CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4638|Reply: 19

Taufan Parma pula serang Filipina; update 299 maut!!

[Copy link]
Post time 3-10-2009 07:22 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 11-10-2009 07:25

Taufan Parma menuju Filipina

MANILA 2 Okt. – Beribu-ribu penduduk keluar dari kawasan yang berkemungkinan menjadi laluan Taufan Parma di Filipina hari ini, semasa kerajaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku bencana ribut kedua hanya beberapa hari selepas berlalu taufan Ketsana yang telah mengorbankan ratusan orang.

Hujan lebat turun mencurah-curah di kawasan pergunungan di pantai timur laut menandakan kedatangan Taufan Parma ke arah kawasan berpenduduk padat yang masih digenangi air selepas ribut pertama.

Menurut biro kaji cuaca kerajaan, Parma diramalkan akan melanda pantai timur esok, dengan tiupan angin berkelajuan sehingga 195 kilometer sejam dan angin kencang berkelajuan sehingga 230 kilometer sejam, yang membawa ‘cukup kuasa pemusnah’ hinggakan pegawai rasmi bimbang ia boleh bertukar menjadi ‘taufan super’.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo telah mengarahkan enam kerajaan wilayah untuk memindahkan penduduk yang berada di laluan ribut.

Beliau memperluaskan pengisytiharan ‘bencana’ ke seluruh negara berbanding sebelum ini yang hanya tertakluk kepada Manila dan 25 wilayah yang dilanda ribut pertama.

Pengisytiharan tersebut membolehkan dana digunakan untuk tindakan darurat.

Ketua Majlis Koordinasi Bencana Kebangsaan, Gilbert Teodoro berkata, terdapat sedikit bantahan memandangkan mereka tidak mahu meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dimasuki pencuri.

“Jika mereka tidak boleh dipujuk, kami akan mendapatkan kanak-kanak dan penduduk di bawah umur secara paksaan,” kata Ketua Tindakan Bencana Lembah Cagayan, Melchito Castro kepada AP.

Ribuan akan dipindahkan ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan lebih awal, Filipina telah bersedia menghadapi bencana ekoran dilanda sehingga 20 ribut utama setiap tahun.

Kejadian ribut yang lebih awal, Taufan Ketsana telah menyebabkan kemusnahan besar terhadap empat buah negara Asia Tenggara mengorbankan sekurang-kurangnya 422 orang merangkumi 293 orang di Filipina, 99 di Vietnam dan 14 di Kemboja manakala di Laos 16 orang. – AP



dlm few weeks ni... lepas satu....satu.,..... kat philippines ajer  dah masuk 2 typhoons dah.....  baru ajer nak pick up pieces hal ketsana... datang lak yg lain...... ujian tuhan sumer nih!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 07:36 AM | Show all posts
kat Labuan pun terasa dow... kuat gila angin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:50 AM | Show all posts
kita di sini jgn rasa selamat sangat. maksiat berleluasa bala pasti tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 08:00 AM | Show all posts
Taufan Parma ragut empat nyawa di Filipina
04/10/2009

MANILA 4 Okt. - Empat terkorban akibat taufan Parma yang turut memutuskan semua laluan di pinggir utara Filipina namun bernasib baik kerana ia tidak menyebabkan bencana banjir kedua di ibu kota negara itu.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Filipina telah berpindah daripada rumah mereka sejak ribut itu menghentam kepulauan Luzon, lapan hari selepas berlakunya taufan Ketsana di Manila yang mengakibatkan banjir selain mengorbankan kira-kira 300 mangsa.

Angin kencang pada kelajuan 175 kilometer sejam turut memusnahkan bandar-bandar di dua daerah selain membawa hujan lebat di timur laut negara itu yang menyebabkan air sungai melimpah, menumbangkan pokok-pokok dan meruntuhkan tiang-tiang selain memutuskan talian komunikasi yang menghubungkan bandar-bandar kecil, menurut pegawai.

Parma sedang menghala ke barat laut Taiwan yang telah mengeluarkan amaran ribut hari ini selain mula memindahkan penduduk kampung di wilayah selatan Kaohsiung, di mana seramai 700 mangsa telah terkorban akibat taufan pada Ogos lalu.

