CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6333|Reply: 31

Muhammad Ali : the legend; the champ!!!

[Copy link]
Post time 3-9-2009 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Muhammad Ali diberi sambutan meriah

Muhammad Ali (tengah) tiba di Ennis, Ireland semalam di mana sebuah plak dipasang di Jalan Turnpike bagi memperingati nenek moyangnya. Ennis merupakan tanah kelahiran nenek moyang Ali, Abe Grady. - AP 5. Obama berucap semasa majlis jamuan malam sempena Ramadhan di Ruang Makan Negara di White House, semalam. - AP

DUBLIN 2 Sept. - Kunjungan peninju legenda, Muhammad Ali telah disambut meriah semalam ketika beliau melawat Ennis, kampung halaman nenek moyangnya di Ireland dan diberikan penghormatan besar pada satu majlis yang disaksikan oleh beratus-ratus peminat menerusi beberapa skrin besar.


Seperti berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) lain, Ali, seorang pejuang pergerakan hak asasi manusia, kulit hitam mempunyai nenek moyang warganegara Ireland.

Moyangnya, Abe O'Grady, 67, telah berhijrah dari Ennis, County Clare pada tahun 1860-an dan merupakan saudara jauh bagi juara tiga kali heavyweight dunia yang berasa sangat gembira dapat melawat bandar tersebut sebagai membalas jasa 'Terbesar' mereka itu.

Para pekedai di Ennis, sebuah bandar sibuk kira-kira 240 kilometer ke barat daya Dublin telah menghias premis-premis mereka dengan sarung tangan tinju, bendera AS dan gambar peninju tersebut ketika era kegemilangannya.

Para penduduk Turnpike Road, tempat Abe mendirikan sebuah rumah dan sebuah tugu untuk cicit lelakinya, telah membersihkan tingkap-tingkap rumah tersebut sebelum peninju itu tiba.

Ali kini sedang melawan penyakit Parkinson yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu, telah diberi penghormatan besar pada satu siaran sambutan yang menyaksikan beratus-ratus peminat berada di luar bangunan tersebut dan beberapa buah sekolah tempatan telah bercuti setengah hari sempena majlis itu.

Siaran televisyen memaparkan wajah pucat Ali yang kini berada di Ireland bagi menghadiri beberapa majlis kebajikan, telah menunjukkan aksi bertinju ke arah para peminatnya.

"Saya percaya setiap warga Ennis yang telah membanjiri beberapa jalan bagi menyambut kedatangan Ali, saya tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini," kata isteri Ali, Lonnie memberitahu penyiar nasional, RTE.

"Ia lebih baik daripada anda memberikannya ubat-ubatan," tambahnya.

"Bapa saya sentiasa bercakap mengenai Muhammad Ali, kami tahu bahawa kami mempunyai pertalian persaudaraan dengannya," kata Imelda O'Grady kepada RTE.

"Terima kasih kepada Tuhan kerana kami masih berpeluang menyaksikan peristiwa pada hari ini," katanya. - REUTERS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2009 07:58 AM | Show all posts
aku mmg minat ngan muhammad ali... dulu aku suka boxing  sbb ali... sekarang  dah tak minat sangat nak tengok....  tengok dulu sbb dia ajer!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 08:02 AM | Show all posts
Float like a butterfly...sting like a bee.....

Masa aku kecik2 dulu bapak aku ada beli set boxing (glove dengan apekebende namanya yang depa guna nak training tu) semua pasal Muhamad Ali datang KL!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 08:15 AM | Show all posts
masa mohd. ali dtg mesia 1977, budak2 asik nyanyi...

~ muhd. ali itam...joe bugner putih,
~ mohd. ali hentam...joe bugner letih..

ulang2 kali..best lak dgn iramanya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:00 PM | Show all posts
Hebatnya pengaruh Muhammad Ali kat Malaysia hinggakan kalau ada perlawanan tinju membabitkan Muhammad Ali..sessi persekolahan dihentikan bagi menyaksikan perlawanan tinju... best tak zaman dulu ? sekarang boleh buat macam tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:41 PM | Show all posts
Hebatnya pengaruh Muhammad Ali kat Malaysia hinggakan kalau ada perlawanan tinju membabitkan Muhammad Ali..sessi persekolahan dihentikan bagi menyaksikan perlawanan tinju... best tak zaman dulu ? seka ...
cm_matjawasp Post at 3-9-2009 13:00


uishh..bia btol??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2009 01:42 PM | Show all posts
1# amazed

salam amazed,
dia ni islam lagi ke?
atau nama je?? ((mcm nurul huda abdullah tu)
msa tgk kat tv smlm, he looks so weak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:56 PM | Show all posts
Muhammad Ali masih Islam ..harap harap begitulah hingga ke akhir hayat.
Mula mula dulu dia pengikut Elijah Muhammad , tapi sekarang dia mengikut ajaran  ahl sunnah wal jamaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2009 02:04 PM | Show all posts
masa mohd. ali dtg mesia 1977, budak2 asik nyanyi...

