CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jin9708

Participant in LIMA Airshow - Info Berkaitan Pesawat dan Perlatan...

[Copy link]
Post time 30-11-2009 09:13 AM | Show all posts
79# standupper

Mig last show in Lima................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 09:58 AM | Show all posts
ketibaan PC-7, MB339-CM, Hawk ngan F/A-18... petang nih best skit kot ruang angkasa Langkawi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:44 AM | Show all posts
ok geng..jgn lupa tepek gambo2 shot yg menarik.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 01:05 PM | Show all posts
Ni ade thread khas dedicated for LIMA 2009 at milphoto forum :

http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?t=169717
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 04:52 PM | Show all posts
3 DOKDO on the way........???


Kerajaan timbang tempah 3 kapal laut baru


LANGKAWI: Kerajaan bercadang membuat tempahan tiga Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi (MRSS) bagi menggantikan kapal gantian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar baru-baru ini, dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penilaian akan dibuat berasaskan kapal besar jenis sama milik Korea dikenali Dokdo yang menyertai Lima 2009 Kali ini.

Beliau berkata, pembinaan kapal MRSS mengambil masa 48 bulan (empat tahun) dan tempahan dijangka pada pertengahan tahun depan, selepas tender dikeluarkan.

"Kapal ini akan mengikut rekaan Dokdo,tetapi menepati keperluan reka bentuk dan ukuran kapal TLDM.

"Jika tempahan dibuat, kita akan memastikan satu daripadanya dibina di luar negara manakala dua lagi perlu dibangunkan di negara ini,"katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama media di atas kapal KD Lekiu di sini,sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan mengejut ke kapal KD Lekiu sempena hari terakhir sebelum bermulanya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa langkawi 2009 (Lima), esok.

Mengulas penyertaan segmen maritim, Dr Ahmad Zahid berkata, 99 kapal menyertai Lima 2009 berbanding 71 kapal bagi acara yang sama pada 2007.

Beliau berkata, penyertaan terakhir menyaksikan dua kapal dari Filipina dan tiga milik TLDM tiba di sini, pagi tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 04:58 PM | Show all posts
Malaysia cadang beli tiga kapal pelbagai guna

30/11/2009 4:42pm


LANGKAWI 30 Nov. - Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan kepada ”rakan” dalam rancangan pembelian tiga kapal bantuan pelbagaiguna (MSS) untuk memperkuatkan armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat atau negara luar yang bersetuju memindahkan teknoloji, berkongsi pengalaman dan memberi latihan kepada TLDM sahaja akan diberi keutamaan.

Katanya, perolehan kapal tersebut akan dibuat secara tender terbuka kepada negara-negara ”rakan” di seluruh dunia bermula dari Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sehingga RMK-12.

"TLDM akan menghantar satu kumpulan pegawainya untuk membuat penilaian, menentukan reka bentuk dan saiz kapal tersebut agar sesuai dengan limbungan TLDM di negara ini.

"Selain itu, ”rakan” yang diberikan kontrak hendaklah membina sebuah daripada tiga kapal tersebut di negara ini bagi memudahkan pemindahan teknoloji,” katanya kepada pemberita di atas kapal frigat KD Lekui di Awana Porto Malai di sini, hari ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2009 04:58 PM | Show all posts
Harga tiket pertunjukan udara LIMA RM10
30/11/2009 4:22pm


LANGKAWI 30 Nov. — Harga tiket pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) dikurangkan kepada RM10 daripada RM20 sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hari ini bahawa pihak penganjur iaitu HW Lima Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk mengurangkan harga tiket pertunjukan udara itu.

"Saya telah minta pihak penganjur untuk memberi diskaun 50 peratus dan mereka bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke hospital lapangan Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia di sini.

Pertunjukan udara hanya akan dibuka kepada orang ramai pada hari terakhir LIMA iaitu pada 5 Disember. LIMA 2009 akan bermula esok.

