CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani IV

   Close [Copy link]
 Author| Post time 26-8-2009 05:23 PM | Show all posts
54# ilahkhatibrani

alhamdulillah... nak kata dah sihat, x jugak..
tp lebih baik... bisa2 pon byk bkurang.. dah leh jln2, bwk kete..
syukur...

nanti sesenang me pm Ilah...
me xnak jd tama ...
halimi78 Post at 26-8-2009 16:05


alhamdullilah halimi dah semakin sembuh...

takper..kalau macam tu..mana yang baik untuk halimi..ilah ikut sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2009 05:27 PM | Show all posts
salam wawi...

oh! iyer ker. ..yang nie ilah tak tau la pula..sebab tadi masa ilah masuk kat page 32....elok jer takper..biar ilah tengok sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 05:34 PM | Show all posts
me bkn x sudi ya, Ilah... cuma sdikit keberatan sbb skrg ni ada lg yg dsuruh tambah.. br blaja2 tambah... tgh dok cuba selit kat mana yg seswai..

kang kalo me mintak, pastu me x buat... x elok...
me plg x suka mintak pape dr org pastu me x guna.. xde amal..
tiap kali me mintak, syaratnya me sedia utk amalkan..
so for the time being, me nak amalkan yg dah dberi dulu..
nanti bila dah ready... dah kukuhkan yg ni nanti me ckp ngan Ilah k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 05:41 PM | Show all posts
salam safamn,nasuha dan hird..

safamn,
insya-Allah kita akan sesama mendapat manfaat..

hird,
dah dapat

nasuha,
terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 05:44 PM | Show all posts
halimi..

jangan cakap cam tu..jangan risau ilah takder berkecil hati......sepalit pun tiada....
cuma ilah berharp kesihatan halimi semakin baik dari hari ke hari..insya-Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 06:12 PM | Show all posts
sori.. lupa lak tadi nak cakap apa nak tgk..
perhatikan tgn dan kaki... tu tempat2 yg senang nak tgk..
kalo ada, wp ank tgh tido akan ada gerakan jari sekurang2 sebatang jari..
kadang boleh gak n ...
halimi78 Post at 26-8-2009 15:58


terima kasih halimi..lina akan cuba yg terdaya..

semoga Allah permudahkan segala urusan..dan moga halimi cepat sembuh.. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2009 06:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 26-8-2009 18:55

KISAH PENGALAMAN MISTIK  ILAHKHATIBRANI DENGAN PESAKIT BADI

Hmmm sebenarnya abah lembut hati walaupun kalau dilihat daripada luaran nampak macam garang….naper ilah cakap macam nie..sebabnya…ada suatu hari tu ada satu keluarga datang daripada jauh semata2 nak berjumpa ngan abah kerana berhajat sesuatu daripada abah..iaitu meminta bantuan abah mengubati anak perempuan mereka yang sudah terlantar lama menghidapi penyakit pelik.

Pada mulanya..abah enggan dan menolak permintaan mereka sebab abah bukannya dukun atau bomoh atau perawat yang mengubati org sakit……dan abah siap suruh mereka balik dan bawa anak mereka berjumpa org yang lebih pakar daripada abah.

Tetapi mereka enggan ..selama seminggu mereka datang ke rumah dengan muka tebal memaksa dan memujuk abah….mengubati anak perempuan mereka…bila ditanya..siapa yang cakap dan bagitau alamat umah nie..mereka bagi jawapan macam berdolak-dalih….kejap2 kata..ada salah sorang penduduk kampong sedara mereka….kejap kata ada org sampaikan ….hmmm entahlah….tapi yang pastinya bila mereka datang ke rumah…ilah rasa lain macam jer ...   ….

Akhirnya ….abah lembut hati setelah dipujuk oleh mak dan abah bersetuju untuk cuba merawat penyakit anak perempuan mereka dengan syarat jika abah berjaya dengan izin Allah....jangan disebarkan dengan org ramai …


Maka bermula kisah yang tak dapat dilupakan olah ilah terutama  mak…  

Begini kisahnya….

Setelah berunding …abah bersetuju datang berubat di rumah mereka memandangkan anak perempuan mereka lumpuh dan tidak mampu bergerak ….jadi mereka meninggalkan alamat rumah mereka kepada abah…..dan macam biasa abah pasti membawa mak serta ilah memandangkan ilah bujang
serta boleh jadi “supir” abah …

Rumah mereka terletak di negeri Sembilan….tapi kira sempadan dengan negeri Selangor….rumah kampong..dan terletak ulu sedikit….

Semasa tiba di perkarangan rumah mereka..ilah dah terkedu sedikit..sebab rumah mereka nie terlalu suram macam ada bebayang asap atau kabus hitam menyelubungi rumah terutama di setiap alang rumah….

Hmmm rumah mereka nie ..pelik sedikit..dan kali pertama ilah melihat rumah macam nie….mungkin di negeri Sembilan memang macam nie kot..sebab ilah tak pernah memasuki rumah tradisional negeri Sembilan……hmm unik dan cantik bila dilihat dari luar terutama atap atau bumbung rumah ..hmm cantik sangat..berbeza daripada umah kampung kami…

Rumah mereka nie besar dan luas..macam rumah kampong …tetapi sudah diubahsuai..di mana …kesemua bahagian bawah rumah (kalau kat kampung dipanggil kolong bawah rumah ) telah di robohkan dan disimen menjadi lantai macam umah teres setingkat dari hadapan sehingga ke dapur…dan dindingnya diperbuat separuh batu –bata
berserta simen…dan separuh lagi sehingga ke atas mengunakan seni binaan daripada kayu….hmm dan di rumah tu banyak tiang tinggi dan setiap tiang tu diikat dengan kain kuning….

Dan satu lagi yang pelik…..di dalam rumah mereka nie tak macam rumah kampung ..di mana di bahagian hadapan iaitu di dalam ruang tengah tu sendiri ada anjung besar…..kalau nak naik ke anjung besar nie kena naik tangga unik yang sangat tinggi dan curam…dan anjung nie dikelilingi dengan pagar di mana pagar nie di ukir dengan seni ukiran yang sangat cantik dan halus ….dan…ditengah2 anjung nie ada tiang seri….hmm besar sedikit daripada tiang yang lain…haaaa..tiang seri nie dililit dengan dua warna kain yang sederhana besar..iaitu kuning dan merah......bagi ilah pelik sedikit sebab selalunya anjung atau beranda macam nie terletak di luar rumah..tapi di sini..terbalik pula..anjung terletak di dalam rumah..besar lak tu..kalau tidur boleh memuatkan lebih daripada 20puluh org......(hmmm luaskan)...dan anjung besar nie betul2 berada ditengah rumah.....

manakala bilik tidur mereka semuanya terletak di belakang berhampiran dengan dapur..kecil pulak tu...kalau tak silap ilah ada tiga bilik jer...

berbalik kepada mak dan abah.....mereka sibuk berbual dan berbincang dengan keadaan pesakit iaitu anak perempuan mereka....sebelum bergerak masuk ke salah satu bilik untuk melihat keadaan anak perempuan mereka.....dan ilah macam biasa mengekori  mak dan abah ....

semasa melangkah ke bilik anak perempuan mereka.....Ya-Allah!......sambil mengurut dada..siap pegang tangan mak sebab terkejut melihat fizikal anak perempuan mereka......keadaan fizikal anak perempuan sungguh mengerikan...di seluruh kulit penuh dengan sisik berkuping macam kulit binatang....tangannya mengerikot ke dalam .....aduihlah..kukunya panjangnya....kulit di muka abis penuh dengan kuping sisik....kesian ilah tengok dia...nak bercakap pun tak leh....kedudukan kepalanya macam teleng sedikit....sementara kakinya tak leh bergerak...namun keadaan kakinya tidak berkerikot seperti tangannya cuam berkuping dan bersisik....dan anak perempuan mereka sudah berusia 30-an masih bujang dan hampir setengah tahun mengidapi penyakit ganjil nie...

(menurut pakcik iaitu ayah kepada budak perempuan nie,..sudah berbulan bawa ke hospital pakar..namun doktor mengatakan anaknya tiada apa2 penyakit....dan mereka hanya diberikan ubat sapu atau cream untuk menhilangkan rasa gatal .....dan setiap maghrib anak perempuan mereka mesti menjerit menangis kesakitan serta  kegatalan yang amat sangat  sanggup mengoyakkan pakaian sampai berbogel kerana tidah tahan gatal....)

Manakala abah .pula hanya berdiam diri dan terus bersila dengan kaki kanan bertindih di peha kirinya..dan duduk berhampiran dengan  di belikat kiri anak perempuan mereka..sementara abah mengarahkan mak duduk berhampiran di sebelah kiri kepala budak perempuan tersebut.....manakala ilah serta kedua org tuanya duduk di sebelah kanan pesakit dengan jarak kedudukan lebih kurang dalam lima langkah....daripada tempat pembaringan anak perempuan mereka.  (ok.....nama sebenar pesakit perempuan nie dirahsiakan tapi ilah akan panggil pesakit nie dengan nama samaran iaitu akak Milah..yek)

Memandangkan pesakit kali nie bukan muhrim jadi abah cuba elakkan bersentuhan kulit dimana abah lebih selesa menjaga wudhunya terutama bila abah sedang merawat pesakit. Jadi buat pertama kalinya..abah memerlukan mak dalam kes kali nie......dan kali pertama juga ilah dapat melihat mak terlibat secara langsung   

Tanpa membuang masa abah kemudiannya  membuka telapak tangan kirinya dan memicit setiap ruas jarinya sendiri dengan dimulai  dari jari kelingking sambil membaca (hmmm maaf yang nie ilah tak pasti abah baca apa..sebab kedudukan ilah agak  terbatas sekali...dan kali nie abah baca terlalu perlahan dan ilah dapat  menangkap beberapa ayat yang dibaca..tapi rasanya macam salah satu tasbih Nabi Ayub a.s dari surah al-Anbiya,Al-fatihah, ayatul kursi dan beberapa ayat drpd surah al-Jin )sesuatu dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk kanannya . dan  bila sampai ke ruas ketiga bagi setiap jari abah akan bertanya dengan mak bagaimana reaksi muka akak Milah terutama di kelopak matanya ..

..manakala jika dipandang dalam pandangan zahir..kami melihat kak milah kelihatan sedang tidur  nyenyak tetapi yang peliknya ada kalanya kaki dan tangan kak milah bergerak macam disentap dengan seseorang....dan banyak kuping-kuping yang kering jatuh di kawasan pembaringan kak milah....

