CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15227|Reply: 30

Rantau Abang kena sumpah batu penyu!!

[Copy link]
Post time 23-8-2009 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Rantau Abang disumpah batu penyu?
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN


Kehadiran penyu bertelur di pantai Rantau Abang, Terengganu dikatakan ada kaitan dengan batu berbentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.



PAK NOR percaya penyu mendarat di pantai Rantau Abang kerana
kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Mohamad Salleh, 64, atau lebih dikenali sebagai Pak Nor, boleh memungut lebih 9,000 biji telur penyu setiap malam di sekitar pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Ketika itu biasanya dari bulan Jun hingga Oktober, rutin Pak Nor ialah berjaga hingga ke subuh menanti kehadiran penyu. Adakalanya jumlah penyu yang naik untuk bertelur mencecah 200 ekor setiap malam.

Hari ini, Rantau Abang hanyalah sebuah perkampungan biasa yang sunyi. Kadangkala pemandu yang melalui kawasan tersebut hampir terlupa ia pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu.

Bagi bekas pemungut telur penyu seperti Pak Nor, pendaratan penyu selama ini kononnya dikaitkan dengan kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa di situ.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, cakap-cakap mengenai ‘hubungan’ batu itu dengan kehadiran penyu tidak pernah dinafikan oleh golongan tua di kampung berkenaan.

Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, seekor penyu gergasi datang dari laut dan naik ke atas bukit tersebut. Ia akhirnya bertukar menjadi batu.

Penyu jantan dalam sungai

“Sejak kecil lagi saya dah dengar cerita mengenai batu itu. Orang kata, selama ini penyu datang bertelur di Rantau Abang kerana ada ‘ibu penyu’ di atas bukit itu,” katanya membuka cerita.

Namun, sehingga kini tidak ada siapa tahu bila dan siapa yang menemui batu sepanjang kira-kira 3.5 meter tersebut.
Menurut Pak Nor, tahun 70-an dan 80-an dianggap sebagai kemuncak pendaratan pelbagai spesies penyu seperti agar, belimbing dan lipas di kawasan pantai berkenaan.

Calet dan rumah tumpangan penuh sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Mereka ghairah untuk melihat sendiri pelbagai jenis penyu merangkak naik ke pantai dan kemudian membuat lubang untuk bertelur.

“Waktu itu memang meriah, saya sendiri kerja sampingan mengutip telur penyu dengan upah RM100 setiap bulan selain kerja tetap sebagai nelayan,” katanya.

Namun, kerancakan Pak Nor bercerita mengenai penyu terhenti seketika apabila ditanya mengapa kini kehadiran haiwan itu sekadar jadi kenangan di Rantau Abang.

“Ada orang percaya batu penyu itu sudah ‘mati’ dan rosak sebab dulu ramai yang datang melihat dan menyentuhnya. Sesetengah orang menganggap itulah punca penyu sudah tak datang lagi,” katanya.

Ujarnya, sebelum ini batu tersebut berbentuk seakan-akan seekor penyu, namun lama-kelamaan ia mula hilang bentuk ekoran batunya mulai pecah dan diambil orang.

Menurut Pak Nor, sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang. Satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke Bukit Cik Hawa tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Ujarnya, walaupun ada usaha pihak tertentu mencari dan menaikkan batu tersebut, sehingga kini ia tidak berhasil, malah lokasi sebenarnya juga menjadi tanda tanya.

“Menurut cerita, batu penyu di dalam sungai itu adalah penyu jantan. Pasangannya ialah batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina,” katanya.

Pelancong buat maksiat


Selain teori kewujudan batu penyu tersebut, ada juga yang percaya ‘kekotoran’ yang dibawa oleh pelancong ke kawasan itu satu ketika dahulu mengundang padah kepada Rantau Abang.



GENERASI kini semakin sukar melihat penyu mendarat di Rantau Abang.

Menurut seorang penduduk, Hanatrah Seman, 35, sesetengah penduduk percaya penyu enggan menjejakkan kaki ke kawasan itu kerana banyak aktiviti maksiat dan tidak sihat di kawasan itu pada masa itu.