Sebanyak 15 pesawat akan terlibat dalam pertunjukan udara termasuk pesawat kemegahan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu MIG-29N dan SU-30MKM. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 06:26 PM | Show all posts
85# jofizo

Syarikat tempatan yang bakal JV tuh memang syarikat yang boleh dipuji.. selama nie Syarikat tuh tak mengharapkan kontrak kerajaan semata-mata tapi masih boleh survive jual pelbagai kapal untuk tempahan antarabangsa tanpa spoon feed gomen pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 12:25 AM | Show all posts
UST Fulmar Aludra














Sapura Cyber Quad



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 12:29 AM | Show all posts
Cont...













Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:26 AM | Show all posts
yeaaa smokey bandit...last show ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:10 AM | Show all posts
nampaknya ada syarikat malaysia ada tunjukan produk terbaru.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 07:48 AM | Show all posts
agak2 le..contract apa le dorang sign dulu hari ni ke besok sebagai pembuka tirai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:26 AM | Show all posts
Perolehan baru LIMA 2009

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

LIMA 2009 menjangkakan kehadiran kira-kira 80,000 pengunjung termasuk 30,000 pengunjung awam.


BELUM pun penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA '09) membuka tirainya, cakap-cakap mengenai apa yang bakal diintai Kementerian Pertahanan (Kementah) pada pameran itu nanti rancak kedengaran.

Dua perolehan yang pasti mencuri tumpuan di sini adalah cadangan pembelian kapal sokongan logistik untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penggantian pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kemungkinan juga isu pengganti helikopter Sikorsky S-61 Nuri TUDM yang sememangnya perlu dipercepatkan bakal terjawab di sini. Firma Perancis melalui syarikat tempatannya, Eurocopter Malaysia masih yakin helikopter EC-725 Super Cougar berpeluang cerah merebut bajet berjumlah RM1.9 bilion itu walaupun ada pesaing terdekat seperti AgustaWestland AW101, H-92 Superhawk Sikorsy dan Mi-17V-5.

Untuk itu, pameran LIMA 2009 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) di Pulau Langkawi mulai hari ini sehingga 5 Disember dijangka menggamit kunjungan beberapa firma besar luar negara untuk merebut kontrak bernilai berbilion ringgit.

Buat pertama kali juga, kedua-dua segmen udara dan maritim dilangsungkan di ruang seluas kira-kira 21,321 meter persegi berbanding dua lokasi sebelumnya oleh penganjur tunggal iaitu HW LIMA Sdn. Bhd., yang sebelum ini mempamerkan kejayaannya selaku penganjur edisi LIMA Maritim.

TLDM sejak lima tahun lalu telah pun merencanakan program memperoleh kapal logistik pelbagai guna terutama bagi melengkapi kegunaan Pasukan Angkatan Bersama (PAB) kerana kapal-kapal sedia ada tidak mampu menampung keperluan tersebut.

Malah, kegunaan mendesak bagi Operasi Fajar mengawasi keselamatan kapal-kapal dagang di Teluk Aden menyaksikan TLDM melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpaksa mengubah suai kapal kontena Bunga Mas 5 milik MISC Bhd. sebagai kapal bantuan pelbagai guna.

Ia dilengkapi hangar menempatkan helikopter Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun menyerang jika diperlukan.

Antara yang mencuba peluang di LIMA 2009 ini nanti adalah firma Korea, Hanjin Heavy Industries & Constructions Co. yang sebelum ini hadir ke LIMA 2007 dengan kapal logistik terbaru kelas Dokdo milik Tentera Laut Republik Korea. Firma senegara, Daesun Shipbuilding and Eng. Co. Ltd Pusan yang berjaya menyiapkan kapal logistik KRI Tanjung Dalpele kepada Tentera Laut Republik Indonesia pasti ingin merebut peluang yang sama.

Tidak mahu ketinggalan adalah firma Fincantieri dari Itali (TLDM menggunakan empat kapal korvet buatan firma ini), firma DCN dari Perancis (pembuat kapal selam Scorpene TLDM) yang mengetengahkan model kapal logistik Siroco, serta China State Shipbuilding and Trading Corp yang sebelum ini pernah menawarkan kapal kelas Type 071 kepada TLDM dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing lain.