~ muhd. ali itam...joe bugner putih,
~ mohd. ali hentam...joe bugner letih..

ulang2 kali..best lak dgn iramanya..
buahcinta Post at 3-9-2009 08:15



dia datang 1975  tak silap aku julai 75

joe bugner vs  muhammad ali   kat stadium negara

yg datuk harun dituduh rasuah tu ler.... aku baca gak pasal tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:05 PM | Show all posts
1# amazed  

salam amazed,
dia ni islam lagi ke?
atau nama je?? ((mcm nurul huda abdullah tu)
msa tgk kat tv smlm, he looks so weak kan..
joyahglam Post at 3-9-2009 13:42



salam joyah....
yeah... dia islam......

mmg dah weak..... parkinson disease getting worse on him..... tapi masih lagi bley senyum sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 02:06 PM | Show all posts
Hebatnya Muhammad Ali sampai ada penyanyi kita rakamkan lagu  bertajuk
"Muhammad Ali " walau pun lagu tersebut lagu saduran , Muhammad Ali bila datang KL bila dengar lagu tersebut dia sendiri pun suka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:07 PM | Show all posts
Muhammad Ali punyai darah keturunan Irish



MUHAMMAD Ali (tengah) disambut meriah ketika melawat Ennis, Ireland, semalam.

Bekas juara tinju dunia melawat rumah moyang di Ireland

DUBLIN: Legenda tinju Muhammad Ali disambut dengan meriah ketika membuat kunjungan sentimental ke Ireland semalam bagi mencari semula warisannya dan bertemu saudara jauh di sebuah dewan tempatan dan istana lama berhampiran.

Ribuan penduduk berbaris di sepanjang jalan di Ennis, barat Ireland, sambil bersorak ketika kumpulan berkereta lalu membawa bekas juara tinju dunia itu melawat rumah moyangnya Abe Grady.


Peminat menghiasi jalan dengan kain rentang dan bendera Amerika Syarikat kecil berwarna merah, putih dan biru, sementara tingkap kedai berlumba-lumba menghiasi poster menarik bagi meraikan Ali termasuk gambar lidahnya menjilat pipi jelas bersedia menyerang seorang ahli politik Irish tidak popular.

Ali, 67, dan kini bergelut melawan penyakit Parkinson, menawarkan beberapa aksi hebat di hadapan kamera namun tidak membuat sebarang kenyataan dan enggan menandatangani autograph yang dinantikan beratus murid sekolah berhampiran yang ditutup untuk acara itu. Polis menutup jalan dan memasang pagar.

Grady tinggal di Kentucky pada 1860-an dan berkahwin dengan hamba yang dibebaskan. Salah seorang cucunya, Odessa Lee Grady Clay, melahirkan Ali awalnya dikenali Cassius Clay pada 1942.

Susur galur mengaitkan Ali di Ireland pada 2002 namun Ali tidak pernah melawat Ennis sebelum ini.

Lawatannya ke Dewan Bandar Ennis disiarkan langsung di televisyen skrin besar di luar, tempat penduduk tempatan turut mengambil bahagian dalam konsert langsung pemuzik tradisi Irish termasuk pemain akordian terkenal Sharon Shannon.

Isteri Ali, Yolanda berkata darah Irish suaminya mungkin membantu menerangkan keupayaan legenda itu untuk bertinju. Beliau berada hampir dengan Ali di sepanjang acara umum, bercakap dan menenangkannya ketika mereka berjalan berpimpin tangan.

"Apabila anda lihat kemahiran Muhamad Ali menumbuk dan caranya yang ramah, saya pasti jika moyangnya masih hidup, beliau bersumpah ia datangnya daripada beliau. Jika Grady masih hidup, saya pasti beliau akan bercerita di semua pub mengenainya," katanya. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:08 PM | Show all posts



Photograph of Muhammad Ali against Joe Bugner in Malaysia

Joe Bugner went the distance twice with Muhammad Ali - the first time on February 14th, 1973 in Las Vegas and then again on June 30th, 1975 in Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by amazed at 3-9-2009 14:13

Muhammad Ali


Statistics

Name
Muhammad Ali

Birth name
Cassius Marcellus Clay Jr.

Nickname
The Greatest, The Champ,


Height   1.91 m (6 ft 3 in)
Reach2 M

Weight Heavyweight

Nationality  United States
Birth date January 17, 1942 (1942-01-17) (age 67)
Birth place  Louisville, Kentucky, U.S.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 02:11 PM | Show all posts
dia datang 1975  tak silap aku julai 75

joe bugner vs  muhammad ali   kat stadium negara

yg datuk harun dituduh rasuah tu ler.... aku baca gak pasal tuh..
amazed Post at 3-9-2009 14:04


Yess dia datang tahun 75, bapak kawan aku Datuk Zainal Alam jadi MC.
(aku teringat kat kantin sekolah ada jual gambar Muhammad Ali lwn Joe Bugner  dia bahagian belakang gambar ada daun terup ..harga 5 sen )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 02:13 PM | Show all posts
10# amazed

tq.
alhamdulillah kalau mcm tu.
sweet je msa dia buat posing tinju tu kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:14 PM | Show all posts
15# cm_matjawasp


kalu ko ada gambar tuh... hah!!! MOSTI  gempaq  ekkkk.... antik  mate!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 02:16 PM | Show all posts
Muhammad Ali masih Islam ..harap harap begitulah hingga ke akhir hayat.
Mula mula dulu dia pengikut Elijah Muhammad , tapi sekarang dia mengikut ajaran  ahl sunnah wal jamaah
cm_matjawasp Post at 3-9-2009 13:56


salam cm_matjawasp,
pengikut ajaran sesat ke ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 02:16 PM | Show all posts
10# amazed  

tq.
alhamdulillah kalau mcm tu.
sweet je msa dia buat posing tinju tu kan..
joyahglam Post at 3-9-2009 14:13



lagi satu kan joyah..... bila dia nak start  lawan ajer... dia MOSTI berdoa kat penjuru  gelanggang tinju tu.....  tu trademark dia gak tuh...


doa doa gak....  ckp besar mulut lancang memang  dah biasa  dah dari ali nih!!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.255663 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list