CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cronicle86

Gambar2 dan Poster Filem zaman kegemilangan Filem Melayu..

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 06:01 PM | Show all posts
Aloha (1950)






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 02:04 PM | Show all posts
Si Tanggang (1961)





Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 08:15 PM | Show all posts
Ribut (1962)







Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:56 PM | Show all posts
Keratan Kartun Dari Majalah Filem  Terdapat Di Muzium Peringatan P.Ramlee (Pulau Pinang)





credit : Rossem

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 01:04 PM | Show all posts
10 FILEM MALAYSIA TERBAIK SEPANJANG MASA






Sumber : https://twitter.com/WayangBudiman




Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 06:14 PM | Show all posts
apa sbnrnya permusuhan antara p.ramlee dan jins ye..smpi skrg tak brapa phm.. dua2 lejen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2018 03:52 PM | Show all posts
KARYA AGUNG HUSSAIN HANIFF





“Istana Berdarah merupakan filem Hussain Haniff yang teragung.” - Bahyah Mahmood


Begitulah komen wartawan hiburan Bahyah Mahmood terhadap filem Istana Berdarah arahan Hussain Haniff. Menurut beliau lagi, Hussain Haniff telah berjaya menghasilkan satu karya yang hebat serta gambaran yang sangat baik.

Filem Istana Berdarah merupakan filem yang ke-9 arahan Hussain Haniff. Di studio Cathay-Keris, Hussain Haniff mempunyai rakan-rakan sepasukan teknikal yang sekepala dengannya. Mereka inilah yang mampu melayan kerenah Hussain Haniff yang sangat cerewet serta panas baran itu dalam kerja-kerja pembikinan filem.

Hussain Haniff dikatakan seorang yang buta huruf. Tetapi bagaimana beliau boleh membikin filem yang hebat? Menurut Yunos Alwi yang pernah menjadi pembantu jurukamera dalam kebanyakan filem-filem Hussain Haniff, hidup seharian individu yang bernama Hussain Haniff ini hanya tertumpu kepada filem, filem dan filem. Beliau sangat obses terhadap filem. Jika tidak terikat dengan jadual penggambaran, beliau gemar mengajak rakan-rakannya menonton filem-filem Hollywood serta Jepun.

Hussain Haniff sangat menggilai Akira Kurosawa. Ini terbukti kerana terdapat banyak syot-syot filem Hussain Haniff seakan-akan menyerupai Akira Kurosawa. Untuk filem Istana Berdarah, Hussain Haniff mengadaptasi karya agung William Shakespeare - “Macbeth” melalui karya Akira Kurosawa iaitu Throne of Blood (1957).

Hanya dengan menonton filem-filem sahaja Hussain Haniff mempelajari teknik-teknik membikin filem serta berbincang dengan rakan-rakannya tentang filem-filem yang mereka tonton. Sikap Hussain Haniff yang gemar memberontak itu dizahirkan ke dalam filem-filemnya yang penuh dengan unsur-unsur darah, kekejaman, sadisme dan sebagainya.

Istana Berdarah mula ditayangkan pada 12 April 1965. Agak menyedihkan, filem yang dianggap sebagai arahannya yang teragung ini dipercayai telah pupus.


Teks : Mohd Danial Abd Aziz


Sumber :-

1. Mastika Filem bil. 29 (November 1964)
2. Berita Harian, 19 Disember 1964
3. Memoir Hamzah Hussin : Dari Keris Film ke Studio Merdeka
4. Hamzah Hussin : Sekitar Pemikiran Seni Untuk Seni
5. Artikel “Hussein Haniff dalam kelasnya tersendiri” oleh Nasir Jani
6. Daftar Filem Melayu 1933-1993



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 04:39 PM | Show all posts
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-10


Teks : Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto : Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun : Zaini Yusop






Rose Yatimah seolah-olah bagi pihak tuanrumah mengalu-alukan kedatangan perwakilan FFA10 menginap di Palace Hotel yang terletak bertentangan dengan istana Maharaja Jepun

FESTIVAL Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-10 (FFA10) berlangsung di Tokyo, Jepun dari 14 hingga 19 April 1963. Ini kali keempat Tokyo menjadi tuanrumah selepas FFA1 (1954), FFA4 (1957) dan FFA7 (1960).

