CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AniSani

CARA BERNIAGA MELALUI WEB,FBOOK,BLOG [merged musytaq&Zee256]

  [Copy link]
Post time 23-4-2012 11:47 PM | Show all posts
Reply 920# silverdamsel21


   Theme ni 1 column ke 2 column...sy tengok kat blog tuh 1 column jek..ce tukar theme lain..atau dekat design tuh boleh tak letak widget kat belah kanan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 09:05 PM | Show all posts
susah weh nak dpt buyer skrg nie, tlg komen ape yg kurang kat web ni

http://fabfurq.com/categories.ph ... featured&page=2

ramai yg masuk tp blm beli lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:01 AM | Show all posts
Reply 922# daai_violet
website awak tu rasanya ok. cantik dan tersusun tp saya rasa ada beberapa maklumat kurang lengkap

rasanya kaedah shopping cart kureng sesuai utk peniaga yg kurang ada nama.  lain lah kalau macam kedai buku MPH, POPULAR or mana2 butik terkenal.  semua orang tahu. so bila kita yg "takde nama" ni guna kaedah ni maybe pelanggan kurang percaya sbb bila nak beli kat kita, bakal pelanggan kena register maklumat diorang dulu, kena isi nama, nombor telefon, alamat, kena kena sign in and so on..... sedangkan pada masa yg sama tak ada maklumat tentang peniaga itu sendiri

dekat ruang Contact Us pun tak de maklumat pasal peniaga. customer kena isi form juga. rasanya kena letak info sikit, siapa anda? no telefon utk dihubungi? anda beroperasi dari mana? saya rasa bab2 ni penting gak utk dapatkan kepercayaan bakal pelanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 07:15 PM | Show all posts
Reply 921# Kamen_rider

oh yg ni 1 column..ok nanti nak try tukar yg ada 3 column..tq kamen rider
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 08:08 PM | Show all posts
Reply 923# norzyy


   Saya 95% setuju dengan pandangan norzyy tentang keperluan laman web berdasarkan shopping cart. 5% off sebab sebenarnya bukan specified pada peniaga yang kurang ada nama. Sebenarnya ianya adalah tentang KEPERLUAN. Ada sesetengah peniaga yang mempunyai kurang kepelbagaian (variety) dalam produknya digalakkan untuk menggunakan laman web biasa.
   Tetapi jika produk mempunyai kepelbagaian yang banyak, so langkah ini dilihat sebagai satu bentuk 'marketing'. Maknanya adanya usaha untuk memudahkan pelanggan. Jadi tidak kira sama ada peniaga itu sudah 'bernama' atau 'tidak bernama', keperluan adalah faktor utama.

    Dari segi pendaftaran, laman web komersil ini boleh di rekabentuk semula untuk lebih fleksibel. Bagaimana? Ada sesetengah laman web komersil yang membolehkan pelanggannya membeli dalam 2 cara iaitu, isi 'Order Form' biasa atau register. Pembelian melalui Register ni biasanya banyak ciri tambahan lain yang diberikan contohnya untuk customer check record pembelian atau status barang yang diorder tanpa menelefon pihak penjual selang 5 minit sekali atau setiap 10saat....

   Selain itu, sesetengah peniaga menggunakan sistem shopping cart kerana tersalah faham mengenai sistem paymentnya. Ada yang berpendapat bahawa menggunakan sistem shopping cart ini memudahkan pelanggan membuat bayaran. SALAH. Jika anda menggunakan sistem shopping cart biasa tanpa sebarang sistem payment gateway, cara pembayaran masih lagi sama dengan payment cara biasa. Means that, deposit duit, e-mail/fax bukti pembayaran kepada penjual untuk disahkan. Jika menggunakan sistem payment getway ni, mahal tapi proses pembayaran akan dihubungkan terus dengan akaun bank. Hope semua readers lain memahami konsep pembayaran di shopping cart based web ni.


Komen about FabFurg:

  • Slideshow tu kalau dilebarkan lagi, lagi comey. Based on your layout, gambar bersaiz 870px x 400px akan fit pada muka depan fabfurq.
  • Tambah elemen kaler merah/ungu/hijau. So tak nampak dull. Pendek kata, more color! Panjang kata, lebihkan warna-warna.
  • Tambah elemen WoW! atau effect letup-letup untuk setiap promotion yang nak dihighlightkan. (Bahan letupan adalah dilarang)
  • Yang lain semua quite tersusun. Not bad untuk permulaan.


