CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jin9708

Participant in LIMA Airshow - Info Berkaitan Pesawat dan Perlatan...

[Copy link]
Post time 2-12-2009 07:45 PM | Show all posts
takde berita menarik hari ni...semua cerita lama...

punyalah gigih aku tunggu berita baik terutamanya hari ni....:kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 10:57 PM | Show all posts
ni bukan citer lama ke???
nizam_syah82 Post at 2-12-2009 16:43


Mmg citer lama. Tapi sbl ni setakat story je, paper Star tadi confirm signing of contract
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:41 AM | Show all posts
Tertakluk kemampuan kewangan

LANGKAWI 2 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli aset baru bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara termasuk helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri.

Menurutnya, kerajaan menerima senarai yang panjang dari Kementerian Pertahanan bagi membeli pelbagai peralatan ketenteraan untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatannya termasuk kenderaan baru dan generasi kedua kapal peronda.

Namun katanya, kerajaan akan terus melihat pembelian aset baru itu selaras dengan pembangunan seimbang antara sektor pertahanan dan sosioekonomi.

“Kita akan lakukan apa yang boleh kerana kita percaya pembangunan progresif terhadap keupayaan pertahanan adalah penting untuk pembangunan negara dan kita tidak boleh membiarkan kemampuan pertahanan negara terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan kontrak perbekalan kerajaan dengan syarikat-syarikat dalam industri pertahanan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Mengenai pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri, katanya, ia adalah helikopter tempur dan menyelamat yang terbaik di dalam kelasnya.

“Tidak ada keraguan bagi Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhadap pesawat tersebut dan kerajaan juga berpuas hati dengan rancangan pembelian tersebut,” ujarnya.

Malah katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah memperakukan tentang proses pembelian helikopter itu yang tidak boleh dipersoalkan integritinya.

Cuma faktor kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini katanya, yang menyebabkan keputusan itu belum dapat dibuat.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak terpengaruh dengan kontroversi pembelian helikopter tersebut sebelum ini yang sengaja dimainkan oleh parti pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Pada September tahun lalu, Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mendapatkan 12 helikopter Eurocopter EC 725 bernilai RM1.6 bilion bagi menggantikan Nuri.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya menangguhkan pembelian selepas pemilihan EC 725 menimbulkan kontroversi disebabkan dakwaan oleh pembangkang dan para pembida lain bahawa Kementerian Pertahanan tidak membuat pemilihan secara telus.

Mengenai keutamaan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara, Najib berkata, ia bergantung terhadap kemampuan kerajaan kerana senarai pembelian daripada Kementerian Pertahanan terlalu banyak selain program vendor yang perlu diberi perhatian.

Menurut Perdana Menteri, terdapat kira-kira 2,000 syarikat yang terlibat dalam program vendor pembinaan kapal peronda dan mereka memerlukan kerja-kerja tambahan untuk meneruskan kelangsungan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:43 AM | Show all posts
Sambutan LIMA menggalakkan

LANGKAWI 2 Dis. – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 tetap mendapat sambutan menggalakkan termasuk di kalangan peserta asing meskipun dunia berdepan dengan krisis ekonomi pada masa ini.

Sambil melahirkan rasa bangga dengan penganjuran LIMA yang memasuki edisi kesepuluh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pameran dwi tahunan itu terus mendapat tempat yang begitu baik di kalangan para peserta dari dalam dan luar negara sekali gus membuktikan ia masih relevan.

“LIMA merupakan satu pertunjukan udara dan maritim yang sudah ternama di rantau ini,” katanya yang berpuas hati dengan penyertaan pesawat dan kapal pada LIMA 2009 tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena LIMA 2009 di sini, hari ini.

Ditanya tentang idea-idea baru untuk penganjuran LIMA pada masa akan datang, Perdana Menteri menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk mengemukakan cadangan.

Beliau turut berharap penganjuran LIMA diteruskan pada masa depan kerana ia dapat memberi sumbangan terhadap industri pertahanan selain membawa faedah lain termasuk daripada segi pelancongan.