Kuala Lumpur-Singapura diwakili oleh bintang filem dan pengarah filem, P. Ramlee, Hussain Haniff, Latiffah Omar, Rose Yatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali.

Pegawai pula, Mohamed Sophiee, Pengarah Jabatan Penerangan Malaya juga merupakan salah seorang juri FFAP10 dan Tom Hodge mewakili Malayan Film Unit (MFU).

Filem yang menyertai di peringkat awal, "Ibu Mertua Ku" (arahan P. Ramlee), "Labu Labi" (P. Ramlee), "Chuchu Datok Merah" (M. Amin) dan "Masok Angin Keluar Asap" (Hussain Haniff).

Tetapi di saat-saat akhir dimasukkan juga "Bayangan Di Waktu Fajar" yang diarahkan oleh Usmar Ismail.

Latiffah Omar membintangi "Chuchu Datok Merah" dan "Bayangan Di Waktu Fajar", Rose Yatimah "Chuchu Datok Merah" dan Wahid Satay "Masok Angin Keluar Asap".

Filem-filem dokumenteri, Malayan Film Unit memasukkan "Installation of the Yang di-Pertuan Agong III" dan "Partners in Progress", South East Asia Shell Unit dengan "Engine Beware" dan "A Key to Progress".






Atas : P. Ramlee (kiri) sedang bergaya menerima anugerah Bakat Serba Boleh.
Bawah : P. Ramlee sedang ditemuramah oleh pemberita Jepun






Atas : Apalah yang dipelawa oleh P. Ramlee kepada Latiffah Omar sampaikan Rose Yatimah dan Rahmah Ali ketawa gelihati.
Bawah : P. Ramlee diapit oleh dua bintang filem Jepun


Bagi P. RAMLEE sudah tentu negara Jepun menjadi bumi bertuah untuknya. Di negara inilah dia menerima anugerah yang hingga kini (setelah 48 tahun berlalu) tidak ada sesiapa pun (baik Malaysia-Singapura mahupun negara-negara FPA yang lain) berjaya memilikinya.

Seolah-olah Bakat Serba boleh (The Most Versatile Talent) itu hak mutlak P. Ramlee seorang saja.

Sepanjang yang diketahui, dalam festival-festival filem seluruh dunia baik di barat mahupun di timur baik di utara mahupun di selatan, anugerah serupa itu tidak pernah wujud.

Kalau ada pun pada tahun 1958, apabila Golden Globe menganugerahkan kepada Jean Simmons The Most Versatile Actress bukannya The Most Versatile Talent.

Itulah P. Ramlee. Bakatnya (mengarah filem, berlakon, menyanyi, berlawak, mencipta lagu dan lirik, menulis cerita dan lakonlayar, bermain musik, menari dan entah apa-apa lagi) memang sukar ditandingi.

Tidak jelas dan tidak nampak langsung, 48 tahun lagi dari sekarang, manusia macam P. Ramlee ini akan ditemui untuk di berikan anugerah Bakat Serba Boleh.

Ini bukan kali pertama P. Ramlee diberi penghormatan di bumi Jepun. Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 (FFAP4) pada tahun 1957, dia menerima anugerah yang sangat berprestij, Pelakon Lelaki Terbaik kerana peranannya dalam filem "Anak-Ku Sazali" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

Agak menarik dan secara kebetulan pula, dua pelakon yang seringkali dikaitkan dengan P. Ramlee turut bersama menghadiri festival filem ini - Latiffah Omar dan Rose Yatimah.

Latiffah Omar mula meningkat naik namanya setelah berlakon dengan P. Ramlee dalam "Panggilan Pulau" yang diarahkan oleh S. Ramanathan dan Rose Yatimah pula sememangnya diperkenalkannya sendiri dalam "Pendekar Bujang Lapok".