Setiap jari ada tiga ruas kecuali ibu jari....jadi ilah simpulkan di sini abah membaca setiap bacaan sebanyak 3x...dari pengamatan ilah ..semasa abah mulai membaca dari jari kelingking sehingga jari tengah....tiada apa2 perubahan ...kerana mak tidak memberikan jawapan bila ditanya abah ..sehinggalah Bila abah meneruskan pembacaan sampai ke ruas yang ketiga pada jari telunjuk....tetiba mak bersuara cemas dengan mengatakan ada gerakan bebola mata di sebelah kelopak kiri mata kak milah.yang sedang tertutup ...menurutnya bebola mata tersebut berputar2...seolah sedang melihat dari dalam tanpa membuka kelopak mata.....sementara disebelah kelopak mata kanan masih tiada perubahan.....sementara abah hanya sekadar mengangguk dan kali nie abah tidak bertanya dengan mak bila abah mulai memicit ruas ketiga jari telunjuknya..sebaliknya mak memberitahu tanpa ditanya dengan cemas kepada abah yang bebola mata dikelopak mata kanan kak milah mulai bergerak seperti bebola mata kiri..dan semakin laju..seolah tengah melihat keadaan sekeliling ...abah pula tidak berkata sepatah .dan menunjukkan sebarang reaksi  malah meneruskan pembacaan sampai ke ruas kedua ibu jari...

dan meneruskan pembacaan ayat2 tersebut sehingga habis...dan tanpa diduga tetiba abah menumbuk ke udara dihadapannya dengan melaungkan Allahuakhbar dengan kuat...dan serentak tu juga kami mendengar jeritan yang sangat kuat...diikuti dengan gegaran di setiap alang dan tiang  di dalam rumah tersebut.....sementara ilah lak dah kecut dah....hu..hu..hu...siap tutup telinga ilah sebab tidak mahu mendengar..jeritan nyaring tersebut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 26-8-2009 18:58

[b]manakala abah pula tidak mengendahkan jeritan tersebut..malahan mulut abah berkumit2 membaca beberapa ayat yang diambil daripada surah yasin...dibaca sebanyak 3x dan terus ditiupnya ke arah kak milah....tanpa disangka..jeritan dan bunyi gegaran terus lenyap dan diganti dengan perubahan warna .tapak kaki kak milah serta kuku tangan dan kaki bertukar menjadi biru kehitaman...dan dada kak milah berombak kencang...sementara mak kak milah menjerit kebimbangan serta mengongoi menangis melihat keadaan anaknya.....manakala ayah kak milah hampir meluru kearah anaknya dan terhenti bila abah mendehem kuat dan membuat isyarat jangan menyentuh anaknya..dan alhamdullilah ayah kak milah mendengar kata...dan terus menuju ke arah isterinya untuk memujuk serta mengawal emosi isterinya.

hmmm..ilah lak......he..he....he..cuak juga sebenarnya .muka ilah dah kelat basi ..siap ...bernekad dalam hati kalau kak milah mulai agresif sekejap nanti..ilah nak lari ke arah abah dan  duduk berdekatan dengan  abah.....tak kira..abah nak marah..ke..nak jegil mata kat ilah.ke ..ilah tak peduli....hu..hu...hu....

berbalik kepada abah......setelah melihat perubahan warna kuku kak milah bertukar menjadi biru kehitaman abah dah berkerut...dan tanpa membuang masa abah mengambil segelas air suam berhampiran dengannya ..(dimana air suam nie telah diminta awal oleh abah sebelum memulakan perubatan keatas kak milah..).dan terus membaca 3x surah Al-ikhlas dan juga daripada surah Al-Waqi'ah sehingga abis....setelah abis dibaca terus abah menghulurkan air di dalam gelas tersebut kepada mak ....dan menyuruh mak titiskan beberapa titis air ke bibir kak milah sehingga basah kesemua bibirnya dan selepas tu usap ubun2 kak milah sebanyak  tiga kali dengan sekali nafas  dengan dimulai dengan bacaan surah Al-Ikhlas...kemudiannya .. memicit beberapa titik muka serta telinga…dengan bacaan surah Al-Ikhlas 3x..

bila mak titiskan beberapa titik air suam tersebut di bibir kak milah..yang kering tu....kak milah memberikan tindakan balas dengan memalingkan mukanya kearah yang berlainan iaitu enggan membenarkan air suam tersebut membasahi bibirnya ....dengan  kedua belah matanya masih tertutup.....melihat keadaan tersebut..terus mak memegang dagu kak milah dengan tangan kirinya ..dan terus menyuakan mulut gelas tu dgn tangan kanannya ke bibir kak milah untuk menitiskan ke atasnya..alhamdullilah mak berjaya membasahkan bibir kak milah.....dan dengan izin Allah ...kak milah menjadi tenang sedikit di mana dadanya tidak berombak kencang seperti sekejap tadi....dadanya mulai berombak dengan tenang tetapi warna kukunya masih menjadi biru kehitaman....begitu juga tapak kakinya tiada perubahan


sekejapan mak terus membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dan tanpa membuang masa ..mak mengusap ubun2 kak milah sebanyak tiga kali dengan satu nafas....dan pada sapuan terakhir terus mak menbasahi dan mengusap  muka  kak milah ....selepas tu terus mak meletakkan kedua belah tangannya di dahi kak milah dan mulai mengusap dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk daripada dahi hingga ke hujung dahi  selepas tu turun ke dagu..dan disini kedua belah jari telunjuk mak bertemu......dan setelah tu terus mak menghembuskan nafasnya.....kemudian mak terus memicit kedua belah cuping telinga kak milah sambil membaca surah al-ikhlas sehingga warna kuku dan tapak kaki kak milah mulai berubah dari biru kehitaman ke warna merah kemerahan..alhamdullilah dengan izin Allah warna kuku dan tapak kaki kakmilah beransur-ansur pulih ke warna asal.

manakala ilah lak..teruja..dan kagum......sebab kali pertama melihat mak dalam keadaan macam nie..hmm nie mesti abah yang ajar mak.....

Manakala kak milah masih dalam keadaan ketiduran….Cuma kali nie tangan serta kakinya tidak bergerak atau  tersentak seperti tadi..dia benafas dengan ombak yang tenang….begitu juga dengan kelopak matanya tiada pergerakan bola mata…yang mencurigakan lagi....

Setelah itu abah menyuruh mak meraba belakang tengkuk kak milah..untuk melihat sekiranya ada sebarang pertumbuhan yang ganjil...dan mak melakukannya tanpa bantahan......mak mengangkat dan menongkat sedikit kepala kak milah dengan cermat.....kemudiannya meraba bahagian tengkuk di bahagian kanan sehingga ke bahagian kiri.....setelah itu mak meletakkan kembali kepala kak milah ke atas bantal dengan cermat dan berhati2.....

Kemudiannya mak berpaling ke arah abah dan mengatakan yang terdapat dua ketumbuhan dimana satu hanya kecil sahaja dan lagi satu sederhana besar membukit seperti bisul dan bulat dibahagian kiri belakang tengkuk kak milah dan bila ditekan dengan jari isinya keras .
Kedudukan diantara salah satu sangat rapat.

Dahi abah berkerut bila mendengar kata2 mak..dan abah terus mengerling ke arah keluarga kak milah....sementara ilah lihat mak kak milah berubah muka macam gelabah..manakala bapa kak milah hanya diam sahaja tanpa reaksi...hmmm pelik sedikit....

kemudian abah menyuruh mak  berganjak daripada tempatnya dan duduk berhampiran dengannya....setelah itu...abah memberi isyarat kepada ilah agar berpindah tempat duduk dan duduk di sebelah mak......masa ni  ilah dah rasa lain sedikit.......namun ilah mengikut dan menurut kata abah.....sementara abah menjarakkan sedikit tempat duduk daripada pembaringan kak milah....

Tanpa diduga, abah terus bertanya dengan  suara yang keras kepada bapa kak milah..sama ada mereka berdua ada tak menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2009 06:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 26-8-2009 18:44

Ini adalah kerana bila abah pada kali pertama bertanya mengenai latar belakang keluarga sama ada menyimpan barang lama atau pelik  serta ada saka atau pendamping..... terutama bila abah mempersoalkan tentang kewujudan lilitan kain pada setiap tiang rumah....bapa kak milah bermatian mengatakan tidak.....malahan mengatakan lilitan kain ditiang tu sudah lama ada dirumahnya sejak zaman kanak-kanaknya...dan dia sampai hari nie tidak tahu mengapa kain tersebut dililit dan diikat disitu......malahan bapa kak milah meminta bantuan abah untuk membuang kesemua..lilitan kain ditiang tersebut bila abah selesai mengubatkan anak perempuannya...

TETAPI..abah mulai ragu dengan kenyataan dan jawapan yg diberikan olehnya..setelah mengetahui sesuatu yang pelik di belakang leher kak milah......hmm sebenarnya ilah tak dapat tangkap apa maksud abah..sebab bagi ilah kalau benjolan macam tu ilah rasa baik berjumpa dengan doktor..sebab mungkin bisul ...sampailah abah menyatakan benjolan tersebut adalah tanda2 seseorang tu menerima saka atau pendamping tanpa disedari.....dan kesemua proses nie berlaku pemindahan saka atau pendamping melalui drpd keluarga terdekat...menurut abah lagi...benjolan tersebut adakalanya akan hilang pada masa tertentu..dan akan naik kembali pada masa tertentu..dan sambung abah lagi....salah satu punca kulit kak milah jadi begini disebabkan oleh BADI...

bila abah berkata demikian muka mak kak milah berubah..namun hanya diam membisu sementara muka ayah kak milah menjadi gelisah.dan terus dia mengambil Al-Quran yang berhampiran......kemudiannya berdiri dihadapan abah sambil meletakkan Al-Quran di atas kepalanya sambil bersumpah dia bercakap benar....

muka abah merah padan..ilah nampak abah mengenggam tangan kiri..dan tanpa disangka abah menumbuk  lantai  sambil berkata kpd ayah kak milah.....jangan mempermainkan kesucian Al-Quran dengan bersumpah keatasnya jika diri sendiri tidak pernah memuliakan kitab tersebut...

terus mak memegang abah dan menyuruh abah bersabar......ilah lak..terpana sekejap..sebab tak pernah tengok abah mengamuk macam nie....

terus abah membaca Al-Fatihah..dan setelah abis abah menyapu mukanya dengan kedua -belah tapak tangannya dan terus mengosok kedua belah telinga seperti mengambil wudhu sebanyak tiga...sampai kemerahan..setelah itu abah menarik nafas panjang....

hmmm alhamdullilah kali nie ilah lihat abah sudah kembali tenang....terus abah bertanya dengan ayah kak milah dengan nada suara yang lembut tetapi tegas...sekali lagi..tetapi soalan yang berlainan tetapi bagi ilah sama maksud..iaitu...ada tak mereka menyimpan barang2 lama daripada pemberian keluarga atau seseorang...(hmm bagi ilah soalan yang bijak sebabnya..nanti kengkawan akan faham maksud ilah)

Terus ayah kak milah mengatakan mereka ada cincin bermata merah darah yang diberikan oleh nenek moyangnya dan cincin tersebut tersimpan dengan baik di dalam bilik..sementara mak kak milah pula berubah muka bila suaminya tetiba memberitahu tentang cincin tersebut..dan tanpa disangka  mak kak milah menjadi gelisah..terus dipandangnya suaminya dengan mata yang disengaja dijegilkan.9.hmm macam marah jer....)....

manakala abah pula hanya tersenyum tanpa berkata2 apa melihat telatah mak kak milah..sebaliknya abah meminta agar dapat melihat cincin tersebut..dan sudah pastilah mereka membantah terutama mak kak milah....namun setelah dipujuk serta memberi alasan sebagai salah satu cara nak mengubat anak perempuannya ..terus mereka berdua berlembut..
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 26-8-2009 18:49

tanpa berlengah lagi ayah kak milah keluar untuk mengambil cincin tersebut manakala mak kak milah mengekori drpd belakang..

manakala abah terus membuat isyarat kepada ilah agar mengikuti mereka secara senyap2...ilah menurut kehendak abah.walaupun cuak hu..hu..hu....sebelum ilah bergerak abah keluarkan sehelai daun sireh yang dilipat drpd poket beg yang disisip dipinggangnya dan terus diberikan kepada ilah agar dikemam dibawah lidah serta membaca tiga Qul serta doa nabi sulaiman ..dan terus abah baca surah yassin dari ayat satu hingga ke tujuh dan terus hembus ketapak tangannyanya dan diusap ke ubun2 ilah..

sebelum bergerak abah berpesan agar ilah melangkah dari tempat ilah berdiri sebanyak 15 langkah sahaja dan tidak boleh lebih dan kurang...pada langkah ke lima belas tumit kaki sebelah kiri perlu dinaikkan sedikit manakala tumit kaki kanan direndahkan sedikit drpd tumit kaki kiri dan ibu jari ditekankan sedikit....setelah itu lihat apa yang ada disekeliling dalam sepuluh saat sahaja...setelah itu berpusing dari arah kiri ke belakang ....kemudian melangkah dengan kaki kanan dahulu kemudian kaki kiri...sebanyak lima belas langkah juga tidak boleh lebih atau kurang bilanggannya...dan ilah apa yang disuruh....

