CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ratu_cinta

Cerita seram di Universiti Utara Malaysia (UUM)

    [Copy link]
Post time 13-10-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dark_knight26 replied at 4-10-2016 12:52 PM
Aku duduk kat Bukit Kachi dulu. 3 tahun aku duduk sini, ada macam-macam cerita seram + mistik aku na ...

nasi lemak kg darat tu memang terbaik kan? lagi satu kat depan public bank changloon..sambal makcik tu likat n puaka sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 02:23 PM | Show all posts
physics2 replied at 13-10-2016 01:17 PM
nasi lemak kg darat tu memang terbaik kan? lagi satu kat depan public bank changloon..sambal makci ...

Masa awal2 dulu sedap gak kg darat. Dah lama2, sambal dia dah start kureng. Dulu pedas sambal dia mmg kaw kaw punya. Dekat2 nak habis belajar hari tuh, dah tak pedas, manis jeh lebih sambal dia. Dulu balance, manis + pedas. Skrg, entah mana hilang pedas dia tuh. Tapi, masih sanggup jugak la bersengkang mata pi makan.

Tapi, roti canai dia mmg terbaik! Kuah dia perghh!



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dark_knight26 replied at 13-10-2016 02:23 PM
Masa awal2 dulu sedap gak kg darat. Dah lama2, sambal dia dah start kureng. Dulu pedas sambal dia  ...

hang buat aku teringat cendol pulut, moi sup...pastu ada nasi goreng rasa mcm twisties kt kafe kolej mas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 05:07 PM | Show all posts
physics2 replied at 13-10-2016 04:03 PM
hang buat aku teringat cendol pulut, moi sup...pastu ada nasi goreng rasa mcm twisties kt kafe kol ...

Time hang, tomyam Petro dah ada lum?? Itu mmg terbaik laa.

Tapi apa pun, mmg xleh lawan dgn makan kat lego time lunch bro. Murah, mcm2 ada.
Time ada duit, makan la nasi kandar kat yasmeen sebelah tuh. Tak pun, pergi red cafe, menangis lepas makan, sebab habis duit makan dua hari.
Tapi, skrg dgn dah bukak V-Mall yg baru, makin hilang la legasi2 tempat makan best2 kat DPP dgn kafe2 yg lain. Makin lama, makin bertukar orang yg bukak kafe.

Hang buat aku rindu UUM weyy...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:20 PM | Show all posts
Keh..keh.keh. UUM memang banyak citer2 seram. I grad 1995. Stay kat Sintok since 2nd year matrix 1991. Looong time ago.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:36 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2016 09:03 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:22 AM | Show all posts
ablishan replied at 24-10-2016 02:20 PM
Keh..keh.keh. UUM memang banyak citer2 seram. I grad 1995. Stay kat Sintok since 2nd year matrix 199 ...

Share lah kat sini some of your seram moments...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 08:21 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha aku pun budak uum gak...byk cerita aku nk cerita tp semuanya kena kat kawan2 je la...aku tak penah kena...dari dok misc ke proton ke taman u...aman2 je la aku ni...tp peel aku pkl 12 mesti aku daj tdo...tempat2 keras ni kat jambatan mall- masjid, library, tasik, kolej proton, padang golf, pintu kedua bukit tangga
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tahu kelab kembara ada lg ke tak sbb ada kes mistik jugak dulu sblm pengharaman solo camp
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tahu kelab kembara ada lg ke tak sbb ada kes mistik jugak dulu sblm pengharaman solo camp
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp cerita paling misteri kena kat diri sendiri...final exam tak tido sbb stadi last min...yg misterinya edok pg haram hapah satu pun tak tau nk jawab... misteri sungguh kena repeat paper
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:41 PM | Show all posts
cerita nombor stu pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:58 PM | Show all posts
"Ada sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka."

"cter pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu. katil dia kena goncang n selalu kena kacau."

"aku pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak. pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2 time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang. sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia xnk aku takot. huhuhu.. "

"teringat masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga, bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke bilik, seminggu jugak la demam"


"ceta yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu bas tu gerak ke hentian lain lak.."

"aku penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat belakang bebudak 2.."

