CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3414|Reply: 10

Volvo XC60

[Copy link]
Post time 17-9-2009 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Jentera pintar, selamatOleh Mohd Razlan Salleh




SUATU masa dulu, masyarakat sering dihidangkan filem Barat yang menunjukkan sebuah kereta mampu bergerak sendiri tanpa memerlukan pemandu.

Kini, perkara berkenaan semakin menjadi realiti apabila pembuat kenderaan terbesar Sweden, Volvo memperkenalkan model Crossover terbarunya, XC60.

Peluang memandu uji jentera yang dibawa masuk Volvo Car Malaysia itu memang diakui kenderaan yang unik, berteknologi tinggi dan pintar.

Ini kerana, XC60 boleh berhenti secara automatik apabila mengesan kenderaan di hadapannya berhenti, terutama ketika menghadapi kesesakan jalan raya.

Malah, jentera ini juga mampu mengesan objek pada garisan titik buta serta memberitahu tahap kepekaan pemandu sama ada baik atau merosot.

Semua teknologi berkenaan menguatkan lagi jenama Volvo antara kenderaan paling selamat di dunia.

Sekali pandang, fizikal XC60 kecil sedikit berbanding abangnya, XC90 yang mampu memuatkan tujuh penumpang.

Ketelitian kejuruteraan Scandinavia menjadikan XC60 tampak garang dengan logo Volvo lebih besar selain gril berpalang melintang sebagai identiti aslinya.

Padanan lampu memanjang ke bumbung dengan gaya terkini sangat menarik perhatian dan menjadi identiti terbaru Volvo bagi model akan datang.

Garis lentur aerodinamik termasuk bumbung panoramik menjadikan XC60 sebuah Crossover yang kelihatan bergaya berbanding model lain.

Menerjah ke ruang dalaman pula, rekaan kemas papan pemuka dan padanan kulit gelap menjadikannya tampak sporty.

Paparan meter analog terbaru selain skrin memaparkan maklumat kenderaan menjadikan pemanduan lebih santai.

Sistem audio dengan penukar enam cakera bersama 12 pembesar suara menawarkan kepuasan halwa telinga seperti berada di studio.

Malah, penumpang belakang yang tidak gemar mendengar lagu dipilih pemandu, cucuk sahaja 'ear phone' pada konsol tengah dan dengar lagu kegemaran masing-masing.

Sistem Navigasi Volvo (VNS) yang menggunakan aplikasi GPS Garmin dan peta daripada MapKing memudahkan pemandu mencari jalan pintas selain skrin sentuh tersebut turut berfungsi sebagai paparan kamera apabila pemandu mengundur atau meletak kenderaan.

Sebagai sebuah jentera yang berorientasikan keluarga, tempat duduk belakang mesra kanak-kanak.

Lantai kerusi boleh dilipat agar kedudukannya menjadi tinggi bagi mengelak tali pinggang keledar daripada menjerut leher kanak-kanak selain membuatkan anak kecil lebih selesa dan melihat pemandangan menerusi tingkap.

XC60 dibekalkan dengan nadi berkuasa turbo 3.0L enam silinder (T6) menjadikannya jentera yang tidak pernah mengecewakan.

Enjin berkenaan menghasilkan 285 hp pada 5,600 rpm dan kuasa tork setinggi 400 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm.

Semua kuasa itu dibahagikan dengan lancar menerusi pacuan semua roda (AWD) bersama transmisi automatik Geartronic enam kelajuan.

Keistimewaan XC60 terletak pada teknologinya seperti Lane Departure Warning (LDW).

LDW akan mengeluarkan bunyi 'beep' apabila kenderaan melebihi garisan putih jalan.

Walaupun bunyi berkenaan agak mengganggu, ia mengajar pemandu menggunakan isyarat membelok sekiranya hendak menukar haluan.

Pada bahagian bawah cermin sisi, terdapat alat pengesan untuk memaklumkan jika kehadiran kenderaan di tepi kenderaan.

Indikator sistem titik buta atau Blind Spot Information System (BLIS) ini akan mengeluarkan kerlipan lampu kecil berwarna merah memberitahu penulis terdapat objek bergerak pada sebelah kiri atau kanan kenderaan.

Teknologi Driver Alert Control (DAC) akan memaparkan ikon 'secawan kopi' selepas memandu bagi tempoh masa agak lama selain tahap kepekaan kian menurun.