Antara interface untuk shopping cart based website yang simple yet perfect : Klik sini. Nampak bintang di Free Shipping tu? Itu contoh elemen Wow! atau letupan yang saya maksudkan. Dan laman web ini adalah contoh laman web komersil yang menggunakan service payment gateway. Semoga membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 09:33 PM | Show all posts
thx ye sudi komen. nanti cube perbaiki ape yg kurang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2012 09:35 PM | Show all posts
1 lg mane ek site yg korang recommend utk promote? yg bayar pun xpe
tp jgn laa mcm radiusite tue sampai rm 200. ade2 sape advertise ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 02:18 AM | Show all posts
fb ads ni byr guna cc je ke?
vantage Post at 23-4-2012 13:08



   macam mana cara pembayarannya ye? still tak paham..mintak tunjok ajar kalau tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 12:32 PM | Show all posts
kalau iklan kat sidebar cari nie brp ek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 01:14 PM | Show all posts
macam mana cara pembayarannya ye? still tak paham..mintak tunjok ajar kalau tahu..
hanys Post at 28-4-2012 02:18


cara pembyran menggunakan credit card atau debit card...ikut je langkah2 semasa proses buat iklan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 09:45 PM | Show all posts
kena rajin la cari pelanggan, bukan pelanggan cari kitqa, sbb byk sgt bisnes kat blog orang dok buat sekarang ni, cari pengaruh dulu pastu jual apa pun berjaya, itulah strategy yg aku nmpak skrg. blogger popular, artis popular, jual apa pun laku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 10:52 AM | Show all posts
salam usahawan semua

sebagai peniaga online/blog/fb - marketing sangat penting. mcm2 cara boleh buat.

tak lama lagi kan ke nak raya.  apa kata raya tahun ni buat sampul duit raya yg boleh diletakkan maklumat tentang peniagaaan kita. boleh letak gambar produk kita serta boleh letak alamat url kedai online kita - sampul duit raya ni secara tak langsung boleh jadi mcm bisnes card kita. 2 in 1 gitu

selalunya utk sampul duit raya min order nya ratus-ratusan.  tapi saya ada buat mmg khas utk peniaga kecil-kecilan. min order 50pcs je. sapa2 berminat boleh PM saya ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 11:40 PM | Show all posts
dinasihatkan belajar teknik pemasaran dari pakar pemasaran facebook yang sebenar..
facebook paling best. iklan paper dan banner di mana2 forum xberkesan saya dah cuba
sekarang belajar FBads plak..saya dah beli time launching 3 mei 2012 aritu..
tiptop..siap ader support khas utk pelanggan lagi kalau ader soalan xfaham cara nak optimizekan advert kita..
nak tahu bleh tgk kat sini http://www.teknikfbo.com/hop.php?ref=goldsilver

try dulu baru percaya

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 12:29 AM | Show all posts
Reply 933# yellow13


   tuan dah beli kan..mesti dah try ni dan jana untung...leh tengok FB fanpage tuan..leh like gak..nanti leh print screen paste kat sini..lagi yakin orang nak beli tuan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 11:04 PM | Show all posts
Teknik FBO: Dah alang-alang orang ugut sampai diorg terpaksa dedahkan rahsia, kenapa orang yang ugut tu tak ugut terus sampai diorg dedahkan secara percuma? Nasib baik Mark Zuckerberg duk di US sana. Kalau duk sini, silap-silap dia kena ugut untuk jual FB. Saya pun duk cari orang paling kaya di Malaysia ni yang tak main fb tapi kaya melampau. Sebab saya plan nak ugut dia dedah rahsia.

Berniagalah secara berhemah. Berkongsilah ilmu dikalangan kita dengan berhemah. Berhati-hati dengan setiap apa yang dikongsi, kerana ada sesetengah perkara yang dikongsi boleh membawa mudarat kepada saudara seagama kita.

Ok, back to the topic. Soalan TT about bagaimana untuk promote product via web,fb atau blog kalau tak silap saya. Ok ni sekadar pendapat peribadi saya. So sila buang yang jernih dan amik yang keruh
Kalau tak pecahkan sagu, mana nak dapat ruyungnya. So saya tegaskan, untuk menjadi seorang usahawan/usahawanis internet, sila faham apa itu microsoft words,microsoft paint dan forum.

