat yang melanda bahagian selatan kepulauan ini.

Mejar Jeneral Hu Jui Chou berkata, pasukan tentera khas telah menemui lebih dari 200 mangsa yang terselamat dari perkampungan Shiao Lin yang telah tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Mereka berlindung di sebuah padang berdekatan hari ini.

Bagaimanapun, kemungkinan terdapat beberapa ratus mangsa lagi yang terperangkap di dalam kampung itu.
Lebih dari 500 orang telah ditemui di daerah Min Tsu, manakala 200 orang lagi ditemui di daerah Chin He.

Ketiga-tiga penduduk kampung itu berada di dalam kawasan yang sama.

Morakot menurunkan sehingga dua meter hujan sepanjang minggu ini di Taiwan dan menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 12:52 PM | Show all posts
Taiwan guna helikopter13/08/2009

CHISHAN, Taiwan 13 Ogos - Tentera Taiwan hari ini menggunakan bantuan helikopter bagi menyelamatkan hampir 1,000 orang mangsa banjir dan tanah runtuh akibat Taufan Morakot.

Angka kematian akibat taufan itu meningkat kepada 107 orang selain 61 orang masih hilang selepas bencana banjir paling teruk yang melanda Taiwan sejak setengah abad lepas hujung minggu lalu, dengan kesemua perkampungan ditenggelami air.

Jumlah kematian terkini termasuk 32 mayat yang ditemui tertimbus di bawah tanah runtuh di kawasan pergunungan mata air panas di Liukuai, daerah Kaohsiung, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

“Kami telah menemui kira-kira 700 mangsa yang masih hidup di tiga perkampungan malam tadi dan lebih 26 orang lagi pagi ini.
Kami sedang menyediakan 25 helikopter bagi memindahkan mereka,” kata Mejar Jeneral Richard Hu.

Beliau, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan berapa ramai mangsa yang terkorban atau ter timbus akibat tanah runtuh di Hsiaolin serta dua perkampungan sekitarnya.

Anggota Marin menemui 250 penduduk kampung lewat hari ini sebelum hujan lebat memaksa ope rasi menyelamat ditangguhkan buat sementara, dengan 192 orang telah dipindahkan ke tempat selamat.

Pasukan penyelamat semalam berkata, kira-kira 100 orang di Hsiaolin dikhuatiri mati, manakala beberapa media melaporkan angka kematian dalam kejadian tanah runtuh akibat taufan Morakot mungkin melebihi 600 orang.

Sehingga lewat semalam, kira-ki ra 219 orang dari Hsiaolin dan be berapa perkampungan sekitarnya telah diselamatkan mengguna pe sawat, kata Hu. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 08:38 AM | Show all posts
Presiden Taiwan mohon maaf]
TAIPEI 15 Ogos - Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou  hari ini memohon maaf kerana kerajaannya lambat bertindak berikutan bencana Taufan Morakot sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.

"Kami sepatutnya bertindak dengan lebih cekap dan lebih pantas tetapi kami gagal berbuat demikian. Sudah tentulah kami berasa sangat kesal dan memohon maaf atas kelemahan ini," kata Ying-jeou kepada wartawan di kawasan bencana di daerah Nantou, bahagian tengah negara ini.

Menurut Ying-jeou lagi, cuaca buruk menggendalakan misi penyelamat apabila taufan yang melanda negara ini pada hujung minggu lalu membawa hujan lebat selama tiga hari, menyebabkan helikopter tidak dapat terbang.

Setakat ini lebih 500 orang terkorban dalam bencana itu di Taiwan.
]
Sementara itu operasi menyelamat diperhebatkan lagi dengan kira-kira 100,000 askar berhempas pulas hari ini untuk menyeberangi sungai dan jambatan runtuh bagi membantu mangsa yang terperangkap.

Tentera laut menyertai operasi untuk membantu mangsa taufan yang kebanyakannya terputus bekalan makanan dan air sejak seminggu lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2009 01:06 PM | Show all posts
Amukan MorakotOleh Hazirah Che Sab





Taufan yang bermaksud zamrud sebaliknya bawa kemusnahan di Taiwan, China dan Filipina

MORAKOT yang bermakna zamrud dalam bahasa Thailand memang perhiasan menarik dengan sinaran cahaya yang kehijau-hijauan. Tetapi apabila membawa bersama perkataan taufan di awalnya, ia bukan lagi batu permata yang menjadi dambaan, sebaliknya kilauannya hanya menjanjikan kebinasaan.

Namun apalah daya yang ada pada manusia kerana Taufan Morakot sudah pun menunjukkan kuasa dengan kedatangannya ke Taiwan membawa bersama banjir paling buruk dalam masa 50 tahun di kepulauan itu, menyebabkan beratus-ratus penduduk dikhuatiri maut apabila tertimbus dalam banjir lumpur.


Bukan cuma banjir teruk, Morakot turut menyebabkan runtuhan lumpur, menumbangkan pokok dan papan iklan serta menerbangkan bumbung bangunan.