“Taufan itu mampu membawa hujan lebat dan mencetuskan banjir kilat, justeru semua agensi kerajaan perlu bersiap sedia, penasihat Perdana Menteri, Eric Chu dipetik sebagai berkata oleh The Central News Agency. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 08:01 AM | Show all posts
Taufan Parma mula badai Filipina

MANILA 3 Okt. - Sekurang-kurangnya tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas taufan Parma mula membadai negara ini hari ini.

Menurut polis, seorang lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang cuba menyeberangi sebatang sungai di bandar San Mariano dekat wilayah Isabela, sementara mangsa kedua, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas terjatuh daripada bumbung rumahnya.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun turut lemas kira-kira 400 kilometer ke selatan wilayah Camarines Sur, manakala seorang lelaki dilaporkan hilang selepas tergelincir ke dalam saluran air.

Taufan tersebut turut mengakibatkan pokok-pokok tumbang, menerbangkan bumbung rumah dan menyebabkan bekalan elektrik serta komunikasi terputus, ketika hujan lebat akibat taufan itu mungkin mengakibatkan keadaan banjir semakin buruk.

Penduduk berkata, Parma yang membawa angin kuat sehingga 210 kilometer sejam dan hujan lebat itu melanda utara wilayah Cagayan pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini waktu Malaysia, beberapa jam sebelum taufan itu dijangka bertemu daratan malam ini.

Parma merupakan taufan kedua melanda Filipina selepas Ketsana, yang telah mengorbankan 293 nyawa selain menjejaskan lebih tiga juta penduduk, bencana terburuk di negara ini dalam tempoh 40 tahun.

Ketsana yang membawa banjir besar turut melanda negara jiran Vietnam dan mengorbankan 122 nyawa, Laos (24 nyawa) dan Kemboja (17 nyawa). - AGENSI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 07:16 AM | Show all posts
Taufan Parma di Filipina, 17 terkorban

MANILA 4 Okt. - Tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Parma telah meragut nyawa 13 orang mangsa di dua perkampungan di utara Filipina, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat taufan itu setakat ini meningkat kepada 17 orang.

Senior Superintendent, Loreto Espineli berkata, lima sekeluarga mati tertimbus dalam runtuhan rumahnya di sebuah kampung dalam wilayah Benguet, manakala tujuh lagi mati tertimbus apabila rumah mereka ditimbus tanah runtuh berhampiran bandar.

Para pegawai berkata, senarai awal mendapati empat orang terbunuh apabila Taufan Parma mula membadai negara ini semalam yang menyebabkan seluruh utara Filipina terputus hubungan.

Taufan Parma melanda negara ini, selepas lapan hari Taufan Ketsana membadai Filipina yang meragut nyawa hampir 300 orang dan menyebabkan banjir besar di Manila.

Taufan Parma hari ini menyebabkan kebanyakan kawasan di utara Filipina terputus hubungan dan bekalan elektrik, kata jurucakap kerajaan.

Sehingga kini tiga fasiliti disahkan mengalami kemusnahan termasuk bekalan tenaga dan talian telekomunikasi, manakala jalan-jalan yang dinaiki air semakin pulih, kata para pegawai.

Hampir 170,000 orang di beberapa kawasan yang dikenal pasti telah dipindahkan sebelum gelombang kedua taufan (Parma) melanda negara ini semalam.

Taufan Parma yang membadai wilayah utara di selatan Cagayan telah menerbangkan bumbung-bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok serta menyebabkan hujan lebat di seluruh negara.

Negara yang masih dibelenggu dengan bencana Taufan Ketsana yang meragut 293 nyawa dan menyebabkan banjir besar pada minggu lalu telah menyebabkan Filipina mengalami kerugian lebih AS2.5 juta (RM8.75 juta).

Pihak berkuasa berkata, taufan Parma yang melanda Filipina hujung minggu ini telah membadai pulau besar Luzon.

Pengesanan terakhir beberapa jam awal hari ini mendapati Taufan Parma berada pada jarak 70 kilometer di utara bandar raya Laoag bertiup pada kelajuan antara 120 hingga 150 kilometer sejam.

Taufan yang disertai hujan lebat hari ini menjadikan wilayah utara terus dilanda musibah sebelum ia beredar dari negara ini, kata jabatan kajicuaca kebangsaan.

