CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144552|Reply: 2495

Badminton

 Close [Copy link]
Post time 16-3-2009 01:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by karambunai at 27-9-2009 16:26


Badminton (Bulu Tangkis)


Permainan Beregu -

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan.

Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan pembangunan




Shuttlecock -


Raket Badminton -

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.

Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.


Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.

Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.  Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.


[ Last edited by  dexa at 16-3-2009 06:35 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 01:25 AM | Show all posts





Rudy Hartono - 8 times All - England Champion


*****************************************************************************

ni saya buat pengenalan pasal sukan badminton..kita baca sokmo pasal badminton -
bagus juga tahu asal usul sikit2  sebagai knowledge kita tentang sukan badminton
yang banyak telah harumkan nama negara di mata dunia

current pemain #1 dunia adalah dari malaysia (Lee Chong Wei) dan diharapkan kita
dapat ramai pelapis yang boleh gantikan chong wei  di masa depan -

Rudy Hartono adalah all time favourite saya - memang sangat minat
dengan corak permainan dia - hensem pun hensem juga.. -

Liem Swie King yang gantikan rudy pun not so bad.. tapi memang tak boleh
nak kalahkan kejaguhan rudy -

too bad for indonesia - depa pun masih tercari2 pelapis2 untuk pemain2 mereka
sekarang seperti taufik hidayat.... dulu sokmo ada aje pemain2 yang memang
disegani dari indonesia baik yang lelaki mahu pun yang perempuan -

malaysia pulak.. mungkin anak misbun - apa ke nama dia ramadhan misbun ke redzuan
misbun tu... kalau digilap bakatnya.. insyaallah boleh jadi pelapis juga -

apa2 pun.. all the best to malaysian team.. - they did so well in switzerland open 2009 -
kalau main macam ni masa All England last week - memang boleh menang kat AE juga -
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:15 AM | Show all posts
thanx dexa sebab bukakan thread badminton yang baru.. wah thread badminton memang meriah kan.. kejap je dah over 100 pages..

ni bagi forummer2 lain yang nak tambah info bagi sukan badminton ni dipersilakan ek..

satu lagi sapa yang dapat carikan info tentang kejohanan2 yang akan berlansung sepanjang tahun ni pun leh letak. ranking terkini ker...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 16-3-2009 08:15
thanx dexa sebab bukakan thread badminton yang baru.. wah thread badminton memang meriah kan.. kejap je dah over 100 pages..

ni bagi forummer2 lain yang nak tambah info bagi sukan badminton n ...


yup agree

memang aktif dan 'panas'

terus support .... jom ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:01 AM | Show all posts
wah.. dah ada rumah baru

congrats to chongwei & kkk/tbh
ruginya aku x dpt tgk live kat astro
hopefully ada kat youtube nnt

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:01 AM | Show all posts
balas usop ..

aku terpikir  adakah Ld yg lemah atau chong wei yg dah improve......

meh kita try tgk dari start olimpik, masa tu, lin dan rulez.....

masa all england lin dan still rulez tp chong wei improve skit, boleh nampak chong wei cuba main game slow tak nak bagi lin dan main ikut game dia....because lin dan akan main laju sampai opponent dia terperangakap dlm corak lin dan....


perasan tak , apa yg chong wei buat ialah bagi bola yg perrfect2 je, chong wei betul2 fokus utk bagi bola yg tak de risk.....

sampai lin dan tak de peluang nak main tahap sebenar dia.....

semua chong wei bagi bola tak de kelemahan....atau bola yg tak boleh lin dan kill.....semua bola PERfect!!!

kita boleh nampak chong wei langsung tak hantar bola yg lin dan happy.....

masa scond set, aku boleh nampak lin dan start dia punya "second gear", di mana dia tambah kelajuan dia.....

pergghhh!!!! yg ni aku takut niee.......

tapi chong wei bukan sahaja hantar bola2 yg perfect, tak e mistake malahan defense pun power.....

dan dua2 main bola FEINT (acah), tapi chong wei menang lagi.....

pastu bila dah dua2 acah2 last2 they back to basic, iaitu smash ruang yg kosong.....

ni lah masalahnya bila dua orang yg power bertemu, dia tak tahu, samada opponent nak acah atau nak pukul biasa.....

tengok masa last2 yg chong wei smash2 tu adalah pukulan smash basic jer....tp lin dan pun bukan tau dia nak smash basic ke atau nak acah....

so dia biar je la.....


saya cuba mengambil kira kalau2 lin dan tak berada di tahap sebenar, tapi rasanya bukan begitu....

rasanya lin dan tak diberi peluang oleh chong wei untuk main game ikut rentak lin dan.....

lin dan was forced to not to play his game.......rasanya chong wei dah tahu dah, macamana nak bagi bola yg lin dan tak suka......


yup our observation sama lah ....

whatever it is ... LCW played well semalam ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 09:08 AM | Show all posts
wah.. rumah baru dgn sejarah badminton la.. gud2, thanks dexa.. we lap u.. ahahahha...