Menurut Najib, kejayaan syarikat-syarikat tempatan bersaing dalam industri pertahanan termasuk mendapatkan kontrak antarabangsa adalah hasil dasar kerajaan yang menyokong penyertaan mereka dalam sektor berkenaan.

Perdana Menteri berkata, antara dasar itu adalah menggalakkan kaedah ofset dengan melaksanakan timbal balas dalam perolehan aset dan menyokong program pembangunan vendor yang membolehkan syarikat termasuk bertaraf industri kecil dan sederhana berpotensi untuk berkembang.

Selain itu, kata beliau, dasar mengutamakan syarikat tempatan yang mempunyai kemampuan turut membantu perkembangan industri tersebut selain pendekatan pembelian berdasarkan projek atau program nasional.

“Keempat-empat langkah ini telah berjaya dan ia tidak berlaku sekelip mata tetapi secara berperingkat-peringkat dan telah membawa kepada kemampuan syarikat tempatan yang diiktiraf di rantau ini dan juga seantero dunia,” katanya.

Perdana Menteri turut meluangkan masa selama dua jam melawat sekitar gerai pameran di MIEC selain menyaksikan beberapa majlis menandatangani memorandum dan kontrak antara kerajaan dengan syarikat-syarikat industri pertahanan.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:44 AM | Show all posts
Keputusan strategik – Sultan Kedah

LANGKAWI 2 Dis. – Pembinaan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini merupakan keputusan strategik Kementerian Pertahanan bagi memantau kemasukan kapal-kapal di Selat Melaka.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, ia sekali gus menjaga keutuhan serta integriti perairan Semenanjung Malaysia.

“Beta percaya dengan adanya pangkalan itu, keselamatan perairan Langkawi khususnya akan terjamin.

“Selain berperanan memantau selat tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka, pangkalan ini menyumbang kepada pembangunan kemajuan sosioekonomi serta kemakmuran negeri Kedah amnya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena istiadat penamaan kapal TLDM, KD Sri Langkawi kepada KD Sultan Badlishah dan pentauliahan pangkalan TLDM di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Hadir sama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidon; Sultan Selangor yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharifuddin Idris Shah; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pangkalan itu juga akan berperanan untuk membersihkan kegiatan lanun dan penyeludupan di Langkawi serta membantu agensi-agensi kerajaan dalam keadaan kecemasan.

Titah baginda, penamaan KD Sri Langkawi sebagai KD Sultan Badlishah merupakan penghormatan pucuk pimpinan TLDM.

“Ia juga mendapat pengiktirafan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan untuk menama dan mentauliahkan unit ini.

“Beta bersyukur dan berterima kasih kepada TLDM dan ATM kerana memilih nama ayahanda beta, Almarhum Sultan Badlishah Abdul Hamid Halim Shah kerana ia sesuai dengan jasa bakti baginda kepada negara yang menentang penjajah Inggeris dan semangat patriotik baginda,” titah baginda.

Baginda berharap warga TLDM di pangkalan ini dapat mencontohi semangat, perjuangan dan wawasan almarhum Sultan Badlishah mempertahankan tanah air serta ikhlas dan dedikasi menjalankan amanah.
Add to Google
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:44 AM | Show all posts
PM lawat KD Tunku Abdul Rahman

LANGKAWI 2 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang turut menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Awana Porto Malai di sini.

Perdana Menteri mengambil masa kira-kira 45 minit untuk masuk ke dalam kapal selam tersebut.

Hadir sama mengiringi Perdana Menteri, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Dalam pada itu, ketika Perdana Menteri masih berada di dalam kapal selam itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga berkenan untuk berangkat melawat kapal selam pertama negara itu.

Tengku Abdullah diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Kapal KD Tunku Abdul Rahman berlabuh di Awana Porto Malai sempena LIMA 2009 yang bermula semalam dan akan berakhir pada Sabtu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2009 07:45 AM | Show all posts
Demonstrasi APMM pukau penonton di Awana Porto Malai

LANGKAWI 2 Dis. - Deretan penonton yang hadir menyaksikan demonstrasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 hari ini terpukau dengan ketangkasan anggota pasukan itu mengendalikan pertunjukan selama 30 minit.