Kekuatan Morakot terbukti apabila sebuah hotel enam tingkap runtuh ke dalam sungai selepas asasnya dihakis arus sungai yang deras. Bagaimanapun, tiada penghuni hotel dilapor cedera.

Hampir keseluruhan wilayah selatan Taiwan iaitu mukim Chiayi, Tainan, Kaohsiung dan Pingtung serta beberapa bahagian mukim Taitung menerima hujan paling banyak dalam sejarah. Hujan di Pingtung melepasi paras 2,500 milimeter, memecahkan semua rekod penerimaan hujan di kawasan tunggal di Taiwan yang dibawa oleh satu taufan.

Sekumpulan penduduk menyelamatkan diri menggunakan jentolak di Zhejiang, China.

Kedatangan Morakot juga memaksa penerbangan dalam dan luar Taiwan terpaksa dibatalkan dan beberapa pelabuhan terpaksa ditutup. Bekalan elektrik ke 25,000 rumah terganggu

Taufan Morakot atau dinamakan Kiko oleh Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (Pagasa) dikesan terbentuk lebih awal pada 2 Ogos lalu sebagai ribut biasa tidak bernama. Pada hari sama ia semakin mengganas sebelum dinaikkan gred sebagai Ribut Tropika dan dinamakan Morakot oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA) pada 3 Ogos.

JMA melaporkan ia adalah ribut ke-11 musim ini yang terletak kira-kira 1,000 kilometer ke timur Filipina. Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) dan Pagasa mula memantau ribut berkenaan awal 3 Ogos lalu ketika ia terletak pada lokasi kira-kira 700 kilometer ke tenggara Okinawa. Namun ia adalah yang pertama melanda Taiwan.

Pada pagi 4 Ogos, JWTC melaporkan Morakot sudah menjadi ribut tropika ketika kelajuan angin dianggarkan hampir 65 kilometer sejam dan lewat hari itu, ia sudah pun dikategorikan sebagai Ribut Tropika Teruk.
Penyampai cuaca CNN, Kevin Corriveau, berkata dia mendapati Morakot yang bergerak perlahan sebenarnya cukup besar untuk melanda keseluruhan kepulauan itu. Sementara wartawan Andrew Lei, yang dipetik laporan media tempatan, berkata ia sudah pun memecahkan jalan dan menghanyutkan beberapa jambatan.

Impak Morakot sudah dirasakan pagi Jumaat lalu, dengan runtuhan lumpur dan tanah runtuh berlaku di kepulauan berkenaan sebelum ia mengganas Isnin lalu.

Selepas menjejaskan Taiwan dengan teruk, Morakot beralih pula melanda timur dengan kelajuan anginnya mencecah 119 kilometer sejam. Ia juga memaksa kerajaan China memindahkan kira-kira 1.5 juta penduduknya yang mendiami wilayah pantai timur awal Isnin lalu dengan lebih 470,000 penduduk di Zhejiang dan 485,000 yang lain dari wilayah berjiran, Fujian. Sejumlah 10,000 rumah turut musnah.

Terbukti, amukannya menular ke Filipina yang mengorbankan berpuluh-puluh orang termasuk tiga pelancong asing setakat Isnin lalu dan menjejaskan kehidupan 28,000 penduduk lagi. Ia dilanda angin dengan kelajuan 175 kilometer sejam dengan kekuatan mencecah 210 kilometer sejam selain hujan lebat yang menyebabkan banjir serta tanah runtuh.

Kira-kira 10 kampung di negara itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter yang menyaksikan beribu-ribu penduduk terpaksa memanjat pokok dan terperangkap di atas bumbung menanti untuk diselamatkan helikopter. Lebih 12,000 penduduk dipindahkan dan lebih 1,000 kehilangan tempat tinggal.

Tanah runtuh menyekat laluan di lebuh raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer.

Namun begitu, kedatangan Morakot juga boleh dianggap sebagai penyelamat kepada Taiwan yang dilanda kemarau dan hujan yang dibawanya dapat memenuhkan kolam tadahan air yang menjadi penamat kepada catuan air di beberapa kawasan. Malangnya, di sebalik manfaatnya, apa yang pasti Morakot turut membawa kebinasaan dan bencana kemanusiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 03:21 PM | Show all posts
aku tgk video hotel tu tumbang kat bertia tv3suku pun aku dh ngeri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 07:24 AM | Show all posts
Malapetaka timpa Taiwan
Oleh AQMAR ALLADAD



KEADAAN sebuah hotel yang ranap akibat taufan Morakot.

TAUFAN Morakot yang menyebabkan hujan lebat melanda Taiwan pada pertengahan minggu lalu telah mencetuskan fenomena banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar kepulauan itu.

Tragedi hitam itu menyebabkan air naik melimpah sehingga dua meter. Ia juga merupakan bencana banjir terburuk di negara itu dalam tempoh lima dekad.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou yang membuat pemeriksaan di kawasan operasi bantuan di daerah Tainan berkata, Amerika Syarikat (AS), Jepun, China dan Singapura masing-masing menawarkan bantuan kewangan.