Bila sampai ke langkah kelima belas ilah mengangkat kepala dan melihat mak kak milah berjalan seorang menuju ke beranda/serambi  besar di ruang tengah...dan tanpa disangka terus dia melompat ke atas dan terus masuk ke beranda tersebut dan melompat sekali lagi terus tembus dan ghaib di tiang seri yang berbalut dengan kain berwarna......sekelip masa setiap  tiang diumah tersebut berdengung serta bergegar..cepat2 ilah kalih penglihatan dan memandang ke kiri...terkejut ilah sebab disitu kelihatan dari belakang ayah kak milah dan mak kak milah sedang membuka pintu bilik kecil dan sedang berura-ura hendak masuk ke dalam bilik tersebut..mungkin ingin mengambil cincin tersebut...
jadi siapa yang melompat ke serambi......!!!! terus seluruh kaki ilah hingga siku tangan terasa sejuk yang amat sangat..sampai menggeletar ilah..dan tanpa disangka ilah macam mendengar suara abah menyuruh ilah berpatah balik sekarang....(erk! camner nak cakap yek..taktau lah nak citer..pandai2 koranglah yek...hu..hu....)

tanpa membuang masa ilah berpatah balik menuju ke arah abah dengan mengikuti pesanan abah...bila ilah hampir sampai..ilah lihat mak dah berubah muka bila melihat ilah..siap nak bangun ke arah ilah..tetapi abah menahan mak dgn memegang lengannya...
tepat langkah ke lima belas terus abah pergi kat ilah ....manakala ilah terus bagitau abah apa yg ilah nampak.....bila mendengar citer ilah abah hanya diam malahan  menyuruh ilah mengunyah sireh yang berada di dalam mulut kemudian meludah ditangan abah......ilah buat tanpa membantah......setelah meludah kunyahan daun sireh tu ke tapak tangan abah .....tanpa membuang masa abah terus menempel kunyahan daun sireh tu di lengan kiri ilah dan terus dililit dengan kain yang telah dikoyak daripada kain pelikat abah (kain pelikat nie abah buat cam samping..jadi macam baju melayu bersamping kain pelikat)..dan terus abah membaca Al-fatihah, surah Al-Ikhlas serta selawat nabi .....ditepuknya lengan ilah sampai kuku serta kulit muka ilah bertukar menjadi merah-kemerahan.....hmm patutlah mak nak menerpa ilah bila ilah hampir tiba...rupa2nya muka serta kuku tangan ilah mulai bertukar menjadi biru..kepucatan....

setelah memastikan ilah kembali pulih..terus abah menyuruh mak memeriksa kembali tengkuk kak milah...mak menuruti..dan setelah selesai emak kembali di tempat duduknya dan beritahu abah yang benjolan tersebut sudah hilang.....hmm terdiam abah sambil menggeleng kepala.....terus abah bercakap dengan kami berdua iaitu mak dan ayah kak milah macam nak menguji abah...dan rasanya tujuan mereka abah bukan untuk mengubati dan membuang benda dalam rumah..tetapi ada niat disebaliknya...

bila mendengar kata2 abah..mak dah gelabah..siap ajak abah keluar drpd umah kak milah sekarang jugak...abah menyuruh mak bertenang.dan biar abah kendalikan situasi ini terutama bila mak dan ayah kak milah masuk semula ke bilik ini nanti...sementara ilah lak cepat 2 memeluk mak agar bertenang.....sementara ilah memerhatikan kak milah dengan perasaan kasihan melihat nasibnya...

apabila ayah dan mak kak milah masuk.....ke bilik semula....abah berlagak biasa.......dan bila ayah kak milah menghulurkan cincin tersebut kat abah ..abah tidak menyambutnya..sebaliknya abah hanya memberikan senyuman serta meminta kepada ayah kak milah agar meletakkan cincin tersebut ke atas bantal sahaja .....berkerut dahi ayah kak milah..terutama mak kak milah......tetapi ayah kak milah menurut sahaja...

abah pula..melihat cincin tersebut tanpa menyentuh....kemudiannya menoleh kearah kedua ibupa kak milah dengan menyatakan..abah perlu balik kerumah dahulu dan tidak boleh bermalam disini kerana sudah berjanji dengan org lain dtg kerumahnya sebelum Maghrib...
dan insya-Allah akan kembali semula untuk membuang dan membuka kain lilitan di setiap tiang di umah mereka...tambah abah lagi anak perempuan nya mulai pulih.....kira tiada lagi benjolan dibelakang tengkuknya lagi.......dan abah sudah menyediakan sebotol air mineral yang sudah dibaca ayat0ayat suci al-Quran......untuk kak milah dibuat mandi..dimana selepas subuh tubuh kak milah perlu dilapkan ngan kain basahan drpd air botol tersebut..seterusnya kak milah harus berjemur daripada subuh sehingga terbit matahari...perkara nie perlu dilakukan sehingga kopeng2 kat kulit akan kering serta jatuh dengan sendirinya.....Insya-Allah kak milah tidak akan menjerit macam biasa cuma ayah atau mak kak milah perlu membaca yassin sampai kak milah tertidur...

ayah kak milah macam dah terpinga2..seolah terkejut bila abah cakap macam tu..sementara mak kak milah terus bersuara ..macammana kalau tetiba anaknya masa maghrib nie menjerit macam biasa.....jadi  mak kak milah memaksa abah bermalam disini..jugak...
sementara abah tersenyum dan terus menjawab......yakin dengan Allah...kita hanya berusaha sahaja...Insya-Allah takder apa...lagipun abah takder berjanji nak bermalam dirumah ini..tambah abah kali nie dengan tegas....

ayah kak milah dah terdiam..terus dia menambah kalau boleh makan dahulu di rumahnya sebab menurutnya dia bercadang nak masak untuk kami..sekali abah menolak dengan lembut..dengan mengatakan kami harus bertolak sekarang juga untuk sampai ke rumah kwn abah dengan awal.......terus terkulat2 mereka berdua......

Sebelum kami bergerak pergi ..abah sebagai tetamu memberikan no.tel nya sekiranya ada apa2 hal berlaku sepanjang ketiadaanya ..hmmm baik tul abah..betul2 menjaga adab sebagai seorang tetamu.......dan kami bergerak terus  ke umah kawan abah ..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 26-8-2009 19:01

Setelah kami keluar daripada kawasan  perumahan kakmilah abah terus mengarahkan ilah memberhentikan kereta ke tepi jalan.....dan ilah melakukannya tanpa bantahan....tambahan masa nie masih lagi waktu petang....
abah terus keluar daripada kereta dan terus masuk ke hutan yang berdekatan ....dan macam biasa sebelum abah beredar abah tepuk kereta dengan tiga kali sambil membaca sesuatu.....dan berpesan kepada ilah   sekira abah lewat balik dalam masa sejam..abah menyuruh ilah meneruskan perjalanan bersama mak...sementara mak hanya mengangguk sahaja dan menyalami tangan abah serta menyuruh abah berhati2..hmmm tak suka bila abah cakap cam nie sebenarnya....sebab kalau abah bertindak macam nie..bermaksud...kejadian yang berlaku kat umah kak milah dipandang serius oleh abah..dan abah mengambil tindakan berhati2....dan selalunya kalau cam nie abah akan bertindak berseorangan...di mana ilah langsung tidak dibenarkan ikut termasuk mak..demi menjaga keselamatan kami .....

setelah abah hilang daripada pandangan kami berdua ...ilah terus berpaling kepada mak sebab nak bertanya pasai kejadian yang berlaku kat rumah kak milah tadi..tapi bila ditanya mak hanya diam jer....malah mak terus mengambil kitab Yassin dan terus membacanya ....sambil mengamit ilah bersama membaca.....dan ilah mengikut tanpa bantahan...

sampailah mak terlelap semasa ilah menyambung membaca yassin wat kali ke lapan....kesian mak mesti mak letih sangat nie....
ilah menhabiskan bacaan yasin tersebut..setelah selesai .membaca .ilah lihat hampir sejam abah meninggalkan kami berdua di sini..hmm nasib baik kawasan nie tak terpencil dan sunyi....tapi kekadang macam ternampak kelibat hitam bergayut kat pokok tinggi berhampiran macam mengawasi dan memerhatikan kami berdua dalam kereta...tetapi bila diamati2 betul2 macam daun pokok bergerak serumpun jer.terutama bila terkena cahaya matahari yang terik ....last2 ilah tak amik kisah sebab siang lagi....sampai  boring sangat menunggu abah..terutam bila tengok mak terlena...akhirnya .ilah mengira kereta yang lalu lalang..sampailah kiraan yang ke 22 buah kereta....berderau darah ilah sebab terkejut secara tetiba mendengar ketukan bertalu2 di tingkap kereta..bila ditoleh   ..hmm abah rupanya....siap mengeleng melihat telatah ilah yang terkejut....sementara mak pula..dah terbangun bila mendengar  ketukan yang bertalu2 abah...

abah membuat isyarat kepada ilah..agar beralih tempat duduk tanpa keluar drpd kereta dimana kali nie  abah akan memandu kali nie..macam biasa ilah menurut tanpa bantahan....dan terus abah masuk ke dalam kereta sebelum mengambil sekepal tanah dan baling kearah  pokok hutan yang berhampiran..betul2..yang ilah ternampak cam ada kelibat hitam bergayut......cepat2 ilah toleh ke arah berkenaan...dan ilah lihat pokok tersebut bergoyang kuat dan ada bunyian jeritan panjang.......cepat2 ilah toleh kat abah...sementara mak tidak menunjukkan reaksi...siap pesan ngan abah singgap masjid yang berdekatan sebab dah nak masuk asar........dan terus menyambung tidur sebab keletihan....hmmm diam jer...dan sementara abah hanya mengiyakan serta tidak menunjukkan reaksi mengenai jeritan panjang tersebut.....kira 2 dua puluh minit kemudian baru abah membuka mulut setelah pasti mak betul2 terlena...

menurut abah....ada makhluk hitam sedang menunggu waktu menyerang ilah atau mak jika kami berdua keluar drpd kereta semasa ketiadaan abah....dan nasib baik kami berdua menuruti pesanan abah agar  jangan sesekali keluar daripada kenderaan...dan tambahan abah pula makhluk tersebut tidak dapat mendekati kenderaan kerana abah dah wat pendinding keliling kenderaan....kecuali kalau kami berdua membuka pintu serta melangkah daripada lingkaran yang telah dibuat..dan semua nie abah mengetahuinya kerana semasa bergerak keluar daripada kawasan umah.