APMM memaparkan keupayaannya dalam demonstrasi aset bot dan pesawat udara iaitu menawan lanun, penyeludupan dan pengawasan di perairan negara.

Demonstrasi itu menggunakan bot Penggalang yang memiliki kuasa waterjet propulsion buatan tempatan dan berkemampuan mencapai kelajuan sehingga 40 knot sejam.

Bot tersebut digunakan secara meluas dalam operasi antipenyeludupan dan penguatkuasaan di perairan negara dan mampu berpusing sehingga 360 darjah.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Maritim, Datuk Noor Aziz Yunan berkata, tindakan itu amat berisiko dan ia amat memerlukan kemahiran serta disiplin yang tinggi dalam mengendalikan bot tersebut.

Selain itu, ia juga melibatkan lima 'bot kilat' yang berukuran 7.62 meter yang dikendalikan oleh empat krew bot. Bot itu berkuasa 225 kuasa kuda mampu mencapai kelajuan 45 knot sejam.

Noor Aziz berkata, bot itu dibina oleh syarikat tempatan iaitu MSET Shipyard di Kuala Terengganu dan digunakan untuk rondaan di pesisiran pantai, pengawasan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Formasi arrow head digunakan dalam penugasan operasi SAR, penggeledahan dan pemintasan. Formasi kedua daripada bot itu ialah diamond cross dengan menggunakan operasi tindak balas terhadap musuh atau operasi menyelamat tebusan dan formasi ketiga adalah cross sideway.

Persembahan seterusnya melibatkan aset udara APMM iaitu helikopter AS365 Dauphin N3, pesawat amfibia Bombardier CL415 dan Pasukan Tindakan Khas (PTK).

Dalam persembahan yang dibuat itu, ia menunjukkan keupayaan PTK dalam misi menyelamat tebusan di atas kapal yang ditawan oleh lanun di perairan negara.

Pasukan PTK pertama yang diturunkan dari helikopter Dauphin melakukan penggeledahan ke atas kapal yang ditawan, manakala pasukan kedua diaturgerakkan daripada pesawat amfibia dengan menggunakan jet bot khas.

Pada masa yang sama, Dauphin melakukan pengawasan dari udara ke atas KM Malawali untuk memastikan keselamatan operasi menyelamat itu sebelum anggota PTK turun ke atas kapal tersebut.

Persembahan terakhir adalah daripada pesawat amfibia yang berkemampuan mendarat di atas air, menyedut dan menyembur air ke atas sasarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:46 AM | Show all posts
MAE meterai MoU dengan PW untuk peroleh teknologi baru

LANGKAWI 2 Dis. - MAS Aerospace Engineering Sdn. Bhd. (MAE) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Pratt & Whitney (PW) dan Krauss GmbH Aviation Technologies dalam usahanya untuk berada di barisan hadapan dalam teknologi pesawat baru.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Datuk Tengku Azmil Zahruddin pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Menerusi MoU dengan PW itu, kedua-dua pihak meneroka peluang untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi pembaikan dan baik pulih sistem nasel dan komposit.

MoU dengan KRAUSS pula menyasarkan pada penyediaan pembaikan bahagian-bahagian enjin, kelengkapan pendaratan dan kerangka pesawat udara.

Dalam pada itu, Pengurus Besar MAS (Kejuruteraan dan Penyenggaraan-KLIA), Rashidi Saidin berkata, syarikat itu sentiasa meneroka kerjasama strategik bagi memastikan MAE berada di barisan depan dalam teknologi terkini.

"Kerjasama ini akan menjadikan kami sangat kompetitif. Kami bukan sekadar akan mempunyai kepakaran teknologi tetapi juga lebih berdaya saing daripada segi kos berbanding kebanyakan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)," katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Tengku Azmil menyerahkan surat pekerjaan dan tag pengenalan kakitangan kepada tiga pelatih skim Felda Pusat Latihan Kejuruteraan MAS (METC) yang mewakili kumpulan pertama 69 pelatih Felda yang akan diserap menjadi tenaga kerja MAS.

