CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctredzuan

daulat Raja johor dr queen victoria?

[Copy link]
Post time 20-8-2009 04:29 PM | Show all posts
gelaran SIR tu banyak di beri kepada sultan-sultan yang memerintah negeri2 yang dibawah naungan british... kira sebagai friendship ler.

lantikan sebagai raja tu pun mana negara pun bulih bagi... asalkan negara tu negara penaung atau negara penakluk. pemerintah yang dilantik tu akan menjadi wakil jer. nak sebut sultan ker... nak sebut raja ker... takder ler larangan yang khusus... adat yang melayu sendiri cipta jer yang melarang. sendiri cipta adat sendiri takut nak langgar... hehehe... apeler punya mentaliti...

kat negara sebelah melayu ni terlalu berpegang pada adat yang mengatakan raja2 atau sultan2 ada daulatnya sendiri. tapi yang herannya... istilah kena daulat tu hanya kepada orang2 melayu... kat penakluk yang kurang adab tak pulak terkena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 07:33 PM | Show all posts
#muor76

tu ler.. puas ler aku terangkan kat atas tu.. si nanat ingat takde sebut sultan...


la, haku tak paham pasai ayat ang kt bawah ni mengelirukan:

sultan johor tokleh gune gelaran sultan cam negeri lain...

aku ingt ang maksudkan tak leh guno gelaran sultan...kalu ang ckp "sultan johor tokleh gune gelaran macam sultan negeri lain barulah aku paham
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 07:38 PM | Show all posts
#alphawoff

Bila masa pulak Sultan (tu kan dah sultan) Johor tak guna gelaran 'Sultan'? Yang aku tahu dia kerat nama dia ajer...hehehe


wow, ang nih mod TNSE kan?bangga betoi haku mod TNSE jawab soalan aku

kerat nama dia?awat sultan johor kena kerat nama?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 11:08 PM | Show all posts
sultan abu bakar jah yg diiktiraf maharaja johor oleh queen v...

lepaih tu gelaran maharaja tuh tak diguna lagi dh....yg haku tau, sultan selangor n johor rmi jugok yg dpt gelaran sir nuh...kalu da ...
nanat87 Post at 20-8-2009 13:06



yup! aku setuju! betul tu..sbb tu melayu kita xkan berhenti menangis sampai bila2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 01:27 AM | Show all posts
masih pelik bin ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 09:33 AM | Show all posts
aku lgi x faham...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2009 08:21 AM | Show all posts
23# nanat87

Nama Sultan ialah Mahmood Iskandar......tapi biasanya disebut Iskandar saja......

Masa aku bebudak ceritanya ialah sebab sultan ni takmo dikaitkan dengan Sultan Mahmud Shah Melaka dengan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 09:44 AM | Show all posts
xnak di kaitkan..

tp.. saudara dorang gaks...

ermm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2009 10:07 AM | Show all posts
28# selendangmerah

Tak..sebab Sultan sekarang ni keturuna Temenggung....cuma erm....Sultan Mahmud yang da orang tu ada brutal......
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 10:33 AM | Show all posts
complicatednye.. ish. sukar nk di fahami
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 11:27 AM | Show all posts
Apa yang complicatednya?

Sultan Johor tak dipanggil "Sultan Johor" sahaja tapi "Sultan Negeri Johor dan jajahan takluknya" tu aje!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 03:17 PM | Show all posts
complicatednye.. ish. sukar nk di fahami
sweet_charcoals Post at 23-8-2009 10:33