Microsoft words untuk memastikan anda tahu apa teks editor. So anda akan tahu apa itu perenggan, apa itu bold, apa itu italic, apa itu font size. Manakala forum itu adalah untuk anda tahu berkomunikasi dengan rakan lain untuk menyelesaikan masalah. Contohnya adalah berkongsi cara untuk memperkemaskan laman web/blog anda. Then microsoft paint pula untuk anda buat watermark pada gambar produk anda atau mengecil/membesarkan gambar produk anda dan maybe juga untuk reka logo perniagaan anda. Kalau 3 perkara tu dah anda faham, boleh proceed ke langkah seterusnya. Kalau malas nak ambil tahu benda basic ni, anda mungkin boleh juga menjadi usahawan internet, tapi mungkin akan mngambil masa yg lebih lama. sebab benda yg asas anda da rasa renyah/complicated, maknanya anda lansung tak bersedia lagi untk melayan pelbagai gelagat dan karenah pelanggan!

Melalui web ni sebenarnya dah meliputi facebook dan blog itself. So saya akan cuba huraikan secara am. Ni antara medium untuk mempromosikan perniagaan anda :

Laman Web/Blog
Ini adalah langkah utama untuk anda mulakan langkah anda untuk menjadi usahawan internet. Takkan nak promote benda yang orang tak nampak kan? So gunakan platform Wordpress/Blogger untuk memperkenalkan diri anda dan perniagaan anda. Personally saya akan pilih Wordpress berbanding blogger kerana antaramukanya lebih kemas dan banyak fungsi add-on yang boleh ditambah masuk kedalamnya. Nombor telefon dan e-mail address wajib ada. Kalau dah info basic ni pun dah takut nak bagi, so jangan terkejut kena marah dengan orang yang sepatutnya menjadi pelanggan dan kawan kepada perniagaan kita. THEN, number telefon yang diletak ni harus disamak dengan huruf pada sesetengah nombor. Tukar kan nombor 0 (kosong) dengan huruf 'o' supaya takde 'spider' yang merayap lamanweb/blog u all then simply grab num phone untuk tujuan spamming (via phone call atau spamming). Kalau nak bes, paparkan number telefon dalam bentuk image. Pada peringkat ini juga secara perlahan-lahan anda boleh mendalami teknik-teknik penggunaan Wordpress/Blogger sementara menunggu pelanggan membuat tempahan.

Gambar, secikai atau setoya manapun produk tu, kalau boleh, jangan la letak atas lantai dan snap. Letak diatas meja properly. Guna background kain contohnya (Tapi ada gak yang guna kain berkebut2). Kalau dah malas nak iron kain, guna je background kertas. Bagilah sedikit harga diri pada produk anda.

Lepas kedai dah buka, then only baru kita promote kedai kita. Bagaimana nak promote kepada semua orang? Apakah medium lain yang ada di internet? Kita ada Facebook, Mudah, Lelong dan pelbagai laman web yang menyediakan khidmat mengilan secara percuma. Tapi apa yang penting? TESTIMONI atau PORTFOLIO!

Jika kita jual produk berasaskan makanan dan minuman, sampling ni wajib ada. Make sure orang rasa dan berharap mereka share info about product kita di profile fb mereka atau pun menyebarkan kepada rakan-rakan mereka yang lain secara verbally. Kalau produk bukan dari jenis yang mudah-mudah boleh bagi sampling, buat satu demo.

FACEBOOK
Ada orang jual page dengan beribu orang like dan macam2. Sebenarnya kalau nak promote di Fb ni, kita kena tengok pattern kawan2 kita online dulu. Pagi ke, malam ke or pepagi buta. Then, dont simply promote atas page orang atau profile orang sebab kebarangkalian anda untuk kena block/ignore adalah tinggi! Kalau anda beli fanpage yang dah sedia ada 1000 fans pun, kalau u post something on the wall but nobody bagi respons atau like, apa gunanya kan? Sebab kebanyakkannya just fake profile.

Mudah.my
Kat sini kita boleh iklankan produk secara percuma. Make sure produk anda ada dalam lingkungan 3 muka surat. Tak perlu update every day. Kalau iklan anda dah jatuh ke page ke-3 or ke-4, then only standby untuk create iklan baru.