Dalam pada itu, sebuah lagi anak syarikat MAS, MASwings Sdn. Bhd. merancang untuk memperluaskan operasi ke Filipina, Kalimantan dan Sulawesi pada pertengahan tahun depan.

Pengarah Urusannya, Mohd. Salleh Ahmad Tabrani berkata, rancangan itu bakal dilaksanakan selepas syarikat tersebut menerima pesawat ATR72-500 ke-10 pada April depan.

"Hari ini kami menerima pesawat ATR72-500 ketujuh yang akan digunakan untuk penerbangan di 22 destinasi di Sabah dan Sarawak.

"Pesawat kelapan, kesembilan dan ke-10 masing-masing dijangka tiba pada Februari, Mac dan April," katanya selepas upacara menandatangani perjanjian penerimaan itu di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 07:57 AM | Show all posts
15 kontrak lebih RM3.57b dimeterai

Empat firma tempatan, tiga syarikat asing tandatangani MoU dengan Kerajaan Malaysia

LANGKAWI: Sebanyak 15 kontrak bernilai lebih RM3.57 bilion dan tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai pada hari kedua Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (Lima '09), semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan majlis itu yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Tujuh daripada kontrak itu antara Kerajaan Malaysia yang diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dengan empat syarikat tempatan dan tiga syarikat asing bernilai RM1.27 bilion.

Syarikat tempatan membabitkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (program perkhidmatan kapal Kasturi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) RM703.8 juta); Aerotree Defence and Services Sdn Bhd (pemerolehan peralatan olah gerak peperangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) RM126 juta).

Ikramatic Synergy Sdn Bhd (pemerolehan sistem latihan darat TUDM RM74.8 juta); dan Star Fest Sdn Bhd (pemerolehan dan pemodenan kenderaan pemusnah periuk api Olister TLDM RM45 juta).

Tiga syarikat asing itu MBDA France (memperbaharui misil Exocet MM40 milik TLDM RM111.5 juta); DCNS France (pemerolehan alat ganti dan peralatan ujian untuk kapal selam Scorpene RM187.8 juta); dan SAAB Avitronics dari Afrika Selatan (pemerolehan data dan sokongan teknikal berkaitan sistem amaran misil dan laser untuk Sukhoi SU30-MKM RM22 juta).

Lapan kontrak lagi membabitkan syarikat swasta bernilai RM2.3 bilion.

CTRM Aero Composites Sdn Bhd dan Spirit Aerosystem USA (pembekalan komponen komposit bernilai RM2 bilion); kontrak pembinaan empat unit kapal antara NGV Tech Sdn Bhd dan Marine Services Company Saudi Arabia (RM102 juta); Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Universiti Kuala Lumpur bagi menubuhkan pusat latihan komposit (RM2 juta); dan dua perjanjian antara SME Aerospace Sdn Bhd dengan Vought Aircraft Industries Inc (RM88.4 juta).

SME Aerospace juga memeterai tiga perjanjian dengan Spirit Aerosystems (Europe) Ltd tetapi nilainya tidak diumumkan.

MoU pula dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Masterplan Consulting Sdn Bhd bagi kajian penubuhan Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; NGV Tech dengan Top of Korea Shipbuilding Co Ltd bagi pengambilalihan 66 peratus kepentingan dalam Top of Korea; Universiti Pertahanan Malaysia dengan Astronautic Technology (Malaysia) Sdn Bhd bagi kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan modal insan.

Universiti Pertahanan Malaysia dengan Mantra Werks (Malaysia) Sdn Bhd bagi kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam nanoteknologi dan bioteknologi.

MAS Aerospace Engineering and Maintenance Sdn Bhd (MAE) dengan Krauss GmbH dan Pratt & Whitley masing-masing bagi menjalinkan usaha sama.