Senang aje beb...Sultan Melaka yang terakhir disaat Portugis menawan Melaka ialah Sultan Mahmud Shah. Sultan ni tak cekap dan lemah menyebabkan senang Melaka diperkosa oleh anasir-anasir luar ( tokey-tokey Mamak, Tiongkok dan Arab...juga kepala puak pendatang Jawa, Aceh, Bugis dan Minang). Hobi Mahmud ni menjurus kepada sexual hinggakan pupus keluarga Tun Mutahir kerana anak perempuannya tidak dipersembahkan kapada beliau malah dikawinkan tanpa pengatahuannya. Sultan ini juga gila kerana ingin melamar Putri-gunung-Ledang-yang -tidalk-ujud. Keadaan makin runcing apabila pembesar-pembesar negeri bergaduh sesama sendiri...kesempatan yang di ambil oleh Portugis degan senang menawan Melaka..Sebenar sultan siang-siang lagi telah lari ke Pagoh...kemudian Pahang.Akhirnya Mahmud keBintan menubuh kerajaan baru...apabila Bintan dimusnah Mahmud lari keKampar dan disitu meninggal tahun 1528.
Mahmud mengikut salahsilah adalah keturunan Parameswara yang beragama Hindu dan kemudian memeluk Islam dengan nama sultan Iskandar Shah. Apabila mangkat Mahmud meninggalkan 2 anak lelaki 1.Muzaffar Shah yang menjadi Sultan di Perak 2. Alauddin yang menjadi perwaris sultan Mahmud pengasas Kesultanan Johor di Kota Tinggi ( juga di kenali Johor-riau sultanate).
Keturunan yang akhir dari darah asal Melaka yang memerintah Johor Lama ialah homosexual Sultan Mahmud mangkat dijulang. Bila matinyan Mahmud gay ni maka pupuslah zuriat Melaka yang asal..the rest is history.
Pemerintah Johor lama kemudian diambil dari kalangan Bendahara...macam-macam Bedahara termasuk Sultan Ali yang disingkir oleh British kerana mahukah Temengung Ibrahim Bugis..Helah ini kerana Bugis adalah ' power broker' di rantau itu. Bugis sahaja yang boleh mententramkan lanun-lanun Bugis yang bermaharajalela merompok kapal-kapal orang putih di Nusantara.
Jadi jelas sekarang Sultan Johor ni bukan dari keturunan Melaka...tetapi Temenggung Ibrahim Bugis, temenggung Abe Backer, Sultan Araham, sultan Ismail dan Sultan Mahmoood Iskandar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by lambaian at 23-8-2009 21:23

SAYA AMBIL POSTING NI DARI FORUM SEBELAH

KREDIT SARIP DOL @ INFOGOSSIP.COM





Sebelum tu aku nak tanya, faham tak keseluruhan cerita mengenai Kesultanan Johor? I mean dari zaman jajahan empire Melaka lagi? Kalau baca beberapa thread yang kita pernah discussed mungkin boleh faham. It's ok, aku cerita secara general.

Sebelum itu kena faham kan Kesultanan Johor itu sendiri yang telah melalui beberapa dinasti:

[size="3"](1) Dinasti Sultan-sultan Johor berketurunan Kesultanan Melayu Melaka
Selepas Melaka jatuh diserang Portugis dan Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud melarikan diri ke Kampar, anak dia Sultan Alauddin Riayat Shah pegi ke Kota Tinggi dan menjadi Sultan Johor-Riau Lingga. Jadi bermula-lah Kesultanan Johor Lama merangkumi Johor (termasuk Singapura) dan Riau-Lingga. Terdapat tak salah 9 Sultan-sultan Kesultanan Johor Lama ini berakhir dengan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

[size="3"](2) Dinasti Sultan-sultan Johor dari keturunan Bendahara
Selepas Sultan Mahmud mangkat dijulang, tiada lagi waris yang ada... maka Bendahara Johor, Tun Habib Abdul Majid (thread panjang lebar kita discussed pasal THAM termasuk argument mengenai ahlul-bait dan sebagainya ada di thread Salasilah Tun Habib Abd Majid) menjadi Sultan. Pada ketika ini lah munculnya Raja Kecil Siak yang mengaku sebagai anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (kisah nya kita dah discussed di thread Adakah benar Raja Kecil Siak anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? nak rampas semula takhta. Tapi, Keturunan Bendahara ini masih terus  menjadi Sultan-sultan Johor dalam 16 orang Sultan.

Dalam dinasti ini lah terjadinya macam-macam perjanjian yang akhirnya keturunan ini langsung tak ada apa, yang jadi pengemis pun ada. Nanti aku cerita chronology kisahnya.

