CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23927|Reply: 64

Bahasa Sanskrit

[Copy link]
Post time 18-9-2009 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Thread mengenai bahasa Sanskrit aku bukak sebab xnah jumpa lagik thread macam nih kat sini selain ramai orang kurang mengenali India sebagai tempat percampuran pelbagai kaum dari seluruh dunia pada zaman purba yang sekarang nih mewujudkan wangsa atau jati atau kasta dalam masyarakat di India atau yang dipengaruhi India.....

Aku pon xreti sangat bahasa ni tapi ada la sikit2 dok belajar..... Lagipon banyak perkataan Sanskrit kita dah tau cuma tak kenal jah sebab dah sebati dengan bahasa kita.....

Sebagai pengenalan, bahasa Sanskrit sebenarnya termasuk dalam bahasa Indo-Arya..... Arya ni maksudnya orang Parsi kuno..... Bukan Indo-Jerman sebagaimana yang kita selalu dengar teori orang putih cakap mengenai Sanskrit sebagai bahasa Indo-Eropah, ni aku dapat tau dari seorang Punjabi beragama Hindu dari India....

Penutur bahasa Sanskrit nih masih ada di India dan jumlahnya dalam anggaran 50, 000 orang atau mungkin juga lebih..... Biasanya penutur bahasa ni dipanggil sebagai Brahman dan dorang neh banyaknya boleh cakap banyak bahasa kaum2 kat India selain bahasa Sanskrit sebab dia orang berhijrah dari tempat asal dia orang...... Orang Arya nih masuk ke India melalui Kashmir dari Asia Tengah sebelum era Masihi..... Bahasa Sanskrit berasal dari kata Samskarttam yang secara kasarnya bermaksud bahasa yang digilap. Ia digunakan dalam lingkungan golongan cendekiawan saja.

Satu lagi bahasa Indo-Arya di India dikenali sebagai Prakrit, sebenarnya sama asal-usul dengan Sanskrit..... Ia berasal dari kata Prakarttam maksudnya bahasa yang asas atau di permulaan sebelum berkembang di India Utara sebagai bahasa Apabhramsha...... Bahasa nih ada banyak dialek yang sekarang nih menjelma menjadi bahasa-bahasa wilayah seperti bahasa Hindi, bahasa Benggali, bahasa Nepal, bahasa Punjabi, bahasa Gujarat, dan lain-lain bahasa lagi di India Utara...... Bahasa Pali yang Gautama Buddha pernah guna untuk menyampaikan ajarannya tu juga termasuk dalam kategori bahasa Prakrit, tapi para Brahman tak mau iktiraf sebab kemunculan Buddhisme ni dianggap sebagai pemberontakan beliau terhadap dominasi para Brahman dalam ilmu pengetahuan Veda.... Gautama Buddha ni seorang Keshatria atau golongan keturunan Raja-raja dan Pahlawan....

Pasni diharapkan semua jangan keliru plak Sanskrit n Tamil sebagai sama.... Tamil bahasa yang lain pulak..... Bahasa Tamil ni pon sastera dia tinggi sejak sebelum era Masehi, serta terbahagi kepada beberapa jenis bahasa Tamil......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2009 02:30 AM | Show all posts
SuprabhataM...... Mam naam Genot, Genit nah.... Tava naam kiM?

Slamat pagi..... Nama aku Genot, bukan Genit..... Nama kau apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 03:21 AM | Show all posts
Istilah kekeluargaan

KuluvargaH: Keluarga

PitA: Bapak
MAtA: Mak
Putrah: Anak lelaki
PutrI: Anak pompuan
BhrAtA: Saudara lelaki
SvasA: Saudara pompuan

AhaM bhrAtAH asmi
Aku seorang saudara lelaki

TvaM pitAh asi
Kau seorang bapak

Ezah MAtAH asti
Dia seorang ibu

Bahasa Sanskrit macam bahasa Eropah yang kuno gak..... Ada sistem conjugation untuk kata kerja (verb).....