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan isyarat bagus dari kokpit pesawat MB339 CM milik TUDM semasa meninjau persiapan LIMA 2009.

Bagi merebut kontrak MRCA pula, Kosmo! difahamkan firma Saab dari Sweden menawarkan 18 pesawat JAS-39 Gripen NG M-MRCA termasuk opsyen membekalkan pesawat radar amaran awal udara (AEW) yang khabarnya menarik minat Kementah.

Tawaran serupa juga pernah diberi kepada negara jiran Thailand yang kini merupakan pemilik terbaru pesawat JAS-39 Gripen apabila bakal mengoperasikan 12 pesawat ini serta dua pesawat AEW Saab Erieye pada tahun 2011.

Namun, tiga firma lain turut menawarkan pakej yang juga hebat iaitu Dassault Aviation dari Perancis dengan pesawat Rafale, Boeing dari Amerika Syarikat (F/A-18E/F) dan konsortium Eropah, Eurofighter GmbH (Eurofighter Typhoon). Kesemuanya merupakan pesawat pejuang generasi terkini dengan ciri-ciri yang diingini oleh TUDM.

Walaupun Kementah membayangkan tidak akan membuat pembelian baru Sukhoi Su-30MKM bagi penggantian MRCA TUDM, tetapi bekas negara kuasa itu pastinya ingin merebut peluang sama dengan tawaran hebat. Rusia misalnya pernah meluluskan kredit bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.8 bilion) kepada Venezuela bagi pemodenan angkatan tentera negara itu.

Ia bagi membeli 92 buah kereta kebal T-72 dan T-90, sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300, Buk-M2 dan Pechora. Kelulusan yang sama juga pernah diberi kepada Indonesia bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.8 bilion) pada tahun 2004 dan 2007 bagi membekalkan kereta kebal, helikopter, kapal selam dan pembelian tambahan enam pesawat Sukhoi Su-30MKI.

Firma pengeksport senjata tunggal Rusia, Rosoboronexport juga mengintai peluang serupa bagi menawarkan sistem pertahanan kepada Brunei dan pastinya kunjungan mereka ke Langkawi kali ini dengan hasrat yang cukup besar.

Dengan penyertaan 450 pempamer dari 24 negara dengan 14 pavilion, LIMA 2009 menjangkakan kehadiran kira-kira 80,000 pengunjung termasuk 30,000 pengunjung awam. Walaupun hanya sebuah tim aerobatik iaitu Sarang Aerobatic Team dari India (pasukan aerobatik menggunakan helikopter) dijangka hadir membuat pertunjukan udara. Orang ramai pastinya tidak dihampakan dengan aksi-aksi juruterbang TUDM menerusi Sukhoi Su-30MKM, MiG-29N dan F/A-18D.

Turut mencuri tumpuan nanti adalah penyerahan kumpulan akhir pesawat latihan termaju Aermacchi MB-339CM TUDM yang dibeli pada tahun 2006 bagi tujuan latihan penyesuaian bakal juruterbang pejuang.

PERSIAPAN rancak dijalankan sejak beberapa hari lalu untuk memastikan kelancaran LIMA 2009 di Pulau Langkawi yang bermula hari ini sehingga 5 Disember 2009.

Tirai LIMA 2009 bermula pada 29 November dengan Seminar Antarabangsa LIMA 2009 di Awana Porto Malai bagi membincangkan mengenai perubahan cabaran keselamatan maritim dan aplikasi teknologinya dan disusuli dengan Seminar Peranan Pertahanan Udara dalam Keselamatan Maritim keesokannya.

Bagi sektor maritim, LIMA 2009 kali ini bakal menampilkan penyertaan terbesar dengan 94 buah kapal dan bot, selain demonstrasi keupayaan TLDM, Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen.

Ia juga dianggap sebagai penutup tirai kepada sambutan ulang tahun penubuhan TLDM ke-75 pada tahun ini dengan penyertaan 39 buah kapal dan 55 bot termasuk sembilan kapal perang dari tujuh buah negara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:30 AM | Show all posts
Komunikasi bersepadu Sapura

SAPURA Group, menerusi bahagian teknologi keselamatannya akan memperkenalkan penyelesaian komunikasi bersepadu yang dibangunkannya dikenali sebagai 1Network di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (Lima’09) yang berlangsung hari ini hingga 5 Disember.