Majlis Penyelaras Bencana Kebangsaan berkata, sistem telekomunikasi yang rosak teruk akibat taufan yang membadai wilayah Cagayan mula pulih, manakala ibu kota wilayah Tuguegarao dan beberapa bandar lain masih terputus bekalan elektrik.

Gangguan bekalan elektrik juga masih berlaku di bandar-bandar seluruh wilayah di tanah tinggi dan Abra, katanya.

Gabenor wilayah Aurora di utara Filipina, Bellaflor Angara berkata, kemusnahan sawah padi akibat ditenggelami air akan menjejaskan bekalan beras untuk beberapa bulan akan datang.

"Hujan lebat telah memusnahkan semua sawah padi. Kami sedang bekerja keras untuk memulihkan keadaan tetapi ia mengambil masa," katanya melalui siaran radio tempatan.

Menurutnya, tidak ada mangsa terbunuh di wilayah itu.

Hampir 700 buah keluarga di situ juga telah diarah berpindah ke pusat-pusat pemindahan sehingga keadaan pulih. - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2009 04:23 PM | Show all posts
pagi sabtu ari tu kat umah ika pun terasa angin kuat sgt2.... dlm kul 8 pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:36 AM | Show all posts
dapat sms tadi... ....

"Super Typhoon Parma at 222km/hr will hit Philippines tonight about midnight.  Strong winds will hit us here.  Please take necessary precaution.  Tell you family and friends."

Tunggu je lah..apa pun..berwaspada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 01:55 PM | Show all posts
romous yang baru aq terima....

SUPER TYPHOON PARMA akan melanda wilayah Fhilifina dengan kelajuan 222km/jam malam ini/tengah malam(4 0ct 2009)...bermungkinan kesan taufan ini akan diterima di kawasan sabah n sarawak... berjaga2 k... so berhati2 sebelum terkena... yang kat sabah n sarawak tu berjaga2 ea... inform kepada insan yang anda sayangi... duduk di tempat yang rasany apaling selamat... sediakan payung sebelum hujan.. tapi kalau dah kene taufan nie payung mang x berguna langsong kan... info dari dato zaman khan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 04:07 PM | Show all posts
romous yang baru aq terima....

SUPER TYPHOON PARMA akan melanda wilayah Fhilifina dengan kelajuan 222km/jam malam ini/tengah malam(4 0ct 2009)...bermungkinan kesan taufan ini akan diterima di kawas ...
selimutpurple Post at 6-10-2009 13:55


itulah..dapat jugak.. apa pun..berhati-hatilah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 07:08 PM | Show all posts
huhu.. aq dapat sms.. yang paling best kat ujung ayat dia cakap sebarkan kpd org yang kita sayangi... hahaha.... kembang idong plak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by AlienGurlz at 6-10-2009 22:32

Jabatan Meteorologi Malaysia sahkan Malaysia terselamat dari Taufan PARMA kecuali Sabah kena tempias..





PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengesahkan ribut tropika Parma tidak akan melanda perairan Malaysia.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Nasional JMM, Saw Bun Liong berkata, tempias ribut tropika itu akan dirasai di beberapa kawasan perairan Sabah dengan angin kencang selaju 30 hingga 50 kilometer sejam.

"JMM telah mengeluarkan amaran laut bergelora serta angin kencang sehingga Jumaat ini (9 Oktober)," katanya kepada mStar Online.

Bun Liong berkata, ombak setinggi 3.5 meter turut dijangka berlaku di sekitar perairan Phuket, Samui, Kelantan, Terengganu, Condore, North Reef, Layang-Layang, Wilayah Persekutuan Labuan, bahagian barat Sabah dan Palawan.

Menurutnya, JMM akan memantau perkembangan ribu tropika Parma dan akan mengemaskinikan amaran dari semasa ke semasa menerusi media dan laman web JMM.

Dalam pada itu, Bun Liong berkata, JMM meramalkan Taufan PARMA akan melanda Filipina malam ini.