Ini bererti kemenangan P. Ramlee, dengan tidak secara langsung, turut disambut dan diraikan di bumi bertuah itu oleh dua bintang filem yang sememangnya cukup popular dan berkait rapat dengannya.

Lebih menarik lagi, pemergian Latiffah Omar dan Rose Yatimah bukannya dihantar oleh Shaw Brothers tetapi dibiayai oleh Cathay Keris Film.




Bertuahnya Hussain Haniff (tengah) kerana diapit oleh ramai pelakon filem Kuala Lumpur-Singapura dan Tokyo







Atas : Latiffah Omar, Wahid Satay, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bergambar dengan perwakilan yang tidak dapat dipastikan dari mana.
Bawah : Latiffah Omar, Rose Yatimah, dan Rahmah Ali disambut oleh wakil tuanrumah sebaik saja mereka sampai di Lapanganterbang Narita, Tokyo




Dari kiri: Latiffah Omar, Hussain Haniff, wakil tuanrumah, Rose Yatimah dan Rahmah Ali sedang difilemkan gambar mereka oleh pemberita Jepun




Tom Hodge sedang ditemuramah oleh pemberita-pemberita Jepun sambil diperhatikan oleh (di belakang) Wahid Satay, Latiffah Omar dan Rahmah Ali




Latiffah Omar, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bersama salah seorang perwakilan dari Manila, Filipina



Bergambar ramai antara perwakilan Kuala Lumpur-Singapura, Taipei dan Tokyo



Sources : http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2018 05:25 PM | Show all posts
P.RAMLEE MENANGIS







Dalam kegembiraan dan lawak jenaka yang ditunjukkan melalui filem-filemnya. Jauh disudut hati beliau tersimpan perasaan duka. Itulah P.Ramlee yang tidak suka berkongsi kisah duka dan masalah yang dihadapinya dengan semua orang.

Menurut Nasir anak kandungnya, bapanya itu sering berduka, perasaannya tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun, kadang kala dia duduk termenung dan saya dapat melihat kedua kelopak matanya bergenang dengan air mata seolah-olah ada sesuatu yang terpendam di hatinya.

Pada satu malam ketika mama (Saloma) tidak ada di rumah yang pada ketika itu memenuhi undangan nyanyian, Nasir pernah bertanya kepada bapanya yang dipanggil daddy itu, "Tidakkah daddy berasa sunyi bila mama tidak ada?" P.Ramlee menjawab, "Terlalu sunyi." Nasir dapat rasakan kesunyian yang bapanya alami itu.

Nasir pergi duduk disebelah bapanya lalu bertanya, "Daddy kalaulah nanti daddy sudah tidak ada lagi di dunia ini, kemana Nasir nak pergi?" P.Ramlee hanya tunduk dan mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun soalan dari Nasir. Kemudian beliau merenung muka Nasir dengan wajahnya yang sedih. Kemudian Nasir bertanya lagi, "Kenapalah Nasir tidak ada adik-beradik kandung yang lain kalau ada kan bagus." P.Ramlee masih berdiam dan kali ini air matanya jatuh berlinang. Kemudian Nasir terus memeluk daddynya itu. Selepas itu baru P.Ramlee bersuara, "Nasir jangan bimbang, Daddy akan hidup seribu tahun lagi." Nasir terus menjawab cakap bapanya itu, "Mana ada orang hidup sampai seribu tahun daddy?" P.Ramlee memendekkan perbualan itu dengan berkata, "Sudahlah, Nasir pergi salin pakaian mari kita pergi makan mee goreng.


Teks : Hidir Ali Razali


Sumber :-

1. Bapaku P.Ramlee - Nasir P.Ramlee

2. Gagak Di-Rimba - Abdullah Hussain


- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 05:35 PM | Show all posts
KELUARGA SI COMAT (1975)






Arahan : Aziz Sattar
Penerbit : Deddy M Borhan (Sabah Film Productions)
(Sekadar padangan)

Setelah berpulangnya Seniman besar P.Ramlee dan Nordin Ahmad dan penutupan dua studio besar (MFP 1967 & Cathay Keris 1973), dunia perfileman Melayu seolah-olah mengalami semacam waktu kegersangan. Walaupun Merdeka studio di KL masih berfungsi mengeluarkan filem-filem Melayu, ia tidak begitu membantu mengisi kekosongan masyarakat dan peminat filem Melayu.