Ketua Eksekutif dan Presidennya, Datuk Shahril Shamsuddin, berkata 1Network adalah rangkaian sistem dibangunkan khusus untuk mengubah keperluan unik pelanggan bagi memaksimumkan keberkesanan operasi.

“1Network menggabungkan komunikasi, maklumat, penyumberan dan aset ke dalam sistem bersepadu, sekali gus melancarkan sesuatu kerja atau tugasan.

“Keupayaan 1Network adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 1997 membabitkan jumlah pelaburan RM200 juta,” katanya kepada media di Lima’09 di sini, semalam.

Shahril berkata, Sapura Group juga akan mempamerkan penyelesaian Kawalan dan Arahan Bersepadu (ICC) yang juga satu siri fungsi operasi menggabungkan komunikasi, kawalan dan arahan untuk mencapai matlamat.

Katanya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi penerbangan pesawat kawalan jauh (UAV) dibangunkan Sapura yang mendapat maklum balas positif dari dalam dan luar negara.

“Kami sentiasa memberi tumpuan dalam pembangunan produk bagi bersaing dalam pasaran global yang kompetitif. Ini bermakna kami perlu membangunkan harta intelek dan membangunkan keupayaan untuk menyaingi standard antarabangsa,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:30 AM | Show all posts
Langkawi nanti 40,000 pengunjung

SELEPAS pekerja bertungkus-lumus hingga ke awal pagi memberikan sentuhan terakhir, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini bersedia menyambut kira-kira 40,000 pengunjung perdagangan dan 236 delegasi dari 40 negara bagi membuka tirai edisi ke-10 Pameran Lima '09.

Antara yang pasti menjadi perhatian struktur ‘radome’ menempatkan sistem radar dibangunkan jurutera tempatan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), syarikat yang lebih terkenal sebagai pengeluar dan pembekal komponen komposit untuk pesawat Airbus dan Boeing.

Radome berbentuk seperti bola golf berdiri setinggi 16 meter di pekarangan dewan pameran itu, dibangunkan untuk melindungi antena radar daripada bencana alam seperti ribut, kilat dan elemen semula jadi lain.

Persiapan Sapura pula tidak kurang hebatnya dengan tapak pameran 250 kaki persegi mempamerkan penyelesaian komunikasi bersepadu dibangunkannya dikenali sebagai 1Network.

Di tengah tapak pameran diletakkan simulator penerbangan boleh diubah suai mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.

Tapak pameran EADS pula mempertontonkan dua helikopter, EC120B dan EC135.

Syarikat pengeluar dan pembekal peralatan pertahanan itu juga mengeluarkan helikopter serangan Tiger untuk angkatan tentera Perancis dan Jerman.

Lima’09 juga mempamerkan pesawat pencegah/tempur Boeing F-111 Aardvark milik Tentera Udara Diraja Australia. Pesawat dengan skim warna kelabu pudar bagi tujuan mengelirukan musuh itu dijadualkan beraksi pada pertunjukan udara.

Ia mula berkhidmat sebagai sebahagian daripada angkatan pesawat tempur RAAF pada 1973. Pesawat juga dikenali sebagai ‘Babi’ kerana memiliki keistimewaan memburu pada waktu malam dan dalam cuaca buruk, selain dilengkapi radar khusus bagi mengesan pergerakan di darat.

Australia mengendalikan dua skuadron Aardvark, No 1 dan No 6, kedua-duanya berpangkalan di Amberley, berdekatan Brisbane. Pesawat enjin berkembar akan ditukar dengan ketibaan Boeing F/A-18F Super Hornets tahun depan.