"Dalam sebuah Dewan kuliah yang besar tapi student tak berapa ramai, seorang lecturer wanita masuk mengajar permulaan satu bab, memberi penerangan dan student sume pun concentrate mendengar dan amik notes. Tiba-tiba je waktu masih tengah mengajar, lecturer tu stop sekejap, lepas tu dia kata " Sorry class, saya rasa agak kurang sihat malam ni, apa kata kita tangguhkan kelas awal malam ni. Kita jumpa next class, semua boleh bersurai, sekian, terima kasih". Apa lagi semua pun baliklah sebab lecturer dah cakap macam tu. So, lepas beberapa hari ada student yang datang jumpa lecturer tu dan tanya "Puan, hari tu waktu kelas malam tu puan tamatkan sebab puan nampak sesuatu dalam kelas kan?" kata student tu. "Eh, macam mana awak tahu? Ingatkan saya sorg yg nmpk" balas lecturer tu. "Ada juga beberapa org yg nampak malam tu, tapi kami diam sahaja takut jadi kecoh" kata student lagi."

"Sebenarnya semasa mula mengajar malam tu kelas memang tak berapa penuh, jadi banyak kerusi yang kosong... jadi lecturer yg mengajar akan dapat lihat setiap student dia, waktu itulah lecturer ni tiba-tiba terperasan ada sorg "student wanita" yg tiba-tiba muncul di tempat duduk paling belakang. Tapi wajahnya tak jelas sbb jauh cuma kelihatan berbaju kurung putih dan berambut paras bahu. Tapi sekelip mata bila lecturer ni menoleh lagi, susuk student ni beralih ke tempat duduk depan pula, makin lama lecturer menoleh dan perhati kedudukan gadis ni makin ke depan, makin depan, semuanya berlaku sekelip mata. Jadi tatkala lembaga ni dah hampir sampai ke ruang depan kuliah...Terus lecturer ni tangguhkan kuliah malam tu utk elak kejadian2 yang lebih menyeramkan berlaku. Dia beranggapan hanya dia seorang yang nampak lembaga wanita berbaju putih tu tapi rupanya segelintir students dia pun rupanya nampak."


"ni yg berlaku tahun 90-91 kan? aku 1st batch uum sintok...mula2 sintok dibuka...time ni mang ada kapal terbang yg terhempas...tak pasti lak pasal nak tunjuk kat awek dia ke apa...yg pasti memang mangsa wat latihan la kat situ..diberitakan sepatutnya pesawat latihan tu terhempas kat kafe kolej yg berdekatan tu...kafe tu memang tempat tuju students makan2 dulu...paling ramai...tapi ada tiba2 ada yg nampak pesawat mcm wat ala2 korner baring gitu tu yg sangkut kat kolej tu...lepas dpd tu tak ramai berani balik mlm2 lalu kolej tu...sbb ada yg pnh ternampak ada makhluk ala2 rentong kat atap kolej tu.."


Ni kene kat kolej yang laluan B ujung2 lak. Masa aku first year uni tetibe blok tu diaorg bg kat pompuan, tak tau apsal. Yg syoknya masa aku dengar kawan aku (pompuan) cite aku duduk betul2 level blok tu, cume lain wing jer..bayanggggkannn. Cite ni dari one of our matriculation's classmates yang duduk situ betul2 one semester before that la. Citenyer kawan aku ni dok studi, roomate dia dah tido. Meja studi mengadap tingkap.. terbuka jerla. Masa tu dalam kul 2 pagi kot, then ada sorang makcik kat luar tingkap dok sapu sampah tegur dia.. 'Study ker?' . Kawan aku ni pon jawab la.. ' A'ah study makcik'.. dia biar jerlah.. then tetibe baru dia teringat, dia dok tingkat 4 (paling atas mebi 3 atau 4), camne ade makcik lak leh sapu sampah kat luar.. terus dia bangun, tutup langsir.. yang heran dia leh keluar bilik gi bilik kawan dia sebelah, tinggal housemate dia yang tido sorang2.."