Contohnya:

Benda perkataan yang kata akarnya "As" kita compare dengan Be Verb dalam bahasa Inggeris........

Asmi: I am
Asi: You are
Asti: He is atau She is

Semua kata kerja dalam bahasa Sanskrit mesti ada conjugation macam bahasa Latin, bahasa Yunani atau bahasa Arab dah nama pon bahasa kuno.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 03:40 AM | Show all posts
Mai kita buat sikit latihan maya..... tapi sebelum tu ingat.... bahasa Sanskrit nih ada 3 pengelasan untuk jantina perkataan iaitu:
1) jantan
2) betina
3) tak berjantina

Kita latihan balik cara nak reka ayat untuk nama-nama dulu bagi diri sendiri dan kepunyaan diri sendiri.....

1. Mam nAm MallikA (Nama aku Malika)
2. Mam bhartA Bhannu (Suami aku Bhannu)
3. Mam mAtA SalmA (Mak aku Salma)
4. Mam pitA Abba (Pak aku Abba)
5. Mam vAhanaM TOyOta (Kereta aku ToyotA)

MallikA (betina)
Bhannu (jantan)
SalmA (betina)
Abba (jantan)
TOyOtA (tak berjantina)

Kata nama diri "mam" nih maksudnya lebih kurang adalah "aku punya." Kata ni tak mempunyai sebarang jantina. Ingat, dalam struktur ayat saja tarak jantina, kalu kat luar tu melampau la kalu jantina tengah2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 03:56 AM | Show all posts
Ok, masuk pulak ke bentuk soalan atau pertanyaan sebab kita nak tau kata tanya dia nak guna cam mana....

1. Tava nAm kiM? (Hang nama apa?)
2. Tava putraH kaH? (Hang punya anak laki-laki sapa?)
3. Tava mAtA kA? (Hang punya mak sapa?)
4. Tava mitraM kiM? (Hang punya kawan sapa?)
5. Tava vAhanaM kiM?

Dalam tulisan dia yang sebenar, tak dak tanda soal pon digunakan. Kat sini kita pakai ejaan rumi sebab nak pasang huruf devanegeri (hindustan) bodo ni dalam kompoter lambat nak donlod.....

Hangpa nak guna apa jenis tulisan untuk tulis bahasa Sanskrit pon xdak masalah. Janji hangpa tau cara nak sebutnya... Buleh pakai Jawi Nasta'aliq Pakistan, buleh pakai huruf Hindustan, buleh pakai huruf rumi, buleh pakai huruf Tamil, huruf Benggali, nak pakai huruf Kemboja ka Siam pon ikot suka hangpa janji hangpa tau bunyi dia n maksud perkataan.... Kalu nak belajar biasa2 eloklah pakai rumi jah, wat susah otak jah nak belajar huruf pelik2.... Lagipon belajar guna nak cakap bukan wat simpan lam kertas.

Tapi nak tau ayat tu soklan ka tidak, kena dengar nada suara dan juga mesti lah ada kata tanya tu, macam apa atau sapa.

Apa lagi yah? Ha, jenis kata soal pon ikot jantina jugak...... Sekali lagik kita perkenalkan istilah Sanskrit untuk jenis jantina perkataan:
1. PuMliNGaH (jantan)
2. StrIliNGaH (betina)
3. NapuMsakaliNGaH (tak berjantina)

Kata soal yang ikut jantina perkataan yang nak ditanya tu camna nak kenal pasti?

1. KaH (sapa untuk jantan)
2. KA (sapa untuk betina)
3. KiM (apa atau sapa bagi perkataan yg dikelaskan tak berjantina)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2009 08:35 AM | Show all posts
Kata Penunjuk Diri Ketiga

Yang ni bergantung kepada sama ada penutur tu merujuk kepada yang ada dengan dia pada masa tu atau yang berada jauh, maksudnya bukan depan mata. Cam besa lah kena ikut 3 jantina.