Eurocopter Malaysia Sdn Bhd dan MIAC Sdn Bhd bagi pembangunan pusat helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:05 AM | Show all posts
Thursday December 3, 2009
Fruitful ventures at Lima

LANGKAWI: Ten defence-related contracts and five memorandums of understanding (MoUs) were inked on the second day of the Langkawi Inter­national Maritime and Aerospace (Lima) 2009 exhibition here.

The signing ceremonies of the contracts and MoUs – involving both Government agencies and the private sector to the tune of RM3.4bil in total investments – were witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The government contracts included development and maintenance programmes for assets belonging to the Malaysian armed forces, such as fighter aircraft, missile systems, offshore patrol vessels and the Scorpene submarines costing RM1.2bil.

Other deals involved local companies such as CTRM Aero Composites Sdn Bhd, NGV Tech Sdn Bhd, Malaysia Industry Group for High Technology (Might), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd, Ikramatic Synergy Sdn Bhd, Star Fest Sdn Bhd and Masterplan Sdn Bhd.

The contracts and MoUs ranged from a RM703.8mil service life extension programme for the navy’s Kasturi-class corvettes by Boustead Naval Shipyard to a study into the creation of a Malaysia Defence and Security Technology Park Concept Plan.

In another development, Russian Ambassador to Malaysia Alexander A. Karchava said there had been no discussion between the two countries on plans for the phasing out of the MiG-29N fighter jets from January next year.

“There is no verbal discussion or official letter from the Government or the Royal Malaysian Air Force on possible intention of selling back the jets to us,” he said during a press conference here yesterday.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had earlier indicated that phasing out the MiG-29N fighter jets would save the government RM260mil a year.

At a gala dinner later, Najib urged all nations to contribute towards ensuring global security in the face of current world challenges.

“We are still reeling from the global financial meltdown and I am not in any way advocating greater defence spending. No nation can afford to abdicate their responsibility, leaving others with the burden,” he said, pointing out piracy at the Gulf of Aden as an example where global cooperation was important.

He added that this year’s Lima was expected to rake in businesses worth over RM10bil.

“Evidence of this is clear in the signing of multiple defence contracts. I am informed that the total value of business generated is currently at a very impressive RM9.8bil,” he said.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:06 AM | Show all posts
M’sian vessels set to make a splash

LANGKAWI: Local boat manufacturer Professional Powercraft is making it debut at the Langkawi International Maritime and Aerospace Industry (LIMA) Exhibition with hopes of selling its made-in-Malaysia vessels.

Managing director Peter Kidd said his team brought along two products from the company — P46 high-speed coastal patrol vessel and P56 high-speed offshore patrol vessel.

Kidd said both boats were suitable for use by enforcement units and coast guards.

He added that since setting up its operation centre in the Port Klang Free Zone (PKFZ) area 18 months ago, the company had produced six P46 type boats for Middle Eastern customers.

“We chose PKFZ area because it provided us with good shipment access for our materials and for shipping purposes,” he said.

Kidd, who was among the presenters in the Lima International Maritime Conference on Sunday said that so far several countries had shown interest.

He added the company used imported materials from several countries including Australia, United States and Japan to produce the boats.

The company also plans to produce a new type of boat — PL36 long-range patrol boat, also for Middle Eastern customers.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:11 AM | Show all posts
Najib: No date fixed to buy Cougars

2009/12/03

LANGKAWI: The government has yet to decide when to go ahead with the purchase of Eurocopter Cougar EC725 helicopters for the Nuri replacement programme.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said it was merely a question of financing now that the Public Accounts Committee had cleared the procurement process as having followed procedures.

"There is no doubt that Mindef (Defence Ministry) and the RMAF (Royal Malaysian Air Force) want the aircraft.

"It is a high-performance helicopter. If you don't believe me, just ask the chief of armed forces," he said yesterday.

When Armed Forces chief Gen Tan Sri Azizan Ariffin replied that the helicopter was indeed a high-performance one, Najib drew laughter by saying: "He (Azizan) is not just saying it because I said it."

The government had announced that 12 Cougars would be procured to replace the RMAF's aging fleet of Nuris but the programme had to be deferred due to economic constraints.

