CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cronicle86

Gambar2 dan Poster Filem zaman kegemilangan Filem Melayu..

  [Copy link]
Post time 3-6-2016 07:25 PM | Show all posts
RAJA BERSIONG '' KING WITH FANGS '' (1968)



Date : 30/01/1967

Malaysian Prime Minister Tengku Abdul Rahman became a film director for almost one hour at Jalan Ampas Studio in Singapore. The film '' Raja Bersiong '' (King With Fangs) was bases on a book written by him.

























Sources : National Archives Of Singapore

http://www.nas.gov.sg








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2016 11:38 PM | Show all posts
Sempena Hari Raya ini, izinkan kami berkongsi sebuah ucapan Hari Raya dari zaman sebelum Merdeka



Ucapan ini telah disampaikan pada tahun 1949 oleh Dr. Burhanuddin Helmi, Penasihat Agong PKMM, pada ketika Malaya sedang berada dalam suasana Darurat yang dilancarkan oleh Kerajaan Penjajah British pada tahun 1948.

Ucapan ini telah diterbitkan dalam Majalah Kenchana di Singapura, keluaran bulan Ogos 1949.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Pusat Sejarah Rakyat.








Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2016 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 01:47 PM | Show all posts
NEWSPAPER DIRECTOR AND MALAY FILM PRODUCER MR M SHAH EXTENDING GOOD WISHES TO SCREEN ACTRESS MISS SRI I UNIATI AT HER FAREWELL PARTY ON EVE OF HER RETURN TO INDONESIA


Date : 30/07/1955


Sri I Uniati, a leading Indonesian actress with Keris Film Productions, starred in the Malay movie 'Mutiara dari Malaya' directed by Laurie Friedman. The film was shot in April 1955. Mr H M Shah (now Datuk H M Shah) set up Merdeka Film Studio in Kuala Lumpur together with Ho Ah Yoke in 1960.





Sources : http://www.nas.gov.sg


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 01:53 PM | Show all posts
MALAY FILM ACTRESS AND MOTHER OF ANITA SARAWAK, SIPUT SARAWAK AT STRAITS TIMES OFFICE


Date : 08/04/1951





Sources : http://www.nas.gov.sg


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 02:06 PM | Show all posts
FILM STAR SARIMAH ZULKIFLI I ON HER PLIGHT AFTER THE CLOSURE OF MALAY FILM STUDIOS BY SHAW ORGANISATION DUE TO ECONOMIC REASONS.


Date : 03/10/1967








FORMER FILM STARS AND STUDIO HANDS OF SHAW'S MALAY FILM PRODUCTIONS LIMITED COULD NOT BE LESS INTERESTED BY THE COMPANY'S ANNOUNCEMENT THAT IT WAS TO START FILMING AGAIN AFTER GOING INTO LIQUIDATION SOME 10 MONTHS AGO AS THE JOBLESS ACTORS, ACTRESSES AND TECHNICIANS HAVE THEIR OWN FILM COMPANY SHARIKAT GABONGAN ARTIS FILEM


Date : 25/07/1968









Sources : http://www.nas.gov.sg


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2016 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 01:14 PM | Show all posts
Raja Bersiong (1968)






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 09:50 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:06 PM | Show all posts

anugerah apa lagi yg p ramlee menang di ffap ni

ade mention lg 4



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:07 PM | Show all posts

ada tok sami buddha terselit sm tu

sape bwk watak raja bersiong dlm ni
xigt plak sarimah pun ada sm




Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 01:16 PM | Show all posts
Rindu zaman kegemilang niiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 05:18 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 15-2-2017 06:32 PM

Si Tora Harimau Jadian - Tribute



Artwork : Walid Muhammad










Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 11:53 AM | Show all posts
P Ramlee Terima Anugerah Yang Tidak Pernah Wujud Di Dunia





Dari Tokyo, P.Ramlee telefon Saloma dan memaklumkan bahawa beliau telah tertangguh 1 hari (flight delay) untuk pulang ke Singapura. P.Ramlee menerangkan kepada Saloma bahawa beliau mendapat anugerah yang belum ada dalam dunia seni iaitu pelakon serba boleh, dimana P.Ramlee lah yang merupakan pelakon dan pengarah pertama yang dianugerahkan anugerah “THE MOST VERSATILE TALENT”.