SUmber: http://dialograkyat.blogspot.com ... alaysia-sahkan.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 12:11 AM | Show all posts
alhamdulillah sentiasa  dijauhkan dari musibah bencana alam macam nie...  jangan dok bersuka je k... kita berdoa bersama2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:23 AM | Show all posts
9# selimutpurple


Dato' Zaman Khan????
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:23 AM | Show all posts
13# selimutpurple

Kang jadi Greg plak...elok2 menghala ke IndoChina, dia patah pi Sabah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 06:37 PM | Show all posts
dah dia tulis name tu selimut pon tulis la nama dia... x tau pon saper dia....

Dato' Zaman Khan????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2009 11:02 PM | Show all posts
mcmmane update topan nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 07:35 AM | Show all posts
Selepas Ketsana, ribut Parma pula memukul Filipina

PENDUDUK meredah air banjir di pekan Taytay di wilayah Rizal, Filipina kesan daripada taufan Ketsana minggu lalu. Negara itu kini dilanda ribut Parma pula. - AP

MANILA 7 Okt. - Ribut tropika Parma membawa lebih banyak hujan dan kesulitan ke kawasan-kawasan banjir di utara Filipina hari ini, tatkala ia berlegar-legar di perairan tersebut tiga hari berturut-turut.


Sementara ia dilihat semakin lemah, Parma kekal bergerak kira-kira 60 kilometer dari kawasan pantai barat laut pulau utama Luzon, kata pegawai cuaca.

Kerajaan telah memberi amaran kepada para penduduk di rantau itu supaya berwaspada dengan bencana tanah runtuh dan lebih banyak banjir besar.

Parma memukul utara Luzon pada Sabtu lalu, sekali gus menyebabkan banjir yang turut menenggelamkan kawasan ladang termasuk meragut 16 nyawa.

Ia melanda tepat seminggu selepas ribut tropika Ketsana membawa banjir besar di selatan Luzon di Manila dan kawasan sekitar di ibu negara, menyebabkan empat juta penduduk terjejas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 295 orang.

Banyak kawasan di Manila termasuk di wilayah utara masih mengalami banjir, memaksa segelintir mangsa yang terselamat mengharungi air pada paras leher untuk mendapatkan bantuan barangan keperluan dan lain-lain bagi meneruskan hidup di rumah yang separuh tenggelam.

Dengan lebih banyak hujan dijangka turun di Filipina, agensi bantuan berkata, mereka kini sedang meningkatkan operasi bantuan.

"Rata-rata mereka yang memerlukan tinggal di kawasan yang masih sukar dimasuki berikutan banjir yang berlaku," kata pengarah Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) negara, Stephen Anderson dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, agensi tersebut telah menggunakan bot dan helikopter untuk menghantar makanan, manakala tentera Amerika Syarikat (AS) juga telah menghantar aset-aset udaranya dalam usaha menyalurkan bantuan.

PBB telah mengeluarkan rayuan bagi mengumpul dana bantuan kecemasan sebanyak AS$74 juta (RM266 juta) untuk disumbangkan kepada negara yang terjejas.

Presiden AS, Barack Obama turut menyampaikan ucapan takziah kepada Filipina Selasa lalu dan berkata, kerajaannya telah menyediakan sebanyak AS$1.8 juta (RM6.5 juta) untuk rakan sekutunya di Asia Tenggara bagi membantu menangani bencana banjir tersebut. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 03:02 PM | Show all posts
aq dah faham sekarang nie, mengapa malaysia kurang nak tolong fhiliphine nie.. coz agama terbesar diorang kristian, so malaysia lebih banyak tolong indonesia coz umat ialam paling ramai kat dunia ialah indonesia.... tapi perangai endon nie syial ar.. x suke....:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2009 07:26 AM | Show all posts
Taufan Filipina: Bomba antara 299 angka korban baru
11/10/2009


DAGUPAN, Filipina 10 Okt. - Banjir dari ribut taufan Parma di bahagian utara Filipina mulai surut tetapi jumlah kematian daripada tanah runtuh dan banjir meningkat sebanyak 299 orang.

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan dari kejadian ribut selama dua minggu kepada sekurang-kurangnya 636 orang.

Jurucakap pertahanan awam, Ernesto Torres berkata, antara kematian terbaru ialah tiga orang anggota bomba yang bertugas di dalam operasi penyelamatan di lokasi tanah runtuh. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077290 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list