Lima’09, buat pertama kalinya menggabungkan kedua-dua pameran udara dan maritim di bawah satu bumbung. HW Lima Sdn Bhd diberi kepercayaan menganjurkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 08:31 AM | Show all posts
Keupayaan UAVs tempatan wajar dipertingkat: Zahid
Oleh Khirul Bahri Basaruddin,
bhnews@bharian.com.my

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan mahu keupayaan pesawat kawalan jauh (UAVs) yang dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) konsortium tempatan dipertingkatkan supaya penggunaannya dapat diperluaskan dalam sektor bukan pertahanan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelbagai agensi penguatkuasaan dan industri boleh menggunakan UAVs kerana mutu perkhidmatan dan sistem pemantauan keselamatannya boleh ditingkatkan.

“Sebagai contoh ia sesuai digunakan sebagai alat operasi penguatkuasaan jabatan kerajaan dan industri seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain boleh juga diperluaskan sebagai alat pemantau laluan di lebuh raya dengan lebih cekap dan selamat.

“Pada masa ini, Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang dibiayai kerajaan dan Kumpulan Sapura yang menggunakan dana sendiri sudah menghasilkan UAVs.

“UAVs mempunyai daya tahan operasi sehingga 20 jam dan mampu beroperasi pada jarak 200 kilometer radius, selain sudah diuji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika operasi ‘Ops Pasir’ di Timur Sabah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan persidangan Ketua-Ketua Angkatan Udara peringkat antarabangsa sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (Lima’09) di sini, semalam.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Rodzali Daud.

Ahmad Zahid berkata, disebabkan UAVs keluaran tempatan itu sedang diuji, kerajaan setakat ini masih belum berhasrat untuk membelinya.

Selain itu, katanya, negara di rantau ini perlu memanfaatkan kekuatan kuasa pemantauan di udara yang sudah terbukti berkesan dalam memerangi ancaman bukan tradisional.

Katanya, statistik daripada operasi pemantauan di udara, iaitu ‘Eye in the Sky’ (EiS) yang dilancarkan pada 2005 untuk memantau di Selat Melaka menunjukkan berlaku pengurangan ketara dari segi pelanunan di selat sibuk itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kehadiran Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) buat kali pertama kali di Lima’09 tidak perlu dibimbangi akan mewujudkan perlumbaan senjata antara republik itu dengan Malaysia.

Katanya, walaupun wujud kebimbangan pihak tertentu dalam isu ini, namun kerjasama yang erat serta sikap saling mempercayai antara satu sama lebih penting kerana ia mampu mewujudkan persefahaman dan menyelesaikan banyak perkara.

Azizan berkata, selain kelengkapan taktikal, ATM juga mengkaji untuk memperoleh UAV strategik, yang boleh terbang lebih tinggi dan lebih lama serta dilengkapi senjata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:31 AM | Show all posts
Many want to use drones

2009/12/01

LANGKAWI: The demand for unmanned aerial vehicles (UAV) as an "eye in the sky" in the country is on the increase.

This follows a hype for tactical and strategic purposes, said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said apart from the armed forces and enforcement agencies, several other local authorities and government-linked companies favoured UAVs to suit their needs and purposes.

"We cannot deny that technology for the defence and security industry is expanding so rapidly that we have to enhance greater cooperation between the end users and the UAV manufacturers.

"Information obtained from telemetry and radar can be used to tremendous advantage as a force deterrent."

Among the end users seeking to procure UAVs are Petronas Dagangan, Tenaga Nasional Bhd and the Malaysian Highway Authority for surveillance purposes.

"While the Royal Malaysian Air Force is the primary user of UAVs, the army, Royal Malaysian Navy, the Malaysian Maritime Enforcement Agency, the police and the National Security Council have expressed great interest in acquiring them," Zahid said after delivering the keynote address at the Air Chiefs Conference at the Sheraton Langkawi, yesterday.

He added that although the UAVs were initially for surveillance, tactical and strategic purposes, their applications would be expanded for offensive roles in the near future.

"The UAVs have a 200km radius range and 12-hour endurance, with a capability to last up to 22 hours in flight. This is ideal to protect our sovereignty and assets within our exclusive economic zone."