Manakala bagi filem ANTARA DUA DARJAT pula, P.Ramlee terpaksa bertanding dengan Toshiro Mifune dari Jepun sebagai pelakon  terbaik, kata P.Ramlee, beliau kalah satu mata kerana pihak Indonesia tidak memberi sebarang markah kepadanya. Jika pihak Indonesia memberi 2 mata, P.Ramlee akan menerima  anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik untuk kali kedua, oleh itu anugerah pelakon lelaki terbaik telah dimenangi oleh Toshiro Mifune, rakan dan pelakon yang diminati oleh P.Ramlee dari Jepun.


NILAI SEBUAH SAHABAT SEJATI

Kepulangan P.Ramlee dari Jepun ke Singapura pada ketika itu adalah membawa anugerah  tertinggi bagi orang seni didunia iaitu “THE MOST VERSATILE TALENT” yang merupakan anugerah yang belum pernah digondol oleh mana-mana  pelakon dalam dunia. Di lapangan terbang, tidak ramai yang menyambut kepulangan P.Ramlee, antara yang hadir pada masa itu ialah Mr Kwek, Jaafar Abdullah, Ahmad Zakaria dan yang mengalungkan bunga kepada P.Ramlee ialah Saloma & Ramli Ismail. Pada sebelah malam, NORDIN AHMAD datang ke rumah P.Ramlee di No. 28 Cedar Avenue sambil mengucapkan tahniah kepada beliau. Nordin Ahmad bertanya  kepada P.Ramlee tentang bagaimana anugerah seperti itu  boleh diadakan (THE MOST VERSATILE TALENT) ???


P.Ramlee berkata menurut kata juri hakim, tiada anugerah yang  sepadan dengan kemampuanku dalam filem IBU MERTUA KU, kerana dalam filem itu aku terlibat sebagai pelakon drama dan muzik, lagu dalam filem itu aku juga yang tulis, bagi nyanyiannya aku sendiri yang menyanyi dalam filem itu, dan aku mengarah filem itu, jadi semua juri berbincang apa anugerah yang patut aku dapat? Juri sebulat suara mengatakan aku adalah seniman serba boleh dan dalam filem ANTARA DUA DARJAT kalau Indonesia beri 2  mata, aku akan dapat anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik.

Pihak Shaw Brothers mahu P.Ramlee pergi ke Hong Kong untuk membuat filem Melayu disana. Oleh kerana beliau tidak gemar sikap pekerjanya yang ikut kata-kata pihak Union, Shaw telah serah sebuah skrip yang ditulis  oleh  Run Run Shaw kepada P.Ramlee untuk membuat filem pertama di Hong Kong. Skrip itu berjudul “SENIWATI” dan pihak Shaw menyuruh  P.Ramlee mencari sekurang-kurangnya tiga lagi cerita untuk dijadikan filem Melayu di Hong Kong. Pelakon yang akan P.Ramlee bawa  bersama ke Hong Kong untuk filem pertama berjudul “SENIWATI” itu ialah SARIMAH, UDA OMAR, AHMAD NISFU serta beberapa orang lagi pelakon dari studio Jalan Ampas.

Apabila pihak Union mendapat tahu perkara ini, semua pelakon dibawah naungan Union tidak  dibenarkan mengikut P.Ramlee ke Hong Kong. Sementara menantikan untuk ke Hong Kong, P.Ramlee mengarah satu lagi filem di studio Jalan Ampas iaitu filem TIGA ABDUL yang  menggunakan 2 pelakon yang menjadi tulang belakang Union. P.Ramlee juga turut berlakon  dalam filem TIGA ABDUL itu dan merupakan filem terakhir arahan P.Ramlee di Singapura sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur



Sources : https://www.thepatriots.asia/archives/442





Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 11:55 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 23-10-2017 04:17 PM

ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)







1. Filem pertama arahan P.Ramlee yang bersumberkan Hikayat 1001 Malam.

2. S.Shamsuddin diracun tetapi dapat meneruskan lakonan yang baik sekali dengan telatah lucu bersahaja,selepas menerima rawatan dan jampi dari P.Ramlee.

3. Dalam filem ini P.Ramlee telah menyindir bab pakaian dengan cakap "Ya Bagus Macam Kuda Belang". Selepas itu kelihatan setiap pakaian penyamun tidak lagi sama antara satu sama lain.Itu yang P.Ramlee nak sampaikan tentang kebebasan pakaian pelakon. P. Ramlee tidak suka pakaian yang formal dan tetap untuk setiap pelakon tetapi bebas tanpa kawalan.