Menurut abah lagi....sepeninggalan abah tadi ...adalah menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di rumah kak milah..di mana abah berpatah semula ke rumah kak milah.tanpa disedari oleh mereka..untuk scanning keadaan dalam umah tersebut..dan keputusan yang didapati amat memeranjatkan abah..serta berlainan .daripada yang didapati semasa datang pertama kalinya...(hmmm yang nie ilah tak pasti macam mana abah buat..sebab ilah tiada disisi masa nie....tetapi kalau keadaan genting dan bahaya..kebiasaannya abah tidak membawa ilah..terutama bila ilah masih tidak pandai atau menguasai ilmu penguasaan minda...erk! korang paham ker...isk! bantailah...korang pahamkan sendirilah..ilah tak pandai nak cakaplah......)

Abah dapati aura yang dirasainya berbeda sekali..drpd pertama kali memasuki rumah kak milah........maksud abah disini....aura yang pertama dirasai macam aura yang dihantar tetapi kali nie abah merasai banyak aura yang lingkarannya hitam serta kabut seolah 2 ...tuannya ada berdekatan.....jadi abah merasakan ada tidak kena dengan kejadian yang berlaku di rumah kak milah....dan membuat keputusan mengambil tindakan berhati2.......

terus abah menyuruh ilah menelefon Wak Man kawan baik abah yang di mana abah telah berjanji akan datang  ke rumahnya sekembali daripada perjalanan ke rumah kak milah....dimana untuk maklumkan kepadanya yang kami akan sampai ke rumahnya selepas solat asar....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 27-8-2009 08:07

dan..alhamdullilah ..kami tiba di rumah Wak Man iaitu sahabat baik abah..yang tinggal di felda berhampiran dengan kawasan Gunung Ledang...dan abah bercadang bermalam di rumahnya pada hari tersebut.....Kami tiba sebelum azan Maghrib.....jadi abah dan Wak Man pergi menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan sekolah agama untuk solat berjemaah..dan akan pulang selepas solat isyak...sementara ilah tinggal di rumah bersama mak serta isteri Wak Man menolong menyiapkan makan malam .....

Selepas solat maghrib berjemaah..kami meneruskan membaca Yaasin memandangkan malam tersebut malam Jumaat..sehingga solat Isya' di mana Isteri wak man menjadi Imam.....setelah abis solat Isya'....mak dan isteri wak man berbual2 kosong di ruang tamu sambil menunggu kepulangan suami 2 memasing ...sementara ilah di dapur menyediakan makanan yang telah siap di mask untuk dihidangkan....disebabkan ilah sudah biasa dengan keluarga wak man sejak dari kecil lagi..jadi ilah tidak janggal kalau dibiarkan sendirian di dapur .....

semasa ilah sedang mengacau teh susu panas di dapur tetiba ilah macam terdengar bunyi binatang mengaru atau mencakar pintu dapur dengan kuku....macam bunyi kucing sedang mencakar2 .manja nak masuk umah ..tetapi  pelik..sebab bunyi cakaran tu panjang dah tanpa bunyian kucing cuma bunyi binatang menderam panjang dan garau...

pada mulanya ..ilah tidak menhiraukan bunyian dan cakaran tersebut sebab memikirkan mungkin kucing..tetapi sampailah tetiba ada bunyian kuat melantun seperti ada benda yang dibaling kuat selepas tu melantun balik macam bola..abis bergegar pintu dapur tu..sampai terjatuh kuali serta periuk yang di gantung di dinding yang berhampiran....sementara ilah..terpelanting sudu di tangan ilah....terkesima ilah serta terkejut....

Sementara itu..mak  bergegas ke dapur ..pabila mendengar bunyi bising di dapur...bila jer mak melihat kuali dan periuk berpusing2 kat lantai terus mak bising . tapi bila mak lihat muka ilah dah lain jer ...terus mak berhenti membebel...terutama bila lihat jarak ilah dengan kuali dan periuk yang digantung lebih daripada tiga langkah...jadi mana mungkin ilah penyebab kuali dan periuk tu terjatuh....

tanpa disangka pintu dapur kembali bergegar macam digegar oleh seseorang daripada luar..dengan bunyi suara angin mendesir macam suara org menangis dan mengerang...berselang- seli .....kami berdua hanya berdiri terkesima dan melihat satu sama lain .sementara raub wajah mak mulai berubah menjadi cemas...dengan segera ilah memegang pergelangan tangan mak..
dan menekan nadi dengan menggunakan ibu jari alhamdullilah mak mulai pandai mengawal emosi...

Bunyian yang bising tadi hampir mengejutkan isteri wak man..dengan pantas dia bergerak ke  dapur meninjau keadaan kami berdua...
Isteri Wak Man hampir membuka pintu dapur bila dilihatnya pintu tersebut bergegar sekali lagi..dengan pantas ilah memegang lengan Isteri wak man serta memberi isyarat agar jangan berbuat demikian.......tanpa disangka gegaran tersebut diganti dengan suara wanita bersuara lembut memberi salam ....tetapi kalau didengar dengar betul ..bukan "Assalammualaikum" tetapi "salamekum" sebanyak lebih daripada tiga kali..selepas tu hilang dengan hilaian ketawa yang panjang...

Mengucap panjang isteri wak man....sementara ilah sudah bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan..sekiranya gangguan bersambung sekejapan lagi....

Tetiba hilaian ketawa yang panjang terhenti tanpa disangka dan terus diikuti dengan bunyi org memberi salam dengan jelas dan nyata sebutannya daripada pintu hadapan ....tanpa menunggu reaksi daripada mak dan isteri wak man ..terus ilah bergegas membuka pintu..kerana pasti suara tersebut milik abah....alhamdullilah tepat jangkaan .......pantas ilah menarik nafas lega melihat kepulangan abah serta wak man..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 27-8-2009 09:39

Manakala wak man serta abah pantas menuju ke dapur seolah2 tahu apa yang terjadi sebentar tadi.....abah memberi isyarat kepada ilah agar membawa mak dan isteri wak man ke bilik ..dan macam biasa ilah menuruti kehendak abah walaupun dalam hati meronta ingin melihat apa yang berlaku....sampai jer dibilik tidur..mak terus menemani isteri wak man..untuk menenangkan diri memasing yang terkejut dengan gangguan tadi..sementara ilah keluar daripada bilik tanpa diketahui oleh mereka berdua untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku (hmmm abah takder cakap dan pesan pun kat ilah duduk dalam bilik.sama ngan mereka berdua. ..tu pasal ilah kuar )



Apabila tiba di dapur ilah lihat pintu dapur sudah terbuka luas....sementara daun pintu dibahagian luar penuh dengan tanah berwarna merah
sementara wak man sedang berdiri di hadapan pintu tersebut sambil mengenggam garam putih dan membaca sesuatu  sebelum dilontar ke tanah yang melekat di pintu tersebut......dan menakjubkan tanpa disangka tanah merah tersebut menggelegak seperti mendidih dan terus mengeluarkan bau yang amat busuk sekali...dan tanpa membuang masa terus wak man membentangkan kain putih dilantai dan terus mengosok kesemua daun pintu tersebut dengan sabut kelapa yang diikat dengan daun sirih serta daun senduduk sehingga bau busuk tersebut hilang ..manakala kesemua tanah merah tu habis jatuh ke atas kain putih yang direntangnya tadi..barulah wak man berhenti....

Sementara abah ilah lihat kira-kira dua langkah daripada wak man sedang duduk membelakangi wak man dengan duduk seperti antara dua sujud mengadap ke arah belakang rumah wak man yang gelap gelita....abah berkeadaan macam itu sehinggalah wak man habis mengosok tanah merah tersebut..barulah abah berubah kedudukan dengan bersila di atas tanah ......sementara wak man membungkus dan mengikat tanah yang jatuh di atas kain rentangan tadi dengan dua lapisan kain sambil setiap lapisan kain tersebut wak man memerah limau nipis ...dan cara ikatan kain tersebut ilah lihat berlainan sungguh....maksud ilah disini seperti memintal pun ada tetapi diikat dengan setiap dipenjuru kain  dengan bersilang dan terus ikatan dimatikan dibahagian tengah...dan semasa wak man berbuat demikian ilah lihat muka wak man berkerut seperti sedang mengikat sesuatu benda yang amat susah dan berat ...dan ilah perasan juga belakang abah berpeluh seolah2 menahan sesuatu daripada menerpa masuk ke arah pintu terutama setiap kali Wak man cuba mengikat kain tersebut...

Serentak ..wak man selesai mengikat tali yang terakhir terus abah bangun dan melaungkan azan dengan kuat ....serentak tu juga bunyi angin kuat menderu serta sahutan burung hantu bersahutan2 (aduihlah! naik bulu roma ilah bila ingat balik) ..abah terus menhentakkan tumit kaki kirinya dan terus berpaling  ke belakang....ke arah wak man...manakala wak man terus memberikan bungkusan tersebut kepada abah...tanpa berlengah lagi terus abah berlari pantas ke arah  belakang rumah wak man..dan terus hilang dalam kegelapan....

sementara ilah terkesima melihat tindakan spontan abah....manakala wak man terus bersila didepan pintu sambil berzikir....dan ilah pasti wan man sedang melawan dengan secara batin.....dalam masa tu juga dari belakang wan man .ilah lihat peluh sudah membasahi baju belakangnya...namun wak man masih tidak berganjak daripada tempat  persilaannya...semakin kuat wak man berzikir..semakin mengila bunyi diluar….sekejapan bunyi org menyeretkan sesuatu dirumput.dan juga bunyi seseorang menyeret sesuatu di tanah...sekejapan bunyi gema muzik macam org bergendang,,serta diselangi dengan  bunyi loceng panjang,....sekejapan bunyi org melenguh serta merintih panjang dan sekejapan bunyi jeritan halus meliuk ..

.dan …bila didengar  dengan terlalu lama akan terasa bingit yang amat sangat sehingga gegendang telinga akan merasa ngilu dan berdenyut-denyut  kesakitan........Terutama apabila kesemua bunyian misteri ini mulai berpadu diantara satu sama lain dan bergema kuat serentak dalam waktu2 tertentu..Ya-Allah..degungan bunyinya terlalu nyaring sampai boleh terasa gegendang telinga dilanggar dengar sesuatu hembusan kasar dan juga seperti tekanan udara yang berdesir dengan kuat....

.Di sini  yang paling menghairankan ilah .ialah punca..gemaan bunyian misteri ini hanya datang  daripada arah di hadapan wak man sahaja ...
seolah2.ada sesuatu yang hanya berlegar2 ditempat yang sama..dengan kata yang lain seolah .terperangkap dalam satu ruang atau kawasan yang telah dikunci....Ini adalah kerana..ilah  tiada mendengar gemaan bunyi misteri  tersebut dari arah yang berlainan selain daripada arah yang ilah nyatakan tadi......hmmm pelik.....