Zahid said air power was not only confined to jet fighters, multi-role combat aircraft, airborne early warning and control systems, but complementary equipment like UAVs which could perform roles not possible by manned aircraft.

Asked about the regional arms race, he said Malaysia should not feel threatened as it was capable of defending its territorial rights.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:31 AM | Show all posts
HeiTech Padu carves a niche

2009/12/01

LANGKAWI: HeiTech Padu Bhd is all set for the big day at Lima '09 today.

One of the country's leading information and communication technology players, HeiTech is featuring state-of-the-art defence and security capabilities aimed at empowering military operations and increasing mission readiness.

HeiTech is demonstrating its technological innovations on key components of defence mission readiness -- integrated tactical combat control system (ITACCS), advanced tactical laser engagement system (ATLES) synthetic visual environment solution (SYVES), digital display terminal (DDT), material tracking system rack (MATRACS) and weapon management system (WMS).

The company's participation in Lima '09 displays its capabilities and expertise in providing customised command, communications, computer and intelligence network systems (C4I) for air, land and naval use in a dynamic operating environment from the operator level to the tactical and higher strategic levels.

HeiTech president Safiee Mohammad said: "HeiTech is pleased to participate in one of the world's premier exhibitions and hopes to leverage on Lima's appeal to the defence industry to showcase our capabilities in providing defence training and support services across the entire range of combat skills for Malaysian defence forces.

"Our wealth of experience and proven application of technologies can help play a key role in the mission readiness of the defence forces."

Visitors to the HeiTech's booth at the Mahsuri International Exhibition Centre will have the opportunity to see two main key components of the company's defence and security solutions, ATLES and DDT.

They will get to see military combat training in action through ATLES, a cutting-edge training system developed specifically to meet the increasing requirement for a realistic battlefield environment for soldiers.

ATLES helps to solve multiple problems that have impede realistic field training such as training cost, noise pollution and environmental destruction.

DDT is a revolutionary computing platform that enables commanders to strategise and plan tactical military training and warfare, integrating hardware and software infrastructure that lets customers capture and analyse real-time information from multiple inputs in multiple format.

"As a longtime partner of the government, our capabilities have been instrumental in anchoring modern military solutions, giving greater empowerment to the defence forces to increase their mission readiness," said Safiee.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:31 AM | Show all posts
AgustaWestland touts best-selling helicopter

2009/12/01

LANGKAWI: AgustaWestland, a Finmeccanica company, is showcasing what it claims is the world's best-selling medium twin-engine helicopter, the AW139 for Lima 2009.

Its spokesman Geoff Russell said the AW139 was now the market leader in the offshore oil and gas support market, where its exceptional performance and safety had been recognised as key differentiators against other older designs.

"Two powerful PT6C-67C engines with FADEC give the AW139 a high power-to-weight ratio maximising safety in demanding operational conditions, including Cat A, Class 1 hot and high sorties.

"It is the only helicopter in its class that meets the latest civil certification design requirements.

"There is about 450 orders for AW139s with nearly 200 in service, including many with the leading offshore operators around the world."

Also on display is the Super Lynx 300, six of which are operated by the Royal Malaysian Navy.

AgustaWestland is the market leader in the maritime helicopter market and has the widest range of maritime helicopters of any helicopter manufacturer -- spanning the entire weight range.

The range includes the 3-tonne AW109 Power light twin engine helicopter, 5-ton Super Lynx 300, 11-tonne NH90 and at the top of the weight range, the 16-tonne AW101.

The army operates 11 AW109 LOH helicopters, while the Royal Malaysian Air Force has one AS-61 for VIP transport.

"Additionally, AgustaWestland is developing the AW159 a new generation multi-role maritime helicopter that will succeed the Lynx," said Russell.

AgustaWestland recently introduced two new helicopter types into service in Malaysia -- the Grand as well as AW139.

The light twin-engine Grand helicopter is now in service with Sabah Air while the medium twin-engine AW139 helicopter is with YTL for corporate transport.

Next year, two AW139s will be delivered to the Fire and Rescue Department and three to the Malaysian Maritime Enforcement Agency, which placed orders last year and this year, respectively.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074145 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list