4. Dalam filem ini, lagu Apek dan Marjina (Aya Cik Siti) adalah lagu nyanyian Ahmad C dan Normadiah tetapi di piring hitam P.Ramlee dan Normadiah yang menyanyikannya.Lagu ini adalah campuran/gabungan lagu Apek Tua dan Nyonya Manis yang pernah dipopularkan Dollah Serawak dan Tarminah.

5. Selain guru tari dan penyanyi, Normadiah juga yang banyak membantu pelakon terutama Sarimah dalam hiasan pakaian dan seni lakon.



Text : TZP
Gambar Asal : HAR
Pewarnaan : Repair Gambar Lama



- Repair Gambar Lama -



Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 04:37 PM | Show all posts
Dondang Sayang (1956)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 04:07 PM | Show all posts
ANTARA PENYAMUN-PENYAMUN DALAM FILEM ALI BABA BUJANG LAPOK






Setakat ini, hanya dapat kenalpasti 18 orang dari 40 penyamun dalam filem tersebut. Yang lain semua extra yang kita tidak kenal. Walau apa pun, kebanyakan Penyamun ini adalah legenda filem Melayu klasik.


- Repair Gambar Lama -


Credit : Dato' Ahmad Fauzee



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:22 PM | Show all posts
AHMAD MAHMOOD TIDAK PERNAH TIKAM P.RAMLEE





“Saya mengakui ada perkara yang saya TIDAK BERSETUJU dengan P. Ramlee. Saya mengkritik beliau secara terang-terangan, tetapi saya tidak pernah menafikan sumbangan beliau di dalam industri perfileman. Saya tidak mahu bersikap baling batu sembunyi tangan seperti segelintir ‘manusia’ yang mengaku sahabat sesudah P. Ramlee meninggal dunia.”

Di dalam sejarah perfileman Melayu, ramai yang tidak mengetahui tentang hubungan antara seniman Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee yang agak DINGIN. Sekitar tahun 1980-an, Ahmad Mahmood pernah menolak undangan untuk menjadi panel dalam sebuah program Senandung Seniman Agung. Hal ini berikutan Ahmad Mahmood tidak mahu menjadi manusia HIPOKRIT dalam memberi kenyataan tentang P. Ramlee.

Ada pihak yang meminta Ahmad Mahmood memberikan komen tentang bakat P. Ramlee. Ahmad Mahmood akan berkata, “Bagi saya, P. Ramlee itu hanya manusia biasa saja. Tidak ada yang ‘special’ tentang dirinya seperti anggapan sesetengah pihak yang tidak tahu tentang P. Ramlee. Orang-orang yang tidak tahu akan menganggap P. Ramlee itu sebagai seorang yang agung terutama sekali dalam bidang muzik. Padahal nama P. Ramlee naik dan hidup adalah bersandarkan bakat dan kebolehan orang lain juga”.

Jika merujuk kenyataan Ahmad Mahmood di atas, terbukti bahawa beliau sangat JUJUR dan ikhlas dalam memberi kenyataan ataupun pandangan beliau terhadap P. Ramlee. Beliau menolak undangan itu kerana enggan membohongi anak cucunya apabila bercakap tentang P. Ramlee.
Kita boleh lihat bahawa beliau bercakap benar, tidak seperti segelintir ‘manusia’ yang mengangkat dan mengaku sahabat kepada P. Ramlee setelah beliau meninggal dunia walhal ‘manusia’ itulah yang menikam P. Ramlee ketika beliau masih hidup.

Berbalik kepada hubungan Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee tadi, P. Ramlee tahu akan perihal Ahmad Mahmood tidak berapa menyukai dirinya. Akan tetapi, P. Ramlee masih mengambil Ahmad Mahmood berlakon di dalam filem-filem arahannya seperti Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Walau bagaimanapun, Ahmad Mahmood tidak pernah menafikan sumbangan P. Ramlee terhadap masyarakat. Beliau berkata, “Mana mungkin saya melupakan dan tidak mengakui jasa P. Ramlee kerana beliau pernah berlakon dengan saya di dalam beberapa buah filem. Bakatnya yang menyeluruh belum dapat ditandingi oleh artis-artis lain sekarang”.

Semasa P. Ramlee hendak berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau sempat bertemu dengan Ahmad Mahmood untuk mengucapkan selamat tinggal serta bersalaman dan berpelukan dengannya. P. Ramlee sempat berkata, “Mad, kau adalah kawan baik aku kerana KEJUJURANMU kepadaku”.