Kemungkinan besar mereka mula rindu dengan P.Ramlee, Seniman dan Seniwati era emas MFP dan Cathay. Akhirnya kekosongan tersebut diisi oleh kelahiran sebuah filem komedi Keluarga Si Comat pada 1975. Penerbit dan pemilik Sabah Film Productions, Deddy M Borhan telah bekerjasama dengan Aziz Sattar (pengarah) dalam proses penghasilan filem yang bersifat "light hearted" ini. Untuk pengetahuan umum, Keluarga Si Comat ini pernah dihasilkan bersama skripnya oleh P.Ramlee dan Aziz Sattar pada tahun 60an. Ilham untuk Filem itu sayangnya terkubur, tapi dihidupkan kembali pada tahun 70an.

Mereka telah mengambil beberapa mantan para pelakon Shaw dan Cathay memegang watak utama, pembantu dan cameo.

Kemunculan S.Shamsuddin berganding dengan Aziz seolah-seolah mengubat rindu para peminat pada era Bujang Lapok. Begitu juga Ibrahim Pendek, komedian era MFP yang dirindui kelucuan gelagatnya. Dari Cathay, Malek Selamat tampil sebagai Cameo atau bintang undangan dan juga Hjh Habsah Buang.

A.Bakar Ali yang pernah berkhidmat untuk MFP bertindak menghasilkan Sinematografi. Kassim Masdor, penggubah dan pencipta lagu untuk filem-filem Melayu di MFP juga menghasilkan soundtrack atau runut bunyinya.

Menurut Deddy M Borhan, pihak beliau menghadapi cabaran untuk menayangkan filem ini di panggung-panggung kerana waktu itu taukey wayang tidak yakin dengan filem-filem Melayu dari segi keuntungan. Walaubagaimanapun, filem ini berjaya juga mengubat kerinduan masyarakat Melayu pada era kegemilangan filem Melayu.

Dari Kacamata saya,


Teks : Rudy Djoe




- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 05:39 PM | Show all posts
MENGENANG SENIMAN MAHMUD JUNE






Insan yang terkenal dengan nama pentas “Mahmud June” ini tidak perlulah diperkenalkan lagi. Walaupun sesetengah orang tidak mengetahui nama beliau, tapi orang akan sentiasa mengingati watak yang dibawa oleh beliau seperti Pak Maon, Rashid, Bapa Minah dsb. Aura watak yang dibawa oleh beliau sehingga menyebabkan tertubuhnya sebuah kugiran yang diinspirasikan daripada “tarian Pak Maon” itu sendiri.

Karier beliau sebagai seorang pelakon bermula apabila L.Krishnan mengambil beliau berlakon sebagao watak tambahan di dalam filem Orang Lichin. Karier beliau mula memuncak apabila beliau sering diberikan watak watak “crook” seperti Tun Bija Ali di dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Di-julang, Pateh Karmawijaya di dalam Hang Jebat ,Megat Rambai di dalam Jalak Lanteng dan Bijasura di dalam Dang Anom. Keberkesanan watak yang dibawa oleh beliau meletakkan Mahmud June sebaris dengan pelakon-pelakon crook yang ada pada ketika itu seperti Seniman Salleh Kamil. Pendek kata, jika Malay Film Production ada Salleh Kamil, maka Cathay-Keris ada Mahmud June.

