131#gancity
dengarnya TDM nak yg ini. tapi rasanya tak lepas sebab reganya mahal sungguh + not battle proven. wa rasa Patria AMV yg paling logical sebab balance di antara rega, keupayaan, modular design, can withstand mine detonation, good protection and good mobility as well as battle proven. tapi jangan ler amik Rosomak plak sebab versi tu tak leh berenang...
SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan tentera Malaysia di Lebanon.
Katanya, kerajaan sedang memilih kereta perisai baru atau Armour Personnel Carrier (APC) dari jenis pacuan 6x6 atau 8x8.
"Pembelian kereta perisai baru itu akan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Tahunan ke-56 PBTM di sini hari ini.
Beliau mengulas tuduhan pembangkang kononnya kerajaan sengaja membahayakan nyawa tentera yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon dengan penggunaan kereta perisai Condor dan Sibmas yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Beliau berkata, pihak pembangkang tidak tahu apa yang mereka katakan kerana mereka sendiri tidak melawat tentera Malaysia yang bertugas di sana.
Antara yang dipertimbangkan ialah kereta perisai buatan Afrika Selatan dan Austria.
SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan tentera Malaysia ...
artificialster Post at 5-10-2009 08:11
tahniah le pada parti pembangkang kalau boleh citer la pasal aewc sekali ngpv ke...... oleh sebab kat PD nih kawasan sojar memang bagus sgt citer kelemahan kelengkapan sojar2 kita, tapi bila dah beli nanti jgn le lain plak nadanya........