"Kami mengalu-alukan semua bentuk bantuan dan kami juga sangat memerlukan peralatan terutama helikopter untuk membawa segala keperluan ke lokasi kejadian," kata Ma.

Hujan lebat yang berhenti seketika membolehkan helikopter tentera berulang alik membawa keluar mangsa-mangsa yang terselamat dari kawasan perkampungan ke Cishan.

Bagi seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yu, katanya, dia begitu risau berhubung keselamatan ahli keluarganya yang masih terperangkap di kediaman masing-masing.

"Ahli keluarga saya masih ramai terperangkap di sana. Mereka tidak boleh menunggu lama. Bila hujan nanti, bukit-bukau di sekitar kampung akan runtuh," katanya yang berasal dari Kampung Kaochung.

Sementara itu, pihak tentera melaporkan, terdapat kira-kira 1,000 perkampungan di Shiao Lin mengalami kemusnahan paling dahsyat sejak berlakunya ribut taufan tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 300 orang dari kawasan itu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat tentera udara, kata jurucakap operasi bantuan, Kolonel Chang Kua-bin.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian dengan mengharung sungai bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap setelah jambatan di Kampung Hsinfa, Kaohsiung runtuh.

Taufan Morakot mula membadai Filipina sebelum menuju ke Taiwan dan kemudian bergerak ke timur laut China yang mula terbentuk sejak 2 Ogos lalu.


Rumah dan hotel tenggelam


Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh taufan Morakot itu menenggelamkan tujuh buah rumah di timur Taiwan. Dalam kejadian itu, dua orang dilaporkan terbunuh.



KEPALA patung Buddha hanyut dibawa arus deras banjir.

Selain itu, daerah Shanghai menerima hujan lebat selepas Morakot melanda pantai tenggara China yang menyebabkan pemindahan hampir sejuta orang dengan seorang terbunuh.

Bagaimanapun, taufan itu diturunkan kepada tahap ribut tropika ketika menghampiri Shanghai, tetapi masih dianggarkan akan membawa hujan melebihi 90 milimeter setiap jam di bandar terbesar China itu serta utara wilayah Zhejiang, Jiangsu, Shandong dan Anhui.

Lebih 3.4 juta penduduk Zhejiang kehilangan harta benda ekoran banjir melanda di beratus-ratus perkampungan dan lebih daripada 1,800 rumah runtuh, lapor agensi berita Xinhua yang memetik sumber dari Kawalan Banjir Wilayah dan Ibu Pejabat Bantuan Kemarau.

Lebih memeranjatkan, sebuah hotel enam tingkat tumbang ke dalam sebatang sungai akibat hakisan banjir semasa taufan Morakot melanda Taiwan.

Beberapa pegawai berkata, seramai 300 penghuni hotel yang terletak dalam wilayah Taitung itu selamat selepas mereka berjaya dipindahkan sebelum ia runtuh.

Taufan terburuk ini turut melanda kawasan pantai timur China selepas hampir satu juta penduduk sekitarnya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Di China, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan lebih daripada 21,190 orang dari rumah masing-masing di wilayah Fujian, tenggara China sebelum negara itu dilanda taufan Morakot.
Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di wilayah pesisiran pantai Zhejiang dipindahkan, sementara 480,000 lagi dipindahkan ke wilayah Fujian.

Lebih daripada 35,000 kapal pula diminta kembali ke pelabuhan ekoran ribut semakin hampir dengan membawa hujan lebat serta angin kencang, lapor Xinhua yang memetik sumber dari ibu pejabat kawalan banjir wilayah, Zhejiang.



DUA penduduk melihat kayu yang hanyut akibat banjir besar daripada taufan Morakot.

Beberapa lebuh raya di wilayah itu turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Begitu juga, beberapa bahagian di Fujian dilaporkan mencatat jumlah hujan sebanyak 30 sentimeter sejak awal taufan Morakot membadai.

Pusat Biro Cuaca di Taiwan menjelaskan mata taufan itu kini berada 220 kilometer di tenggara daerah Yilan, timur Taiwan dengan angin selaju 144 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 kilometer sejam.

Ragut nyawa pelancong




Taufan Morakot yang menggoncang Manila turut melibatkan dua pelancong Perancis, antara sekurang-kurangnya 10 orang yang terbunuh apabila hujan lebat daripada taufan itu meruntuhkan daik.

Ia seterusnya menyebabkan tanah runtuh serta banjir besar di bandar-bandar serta perkampungan di utara Filipina.

Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan itu sedang mendaki Gunung Pinatubo dengan menaiki tiga buah kenderaan apabila tanah runtuh menutup laluan sehingga memerangkap salah sebuah kereta mereka.

Kawasan kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila itu adalah yang paling teruk terjejas.

Taufan ini menyebabkan kerosakan pertanian kira-kira NT$7.2 bilion (RM787.5 juta) serta menyebabkan hampir 30,000 rumah terputus bekalan elektrik dan 750,000 lagi terputus bekalan air bersih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069146 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list