Jantan
EshaH dan SaH (Dia lelaki)

Betina
EshA dan SA (Dia)

Tak Berjantina
Etat dan Tat (Ini dan Itu)

Mai tengok contoh skit:

1. EshaH kAkaH (Ini (seekor) gagak)
2. EshA mAlA (Ini kalungan bunga)
3. EshaH mam gajaH (Ini aku punya gajah)
4. EshA mam bhAryA (Ini aku punya bini)
5. Etat kamalam (Ini (sekuntom) bunga teratai)
6. Etat tava kamalam (Ini hang punya bunga teratai)
7. SaH Razif (Dia/Itu Razif)
8. SA Rozita (Dia/Itu RozitaH)
9. Tat Asanam (Itu kerusi)
10. Tat tava/tua Asanam (Itu hang punya kerusi)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2009 08:44 AM | Show all posts
Ungkapan biasa

* Namaste: Ni lebih kurang macam hello atau hai, tapi bagi orang Islam, xpayah lah nak ucap namaste kat orang sebab maksud dia "aku sembah dewa (unsur tuhan) dalam diri hang." Ucap saja Assalamualaikum kat orang atau amik balik ucapan "Salam" yang orang biasa guna dalam bahasa Urdu sebagai contoh.

Svagatam: Selamat datang
Kusyalam vA: Pa khabar
DhanyavAd: Makasih
PunarmilAmah: Jumpa lagik
KshamyatAm: Mintak mahap
Syubhamastu: Semoga berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2009 03:21 AM | Show all posts
Sbelom masuk jauh lagik dalam bahasa Sanskrit, ni dia carta huruf vokal dan konsonan untuk tulisan devanagri. Ada disertakan jugak dengan huruf Siam mengikuti huruf devanagri... pakai huruf2 devanagri untuk menulis bahasa Sanskrit. Kalu nak mudah, pakai tulisan rumi jah, wat pening kepala jah nak ingat huruf cam cacing neh....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2009 03:33 AM | Show all posts
Pelajaran hari nih.....

Kata Nama Dan Bilangannya

Kita dah pon diperkenalkan sikit tentang kata kerja "As" yang menandakan kewujudan sesuatu dalam semua jenis kalanya. Bahasa Sanskrit ni unik disebabkan segalanya dibahagikan kepada tiga bentuk kata nama iaitu bentuk tunggal, duaan, dan jamak. Kata nama duaan digunakan apabila merujuk kepada dua orang dalam satu masa.

Bagi kata nama bersifat Tunggal, kita panggilnya sebagai Ekavacanam.

Kata nama Duaan, dipanggil sebagai Dvivacanam.

Dan kata nama Jamak, kita panggil sebagai Bahuvacanam.   

Kata Ganti Diri juga mempunyai tiga bentuk seperti bahasa lain...

1. Kata Ganti Diri Pertama: Uttama PurUshaH
2. Kata Ganti Diri Kedua: Madhyama PurUshaH
3. Kata Ganti Diri Ketiga: Prathama PurUshaH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2009 03:53 AM | Show all posts
Jom tengok sikit contoh ayat yang menggunakan benda yang kita baru belajar dalam pos kat atas neh...

Bahagian ayat2 nih digabungkan dengan kata kerja "As."

AhaM AcAryaH asmi (Aku seorang cikgu)

TvaM SyishyaH asi (Kau seorang pelajar)

EshaH mahArAjaH asti (Dia seorang Maharaja)

EshA mahArAjnyi asti (Dia seorang Permaisuri)

PustakaM atra asti (Buku ada kat sini)

MandiraM tatra asti (Kuil ada kat sana)

Skarang kita masuk ke contoh Dvivacanam (Kata Nama Duaan)

AvAM vaidyau svaH (Kami berdua adalah doktor)

YuvAM panthau sthaH (Kamu berdua adalah pengembara)

Etau sEvakau staH (Mereka berdua adalah pelayan lelaki)

EtE sEvikE staH (Mereka berdua adalah pelayan perempuan)

Phale atra staH (Buah ada sini)

Padme tatra staH (Teratai ada sana)

Sekarang plak contoh ayat yang ada kata nama bentuk jamak....