“Dulu ada yang datang berpasangan dan minum arak semasa menginap di kawasan ini. Orang tua ada yang menyalahkan perbuatan tersebut punca kemunduran kawasan ini,” kata pengusaha Kedai Makan Suhana ini.

Ujar Hanatrah, penyu pernah memberi kesenangan kepada keluarganya apabila kedai makan mereka mendapat keuntungan besar berikutan kehadiran pelancong pada musim penyu bertelur.

“Dulu kedai kami dibuka dari pukul 6 pagi sampai 5 pagi keesokannya sebab ramai yang datang untuk melihat penyu bertelur.
“Pada masa itu memang tak menang tangan melayan pelanggan dan boleh dapat sampai RM1,000 sehari. Bayangkan RM1,000 pada masa itu, memang besar nilainya,” katanya.

Menurut Hanatrah yang mewarisi kedai itu daripada orang tuanya, pada masa ini bukan sahaja penyu sudah tidak kelihatan malah sukar untuk mendapat RM100 sehari walaupun berniaga sehari suntuk.

Bagaimanapun, sebagai generasi muda, Hanatrah mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemerosotan jumlah penyu dan ia bukan semata-mata akibat ‘sumpahan’ batu penyu.




padan ler banyak penyu berteluq kat rantau abang nih.... tapi tak pernah lak aku tau ada batu penyu....  harus gak citer camnih ekkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2009 07:59 AM | Show all posts
Help those turtles..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 08:15 AM | Show all posts
Ini part kepercayaan orang tua-tua.....

Hakikatnya penyu takmo landing kat situ sebab salah pengurusan.  Dulu2 konon nak buat eco-tourism tapi pelaksanaan salah...ada ke pi suluh lepas tu hingaq masa penyu tu bertelur. Dah tu pantai terang benderang kacau navigasi penyu2 tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 08:22 AM | Show all posts
3# alphawolf

i rs hujah u lg kuat klu nak caye.. hehhhehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 10:13 AM | Show all posts
Memang la dari segi hakikatnya...tapi seronok jugak baca mitos ni.....

Kalau setakat maksiat ajer...penyu tak landing kat Pulau Besar Melaka tu.....tu siap syirik punya kepercayaan pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 08:12 PM | Show all posts
5# alphawolf
True.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 05:54 PM | Show all posts
KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Mohamad Salleh, 64, atau lebih dikenali sebagai Pak Nor, boleh memungut lebih 9,000 biji telur penyu setiap malam di sekitar pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
amazed Post at 23-8-2009 07:00


oi pakcik, ko tu yang kutip telur penyu tak hengat, pastu salahkan penyu tak datang bertelo, dah nak pupus pun penyu tu ko punya pasal, ingat telor ayam ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 12:10 AM | Show all posts
oi pakcik, ko tu yang kutip telur  tak hengat, pastu salahkan penyu tak datang bertelo, dah nak pupus pun penyu tu ko punya pasal, ingat telor ayam ker?
enchezam Post at 24-8-2009 17:54



betul tuh
generasi lama dah mampos
generasi baru semua dah kena kutip dek pak cik tu
dari mana nak datang penyu tu pakcik oiiii???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 08:00 AM | Show all posts
Sabor.....orang tua camni kena bagi penerangan...baru dia paham.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:53 AM | Show all posts
oi pakcik, ko tu yang kutip telur penyu tak hengat, pastu salahkan penyu tak datang bertelo, dah nak pupus pun penyu tu ko punya pasal, ingat telor ayam ker?
enchezam Post at 24-8-2009 17:54