[size="3"]Pergaduhan anak-anak Sultan Mahmud III (tu sebab Sultan Johor sekarang ni Sultan Mahmood Iskandar phobia nak guna nama Mahmud sebab semua Sultan nama Mahmud bawa masalah keh keh keh)
Ok serious. Sultan Mahmud III ni ada 2 anak - Tengku Hussein (anak Sultan Mahmud dengan bini keturunan Daing Maturang) dan Tengku Abdul Rahman (anak dengan bini keturunan Bugis dari Sidenreng, Sulawesi). Sorang lagi bini Sultan Mahmud III ni ialah Engku Hamidah anak pada Raja Haji... tu yang hantaran kahwin dia ialah Pulau Penyengat. Ok, aku akan balik kepada kisah Engku Hamidah ni kemudian.

Bila Sultan Mahmud III ni mangkat, berlaku lah perebutan kuasa antara Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman. Patutnya si abang (Tengku Hussein) jadi Sultan, tapi sebab dia tak ada masa hari pemakaman Sultan Mahmud III, so si adik iaitu Tengku Abdul Rahman jadi Sultan dengan bantuan Belanda.

Masa ni lah si Raffles (British) cuba ambil kesempatan, mereka sokong pulak Tengku Hussein yang dinafikan hak dari mewarisi takhta. British kata mereka akan tolong Tengku Hussein jadi Sultan dengan syarat bagi Singapore. Sultan Hussein ni banyak hutang, jadi itu sebab bayaran 33,200 duit Sepanyol yang British offer plus pencen $300 seumur hidup diterima oleh Sultan Hussein. So, dapat lah Sultan Hussein jadi Sultan and lepas dah tergadai Singapore, baru lah dia menyesal... sampai kan dia sendiri tak sanggup nak duduk kat Istana Kampung Gelam yang British buat kan untuk dia. Tu yang dia bawa diri ke Melaka and mangkat kat sana. Cerita waris Sultan Hussein ada kat thread ni Sumpahan Istana Kampung Gelam.

Balik pada kisah Sultan Abdul Rahman tadi. Lepas dia turun takhta Johor dan serahkan kepada abang dia, Sultan Hussein... dia pun pegi ke Pulau Daik dan jadi Sultan Riau-Lingga. Kira nya pada zaman ini Kesultanan Johor Lama yang merangkumi Johor (termasuk Singapura), Riau dan Lingga dah berpecah. Sultan Abdul Rahman tu tadi jadi Sultan Riau-Lingga (Kesultanan Daik) yang pertama. Riau tu diperintah oleh Yamtuan Muda di Pulau Penyengat. Dan Lingga tu ditadbir oleh Sultan di Pulau Daik (boleh refer thread ini yang Kak Zem buka Sejarah Pulau Daik.

Ok, belum habis lagi ceritanya. Kita balik semula ke Johor. Lepas Sultan Hussein mangkat... anak dia Sultan Ali pulak jadi Sultan and dia ni Sultan yang lembab giler... tu yang Temenggong overshadowed. British tak suka Sultan Ali ni, so termeterai-lah satu lagi perjanjian iaitu antara Sultan Ali dan Temenggong Daeng Ibrahim. Sultan Ali diikhtiraf sebagai Sultan oleh British, dan dia serahkan seluruh Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggong dengan bayaran $5,000 lump sum dan pencen $500 sebulan.

Last sekali sampai today, keturunan Bendahara Johor (dari THAM) apa pun tarak. Takhta Kesultanan Johor dah terlepas pada keturunan Temenggong, yang Kesultanan Daik (Riau-Lingga) dimansuhkan bila Indonesia jadi Republik. Tapi keturunan Bendahara THAM ini masih lagi ada menjadi raja-raja Melayu seperti Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.

Lepas tu ada bergaduh lagi hahahahaha. Nanti aku sambung. Letih lah bulan-bulan puasa ni cerita orang berperang saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 09:24 PM | Show all posts
Ok, aku sambung lagi. Sebelum tu aku minta maaf lah if nama orang, tahun, etc ada yang salah ke apa cause aku pakai tulis saja apa yang aku ingat.

[size="3"](1) Dinasti Sultan-sultan Johor berketurunan Temenggong
Selepas perjanjian tahun 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggong Daeng Ibrahim tu, kiranya Temenggong Daeng Ibrahim menguasai Johor (yang di sekitar Johor Baharu sekarang ni) dan Sultan Ali menguasai Kesang. Muar masih ditadbir oleh Raja Temenggong Muar. Singapura pulak tu dah pada British. Makna nya pada ketika itu wilayah Temenggong Daeng Ibrahim hanya kecil saja.