Memandangkan kedudukan ilah sekarang kurang memberikan ruang gambaran penglihatan dengan jelas terutama situasi yang berlaku  dihadapan wak man..pada masa itu... ilah bernekad untuk melangkah dua langkah ke kiri ...di mana dengan penambahan langkah tersebut ..ilah dapat melihat dengan jelas  berbanding kedudukan ilah tadi yang hanya 35 darjah daripada sudut pintu dapur...

tepat.90 puluh darjah daripada sudut pintu dapur belakang.....tanpa disangka2 gegendang kedua belah telinga ilah mulai rasa sakit.yang amat sangat..hampir ilah tidakdapat mendengar dengar jelas selain bunyi berdesing ......tanpa berlengah lagi..dengan segera  ilah menekan pusat titik urat dibelakang kedua belah telinga dengan menggunakan ibu jari  sambil membaca surah al-fatihah...dan  ayat pertama Surah Ikhlas sebanyak  3x...di dalam satu nafas....dan apabila kesakit gegendang kedua belah telinga mulai berkurangan terus ilah meneruskan membaca ayat kedua Surah ikhlas sehingga habis...Alhamdullilah ...telinga ilah tidak berdesing lagi  dan  sekirannya paduan gema suara misteri tersebut bergema kuat sekali lagi Insya-Allah gegendang telinga ilah tidak akan rasa sesakit macam tadi......

Tetapi tanpa disangka paduan gema suara tersebut berbunyi sekali lagi  dan alhamdullilah tidak memberi kesan kepada gegendang teling a ilah seperti tadi....Tanpa memebuang masa..ilah mengambil kesempatan ini dengan memandang ke arah hadapan ...mencari punca arah bunyian misteri tersebut.....dan tepat jangkaan ilah...iaitu punca gema bunyi misteri tersebut datang dari arah hadapan wak man...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-9-2009 11:39

Sekarang pada  kali ini kedudukan berdiri ilah betul2 berada dibelakang wak man....dan kawasan penglihatan  mata ilah tadi terlindung sedikit .serta terbatas .kini dapat dilihat dengan jelas...dan .terbentang luas serta  mengungkai jawapan untuk paduan gema bunyian  misteri tadi...

Dihadapan ilah.....atau dengan lebih tepat lagi dihadapan wak man dalam jarak kira2 lapan langkah .daripada pintu dapur atau tempat wak man bersila ..ilah melihat cahaya berbalam2 merah menyerupai sesusuk makhluk  yang tegap berambut panjang yang hanya tumbuh dibahagian dahi hingga ke kepala ...dan menyerupai wajah yang amat hodoh sekali...berserta telinga yang panjang dimana dibahagian atas sedikit runcing ....melayang 2   di tempat yang sama ..seperti sesat dan hilang arah tujuan....

Makhluk tersebut meronta-ronta ingin keluar daripada zon tahanan dan adakalanya merintih seperti mengerang kesakitan yang amat sangat..terutama apabila makhluk tersebut terpelanting apabila cuba melanggar dinding zon tahanan ...Setelah terpelanting .pasti makhluk tersebut akan berkecai dimana cahaya berbalam-balam merah akan berkecai sehingga menjadi pecahan cahaya yang sangat kecil seperti cahaya kunang kunang....dimana warna cahaya merah tersebut menjadi malap sedikit ...dan barulah ilah tahu..dan mengerti iaitu punca.paduan gema yang sangat kuat serta nyaring tadi sehingga menyebabkan gegendang telinga ilah sakit ialah datang daripada makhluk tersebut apabila dia terpelanting serta terus berjecai menjadi cahaya berbalam merah bintik kecil....

Disamping itu juga..setiap kali makhluk tersebut gagal menembusi zon tahanan ...makhluk tersebut akan mengeluarkan suara yang ilah dengari tadi.....Malahan apabila .. makhluk tersebut mulai bertahan  dengan kesakitan yang dialaminya ..makhluk tersebut mulai meningkatkan semangat kuasanya dengan menyeru..kesemua cahaya merah malap kecil tadi agar bersatu  semula menjadi kekabus merah dan terus membentuk kembali menjadi  sesusuk tubuh makhluk seperti tadi cuma yang membezakan cahaya berbalam2 merahnya menjadi pudar sedikit...

dari tempat ilah berdiri.....ilah dapat melihat dengan jelas makhluk tersebut mengagahkan diri walaupun kesakitan mengangkat kepalanya   memandang tajam ke arah wak man dengan sorotan mata hitamnya ...Dia .seolah-olah  ingin menerkam dan menyerang  ke arah wak man...dan serentak itu juga wak man menepuk tangan kanannya ke tanah  dan ...terus makhluk tu menjerit nyaring  panjang .serta halus dan terus berkecai sekali lagi..dan terus hilang...dimana tempatnya diganti pula dengan kabus merah hitam  yang melayang2 secara perlahan2 dan akhirnya membentuk seperti sesusuk tubuh menyerupai manusia..tanpa muka sehinggalah wajah yang tadi hanya kosong tanpa muka ..kini perlahan2 menyerupai Kak Milah..terbaring lemah dilantai tanah ......dan memandang ke arah kami dengan pandangan kosong ....tanpa disangka dalam sekelip mata... wajah kak milah bertukar pula kepada wajak mak milah....dimana mak kak milah memandang tajam ke arah kami terutama ke arah ilah....



Ya -Allah.....hitamnya mata dia langsung tiada anak mata  seperti manusia.......di dalam keadaan gelisah kerana ditenung semedikian tanpa disangka  bahu ilah di tepuk daripada arah belakang . dan hampir nyaris  ilah membalas tepukan tersebut dengan serangan silat jikalau mak tidak menjerit nama ilah..serta bergetus kurang senang kerana  ilah tiada bersamanya  di dalam bilik..Tanpa menjawab soalan mak , terus ilah menarik mak ke belakang ilah kerana risau makhluk tersebut memandang ke arah mak pula....manakala mak pula terkejut serta terpinga2 melihat tindakan mengejut ilah....malahan emak sempat membebel kepada ilah dengan menegur tindakan kurang sopan tersebut seolah2 emak tiada perasan apa yang sedang berlaku..sehinggalah emak memandang pelik ke arah wak man .....begitu juga dengan ilah kerana mendengar wak man terbatuk dengan secara tetiba  sehingga tersembur mengeluarkan darah merah pekat.....terus wak man berhenti zikir seketika...ilah dah rasa bersalah sebab menganggu tumpuan dan kefokusan wak man melawan makhluk tersebut secara batin....

dan kerisauan ilah semakin menebal bila melihat mata makhluk menyerupai wajah mak kak milah mulai beralih pandangan sorotan matanya kearah mak dengan senyuman..dalam sekelip mata dalam sesaat wak man terbatuk sehingga mengeluarkan darah..makhluk tersebut menggunakan kesempatan ini walaupun dalam kesakitan...dengan meludahkan sesuatu daripada mulutnya ketapak tangannya dan terus membaling kearah kami berdua  Namun begitu ....wak man sempat menepis serangan tersebut serta memesongkan arah tuju serangan tersebut walaupun dalam kesakitan menahan batuk.....malangnya mak pada masa tu sudah menjerit kerana gelabah dan berlari daripada kedudukan di belakang ilah...dengan segera ilah cuba mengawal dan menenangkan emosi mak.dengan menarik lengan mak..untuk memeluknya .....tanpa membuang masa lagi terus ilah membaca An-Nasroh dan meniup lembut di belakang telinga untuk menenangkan mak..alhamdullilah mak menjadi tenang cuma mak terkulai layu dalam pangkuan ilah....

Aduihlah .hampir putus nafas ilah kerana .hampir terjelepuk dilantai  di sebabkan  tidak dapat menampung berat mak...tetapi alhamdullilah  ilah masih sempat memegang bucu meja makan dengan sebelah tangan untuk menahan ilah daripada jatuh .ke lantai ...Sementara itu pula..ilah tidak dapat melihat apa yang berlaku seterusnya diantara wak man dan makhluk yang menyerupai mak milah kerana ilah membelakangi mereka......tetapi semasa ilah sedang cuba mengimbangi badan ilah dengan berat mak drpd tersungkur dilantai ...ilah sempat menangkap bunyi jeritan panjang daripada makhluk tersebut....diikuti dengan  suara wak man bersuara dengan lantang melaungkan  "Allahuakhbar" dan kemudiannya diikuti dengan bunyi suara lagaknya seperti bersilat bertarung dari arah luar....dan rasanya macam suara abah...dan diselang-seli dengan suara wak man juga....

Disebabkan sifat ingin tahu terlalu tinggi pada masa ini... ilah telah mencuba untuk menukar posisi kedudukan agar dapat melihat dengan lebih  jelas.dimana pada masa ini kedudukan ilah tersasar jauh  dari 90darjah .daripada sudut pintu dapur....tetapi malangnya agak sedikit sukar kerana ilah perlu berhati2 dengan kedudukan mak yang masih terkulai pengsan di dalam pelukan ilah..jadi ilah perlahan2 merendahkan posisi badan  ilah dengan merebahkan kepala mak di riba ilah..dengan harapan ilah dapat melihat apa yang sedang berlaku diluar..dan pada masa ini juga ilah berdoa agar isteri wak man menyedari kehilangan mak yang tidak kembali semula ke dalam bilik bersama dengan ilah...alhamdulilah..di dalam keadaan terkial-kial mencari kedudukan yang selesa ...tetiba ilah mendengar suara isteri wak man dimuka tangga dapur...yang mengucap melihat keadaan ilah..lalu lantas isteri  wak man menolong ilah memangku mak....dan terus ilah memberi signal kat isteri wak man agar meletakkan kepala mak di riba ilah....sambil tu ilah isyarat agar diam apabila melihat dia berkerut mendengar bunyi bising diluar rumah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-9-2009 11:55

Tetiba kami dikejutkan dengan jeritan garau yang nyaring diluar...serentak itu juga pintu dapur yang tadi terkuak luas tiba-tiba tertutup rapat seolah-olah ada kuasa yang menutupnya..dalam selang saat itu juga  kami mendengar bunyi deruan angin seperti mengongoi melanggar muka pintu daun dari luar seolah-olah ingin masuk ke dalam dapur rumah tetapi gagal....di sini ilah boleh nampak keadaan daun pintu yang bergegar seolah-olah ada sesuatu yang memukul dari arah luar untuk menolak daun pintu tersebut terbuka....tanpa disangka kami mendengar suara Wak Man melaungkan azan dengan suara yang lantang dan dihujung akhir azan pula dengan jelas ilah dapat mendengar suara tangisan ngogoian halus diikuti dengan suara abah membaca beberapa potong ayat Yassin dan diakhiri dengan beberapa potong surah Al-Baqarah....hmmm jadi jelaslah abah sudah pulang bersama-sama melawan makhluk tersebut dengan Wak Man..