200% setuju.....mende la pakcik nih......
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 04:00 PM | Show all posts
its like a curse from those turtles kat org2 kat situ. dulu semua berebut2 bukak chalet kat situ. skarang penyu da merajuk tanak pegi situ, baru tau. kesian kat penyu2 ni kalau tgk gbr2 org ambik dgn penyu ni dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 08:02 AM | Show all posts
Sebenarnya ada 4 batu berbentuk penyu kat R.A tu.
Selain yg diceritakan diatas ada satu lagi berada didlm air laut (dlm lingkungan 50meter dari pesisir pantai)..yg ni dipercayai anak pada pasangan penyu batu ni...tika air surut boleh la nmpak kepalanya sikit timbul dan satu lagi pulak telah dibawa oleh kerajaan negeri kat satu tempat rahsia...(nnti aku bgitau kat mana sekor lagi tu disembunyikan ) emm bnyk versi mitos psl batu ni...yg plng menarik batu ni adalah pasangan raja,permaisuri dan puteri segala penyu yg disumpah sang kelembai...mcmana boleh berada kt atas bukit tu aku serahkan kat korang buat andaian..otai2 kat sini bgi tau air laut dulu boleh sampai kat bukit tu dan memang benar kawasan bukit ni berpasir pantai ! Ok ìm out..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 08:23 AM | Show all posts
[quote]Sebenarnya ada 4 batu berbentuk penyu kat R.A tu.
Selain yg diceritakan diatas ada satu lagi berada didlm air laut (dlm lingkungan 50meter dari pesisir pantai)..yg ni dipercayai anak pada pasangan pe ...
He@DHunte
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 02:24 AM | Show all posts
sebenarnye ade penjelasan saintifik pasal kenape penyu tak pergi ke rantau abang lagi dah..
tapi takkan stop sampai sini je.. cter la lagi wey hed hanter..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 12:54 PM | Show all posts
[quote]Sebenarnya ada 4 batu berbentuk penyu kat R.A tu.
Selain yg diceritakan diatas ada satu lagi berada didlm air laut (dlm lingkungan 50meter dari pesisir pantai)..yg ni dipercayai anak pada pasangan pe ...
He@DHunte
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 04:02 PM | Show all posts
knpe penyu tu mesti bertukar jd batu gk?
mcm pulau tioman,org kate nage yg bertukar jd batu gk kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 05:55 PM | Show all posts
1st..permandangan dah brubah..cth kalu jumpe sarang ayam hutan ada telor..ko ambik sebijik nescaya ayam tu takkan eramkn lagi baki tu..sal telur yg tersusun tu dah brubah n ada bau manusia (itu adat haiwan liar)

2nd..induk yg lama mati tua..induk baru xsempat netas..mcm mane nak sambung zuriat oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 05:56 PM | Show all posts
1st.. permandangan dah brubah..cth kalu jumpe sarang ayam hutan ada telor..ko ambik sebijik nescaya ayam tu takkan   eramkn lagi baki tu..sal telur yg tersusun tu dah brubah n ada bau manusia (itu adat haiwan liar)

2nd..induk yg lama mati tua..induk baru xsempat netas..mcm mane nak sambung zuriat oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:25 PM | Show all posts
pasal batu penyu ni mulanya aku pun tak percaya...bila dah tgok sendiri depan mata...WOW!! mmg sebijik la bentuk batu tu, bentuk penyu. sekarang pihak2 yg bertanggungjawab dah bina pondok untuk melindungi batu penyu tersebut dari cuaca panas-hujan.

pasal kenapa penyu dah tak naik rantau abang....kita pun tahu kan, zaman dulu2 ramai dok kutip telur2 penyu tu mcm kutip telur ayam. ditambah lagi dgn pencemaran laut yg ada sekarang, mana yg mati tercekik telan plastik lagi. sendiri mau fikir..

hmm...ada gak dgr2 cite yg penyu dah tak naik sbb dah takde org nak mainkan ULIK MAYANG??! entah lah..

Ogos lepas mmg ada 3 ekor penyu belimbing (yg aku tahu la...jumlah sebenar, aku tak pasti) mendarat kat rantau abang & kebetulan waktu tu team penggambaran ULIK MAYANG tgh shooting kat pantai berhampiran. hmmm...suatu kebetulan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:27 PM | Show all posts
oopsss....gambar avatar aku ni merujuk kepada gambar penyu belimbing yg sempat aku snap masa penyu tu mendarat ogos lepas. sebesar kereta sorong.

(err...actually aku ingat2 lupa sama ada bulan ogos @ julai...sory ek)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.118210 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list