Ikon berserta bunyi 'beep' itu seolah-olah menasihati pemandu supaya berhenti berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Satu lagi ciri keselamatan utama ialah Keselamatan Kota atau City Safety apabila XC60 akan membrek secara automatik apabila terdapat halangan di hadapan.

Bagaimanapun, sesuai dengan kegunaannya di bandar, ia hanya berfungsi jika bergerak pada kelajuan di bawah 15 km/j.

Ciri keselamatan lain seperti beg udara dua peringkat, SIPS, WHIPS, ABS, EBD, HBA, RAB, DSTC dna RSC adalah standard.

Ini menjadikan XC60 sebuah jentera selamat ketika memandu dengan laju atau perlahan di bandar, lebuh raya atau laluan tidak berturap.

Bagi unit pandu uji, Volvo menawarkan XC60 versi LE yang bersifat premium dan berharga RM360,200 tanpa insuran.

SPESIFIKASI

VOLVO XC60 3.0L

ENJIN: Enam silinder 2,953cc Turbo (T6)

KUASA MAKSIMUM: 285 hp pada 5,600 rpm

TORK MAKSIMUM: 400 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm

TRANSMISI: Automatik enam kelajuan dengan Geartronic

CIRI KESELAMATAN: City Safety, ACC, LDW, BLIS, DAC, Beg Udara Dua Peringkat, SIPS, WHIPS, ABS, EBD, HBA, RAB, DSTC dan RSC

HARGA: RM360,200 tanpa insurans

Tayar dicadangkan: ContiCrossContact UHP 235/60 R18 103V




woooooo  minat betul aku ngan volvo xc60 ni weyyyyyyyy.... nampak kat jalanraya MOSTI toleh 2-3 kali ekkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 12:44 AM | Show all posts
volvo kalau beli baru rugi...harga cepat jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 01:20 AM | Show all posts
volvo kalau beli baru rugi...harga cepat jatuh
labu21 Post at 17-9-2009 00:44


tunggu keter second tentu murah tapi pening kepala tang spare part kalu rosak pulak....kesimpulannya ; hanya orang kaya yang mampu pakai XC60 ni.....moga satu hari nanti aku boleh mampu pakai XC60 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 02:17 AM | Show all posts
no comment pasal XC60 ni.. but design-wise, aku lagi prefer Audi Q5 (although 2.0Litre Turbo aje)..

the best volvo design for me is V50... meleleh beb..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 02:43 AM | Show all posts
aku pon dah nampak kat NKVE...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 08:40 AM | Show all posts
hari tu aku ternampak kat highway Sg Besi..nampak kecik je tapi design memang cantik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2009 12:38 PM | Show all posts
em audi tu harga lebih kurang volvo xc60 ke?em market 2nd hand xc90 berapa sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 07:02 PM | Show all posts
bro, kereta2 mcm ni brp kerat je pun org yg mampu pakai?
aku dah mls dah nak baca berita2 psl kereta yg x mungkin aku dpt beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 08:24 AM | Show all posts
malam tadi, dalam perjalanan nak cari tempat makan, terserempak dengan `binatang' ni...XC60 Heico...peh, tak boleh tido malam tadi teman memikirkannya...terus belek buku akaun tabung haji, geran2 tanah, denagn goncang tabung ayam

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 08:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 15-7-2012 19:20
no comment pasal XC60 ni.. but design-wise, aku lagi prefer Audi Q5 (although 2.0Litre Turbo aje)..
...
BSundayB Post at 17-9-2009 03:17 AM


V60 pun nampak cun, tapi rasanya tak boleh lawan V40 baru




update info: V40 ni bakal masuk Mesia pada January tahun depan, booking dah buka sekarang, ada dua version T4 and T5 (teman rasa V40 T5 ni akan jadi saingan Golf GTi)
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 15-7-2012 19:21

hari ni teman test drive XC60 T5 and S60 juga T5, SA tu offer utk test drive S60 T6 (yg ni 3.0 liter twin scroll turbo 340hp), yg T5 tu 2.0 liter turbocharged 240hp.  Dari tests drive dua model (XC60 and S60) apa yang teman boleh katakan, volvo memang sgt mengujakan...comfort, luxury plus performance. Tak tido lah nampaknya teman malam ni, masih terasa lagi inzal pagi tadi


lupa nak bagi nota kaki: Spec yg kat posting no. 1 tu versi lama, versi baru XC60 T5 (2.0 liter 240hp), manakala T6 (3.0 liter with 340hp)
Harga XC60 T5 hanya RM300k aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050617 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list