Forum
Laman forum adalah antara platform terbaik. Forummers lain akan mengenali anda secara lebih dekat melalui setiap posting anda dan selalunya ended up mereka akan godek ur profile to find out who u r. So u make a new friends and at the same time, orang akan aware yang u buat bisnes tu.

Youtube
Ada yang promote link ke laman web perniagaan mereka dengan memuat-turun video-video menarik di Youtube sebelum menguploadnya kembali dengan link ke laman perniagaan mereka di description atau watermark.

Twitter
Twitter boleh dicombined dengan facebook. So tak payah taip 2 kali. Apa yang anda taip di fanpage anda boleh dipaparkan di Twitter secara automatik.

Nama Kedai
Nama kedai haruslah logik dan mudah untuk orang kenal. Kalau jual kuih tapi bagi nama "The Satan Dragon", orang pun takut nak masuk. Kalau jual kuih tradisional, make sure tulis nama betul-betul. Cth, "Kuih Bahulu - Kuih Tradisi Malaysia". Mat Salleh sesat pun kalau terbaca nama macam ni, diorg pun mungkin tergerak ati nak beli. Diorg suka benda yang melambangkan adat resam negara lain.

Blog-Blog Terkenal
Banyak blog-blog terkenal yang menjadi media darling yang kadang-kadang akan menyediakan ruang untuk iklan. So boleh la cuba nasib gak.

Banyak lagi saluran lain di laman maya ni tapi, again, personally, saya rasa, kita kena banyak bercampur di pelbagai blog/forum/page facebook supaya orang akan mengenali kita. Sebabnya, sekarang semakin banyak jenayah melibatkan transaksi perniagaan siber. So selagi orang tak kenal atau mendalami seseorang individu itu, amat sukar untuk gain kepercayaan diorg.

Semoga pendapat saya ini dapat membantu rakan-rakan lain.Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 09:31 PM | Show all posts
Salam niaga...kalau buat online biz ni perlu daftar syarikat ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2012 10:48 PM | Show all posts
Gambar, secikai atau setoya manapun produk tu, kalau boleh, jangan la letak atas lantai dan snap. Letak diatas meja properly. Guna background kain contohnya (Tapi ada gak yang guna kain berkebut2). Kalau dah malas nak iron kain, guna je background kertas. Bagilah sedikit harga diri pada produk anda.


i like this part. betul la....pls jangan snap pic item yg diletak atas lantai.  personally saya pernah jumpa orang jual benda makan pun letak atas lantai than snap picture, masukkan dalam blog jualan.  sungguh kureeeng sesuai

just nak tambah, pada yang ada blog jualan, tak yah le masukkan lagu dalam blog tu.  tersentot tau orang nak masuk blog, tup2 ada lagu2....sebab kadang2 orang surf internet di pejabat. jadi tak sesuai le blog jualan berlagu2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 10:50 PM | Show all posts
kalau iklan kat sidebar cari nie brp ek?
daai_violet Post at 28-4-2012 12:32


kalau kat cari ni kalau tak silap rm14 seminggu utk banner kita sendiri. kalau pakai basic banner yg disediakan oleh pihak cari, yang just ada tulisan je rm7 kalo tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 07:35 PM | Show all posts
Teknik FBO: Dah alang-alang orang ugut sampai diorg terpaksa dedahkan rahsia, kenapa orang yang ugut ...
Andy47 Post at 11-5-2012 23:04


Thanks for sharing....info yg sgt power..
Utk marketing paling berkesan saya guna teknik fb ads..Belila buku teknik fbo...sgt2 berkesan.
Dari 1k likes now dah jadi 11k+....
Ni laman fanpage saya:
https://www.facebook.com/perfumeberry
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 09:22 PM | Show all posts
fb ads amik masa utk mahir..terutamanya newbie mcm saya
byk kaedah bukan direct sales tapi soft sales
kaedah yang paling berkesan yang diajar adalah melabur dalam fan pages dulu
ada ruang yang disediakan dlm bentuk closed group utk orang bertanya soalan dan improved..dan owner nya respon dengan cepat dan membantu
saya amik skali dengan pakej seminar 10 jun ni

maybe bro kamen raider dah power bab Fbads mungkin rasa macam xberguna
tapi amat berguna utk newbie mcm saya

tenkiu bro andy 47 untuk perkongsian ilmu yang bagus diatas
really apreciate it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.426641 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list