Apa yang yang boleh dirumuskan melalui peristiwa itu adalah P. Ramlee BUKANLAH seorang yang suka berdendam. P. Ramlee boleh melihat keikhlasan serta kejujuran yang ada pada Ahmad Mahmood terhadap beliau. Tidak seperti segelintir manusia yang hanya pandai menokok tambah cerita untuk menjadikan cerita itu kelihatan hebat. Secara tidak langsung, ia dapat membuktikan bahawa kononnya mereka itu adalah sahabat baik kepada P. Ramlee.



Sumber :
Text : Mohd Danial Abd Aziz

1. Kelab FIlem & Muzik Melayu Klasik
2. Ahmad Mahmood : Bintang Di Langit Seni – Mohamad Saleeh Rahamad (FINAS, 2010)
3. P. Ramlee : Erti Yang Sakti – Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
4. P. Ramlee : The Bright Star – James Harding & Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
5. Dato’ Ahmad Fauzee
6. Pewarnaan : Repair Gambar Lama


- Repair Gambar Lama -


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:36 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 23-10-2017 04:38 PM

TAHUKAH ANDA P.RAMLEE MENUKAR JUDUL FILEM INI ?





Pada asalnya judul filem 3 Abdul ialah ABDUL WAHAB, ABDUL WAHID , ABDUL WAHUB tetapi P.Ramlee merasakan judul itu tidak sesuai dan mahu menukar dengan judul yang lebih ringkas dan senang di sebut.

▶ P.Ramlee telah membuka PERADUAN dan peluang kepada sidang pembaca majalah filem supaya mencadangkan judul yang sesuai.Hadiah yang di tawarkan ketika itu adalah wang berjumlah 50 ringgit.

▶ Pelbagai cadangan yang telah di terima P.Ramlee untuk judul filem beliau antaranya seperti:-
◇Temberang Orang Kaya
◇Abdul Dajal
◇Si-Abdul Wahub
◇Kapor Ulam Raja
◇Tarbush Merah
◇Putar Belit
◇Ana Jual Ente Beli
◇Tiga Hub
◇Tiga Temberang
◇Halba, Halbi, Halbu
◇Bedol, Bedil, Bedal
◇Tiga Konfrantasi
◇Keluarga Tok Arab
◇Mabok Harta
◇Tiga Abdul
◇The Fabulous Abduls

▶ Akhirnya P.Ramlee telah muktamad memilih judul Tiga Abdul kerana beribu orang mencadangkan judul tersebut.

▶ P.Ramlee hanya mengubah sedikit sahaja dari cadangan orang ramai iaitu beliau menggunakan angka (3).
Maka lahirlah judul seperti yang kita tahu hari ini yang juga tertera pada credit title filem iaitu 3 ABDUL.


Info 3 Abdul :

• Filem yang telah menyangkal banyak pihak dengan terbuktinya kebolehan P.Ramlee mengarah filem komedi tanpa perlu menggunakan pelakon komedi.Beliau telah menukar perwatakan Haji Mahadi, S.Kadarisman,dan Salleh Kamil dari selalu membawa peranan jahat & serius dalam filem sebelumnya kepada watak nakal dan lucu.

• Filem pertama P.Ramlee menggunakan angka (3) sebagai judul filem.

• Filem terakhir P.Ramlee di Shaw Brothers sebelum berpindah ke Merdeka Films Studio. (MFS)

• Selesai sahaja mengarahkan filem ini, pada tanggal 16 April 1964, P.Ramlee meninggalkan Singapura menuju ke Kuala Lumpur untuk bertugas di MFS.

• P.Ramlee terpaksa membeli tiket untuk menonton filemnya sendiri di pawagam Federal, Kuala Lumpur. Beliau tidak sempat menonton previewnya di Singapura.P.Ramlee telah menonton bersama Saloma dan Ramli Ismail.



Text : TZP
Gambar : Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik (KFMMK)
Pewarnaan : Repair Gambar Lama
Credit : Seniwati Rahmah Latiff & S. Kadarisman


- Repair Gambar Lama -


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:57 PM | Show all posts
Singapura Dilanggar Todak (1961)





Labu Dan Labi (1962)






Bidasari (1965)






Pusaka Pontianak (1965)





- Repair Gambar Lama -





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.548584 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list