Sementara itu..isteri wak Man ilah lihat dari tadi tak putus-putus membaca ayatul kursi dengan sembilan kali berhenti....sementara ilah pula hanya terkesima sebab jeritan tangisan daripada makhluk tersebut benar-benar membuatkan jantung ilah berdegup kencang ..terasa seperti berada sebelahan sahaja....dalam terkesima tersebut...tiba-tiba ilah mendengar abah menjerit dari luar  memanggil nama ilah ...tanpa membuang masa terus ilah menerpa  ke pintu dan berlari keluar melihat apa yang berlaku...

Ya-Allah...Wak Man  masih lagi terbatuk-batuk sampai  mengeluarkan darah pekat likat..manakala abah pula terduduk tidak jauh daripada wak man dengan duduk antara dua sujud....habis basah baju abah dipenuhi dengan peluh....
.muka abah berkerut seolah-olah menahan kesakitan.....manakala makhluk yang menyerupai mak milah hilang.entah dimana ...tiada di situ.....cepat-cepat ilah bergerak ke arah abah dan bertanya apa yang perlu ilah lakukan....lantas abah menyuruh ilah dengan segera mencari daun pucuk senduduk berbunga putih , daun kaduk  ,daun lidah buaya serta air muda kelapa berwarna  jingga muda
.alhamdullilah... ilah berjaya mencari semua yang dipinta memandangkan ilah sudah biasa dengan selok-belok dirumah wak man (wak man rajin menanam tanaman herba di kawasan rumahnya jadi kebanyakan herba yang dipinta oleh abah ada yang ditanam oleh wak man...begitu juga air kelapa muda berwarna jingga)

Pucuk daun senduduk bunga putih dan daun kaduk abah kunyah mentah-mentah dan diludahkan semula lantas dilumurkan dibelakang tengkuknya sambil membaca sesuatu kemudiannya terus disapu baki kunyahan campuran tersebut dari ubun-ubun hingga ke seluruh mukanya sampai telinganya kemerah-merahan....setelah itu abah mengeluarkan lendir lidah buaya dan terus mencampurkan dengan air kelapa muda jingga sambil membaca beberapa potong ayat dari beberapa surah termasuk al-fatihah untuk penawar racun .dan menyerahkan kepada wak man untuk diminum dalam satu nafas....alhamdullilah perlahan-lahan wajah wakman yang tadi pucat lesi bertukar menjadi merah-kemerahan...manakala batuknya mulai berkurangan serta tidak mengeluarkan darah lagi....

Setelah pasti keadaan wak man mulai kembali pulih, abah terus menuju ke arah mak untuk melihat keadaan mak.Sementara wak man masuk dan menuju ke dalam bilik untuk menukar persalinan pakaian yang lebih bersih kerana pakaiannya habis kotor  berlumuran dengan darah dan tanah kotor.Apabila tiba ke tempat mak, tanpa membuang masa abah terus meminta isteri wak man menyediakan sebalang air suam bersama jintan putih serta lada hitam ..dimana kedua2 bahan ini abah mahu ianya ditumbuk kasar setelah itu dicampur bersama dengan air suam serta satu sudu madu lebah setelah itu , campuran air suam tersebut harus diberikan kepadanya dengan kadar segera....Sementara isteri wak man terua melakukan apa yang dipinta oleh abah tanpa banyak soal..

Sementara menunggu air yang dipintanya,abah telah meneliti dan membelek kedua belah telinga mak dengan dahi berkerut namun begitu abah tiada menyuarakan apa yang dijumpai di telinga mak. malah terus bertanya dengan ilah berapa lama mak  berkeadaan macam nie dan terus ilah bercerita apa yang berlaku .....berubah muka abah bila  penceritaan ilah tiba masa makhluk tersebut meludahkan sesuatu daripada mulutnya dan terus melemparkan ke arah ilah dan mak.....tetapi abah hanya diam sahaja....Sebenarnya ilah kurang gemar sebabnya bila abah memberikan reaksi seperti begini bermakna ada sesuatu telah berlaku diluar jangkaannya....dan semestinya membuatkan ilah gusar dan tertekan sedikit terutama bila abah lebih memilih mendiamkan diri daripada biasa.
Tiba-tiba abah bersuara memecahkan keheningan di dapur dengan meminta ilah mencabut daun bawang dengar akarnya sekali dan setelah itu dicuci akarnya sehingga bersih sebelum menyerahkan kepadanya diluar rumah dengan ditemani oleh isteri wak man…Namun begitu , langkah ilah terhenti apabila pada waktu itu , wak man sudah berada diperkarangan dapur dengan persalinan pakaian yang bersih telah menawarkan diri untuk mengambil-alih tugas tersebut drpd ilah. Alhamdullilah abah setuju dengan cadangan wak man.


Setelah pemergian wak man ke luar rumah mencari daun bawang yang dipinta oleh abah, abah telah memberi isyarat kepada ilah dan isteri wak man yang abah ingin memindahkan mak ditempat yang lebih selesa . Dengan segera isteri wak man menyediakan tempat tersebut diruang tamu..sementara ilah masih dalam keadaan terkesima serta termanggu kebingungan.Kemudiannya abah terus mengangkat mak menuju ke ruangtamu di mana isteri wak man telah menghamparkan tikar mengkuang dengan tilam bujang untuk mak.Dan dari sini ilah sudah dapat meneka yang sesuatu telah berlaku kepada mak terutama bila abah berbisik perlahan ditelinga wak man sebelum dia bergegas keluar untuk mencari  daun bawang yang dipinta.

Manakala mak pula tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk bangun daripada pengsan….pelik betul sebab tidak mungkin mak tertidur pula sebab keletihan...….ilah mulai risau melihat keadaan mak...Perasaan ilah mulai berkecamuk bercampur sedih dan menyesal kerana dengan sifat yang terlalu ingin tahu …telah menyebabkan mak menjadi begini…

Air mata ilah mulai bergenang .dan perasaan menyesal semakin menebal bila melihat muka mak mulai pucat .tanpa disangka abah mengusap kepala ilah menyuruh ilah bersabar dan memujuk ilah Insya-Allah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan abah sedang berusaha untuk membuang badi yang telah terkena kepada mak.....ya-Allah bila ilah dengar perkataan badi ..semakin deras air mata ilah mengalir sebab kali ini ilah benar-benar menyesali tindakan terburu-buru ilah telah menyebabkan orang tersayang terkena tempiasnya. sementara isteri wak man terus duduk disebelah ilah apabila melihat ilah semakin beremosi.....manakala abah pula cepat-cepat berdehem memberi signal kepada ilah agar mengawal perasaan dan emosi ilah terutama ketika abah perlu menumpukan perhatian dalam mengubati mak...hmm alhamdullilah ilah dapat mengawal emosi..walaupun masih tercalit perasaan bersalah di dalm diri...  .....dan kebetulan pada masa wak man sudah kembali dengan daun bawang yang dipinta..dan .terus diberinya kepada abah...

dan tanpa disuruh..wak man bersila terus duduk bersila betul2 disebelah kiri hujung kaki mak  seolah2 telah tahu apa yang perlu dibuat..dengan kain batik lepas panjang dihamparkan disebelahnya...dengan balang tanah liat kosong..serta daun keladi yang besar saiznya  .. manakala abah pula duduk bersila berhampiran disebelah kanan
pinggang mak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-9-2009 12:07

Tanpa membuang masa ..abah terus mengambil sebalang air yang telah disediakan oleh isteri wak man   dan terus membaca beberapa potong ayat yang ilah pasti salah satunya daripada surah jin ,surah al-maun dan surah Tin....dan selebihnya ilah gagal menangkap kerana suara abah sangat perlahan....tetapi ilah tahu abah sedang membuat penawar bisa....untuk mak dimana boleh disuling dan ditawar bisanya jika masih diperingkat awal.....setelah itu abah merendamkan akar daun bawang sepenuhnya dalam beberapa minit dengan membaca ayat terakhir ayatul kursi sebanyak tiga kali..dan terus di olesnya akar daun bawang yang basah di bibir mak sebanyak tiga kali olesan......pada olesan pertama mak mengeluh dengan mengeluarkan suara seperti kesakitan...apabila tiba olesan kedua ...tubuh badan mak mulai tersentak-sentak..namun abah tidak menunjukkan reaksi malahan meneruskan untuk olesan ketiga.....apabila sampai olesan ketiga..tanpa di sangka ..mak terbangun dengan keadaan duduk dan terus terbatuk dengan kuat seolah-olah ada benda atau sesuatu yang cuba dikeluarkan daripada tekaknya....namun gagal mengeluarkannya..yang hanya keluar  lelehan air liur dan lendir yang sangat banyak

dan kali nie terus abah menekan dibahagian belakang pinggang mak dengan ibu jarinya.. semakin kuat mak batuk..dan kali nie batuk mak kelihatan teruk...kemudiannya terus abah bangun dan bergerak di belakang mak...terus memukul belakang leher mak dengan akar daun bawang yang basah tadi  sambil melaungkan Allahuakhbar ...dengan lantang....tanpa disangka...kali ini mak terbatuk seperti bersin ..dimana kali ini ilah dapat menangkap dengan jelas ada sesuatu kabus hitam gelap yang terpelanting keluar laju daripada hembusan batuk mak....seperti terbang laju keluar..

tanpa disangka..wak man melompat menangkap benda tersebut dengan balang tanah liat ...dan dengan sekilat mungkin terus ditutupnya mulut balang tersebut dengan daun keladi kemudiannya diikat dan dibalut dengan kain batik lepas yang dihamparnya tadi.....dan baru ilah perasan dihamparan batik lepas tersebut penuh dengan butiran garam....apabila butiran garam tersebut melanggar daun keladi ..tanpa disangka ia mengeluarkan asap yang nipis.....dengan segera wak man menepuk ditepi balang yang telah dibungkus rapi sambil membaca sesuatu..terus hilang asap nipis tersebut....

Tanpa disangka ..terus wak man keluar rumah dan hilang dalam kegelapan malam....terus abah berkata kepada kami yang wak man pergi ke sungai untuk membuang sesuatu....dan kami berdua terus faham .......

manakal mak pula menunjukkan tanda positif ....dan mulai sedar daripada pengsan....terutama apabila mak minum air campuran tersebut ......setelah itu  abah menyuruh ilah memandikan mak dengan lebihan air suam campuran tersebut dengan pertolongan isteri wak man..untuk mengeluarkan sisa-sisa bisa yang mungkin tertinggal dalam badan...ilah menurut tanpa bantahan..

Manakala abah pula bergerak untuk membersihkan badan dan bersiap untuk solat hajat dan sujud syukur....dimana kebiasan yang abah buat setelah berjaya mengubati pesakit....

Alhamdullilah setelah mandi dengan campuran air tersebut....mak kelihatan bertenaga sedikit...ilah benar-benar lega melihat keadaan mak.....dan terus ilah memeluk serta mencium pipi mak dengan berlinangan air mata..sementara isteri wak man hanya tersenyum girang melihat telatah ilah ..mak pula hanya tersenyum lemah sambil mengalirkan air mata.....

Sekembalinya kami daripada memandikan mak...ilah lihat wak man sudah kembali dan sedang berbual-bual dengan abah sambil menepuk-nepuk bahu abah..sementara pula ilah lihat wajah abah sangat sugul...namun ilah tidak menunjukkan minat untuk mencuri perbualan mereka..walaupun terusik serta gusar dihati kerana bimbang kesugulan diwajah abah disebabkan oleh ilah...sebaliknya ilah terus masuk ke bilik tidur menemani mak tidur

...di mana pada malam itu ilah tidur dengan memeluk mak dengan erat...