[size="3"]Pergaduhan anak-anak Sultan Ali
Ni aku cakap tadi bergaduh lagi. Kali ni pergaduhan antara 2 anak Sultan Ali yang berebut takhta pak mereka untuk memerintah Kesang. Sebabnya ialah wasiat Sultan Ali untuk meletakkan anak kedua dari second wife (nama Tengku Mahmud yang masih muda dalam age 10) sebagai waris, sedangkan dia ada anak sulung lelaki dari bini pertama (Tengku Alam). Case ni mungkin disebabkan second wife Sultan Ali tu pengaruhi laki dia untuk letakkan anak dia sebagai pewaris dan bukan anak Sultan Ali yang sulung dari first wife.

British ni jahat, mereka tak nak ikhtiraf anak Sultan Ali sebagai pemerintah Kesang. Yang Maharaja Abu Bakar (zaman ni Temenggong Abu Bakar dah ganti kan pak dia sebagai Maharaja Johor) ni pun rasa risau dengan kedudukan dia (ya lah, kalau dah perompak tu memang rasa tak secure saja). Sebab Tengku Alam ni gelar kan diri dia sebagai Sultan Alauddin Alam Shah dan pengikut dia semua anggap dia adalah Sultan Johor. Masa ni lah Maharaja Abu Bakar mempengaruhi British suruh masuk campur hal ehwal Kesang. Dengan tipu muslihat, British (Gabenor Edward Anson di Singaopore) pegi jumpa orang-orang kampung Kesang and suruh buat pilihanraya untuk pilih siapa pemimpin mereka. Maharaja Abu Bakar dan British bersekongkol dan beli undi orang-orang kampung dan akhirnya Maharaja Abu Bakar mendapat undi terbanyak untuk jadi pemerintah Kesang.

Tengku Alam tahu pasal election menipu tu. Dia bengang lah. British dan Maharaja Abu Bakar cuba tabur duit lagi seperti mana yang mereka buat pada bapak dia (Sultan Ali) dan tok dia (Sultan Hussein). British kata Tengku Alam boleh terus terima pencen $500 yang bapak dia pernah terima tu, and on top of that British tambah lagi $68! Tengku Alam ni bagus sikit, tak mudah di jual beli... so dia declined dengan offer tu.

Tengku Alam ni ramai pengikut dia termasuk orang-orang Bugis juga. Jadi berlaku lah Perang Jementah. Mana lah orang-orang Tengku Alam nak lawan orang-orang Maharaja Abu Bakar dengan meriam nya, senapang, etc. Ye lah, geng ketat British, memang segala senjata perang mereka ada. Akhirnya, Tengku Alam kalah dan dia pun balik ke Istana Kampung Gelam.

So, sejak itu lah Muar, Kesang, Segamat semua tu jadi wilayah jajahan takhluk Sultan-sultan Johor sehingga ke hari ini.

Ni belum jawab soalan lagi. Baru sejarah dinasti-dinasti Kesultanan Johor. Nanti malam aku sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:56 AM | Show all posts
oh, muar n segamat tuh asainya jajahan eh?haku igt mcm riau linnga tuh..pulau2 tu awat dpt kt indon?
nanat87 Post at 20-8-2009 13:44
LOL, sejarah SPM neh, kan ade perjanjian Inggeris-Belanda, Belanda amik Riau-Lingga, Inggeris amik Spore-Johor, klau xder perjanjian neh, dah lama Sumatera msk Malaysia kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:59 AM | Show all posts
Sultan dan Pewaris takhta sebenar telah diracun..........


konspirasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 10:49 AM | Show all posts
huish...banyak ilmu2 baru ni...
tapi ada dikatakan yang maharaja abu bakar ni ialah
&**()* queen ezabeth...
sb 2 dia dapt gelaran emperor atau maharaja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 11:34 AM | Show all posts
Tu part menipu tu...sebab masa tu bukan Queen Elizabeth....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:12 PM | Show all posts
sultan johor tak disembah coz dia bukan keturunan raja...just dr titihan temenggung je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:02 PM | Show all posts
37# zul888

apa mengarut arr ko ni...

time dulu pakai temenggong ala-ala org tak berapa gerun, maharaja la baru gempak sikit gelaran...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.291239 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list