VayaM cAlakAH smaH (Kami semua adalah pemandu)

YUyaM pAckAH sthaH (Kamu semua adalah tukang masak)

EtE yuvakAH santi (Mereka semua adalah pemuda)

EtAH yuvatayaH santi (Mereka semua adalah gadis)

VanAni atra santi (Hutan2 ada sini)

PAtrAnni tatra santi (Bekas ada sana)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2009 09:33 PM | Show all posts
Cara nak guna kata kerja-jadi "As"

Sblom tuh kalu xpaham lagik "As" ni makna dia apa, kita terangkan skali lagik.... "As" ni sama fungsinya dengan be-verb atau kata kerja "jadi" dalam basa Inggeris. Yang orang dok guna I am, He is, She is, They are smua tu, sama dengan "As," cuma "As" ni dalam bentuk kata dasar...

Kalu kita nak guna kata kerja "As" untuk menunjukkan kepunyaan, kita akan kata As+ti = Asti..... Yang ni membawa maksud kepunyaan.

Mai kita lihat contoh2 ayat berikut dan cara terjemahannya:

1. Mam putrah asti (aku ada seorang anak atau anak aku berada di sini)
2. Mam putrau sthaH (aku ada dua orang anak atau dua orang anak aku kat sini)
3. Mam putrAH santi (aku ada anak-anak atau anak-anak aku berada di sini)

Jadi ayat-ayat di atas nih boleh diterjemahkan dengan dua cara, sebab kalu kita bandingkan dengan bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit nih xada artikel penentu macam "the."

Kata kerja jadi "As" pulak boleh membawa maksud ialah, adalah, atau ada. Kita tengok makna berdasarkan konteks ayat saja. Mungkin nampak macam mengelirukan sikit, tapi sebab kita pakai bahasa Melayu skang nih rasanya tak sesukar mana kecuali bila masuk bab jantina kata nama dan jenis kata kerja yang nak digunakan perlu disesuaikan dengan jantina kata nama yang dirujuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 02:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 1-10-2009 02:37

OK, lani kita cuba ringkaskan balik penggunaan kata kerja "As" dalam pelbagai bentuk mengikut kata ganti diri...

Ni lebih kurang macam bahasa Arab atau bahasa Sepanyol punya conjugation....

Ingatan sekalik lagi, bahasa Sanskrit ada Kata Ganti Diri Mufrad (Singular), Muthanna (Dual), n Jamak (Plural) sama macam bahasa Arab...

Kata kerja As (Ialah, Adalah, Ada, Jadi, Be-Verb)
  
         Seorang    Dua Orang    Tiga Orang ^
Aku      Asmi          Svah             Smah
Kamu   Asi             SthaH           Stha
Dia       Asti            StaH             Santi

Dalam bahasa Sanskrit nih, kata kerja kena disesuaikan dengan Jantina Kata Nama dan Bilangannya jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 02:35 AM | Show all posts
Kita tengok jugak macam mana pulak Kata Nama menunjukkan bilangannya...

Perkataan yang akan kita guna ialah: PutraH (Anak Lelaki), SevikA (Pelayan Pompuan), n Phalam (Buah).

                         Mufrad          Muthanna          Jamak
Jantan              PutraH           Putrau               PutrAH
Betina               SevikA           Sevike               SevikAH
Neutral             Phalam           Phale                PhaLAni

Jadi ada tiga jenis jantina dalam kata nama bahasa ni, iaitu Jantan, Betina, dan Khunsa (Neutral).

Selain itu, ada juga penjodoh bilangan bersekali dengan kata nama semua, macam dalam bahasa Arab iaitu Mufrad (Singular), Muthanna (Dual), dan Jamak (Plural).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 02:42 AM | Show all posts
Baik, sekarang kata Ganti Diri plok...