Manakala isteri wak man  setelah menyediakan tempat tidur untuk mak dan ilah ….dia terus keluar daripada bilik untuk menyediakan minuman dan juadah ringan untuk abah dan wak man yang sedang  berbual- panjang  mengenai kejadian yang  berlaku sebentar tadi…hmm dan ilah pasti mereka mesti tidur lewat terutama abah   



Pada keesokkan harinya selepas zuhur…kami bertolak pulang kekampung walaupun wak man beberapa kali memujuk abah agar bermalam sehari dua lagi…namun begitu abah menolak dengan baik….dengan alasan bimbangkan kesihatan mak.. dengan perasaan berat wak man melepaskan kami sekeluarga pulang ke kampung.


Kami tiba dikampung lewat petang..dan berita tentang mak telah disampaikan kepada semua adik-beradik kecuali adik ilah yang sedang belajar jauh tidak kami khabarkan berita ini kerana pada masa nie mereka sedang sibuk menduduki peperiksaan penting.

Jadi bila kami tiba dikampung ,kebanyakan adik –beradik ilah yang lain sudah menunggu dirumah termasuk kak long dan suaminya…
di mana pada malam tersebut abah menceritakan apa yang telah berlaku kepada mak ..dan meminta kami semua tidak sesekali mengungkit cerita ini dihadapan mak..kerana abah risau mak akan kehilangan semangat seperti dahulu semasa adik lelaki ilah cuba dilarikan cik pon....
dan kami semua bersepakat mengikut kata abah...demi mak yamh tercinta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2009 06:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-9-2009 16:12

alhamdullilah..pada keesokkan harinya..mak berunsur pulih dan ceria..ditambah dengan kehadiran anaknya yang pulang ke kampung semata2 kerananya….manakala abah tampak genbira melihat perubahan positif mak ….begitu juga dengan ilah perasan bersalah ilah semakin berkurangan bila mak mengatakan apa yang terjadi bukan salah ilah …mungkin ada hikmah disebalik kejadian …ya..benar sejak kejadian tersebut ilah menjadi matang dan lebih berhati2 bila melibatkan hal sebegini…tidak lagi kebudakkan2…

Selepas empat hari berikutnya, kesemua anak abah yang pulang ke kampung mulai pulang meneruskan kehidupan seharian masing2…jadi hanya tinggal kami bertiga bersama adik bongsu ilah yang masih bersekolah prasekolah...


Pada mulanya..tiada perkara yang ganjil yang berlaku sepanjang kami berada di kampung sehinggalah pada satu malam tu ilah terjaga kerana terdengar bunyi org mengeluh kerisauan…pada mulanya ilah tidak menhiraukan bunyi tersebut sebaliknya menyambung tidur tetapi ilah tersedar kembali bila pada kali ini bunyi seperti org merengus marah ….dan kecewa….tanpa membuang masa ..ilah terus keluar bilik untuk memanggil abah ……hmm rupa2nya abah bertindak pantas daripada ilah….abah telah mendengar bunyi misteri tersebut terlebih dahulu..dan terus keluar meninjau keadaan setelah memastikan keadaan mak stabil kerana bimbang bunyian tersebut adalah untuk menyerang mak kembali…..

Apabila abah melihat kelibat ilah…terus abah memberikan isyarat agar mengikutnya di mana ilah terkejut melihat reaksi abah kerana kebiasaanya abah akan menyuruh ilah jangan masuk campur..tetapi kali ni abah mengizinkan ilah terlibat sama ….hmm mungkin abah rasa ilah sudah matang kerana tidak bertindak terburu2..dengan menyiasat secara sendirian…pada kali ini…

Apabila kami tiba diruang tamu utama ..abah terus berdiri di hadapan pintu utama denagan membaca sesuatu dan selepas itu abah menulis ayat –ayat suci al-Quran di tengah2 daun pintu dengan menggunakan jari telunjuk.seolah2 jari telunjuknya itu adalah pena….dan ilah pasti kali nie abah menulis surah kahfi…..

Setelah itu . ..abah membuka daun pintu utama….serta memberi isyarat kepada ilah agar berdiri dibelakangnya…dan ilah menurut tanpa bantahan…

Dan abah terus menyuruh ilah membaca surah –Al Falaq….sebanyak tiga x selepas itu abah menyuruh ilah memandang ke arah perkarangan beranda luar rumah….

Ya-Allah..terkejut ilah bila melihat….ada sesusuk mahkluk
hitam berlegar2 cuba masuk tetapi gagal …adakalanya dia terpelanting jauh kerana cuba merempuh…rupa2nya abah telah memagar rumah setelah pulang daripada rumah wak man sebagai langkah berjaga..kerana mengesyaki serangan akan dihantar sekali lagi….


Namun begitu..makhluk tersebut tidak dapat melihat kami berdua kerana menurut abah pada masa ini makhluk tersebut hanya melihat tembok besar mengelilinginya …jadi sebab itu dari tadi ilah melihat makhluk tersebut berulang-alik ditempat yang sama
dan sambil mengeluarkan rengusan kasar kerana gagal menebusi tembok pendinding…

Lama-kelamaan makhluk tersebut lemah keran kepenatan..dan tanpa disangka secara perlahan2 makhluk tersebut berubah fizikal kepada sesusuk tubuh manusia lelaki…….

Dan pada kali ini ilah benar2 terkejut kerana kali ini makhluk tersebut menyerupai ayah kak milah pula …sementara abah hanya berdiam diri sahaja melihat perubahan tersebut...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 10-9-2009 15:40

Tika makhluk tersebut hampir menyerupai bapa kak milah..terus makluk tersebut duduk mencangkung sambil kepala diletakkan diantara kedua belah pehanya..dengan kedua belah tangannya memeluk ke kaki...dan badannya terhenjut2 seolah2 sedang menangis dengan sayu.....

melihat keadaan tersebut terus ..abah membaca surah alfatihah bersulam dengan surah tin dan surah kausar dan terus meniup kearah makhluk yang menyerupai ayah kakmilah....apabila abah berbuat demikian..makhluk yang menyerupai ayah kak milah terus berdiri ..dengan pandangan kosong...

kemudian abah menghulurkan sehelai sireh kepada ilah dan memberikan syarat kepada ilah agar mengemam daun sireh tersebut.dibawah lidah..untuk mengelakkan ilah terkena badi daripada makhluk tersebut...

dan setelah itu abah memberikan isyarat kepada ilah agar jangan melangkah dan menglangkaui keluar daripada garisan pagar yang telah dibina.....dan macam biasa ilah menurut seperti biasa...

sementara abah menghentakkan tumit kaki kirinya sebelum melangkah keluar dengan langkah kanan..dan terus menuju ke arah makhluk tersebut....sementara makhluk tersebut masih berdiri dengan pandangan kosong ...

pabila abah tiba berhampiran dengan makhluk tersebut terus abah mengambil batu kecil berhampiran dan membaling tepat ke nadi saraf di tengkuk mahkluk tersebut untuk mengunci semua saraf pergerakkan makhluk tersebut...

makhluk tersebut tersentak dan terpinga2 seolah ..baru sedar daripada  tidur...dan terkejut apabila melihat abah berada di hadapannya.....dan matanya yang tadi kehitaman pudar dengan padangan kosong ..mulai menjadi kehitaman pekat dengan sorotan tajam memandang abah...tetapi kali ni abah sudah bersedia..terlebih dahulu..dengan segera...abah menhentak tumit kaki kirinya sekali lagi ke tanah....terus makhluk tersebut tidak dapat mengerak..seolah2 telah dikunci dengan bumi....suaranya terkunci..tetapi ilah dapat lihat dengan jelas..wajahnya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat....

setelah abah yakin makhluk tersebut tidak boleh bergerak..terus abah memulakan seisi soal-jawab dengan makhluk tersebut......seisi soal jawab dimulai dengan siapa sebenarnya yang menghantar gangguan kepada keluarga ilah...pada mulanya makhluk tersebut enggan..tetapi bila abah membaca salah satu surah jin....berlaku perubahan ketara makhluk tersebut.....kulit mukanya melecur seperti kena air yang mendidih panas...habis kulit mukanya melepuh-lepuh dan perlahan2 terkopek...cebisan daging mulai gugur ke tanah..sedikit demi sedikit..sehingga lopang di bahagian hidung serta mata.....manakala cebisan daging yang melayut2 hendak jatuh kebumi..apabila menjamah tanah akan mengeluarkan asap hitam yang tebal serta berbaur hanyir yang amat sangat....

Bila abah berhenti membaca....tanpa disangka kedengaran suara bergema seperti mengerang kesakitan .bila diamati mulut mahkluk tersebut tidak bergerak..seperti manusia cuma setiap kali ada suara bergema ..terdapat cahaya merah berkelip2 di bahagian dadanya...tetapi samar sahaja.....makhluk tersebut bersuara parau tanpa pergerakkan sedikit pundi bahagian mulutnya.....daripada suaranya jelas menunjukkan dia dalam kesakitan amat sangat.....dan akhirnya makhluk tersebut mengalah dengan memberitahu kepada abah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh tuannya..

rupa-rupanya..tujuan mereka iaitu mak dan bapa kak milah berjumpa dengan abah tempoh hari.ada niat yang tersembunyi iaitu .hendak menguji Ilmu abah semata-semata...dan juga untuk melihat samaada abah berjaya dalam ujian yang telah ditetapkan oleh mereka...di mana pada peringkat awal dan kedua abah telah berjaya menangkisnya....dengan ini abah layak menjadi menantu dalam keluarga mereka....iaitu suami kepada kak milah....itulah niat utama mereka yang sebenarnya...

