CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37755|Reply: 122

daulat Raja johor dr queen victoria?

[Copy link]
Post time 20-8-2009 07:55 AM | Show all posts |Read mode
salam, saya ada soalan nak tanya, dan bebetul tak tau, tadi dalam mhi, pengacara memberitahu kenapa kalau kita jumpa raja johor kita takleh sembah mcm raja negara2 lain? ini adalah kerana negeri johor dapat daulat dr queen victoria dan cara pakaian raja johor takkan sama dengan pakaian sultan2 negeri lain,

ada sesiapa tahu sejarah tak? kenapa ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 09:07 AM | Show all posts
tak tau plak aku bab2 sembah ni...maybe la kot...
tapi bukan dia makhluk tuhan gak ke...
kita serupa la..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 09:26 AM | Show all posts
lain? lain cam ner? kene bersilat dulu ker?
yg aku tau... kalo gelaran jerk yg lain... negeri lain.. gelran nyer.. sultan bagi negeri... sultan johor.. sultan bagi negeri johor dan jajahan takluk johor... yg tu lain ler..

ermm lagi satu.. kalo pangkat/tan sri/dato dll... kalo kat england...(aku lupe ape name board tu) dorang iktiraf pangkat dr johor n kelantan jerk
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 11:41 AM | Show all posts
Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. (Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ). Beliau ialah sultan pertama Johor moden.

Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.

Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 11:45 AM | Show all posts
mengapa cara dia lain eks?? ish... tak terjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:45 PM | Show all posts
maybe dier asal bukan keturunan sultan kot tu yg cara dier lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2009 01:00 PM | Show all posts
Daulat boleh transfer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 01:03 PM | Show all posts
sultan bagi negeri johor dan jajahan takluk johor... yg tu lain ler..


jajahan takluk johor bagai tuh tang mana jajahannya? kepualaun sekitar riau lingga ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 01:06 PM | Show all posts
sultan abu bakar jah yg diiktiraf maharaja johor oleh queen v...

lepaih tu gelaran maharaja tuh tak diguna lagi dh....yg haku tau, sultan selangor n johor rmi jugok yg dpt gelaran sir nuh...kalu dah dapat  sir, kompom sultan tuh kena bersembah sujud bagai utk terima gelaran sir...

saja jah queen nk hadiahkan pangkat mangkat nih, supaya nk pebodo kan raja2 melayu smp kena tundok bagai kt queen..padahai queen pon muda lagi dr sultan2 yg tua bangka tuh...haku tak tau la org melayu waktu tuh tak rasa DAYUS waktu raja depa terima pangkat sir tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 01:14 PM | Show all posts
jajahan takluk johor bagai tuh tang mana jajahannya? kepualaun sekitar riau lingga ka?
nanat87 Post at 20-8-2009 13:03


jajahan takluk tu muor n segamat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 01:44 PM | Show all posts
oh, muar n segamat tuh asainya jajahan eh?haku igt mcm riau linnga tuh..pulau2 tu awat dpt kt indon?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:21 PM | Show all posts
oh, muar n segamat tuh asainya jajahan eh?haku igt mcm riau linnga tuh..pulau2 tu awat dpt kt indon?
nanat87 Post at 20-8-2009 13:44


bukan jajahan... tapi ade pemerintah sendiri...
so skang title sultan johor adelah sultan bagi negeri johor dan jajahan takluknye... ni sebab perjanjian ngan british... sultan johor tokleh gune gelaran sultan cam negeri lain...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:31 PM | Show all posts
aku tak paham pasai takleh guna gelaran sultan tuh...
maksodnya, raja johor tuh kita tak leh panggil sultan johor ka?abes gelaran apa diguna?atau maksod ang kita kena sebut nama DYMM nama sekian2, then letak gelaran "bagi negeri johor n jajahan taklunya"...gitew ka?

kalu raja melayu lain, kita panngil DYMM sultan sekian2...gitew ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:38 PM | Show all posts
9# nanat87

Masa Sultan Abu Bakar dapat KCSI tu tahun 1866...umur dia 33 tahun. Masa tu Queen Vic umur 47...siapa lagi tua?
Anugerah tu lebih berbentuk friendship....macam la ni Sultan Kedah pun ada pingat dari UK....tu tanda tunduk kat QE2 pulak ke?

Lepas tu dapat knighthood ni macam dalam cerita Robin Hood ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:40 PM | Show all posts
13# nanat87
Bila masa pulak Sultan (tu kan dah sultan) Johor tak guna gelaran 'Sultan'? Yang aku tahu dia kerat nama dia ajer...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:44 PM | Show all posts
aku tak paham pasai takleh guna gelaran sultan tuh...
maksodnya, raja johor tuh kita tak leh panggil sultan johor ka?abes gelaran apa diguna?atau maksod ang kita kena sebut nama DYMM nama sekian2, th ...
nanat87 Post at 20-8-2009 14:31


ko tak paham ler...

kalo sultan selangor.. gelaran dia.... sultan bagi negeri selangor
kalo kedah... sultan bagi negeri kedah..
kalo perak... sultan bagi negeri perak
tapi
negeri johor.... sultan bagi negeri johor dan jajahan takluknya...

tu beza dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 02:46 PM | Show all posts
9# nanat87

Masa Sultan Abu Bakar dapat KCSI tu tahun 1866...umur dia 33 tahun. Masa tu Queen Vic umur 47...siapa lagi tua?
Anugerah tu lebih berbentuk friendship....macam la ni Sultan Kedah pun  ...
alphawolf Post at 20-8-2009 14:38


tu ler dia.. kalo ikot dan jerk... tak tengok tarikh terus cakap queen lagi mude...kalo tak kaji tarikh n sejarah mmg tak tau nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:47 PM | Show all posts
15# alphawolf
budak nih tak paham... aku dah terangkan kat atas tak paham gak tak tau ler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:51 PM | Show all posts
18# muor76
Bukan le tak dipanggil Sultan langsung.....

Tapi masa aku bebudak dulu, time doa Sultan aku blur....bila masa pulak Johor maintain jajahan dia....kakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:55 PM | Show all posts
19# alphawolf

tu ler.. puas ler aku terangkan kat atas tu.. si nanat ingat takde sebut sultan...

mase kekecik mmg kite rase peluk.. pasal ade perkataan jajahan takluknya... aku pon heran... so bile dah beso carik ler sendiri naper gelaran dia camtu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.185810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list