Namun, setelah kontraknya bersama Cathay-Keris tamat, beliau telah diundang oleh L.Krishnan Merdeka Studio untuk membintangi filem Selendang Merah. Di sana, beliau berganding dengan P.Ramlee buat kali pertama beliau berpeluang untuk berlakon di bawah filem arahan P.Ramlee. Ini menjadi penghormatan buat Mahmud June kerana beliau berpeluang untuk berlakon di bawah dua pengarah terhebat iaitu Hussain Haniff di Singapura dan P.Ramlee di Kuala Lumpur. Tambahan pula, Mahmud June amat meminati gaya pengarahan kedua-dua seniman tersebut. Di Kuala Lumpur juga, beliau tidak lagi diberi watak crook, sebaliknya beliau kerap diberi watak kelakar dan serius. Walaupun selepas Merdeka Studio ditutup, beliau tetap diundang berlakon sehingga akhir 90’an. Beliau juga pernah menjadi duta kepada sebuah syarikat teh terkemuka. Beliau juga banyak menghabiskan sisa sisa umur beliau dengan mengajarkan Al-Quran di tempat beliau tinggal. Sebagai tambahan, beliau juga pernah menjadi guru mengaji di rumah P.Ramlee.

Hari ini, genap 16 tahun pemergian beliau. Beliau meninggal dunia akibat asma dan jangkitan paru paru. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang pada hari Jumaat. Walaupun beliau kini sudah tiada lagi, namun watak watak jahat beliau tidak mampu ditandingi oleh mana mana pelakon tanah air sehingga ke hari ini.

Al-Fatihah

Mahmud Junit Bin Derani

(20 Januari 1921 – 13 Januari 2002)




Teks : Aiman Hakim




- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 05:50 PM | Show all posts
P.RAMLEE MILIK SIAPA ?





Satu ketika dahulu sekitar tahun 1990-an pernah timbul persoalan berkaitan dengan siapa yang lebih layak mengabadikan jasa seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Wajarkah Malaysia menobatkan P.Ramlee adalah sebagai harta warisan negara oleh kerana P.Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang. Singapura pula pernah mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Penerangan dan Keseniannya pada ketika itu, George Yoe, dengan berkata, "Tiada P.Ramlee tanpa Singapura", kerana merujuk sebagian besar zaman kegemilangan kerjaya seni P.Ramlee dihabiskan di Republik itu. Acheh juga tidak mahu ketinggalan dengan mengiktiraf bahawa P.Ramlee mempunyai darah keturunan dari negara yang digelar Serambi Mekah itu melalui susur galur ayahandanya.

Persoalan ini satu ketika dahulu hangat diperdebatkan sehingga salah seorang dari Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang juga sahabat baik P.Ramlee turut campur tangan dengan mengeluarkan kenyataan, P.Ramlee milik NUSANTARA!.

Mari kita bersama-sama membincangkan perkara ini kembali dengan penuh berhemah dan bersopan-santun berpandukan kepada hujah-hujah yang membina dan berfakta.

Artikel tulisan Adam Salleh (Jarum Emas), Harian Metro, 25 April 1998.


Teks : Hidir Ali Razali


- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 06:56 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tau sape cucu2 p.ramlee? Dari nasir ada berapa anak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 01:42 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 4-7-2018 01:43 AM

Senandung Seniman Agung

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 01:49 AM | Show all posts
Majalah Fesyen (1961)











Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:05 AM | Show all posts
Kisah Babak Pak Maon Baca Buku Sejarah Tercipta



By Hidir Ali Razali

November 5, 2018







Kepada semua masyarakat Melayu dan peminat filem Melayu klasik khususnya, pasti tidak dapat melupakan babak lucu Pak Maon yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmood Jun membaca syair di dalam filem Nasib Do Re Mi, arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1966. Tetapi adakah kita semua tahu bagaimana babak itu tercipta?

Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh Allahyarham Datuk Mahmood Jun kepada penulis tahun 1998. Ketika itu penulis menemui beliau di salah satu majlis mengenang seniman dan seniwati veteran yang dianjurkan oleh pihak Finas, di Kompleks Studio Merdeka, Ulu Kelang. Mahmood Jun juga adalah antara individu yang menyambut P.Ramlee di Federal Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 1964 apabila pihak Studio Merdeka meraikan perpindahan P.Ramlee dari Singapura ke Kuala Lumpur. Walaupun ketika di Singapura Mahmood Jun dan P.Ramlee tidak pernah berlakon bersama kerana mereka berkhidmat di dua buah studio yang berbeza. Tetapi apabila kedua-dua pelakon ini bernaung dibawah satu bumbung di Kuala Lumpur, P.Ramlee telah mengambil Mahmood Jun untuk berlakon di dalam filem pertama arahannya di Studio Merdeka iaitu Sitora Harimau Jadian.

