JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
421443
View
1056
Reply

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]

Author: Detektif_Hantu       Show all posts   Read mode

Post time 6-11-2018 01:01 AM | Show all posts
Kisah Babak Pak Maon Baca Buku Sejarah Tercipta



By Hidir Ali Razali

November 5, 2018







Kepada semua masyarakat Melayu dan peminat filem Melayu klasik khususnya, pasti tidak dapat melupakan babak lucu Pak Maon yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmood Jun membaca syair di dalam filem Nasib Do Re Mi, arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1966. Tetapi adakah kita semua tahu bagaimana babak itu tercipta?

Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh Allahyarham Datuk Mahmood Jun kepada penulis tahun 1998. Ketika itu penulis menemui beliau di salah satu majlis mengenang seniman dan seniwati veteran yang dianjurkan oleh pihak Finas, di Kompleks Studio Merdeka, Ulu Kelang. Mahmood Jun juga adalah antara individu yang menyambut P.Ramlee di Federal Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 1964 apabila pihak Studio Merdeka meraikan perpindahan P.Ramlee dari Singapura ke Kuala Lumpur. Walaupun ketika di Singapura Mahmood Jun dan P.Ramlee tidak pernah berlakon bersama kerana mereka berkhidmat di dua buah studio yang berbeza. Tetapi apabila kedua-dua pelakon ini bernaung dibawah satu bumbung di Kuala Lumpur, P.Ramlee telah mengambil Mahmood Jun untuk berlakon di dalam filem pertama arahannya di Studio Merdeka iaitu Sitora Harimau Jadian.

Sebelum P.Ramlee menjalankan penggambaran untuk babak berkenaan, Mahmood Jun yang pada ketika itu sedang duduk di atas kerusi di satu sudut di dalam set penggambaran tersebut sambil membaca sebuah buku syair. P.Ramlee pada ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada semua kru-kru yang terlibat. Sepatutnya babak itu Mahmood Jun perlu membaca suratkhabar bukannya syair.

Sedang asyik Mahmood Jun membaca syair sambil menunggu giliran beliau dipanggil, tiba-tiba P.Ramlee yang sedang lalu lalang dihadapannya terus berhenti lantas berkata, Cilaka, buat macam ni bang! dengan nada bersungguh-sungguh. Mahmood Jun yang tergamam terus terhenti membaca syair tersebut. Mahmood Jun bertanya, buat apa Ramli?, aku nak abang buat syair ni!


Saya pasti ramai dikalangan penonton yang pernah menonton filem dan babak berkenaan tidak kering gusi melihat telatah Mahmood Jun melakonkan babak ikonik itu. Bagi saya watak Pak Maon lakonan Mahmood Jun adalah salah satu simbol kekuatan di dalam filem Nasib Do Re Mi. Kesimpulannya saya menganggap babak ini dicipta oleh P.Ramlee dalam masa yang singkat dimana ideanya telah dicetuskan oleh Mahmood Jun sendiri.


Mahmood Jun ini bukan calang-calang pelakon. Ilmu lakonannya sangat luas. Sebelum menjadi pelakon di Singapura beliau terlebih dahulu aktif dalam bangsawan sejak tahun 1930-an lagi dan sering menjelajah ke seluruh Malaya membuat persembahan. Sehinggalah beliau menganggotai kumpulan bangsawan Grand Nooran Opera yang dimiliki oleh Pak Yem seorang tokoh bangsawan yang berpusat di Singapura. Dari situlah Mahmood Jun diberi peluang untuk berlakon filem. Filem pertamanya berjudul Orang Licin pada tahun 1957 arahan L.Krishnan, terbitan Cathay-Keris.

Di Cathay-Keris Mahmood Jun sememangnya terkenal dengan watak-watak antagonis. Kebanyakkan filem-filem lakonan beliau lebih terkenal dengan watak sedemikian. Filem-filem seperti Raden Mas, Noor Islam, Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Dang Anom, sangat diingati oleh para peminat filem Melayu klasik apabila merujuk kepada lakonan antagonis yang dibawa oleh Mahmood Jun.

Apa yang paling menarik untuk dikupas ialah bagaimana P.Ramlee boleh terfikir untuk merubah Mahmood Jun dari seorang pelakon crook yang hebat dalam sejarah filem Melayu kepada pelakon yang mampu membawa peranan komidi (Pak Maon) di dalam filem Nasib Do Re Mi. Apa yang lebih menarik adalah kebanyakkan masyarakat kini lebih mengingati watak Pak Maon berbanding watak-watak crook yang pernah dilakonkan oleh Mahmood Jun sebelum itu di Cathay-Keris. Inilah satu kehebatan P.Ramlee dalam mencorak dan menghidu bakat pelakon. Antara filem filem lakonan Mahmood Jun dibawah arahan P.Ramlee seperti Sitora Harimau Jadian, Ragam P.Ramlee (Damaq), Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.


Sumber :

Sesi temubual bersama Datuk Mahmood Jun, pada tahun 1998



Sources : https://www.thepatriots.asia/



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2018 06:04 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-3-2018 04:38 PM
Ankel A Galak ni penyamun yg mana satu? Tak perasan.

cuba perhatikan betul-betul

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 10:02 AM | Show all posts
dalam banyak2 filem p.ramlee , madu tiga yang paling i minat . tak jemu tengok . bagi i filem tu ada aura nya tersendiri . semua pelakon menjalankan watak masing2 dengan jayanya . tak perlu over  untuk nampak kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:35 AM | Show all posts
The Gramophone Co. Ltd - P. Ramlee - Bintang Film Malaya dan Penyanyi (1957)






Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:16 PM | Show all posts
gigih aku katam kan baca dari awal sampei habis. terbaikkkkkkk thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:01 PM | Show all posts
baru habis tengok cerita semerah padi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:36 PM | Show all posts
Upppp thread best ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040676s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list