btw, congrats for CW and kkk/tbh... jgn stop kat sini jek, byk lagi kejuaraan yg u all berpeluang utk grab...so, usaha byk2 lg and gudluck!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:44 AM | Show all posts
congrats chongwei ngan KKK-TBH

bagi ieka pulak.... bukan sebab lindan tak main game sebenar die... tp nampak LCW dah improve dari dulu

sebab before2 this kalo lawan ngan LD nampak sgt LCW cuak....

tp this time die pandai control dah.. meaning die main tak under pressure sangat...

relax je nampak die... w'pun b'brp kali LD cube nak saiko die mentally

pastu LCW main more defensive...  

papepun im proud of u LCW
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 09:55 AM | Show all posts
lagipun rasanya LCW main takde pressure kot. kalo AE, Olimpik, TC mungkin pressure skit

hidop LCW
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:24 AM | Show all posts
ada sesapa tau bila siara ulangan LCW lwn lin dan semlm eh?? terlepas 1st set...rugi2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:31 PM | Show all posts

Balas #6 mcbadminton\ catat

so here is your reply...okey...thanks...

LCW has reach another level....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:35 PM | Show all posts

Balas #2 dexa\ catat

oh ,malam masa LCW lawan pemain denmark tue, sy ada tanya bapa saya tentang siapakah the greatest player of all time yg dia pernah tgk.....

i hope he answer lin dan, because LD lah yg paling hebat sy pernah nampak, but my father give sumbody else which I dont know, but if im not mistaken, its about this player.....

sebab sy tak tahu, sy terus bangkang, sy kata ada lagi ke yg main lg hebat dari lin dan.....??

i dun believe him.....but seing this fact in your post, maybe I should rethink.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:49 PM | Show all posts

Reply #10 chantry's post

check kat website astro...


  
Semi final 116 Mac (ISNIN)12 tghari
Semi final 218 Mac (RABU)2 ptg
Final 19 Mac (KHAMIS)2 ptg



adehhh....repeat ptg la pulakkk...

~~www.astro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:14 PM | Show all posts

apa kata mereka......

"Chong Wei's defence was very good and he was sending every return deep to the baseline while Lin Dan

wasn't that sharp today (yesterday),There was no pressure today and he played freely. Lin Dan was making

unforced errors and eventually gave up after failing to penetrate Chong Wei's defence."-----rashid sidek



so, lin dan did being not so sharp , the unforced error is the same like in all england...where he always placing the shuttle out...but this time he lost net shot more to chong wei....




"I had a discussion with my coach (Misbun Sidek) after the All England and he advised me to stay patient

while playing Lin Dan. That's what actually helped me today (yesterday),In the All England, I was trying to

attack too much and I couldn't sustain that. That's why I decided to be patient and I managed to rattle Lin

Dan."-----chong wei....


so  patient  has overcome aggresiveness,huh.....

i ve seen how wong choon han, hafiz hashim tried to play badminton in slow and patient way, but CW's is the best....

it made super dan cannot find any space to attack CW....

cayalah chong wei...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:21 PM | Show all posts
SWISS OPEN 2009 FINALS ON 15/3/09 - MEN DOUBLES PRIZE GIVING




carik punye carik jmpa yg ni je..hehehe..

kredit to sapphireblu09









[ Last edited by  azalea_girl at 16-3-2009 13:24 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:23 PM | Show all posts


no doubt super dan will bounce back.....

and thing will go very interesting after this....yey....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 01:29 PM | Show all posts
yang aku nampak semalam, LCW banyak beri bola drive/drop pada bahagian forehand Lin Dan... yang mana sebelum ini kalau belah forehand dia akan beri bola tinggi base line. Lin Dan boleh buat banyak benda kalau dapat bola tinggi cam gitu...

Pertahanan LCW semalam superb, trick shot crossnet dia pun beberapa kali memerang Lin Dan.

LCW tak banyak smash, dan smash hanya utk bola bola yang 90% boleh mati.

Aku tak setuju kalau ada yang kata Lin Dan beri chance/peluang.. dalam worldnya sukan, mana ada orang nak kalah (unless taktikal macam Chen Jin vx Lin Dan..All england last year)

Masa final AE last week, Lin Dan main tenang dan gembira, sebab dia leading..tapi semalam..dah mula menunjukkan sikap dia yang pemarah.. komplain kat Umpire.
Umpire pun boleh dengar je cakap dia..overuled bola yang dia claim in/out..

Lin Dan pandai sekarang ni, kalau dia tak puas hati.. dia tak pergi ke linesman..terus dia terkam ke umpire. Umpire pun ntah dari mana mana, takut dengan dia..terus overuled...

P/s: adakah salah kalau kita cakap... Jom main 'Poona"... ( ikut history India tu)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:31 PM | Show all posts

Reply #17 AnBulisia's post

LD mmg gitu sbb tu ktorg kt sini pgl dia diva..
klu time dia menang kemain lg...siap tepuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:48 PM | Show all posts

Balas #18 lionsleepin\ catat



sian dier......masa kalah kat kuching tu pun, dia bengang giler......
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 05:36 PM | Show all posts
thread baru yg dihiasi ngan kejayaan abg2 ikan sweet n datuk lcw...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.097435 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list