Aku: AhaM
Kami berdua: AvAM
Kami semua: VayaM

Kamu: TvaM
Kamu berdua: YuvAM
Kamu semua: YUyaM

Semua kata ganti diri di atas nih xada kelas jantina...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 02:46 AM | Show all posts
Aku punya: maM
Kami berdua punya: AvayoH
Kami semua punya: AsmAkaM

Kamu punya: Tva
Kamu berdua punya: YuvayoH
Kamu semua punya: YushmAkaM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 12:47 AM | Show all posts
Kata Nama Penunjuk pon ada tiga bentuk juga

Jantan

EshaH, SaH: Ini, Dia
Etau, Tau: Ini (dua benda), Dia berdua
Ete, Te: Ini (jamak), Mereka semua

Betina

EshA, SA: Ini, Dia
Ete, Te: Ini (dua benda), Dia berdua
EtAH, TAH: Ini (jamak), Mereka semua

Neutral

Etat, Tat: Ini
Ete, Te: Ini (dua benda)
EtAni, TAni: Ini (jamak)   

Neutral ni kemungkinan untuk bukan benda bernyawa atau bergerak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2009 12:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 2-10-2009 00:54

Baik, kita cuba ulangkaji semula benda2 kita dah belajar sblom neh ya.... Cuba check setakat mana kosa kata anda dapat tangkap... Kalu xdapat lagi anda boleh catat dalam buku nota anda...

Oh... sblom aku lagi jauh terlupa... Kalu aku letakkan hurof konsonan M dan H besar maksudnya, huruf H tu sebotkan sebagai H jah. Benda tu orang panggil sebagai Sandhi. Yang M plak, anda kena sengaukan sikit sebutan M dia jadik bunyi macam orang Tengganu cakap PinggaNG (PinggaM)... M huruf besar yang bunyi dia sengau skit tu dipanggil Virama.

Kalu aku letakkan hurof vokal A, I, U, E... maka anda sebenarnya kena bunyikannya panjang skit atau dua harkat kat situ. Anda boleh check balik kat jadual tulisan devanagri kat post2 sblom neh, huruf2 vokal panjang tu ditandakan dengan satu garis atas dia... Harap maklum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 01:05 AM | Show all posts
Kata Nama yang kita dah belajar setakat nih...

AhaM: Saya
TvaM: Kamu
EshaH: Dia (lelaki)
EshA: Dia (pompuan)
AchAryaH: Cikgu, Profesor
SyishyaH: Pelajar, Murid
MahA: Hebat (penanda sifat)
RAjA: Raja
RajnyI: Permaisuri
MandiraM: Koil
PustakaM: Buku
PutraH: Anak lelaki
PutriH: Anak pompuan
SevikA: Pengasuh, Pelayan (pompuan)
PhaLaM: Buah
PadmaM: Teratai
YuvakaH: Pemuda
YuvatI: Gadis
PAchakaH: Tukang masak, Gerau (lelaki)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 01:09 AM | Show all posts
Istilah2 tatabahasa yang dah belajar

Ekavacanam Singular
Dvivacanam Dual
VahUvacanam Plural

Uttama PurUshaH Orang Pertama
MadhyaM PurUshaH Orang Kedua
PrathaM PurUshaH Orang Ketiga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 01:50 AM | Show all posts
Prektis jommmm.....

Contoh:

S: KiM etat tava pustakaM? (Apa ini kau punya buku?)
J: AaM, etat mam pustakaM... (Ya, ini aku punya buku)

S: KiM eshaH tava bhrAtA? (Apa dia kau punya abang?)
J: Na, eshaH mam bhrAtA nAsit... (Idak, dia bukan aku punya abang)

Lanim, cuba jawab soalan2 kat bawah neh.... Ha, sediakan pen, pensil, dan kertas atau buku... Selamat mencuba...

1. S: KiM sA tava svasA? (Apa dia kau punya kakak?)
    J:  AaM, ..................................

2. S: KiM eshaH tava bhAryA? (Apa dia kau punya suami?)
    J:  Na, .................................

3. S: KiM tat tava vAhanam? (Apa itu kau punya kereta?)
    J: Na, ..................................

4. S: Kim eshaH tava gurUH? (Apa dia kau punya guru?)
    J: AaM, ...............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073238 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list