"Aku dok sana matrix 93-95, degree 95-98... Cerita nie time aku final year kat Proton hujung '97...sorang member aku nie budak Ganu...tiket bas dia lambat skit datenya, so terpaksa la dok kat kolej 2-3 hari lepas exam...biasa la, time2 tu skit ja student yg ada kat blok2 kolej...malam before dia nak balik, member aku nie ajak la sorang budak teman..borak2 punya borak, last2 tertidoq...then, tetiba member aku terjaga..dia tidoq mengadap dinding time tu..yg herannya lampu meja study terbuka walhal dah tutup sebelum tu...then, terdengaq buku diselak dengan kuat & semakin lama semakin cepat...member aku tanya la kot2 kawan dia tgh belek majalah ka, tapi tak dak jawapan...panik dah, tapi tak berani nak beralih...tetiba terdengaq mcm ada orang berulang-alik berjalan dari tingkap ke pintu..makin lama makin laju...berpeluh dah member aku nie....last2, dia terasa ada benda mai tidoq rapat ngan dia sampai terasa kat belakang badan...member aku kata time tu punya la lencun berpeluh, terkumat kamit baca macam2, nak beralih takut terpengsan plak nanti..lastly, macam mana dia boleh tertidoq gak tgh takut camtu pun dia tak tau...terjaga pagi esoknya, kalut2 dia pi bilik member yg teman dia semalam...tgk2 kawan tu habaq yg dia dah balik bilik bila tgk member aku nie dah tidoq..start dari sem depan, dia dah tak berani tido sorang2 dah.."


"Kolej petronas... 3 tahun aku dok situ, kat aras atas sekali..takdelah tinggi sangat...aras 4 je...mmg hobi aku n kawan aku dok dengar kisah seram kat radio...tak silap aku DJ yang kendalikan tu Isma Halil Hamzah kot... tido dalam 2-3 pagi mmg biasa (pastu ponteng kelas kul 8 pagi pon biasa jugak)... malam tu mmg malas nak balik bilik tido...dari lepak bilik kawan terus tido kat situ terus.... tibe2 ada bunyik macam benda berat yang amat (macam benda jatuh) dari atas....roomate kawan aku selamba je cakap... "tu mesti keje orang atas...mesin basuh ke ape yang jatuh"...aku dah mula kompius....cepat je mulut aku tanya.. "bukan kita ke dok kat atas sekali sekarang ni?" terus roomate aku melompat dari katil dia ke katil kawan aku..... (masa tu 2 katil dalam satu bilik)..tak tau nak cakap emosi aku time tu..takut ke nak gelak..."

"it was 13 years ago... tahun 1997. 1st year kat UUM. stay kolej telekom tp suka merayap tido bilik member. satu hari tidur kat perwaja. kami 4 org masa tu. borak2 sampai le pukul 2-3 pagi. bila mata dah ngantuk...ingat nak pi toilet le dulu baru tido. kebetulan semuanya nak pi toilet. ok la 4 org kan...kekononnya nak hilangkan rasa takut.. bila aku buka je pintu bilik....baru je aku nak meyarung seliper jepun aku terpandang ada satu lembaga kat beranda toilet. rambut panjang...tengah punggah tong sampah RENTOKIL a.k.a tong sampah pad. terkedu aku kejap... dah keras kejung aku depan pintu. ada la kawan aku ni tegur...."eh cepat la..kata nak gi toilet. yg ko terpacak je ni apahal?"elok habih je ayat kawan aku tu...aku terus masuk bilik..tutup pintu... lompat atas katil. ketiga-tiga member aku tercengang. ada sorang member aku ni dah boleh sense something...dia tanya aku "ko nampak apa2 ke?aku cuma balas " tak yah gi lah toilet. kita tido je"......member2 aku tanpa ckp byk...terus diam...and kami terus zzzzzzzz"

cita copy paste







Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by spenderterselit at 8-11-2016 07:26 AM
analeese replied at 26-5-2015 03:46 PM
Student found hanged in toilet

ALOR STAR: A final year student of Universiti Utara Malaysia (U ...