The prime minister also said he was proud that the exhibition was well-received internationally.

Najib said despite times of global economic crises such as the present, Lima still drew many companies.

He said he had noticed the continued growth of local companies, attributing this to the government's four-pronged approach in helping the local defence industry.

The first, said Najib, was the government's insistence on offset programmes whenever procuring anything, the second was the support the government gave local companies and the third was the vendor programme initiated during the building of any asset.

"Fourth is the government's procurement policy where, if a local company can build something we need, we will buy from them."

Najib cited the example of Sapura which was involved in the government integrated radio network.

The network allowed 13 different government agencies to communicate with each other.

Najib also singled out NGV Tech Sdn Bhd for special praise.

The company had earlier signed a memorandum of understanding for the acquisition of 66 per cent of shares, worth RM120 million, in Top of Korea Shipbuilding Co Ltd.

"A local company can buy a South Korean shipyard... this is something unusual. Usually, foreign companies buy our shipyards, now it's the other way around."
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:12 AM | Show all posts
Looking after straits safety

2009/12/03

LANGKAWI: It's fitting that the naval base in Langkawi commissioned yesterday was named KD Sultan Badlishah.

From here, the navy will cast a watchful eye over the Straits of Malacca, guarding against foreign intrusion and interference the same way the late Kedah ruler guarded his kingdom from being totally dominated by British occupiers.

Perhaps more fittingly, it was his son, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, the current sultan, who officiated at the commissioning of the base -- designated Royal Malaysian Navy (RMN) Region Three maritime headquarters -- that began operations in October 2007.

The event, which saw the base's name being changed from KD Langkawi, was also attended by the RMN captain-in-chief, Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Kedah princess Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim, Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and the chiefs of the armed forces.

In his speech, Sultan Abdul Halim thanked the navy for naming the base after his father, saying it was a very appropriate gesture considering his service to the nation.

"His contributions are evident throughout the pages of history. He, together with the other Malay rulers, removed the British influence from the country," he said, reminding the gathering of Sultan Badlishah's fierce opposition to the formation of the Malayan Union.

He added that it was also Sultan Badlishah who first unfurled the Umno flag during the 1946 general assembly in Penang.

"It was symbolic of the Malay people's battle for freedom from British supremacy since Sir Francis Light first raised the British flag in Penang -- an island originally belonging to Kedah," said Sultan Abdul Halim.

He said his father's patriotism was also evident in his move to replace British district officers with local officers.

"He believed that local boys had the ability to administer and better understand the problems faced by the people," he said, urging the men stationed at the base to follow the example of Sultan Bad-lishah's spirit and drive in defending the nation.

The base, which will be tasked with maintaining the security and integrity of Peninsula Malaysia's north-west coast, has three main branches -- administration, logistics and the medical branch.

It will also work with other government agencies in the event of emergencies.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 11:01 AM | Show all posts
159# jofizo

namapun cougar..mustila kelam..pandai nyorok
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 11:04 AM | Show all posts
161# matamata

Aku tunggu sejak LIMA 05, DSA 06..selain A400, xtra Adnan xde hape yang menarik pastuh..antara reason aku dah lama tak masuk papan ni..bosan ngan cakap nak beli tu nak beli ni..tapi satu hapah pon xbli..pigidahh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 11:59 AM | Show all posts
Mmg hajat di hati setinggi gunung, apakan daya kedudukan kewangan Kerajaan tidak mengizinkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 12:31 PM | Show all posts
sebenarnya m'sia banyak duit........ hapuskan semua subsidi minyak, gula, beras, bla b;la bla....... musti dpt kawtim nyer, tapi rakyat plak merana.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:44 PM | Show all posts
175# StealthTuah

Yup agreed, spatut nyer mcontohi MOD indo yg beli skit2 lama2 jd byk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:39 PM | Show all posts
kelemahan beli sikit2 nih mungkin susah sikit nak dpt tot kot........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:45 PM | Show all posts
179# jofizo
Bukan itu sahaja, unit kos mungkin lagi mahal dari pada pembelian yang lebih besar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081371 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list