Sebelum P.Ramlee menjalankan penggambaran untuk babak berkenaan, Mahmood Jun yang pada ketika itu sedang duduk di atas kerusi di satu sudut di dalam set penggambaran tersebut sambil membaca sebuah buku syair. P.Ramlee pada ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada semua kru-kru yang terlibat. Sepatutnya babak itu Mahmood Jun perlu membaca suratkhabar bukannya syair.

Sedang asyik Mahmood Jun membaca syair sambil menunggu giliran beliau dipanggil, tiba-tiba P.Ramlee yang sedang lalu lalang dihadapannya terus berhenti lantas berkata, “Cilaka, buat macam ni bang!” dengan nada bersungguh-sungguh. Mahmood Jun yang tergamam terus terhenti membaca syair tersebut. Mahmood Jun bertanya, “buat apa Ramli?”, “aku nak abang buat syair ni!”


Saya pasti ramai dikalangan penonton yang pernah menonton filem dan babak berkenaan tidak kering gusi melihat telatah Mahmood Jun melakonkan babak ikonik itu. Bagi saya watak Pak Maon lakonan Mahmood Jun adalah salah satu simbol kekuatan di dalam filem Nasib Do Re Mi. Kesimpulannya saya menganggap babak ini dicipta oleh P.Ramlee dalam masa yang singkat dimana ideanya telah dicetuskan oleh Mahmood Jun sendiri.


Mahmood Jun ini bukan calang-calang pelakon. Ilmu lakonannya sangat luas. Sebelum menjadi pelakon di Singapura beliau terlebih dahulu aktif dalam bangsawan sejak tahun 1930-an lagi dan sering menjelajah ke seluruh Malaya membuat persembahan. Sehinggalah beliau menganggotai kumpulan bangsawan Grand Nooran Opera yang dimiliki oleh Pak Yem seorang tokoh bangsawan yang berpusat di Singapura. Dari situlah Mahmood Jun diberi peluang untuk berlakon filem. Filem pertamanya berjudul Orang Licin pada tahun 1957 arahan L.Krishnan, terbitan Cathay-Keris.

Di Cathay-Keris Mahmood Jun sememangnya terkenal dengan watak-watak antagonis. Kebanyakkan filem-filem lakonan beliau lebih terkenal dengan watak sedemikian. Filem-filem seperti Raden Mas, Noor Islam, Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Dang Anom, sangat diingati oleh para peminat filem Melayu klasik apabila merujuk kepada lakonan antagonis yang dibawa oleh Mahmood Jun.

Apa yang paling menarik untuk dikupas ialah bagaimana P.Ramlee boleh terfikir untuk merubah Mahmood Jun dari seorang pelakon crook yang hebat dalam sejarah filem Melayu kepada pelakon yang mampu membawa peranan komidi (Pak Maon) di dalam filem Nasib Do Re Mi. Apa yang lebih menarik adalah kebanyakkan masyarakat kini lebih mengingati watak Pak Maon berbanding watak-watak crook yang pernah dilakonkan oleh Mahmood Jun sebelum itu di Cathay-Keris. Inilah satu kehebatan P.Ramlee dalam mencorak dan menghidu bakat pelakon. Antara filem filem lakonan Mahmood Jun dibawah arahan P.Ramlee seperti Sitora Harimau Jadian, Ragam P.Ramlee (Damaq), Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.


Sumber :

Sesi temubual bersama Datuk Mahmood Jun, pada tahun 1998



Sources : https://www.thepatriots.asia/



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:35 PM | Show all posts
Hang Tuah (1956)





Sarjan Hassan (1957)







Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:01 AM | Show all posts
update.................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.063640 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list