Yg ni kejadian masa 2009 if tak salah..i study situ utk tahun terakhir. Start masuk 2006-2009.
Mmg scary..chinese ni duk btol2 kat blok i(blok H) blok yg terdekat ngan Cafe kachi 2 tu.tapi i tingkat 2 die tingkat 1.die bunuh diri dlm toilet pagi time ni awal sem..minggu add drop.so time kitorg blik kolej lps kls takde sgt kan mggu add drop..time ni dlm 8-9am..

smpai je kt blok tgok tangga wing kitorg dah diblok ngn pelekat kuning hat polis biasa guna tu..so kiteorg naik ikut tangga depan.duk dlm bilik baru sorang2 datang bgtau ada org jumpa mayat tergantung dlm toilet.so masing2 duk intai kt tingkap so nmpk la polis duk angkut mayat ngn plastik itam tu. So deme cite budak cina yg mati ni time tu sem6-7 tak ingat pulak..kos ekonomi.

time tu result die drop tp tak la banyak stil 3.00++ tp die frust kot.roomate budak tu bgtau mlm sblm bnuh diri die diam je..esok nya dlm kul7-8 baru org jmpa mayat tu tgntung dlm bilik air...mgkin die mati dlm jam3-4pagi..sbb time rumet die bngun nk g kls pagi jam 7 tu budak cina tu mmg dh takde kt katil die..ada enpon je..so org jmpa mayat die dlm toilet tu pn sbb toilet lm sgt bkunci..org berebut nk guna toilet..

pastu dah lama bru deme perasan ada seluar die buat mcm tali kt saluran paip bsr atas dinding toilet tu..die gantung diri die gune seluar tu..kecoh la time tu mayat dijumpai dlm 8-9am tak sampai 10am wing tu terus 0.sume cabut lari.smpai akhir sem takde yg berani duk bilik tu..time tu siap tersebar gmbr cina tu tergantung ngn lidah terjelir..and dlm sem tu jgk mcm2 kitorg kne kacau lps kes cina bunuh diri tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2016 04:03 PM | Show all posts
Ramai jugak budak uum layan cari ek. haha.

saya batch 2009. memula dulu stay kachi kt bank rakyat. pastu kena tukar tradewinds. both tmpt pun pernah alami benda2 seram
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak citer pasal kawan2 husb..dorang tutor and felo kat sane..citer ni baru jadi dlm tahun ni ngn last year..

Akak Baju Merah

Sorg kawan husb ni dia baru lapor diri kat uum as tutor..masa tu dia tak dapat rumah sewa lagi..so dia tidur la dalam seminggu kat bilik tutor dia tu..dah almost seminggu dia tidur sana takde jadi apa2..tapi malam last tu, tengah2 dia dok bergayut dgn bini dia, dia dengar bunyi tapak kaki perempuan pakai heel mundar mandir depan bilik dia..dia pun continue la bercakap mcm biasa..ingatkan jiran depan or bilik sebelah..
Lepas 10minit..tapak kaki tu mundar mandir lagi..tp ikut bunyi tu, memang betul2 depan pintu bilik dia..then tapak kaki tu mcm benti kejap..sambung lagi mundar mandir..dia ckp kat bini dia psl bunyi tu..bini dia kate, maybe bilik sebelah nak mtk tolong awk ape2 kot..dia cakap, xpe..dia pegi toilet dululah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar pintu bilik, takde sape depan pintu bilik dia..dia pn pikir positip maybe akak tu dah masuk ofis dia..bila jalan menuju ke toilet tu, dia boleh nampak dr jauh ada akak baju merah rambut panjang lurus macam iklan sunsilk tgh jalan menuju ke lif..tangan dia mengerengkot sebelah..masa tu dia tak pk ape2..cuma dia terpk, kalau itulah pompan yg lalu depan bilik dia tadi..laju gila dia jalan..

Then, masuk je toilet..lampu toilet taknak bukak..lampu toilet situ guna yg sensor tu..puas dia melambai2 tp tak bukak jugak..last2 dia pn buat bisnes dia jugak dlm tu..lepas tu keluar laju2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu, dia pun masuk dalam bilik smula and call wife dia sambung bbual..tak sampai berapa minit bcakap..akk yg mundar mandir tu ada semula..bunyi heel tu jalan2 berenti depan bilik dia..dia pn cakap ngn wife dia..dia nak tengokla sebenarnya dia nak apa..time tapak kaki tu tengah bbunyi lagi, cecepat dia bukak pintu..n guess what..swossshh tetiba rs angin lalu kat depan muka dia then bulu roma dia terus meremang..n takde sape pun depan tu..dia pn apelagi, capai hp, kunci kete pakai selipar terus lari keluar dr uum..sepanjang drive tu dia boleh nampak ada byg2 org terbang ats kete sampailah ke Changlun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.081870 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list