Ujian yang pertama adalah cubaan abah menyembuhkan penyakit badi anak perempuannya telah berhasil....walaupun pada mulanya ..tuannya merancang agar abah sendiri menyentuh kulit kak milah semasa proses merawat..namun abah bijak kerana menyuruh mak dan ilah melakukannya..dan sekiranya abah sendiri menyentuh kulit kak milah pada masa itu....abah akan berdepan dengan ujian satu lagi iaitu pemuja pengasih....dimana tuannya sudah meletakkan pengasih dikulit kak milah agar abah terkena ibu pengasih yang boleh diresap terus kepada abah....malangnya mak yang telah menyentuh ibu pengasih tersebut..tetapi abah sekali lagi bijak membuang pengasih tersebut...dan menurut makhluk tersebut..abah sebenarnya sudah mengetahui tentang ibu pengasih tersebut....kerana tindakan abah berpatah balik menyiasat sendirian telah diketahui olah tuannya...

terus ilah menoleh kepada abah....bila mendengar apa yang dikatakan oleh makhluk tersebut...namun wajah abah hanya kelihatan garang dan serius sahaja..

tambah mahkluk tersebut...tuannya amat marah sekali bila abah berjaya membuang dan mengelak ibu pengasih tersebut.....dan seterusnya ..tuannya dengan sendirinya datang menyerang ke wak man....di mana menurutnya...tuan yang sebenarnya adalah mak kak milah..dan sekiranya ada makhluk yang menyerupai wajah kak milah merupakan pangkat tertinggi serta mempunyai level kuasa ilmu hitam yang sangat tinggi berbanding makhluk yang menyerupai wajah ayah kak milah sepertinya....yang hanya lebih kepada peninjau keadaan...

menurutnya lagi...apabila tembelang tuannya sudah diketahui oleh abah dan wak man pada hari tersebut..tuannya merancang meracuni mak ilah kerana tahu kelemahan abah adalah pada keluarganya...namun begitu ..sekali lagi tuannya gagal kerana abah berjaya menangkis badi tersebut ....dengan segera...kerana jika terlewat mak ilah akan terus menderita dengan racun badi yang telah dihantar oleh tuannya...

apabila abah bertanya sekali lagi..kenapa abah yang dipilih ..terus makhluk tu mendiamkan diri....tetiba tanpa disangka datang tiga bebola api laju ke arah makhluk tersebut....dan mengelilingi makhluk tersebut..manakala mahkluk tersebut kelihatan resah dan ketakutan...apabila melihat kehadiran bebola api tersebut.....tetiba kedengaran bunyi siulan panjang bertalu2.......

manakala abah dengan segera menekankan ibu jari kaki kanan ke tanah sementara tumit kaki kirinya di angkat sedikit..sambil mulutnya berkumit2 membaca sesuatu ..ilah lihat dahi abah sudah berpeluh2.....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 12-9-2009 13:14

posisi berdiri abah tidak berubah walaupun dahi abah sudah mulai berkerut dengan peluh yang meleleh keluar membasahi bajunya....ketiga2 bebola api tersebut semakin ligat berputar2 mengelilingi makhluk tersebut.....semakin lama putaran tersebut semakin laju dan membentuk gegelang cahaya kuning kemerahan  berbentuk bulatan bujur ..


siulan panjang berbunyi sekali lagi ..kali ini bunyi siulan tersebut agak keras sedikit dan panjang berbanding yang pertama....diselangi dengan bunyi nyaring merencik dan terhenjut2 seperti bunyi burung hutan bersahutan diantara satu sama lain...

bila ketiga2 bebola tersebut mulai bersatu dan bercantum serta hampir menutupi sebahagian kepala makhluk tersebut....makhluk tersebut mengelupur kesakitan dengan setiap inci tubuhnya mengelembong buih seperti kulit melepuh ...sehinggalah warna merah kehitaman di dadanya semakin lama semakin malap.....


sementara ilah dah terasa pening2 lalat dan loya...dan masa nie abah menjerit kepada ilah agar kunyah daun sireh di dalam mulut ilah selepas itu ludah dan baca beberapa ayat daripada surah anbiya dan surah al-baqarah sebelum menyapu di ubun2 ilah....alhamdullilah pening dan loya semakin surut sakitnya...

setelah itu abah menyuruh ilah mengundur lima langkah ke belakang secara mengundur..dengan langkah kanan dahulu...demi menjaga keselamatan ilah..

sementara abah ilah lihat sudah bersedia untuk mempertahankan diri untuk sebarang kemungkinan..apatah lagi apabila lingkaran gegelang api mulai kembali ke bentuk asal iaitu membentuk bebola api
terutama apabila makhluk yang menyerupai bapa kak milah perlahan2 menjadi kekabus hitam pekat dengan diselangi jeritan nyaring ...

bila jer lingkaran gegelang api mulai bertukar menjadi tiga bebola api..dengan pantas mereka terbang menuju ke arah abah..abah pula dengan segera membaling sekepal tanah ( hmm tak pastilah tanah apa..sebab ilah tak perasan bila masa abah amik tanah tersebut..tapi kalau tak silap ilah tanah yang biasa ada kat tebing sungai) dan tanah tersebut tepat mengenai salah satu bebola api tersebut ..dan terus jatuh menghentam tanah dengan bunyi yang kuat....tapi pelik sebab bila  menjamah tanah terus bertukar menjadi kunang-kunang yang bercahaya malap ...dan terbang lari berkeliaran..dengan bunyi desiran seperti bunyi lebah...

sementara lagi dua bebola api tersebut masih tidak berputus asa untuk menyerang kembali ke arah abah dan kali ini pula abah melibas kedua- dua bebola tersebut dengan kain yang ditarik keluar daripada sisipan pinggangnya……dan menakjubkan kerana kain panjang tersebut menjadi lilitan selendang panjang menyerupai seperti tali belati …dan terus memukul kedua2 bebola api tersebut..lantas terus menjadi bintik2 cahaya kecil dan bila dilihat betul2….lebih menyerupai kunang-kunang yang berterbangan berkeliaran lari tanpa arah.

....dan tanpa disangka siulan yang panjang berbunyi sekali lagi......terus kunang2 yang tadi berterbangan berkeliaran tanpa arah....terus
terbang ke arah siulan yang berbunyi.tadi .dengan diiringi
bunyi seperti lebah terbang sekawan....

manakala abah pula terus berdiri memeluk tubuh badan dengan mulutnya berkumit2 membaca sesuatu( maaf tak pasti apa yang dibaca...kerana faktor jarak serta abah membaca terlalu perlahan)

kemudiannya ilah terkejut apabila terdapat cahaya kunang2 datang dari arah kawasan yang gelap semakin lama semakin hampir dengan kedudukan abah....dan Ya-Allah ....bila cahaya kunang2 tersebut semakin menghampiri ..semakin jelas apa yang dikerumumi oleh kunang2 tersebut..rupa-rupanya...bunyi siulan tersebut datang daripada sesusuk tubuh manusia yang menyerupai mak kak milah sendiri..dimana kali ini dia memakai pakaian hitam dengan terawang2 diudara dimana sekelilingnya dikelilingi dengan kunang2 tadi dengan cahaya kuning kemerahan....wajahnya menunduk ke bawah dengan mata terpejam sementara tangannya mendepa dengan kesemua jarinya terbuka mencanak seperti keras kekejungan...kedua belah kakinya terbuka sedikit dengan tumit kaki berada dikedudukan tinggi sedikit berbanding dengan  jari kakinya (hmm seperti penari ballet)


hmm jasad manusia yang terapung2 diudara ..benar2 menyerupai mak kak milah...dalam sepuluh langkah daripada tempat abah.....mak kak milah berhenti menuju ke arah abah dan perlahan2  sebahagian daripada kunang2 yang bercahaya kuning kemerahan terbang menuju ke tapak kakinya menjadi sebagai alas kaki atau seperi kasut untuk menGhalang tapak kakinya menyentuh tanah...

tepat kunang2 yang menjadi alas kakinya menyentuh tanah...terus wajah mak kak milah naik perlahan2 mengadap ke arah abah dengan matanya yang merah menyala...dan setiap kali ilah memandang kilauan sinaran mata merah...terasa berpinar kepala seperti pening2 lalat...

dalam pening2 tu ilah masih lagi dapat mendengar dengan jelas..abah bertanya ....kenapa dia yang dipilih......terus mak kak milah menjawab bahawa..kerana dendam yang belum terurai....di mana nenek moyang abah pernah menolak permintaan daripada moyang mereka .sehingga menyebabkan keseluruhan kelurganya malu besar..jadi moyang serta generasi selepas moyang mereka...telah bersumpah agar membalas dendam walaupun dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri...

[hmm begini.ceritanya ..moyang abah dahulu adalah salah seorang daeng berlima dan raja muda dalam istana pemerintahan Bugis....dan merupakan ketua pahlawan dalam tentera......manakala moyang mak kak milah pada zaman ini juga merupakan pahlawan juga tetapi dalam jajahan kerajaan yang lain ...terdapat satu permintaan yang tidak dapat ditunaikan kerana menurut moyang abah sekiranya ditunaikan akan disalahguna oleh moyang mak milah tersebut untuk kepuasannya peribadi dan nafsunya sahaja..(..hmm yang nie tak leh bagitau dengan details ini sahaja yang boleh dikongsi...maaf yek) jadi bila permintaanya..di tolak...telah mencalar egonya dan terus memusuhi kepada moyang abah pada masa tersebut.....terutama apabila peminangan untuk berkahwin dengan anak dara moyang abah terdahulu juga di tolak. walaupun ditolak dengan cara baik...]

dan selepas itu ilah hanya mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan pandangan mata ilah berpinar2  dan terus ilah tak sedarkan diri....

bila ilah sedar ....abah dah berada di sisi ilah dengan menyuruh ilah minum seteguk air didalam gelas yang dihulurkan olehnya...begitu juga dengan adik lelaki ilah dan mak...masing2 senyum syukur melihat ilah sedar...

manakala abah bila ilah bertanya apa yang terjadi seterusnya kepada mak kak milah ..abah hanya tersenyum dan mengatakan semua sudah selesai...dan abah berjanji akan menceritakan kepada ilah setelah ilah benar2 pulih...rupa2nya ilah pengsan selama dua hari....kesan daripada perustiwa malam tersebut...

menurut abah...mak kak milah adalah keturunan yang ke-enam dalam keluarga moyang mereka dahulu..dan anaknya kak milah merupakan keturunan yang ketujuh ...jadi pada waktu ini..dia perlu membalas dendam apa yang telah disumpahkan oleh moyangnya...mak kak milah sudah lama menjejaki generasi moyang abah....dan akhirnya berjaya...

setelah mengetahui abah giat menolong dan merawat org sakit .,,,... mereka cuba menguji abah dengan pelbagai sihir hitam...dan setelah abah berjaya menangkis kesemua serangan mereka.....mereka merangcang untuk menjadikan abah menantu mereka kerana ingin mengabungkan darah sejati keturunan raja muda bugis dengan darah sejati keturunan mereka  untuk pengabungan aura .dunia pencak ilmu perubatan hitam dan putih...(errrr kengkawan paham ker ...pandai-pandailah yek faham sendiri )...

menurut abah lagi abah dapat mengalahkan mak kak milah kerana ilmu hitamnya ada pantang larangnya....dan abah telah menggunakan kelemahannya tersebut untuk menundukkannya...walaupun telah dipujuk agar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar..namun mak kak milah..enggan kembali kepada jalan yg berlandaskan syariat islam....abah2 benar kesal dan sedih..dan menyerahkan kepada Allah untuk mengadili mak kak milah serta keluarganya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 06:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 12-9-2009 13:23

menurut abah lagi...mak kak milah tidak akan menganggu keluarga kami lagi kerana abah telah mengetahui kelemahannya..jadi mak kak milah terpaksa akur kerana telah gagal

tetapi abah menegaskan kepada ilah suatu hari nanti pasti ada yang akan datang daripada keturunan mak kak milah untuk melunaskan dendam kerana
kelurga mereka sudah bersumpah dan bersatu dengan ilmu syaitan dan jin2 kafir untuk menyesatkan org islam sebagai balasan membantunya untuk membalas dendam....


jadi abah mengambil keputusan mengurangkan aktiviti merawat.dan tidak terlalu menonjol didlm dunia rawatan .setelah mempertimbangkan semua faktor.sebagai langkah berjaga-jaga ..dan sehingga hari ini abah hanya merawat keluarga terdekat sahaja..hanya bila terdesak sahaja...


P/S:terpaksa wat kat sini sebab dah tak muatlah...

THE ENDS....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.106229 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list